Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Harijadi I'jaaz dan Israa'!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Emak sebenarnya dah lama berangan nak buat tema construction ni. Dah berbulan-bulan. Sebab tu la kot Emak lagi excited daripada anak-anak! Hahahahahaha

Tapi sebab banyak juga kekangan, jadi tak dapat nk buat majlis proper lagi. Nanti lah, tunggu birthday Imran bulan Nov kot. Boleh buat sekali harung. Yang ni buat awal sebab I'jaaz punya birthday 26 Ogos dan ada sambutan di sekolah dia. Israa' pulak menyusul seminggu lepas tu, 2 September. Dah alang-alang, buat aje la sekali.

Tatttaraaaaa!



Ni kek birthday yang I'jaaz bawak ke sekolah
Sebenarnya Emak nk baked sendiri dan konsepnya lain sikit tapi apakan daya, Emak injured plak (tengok entry sebelum ni). So mintak la tolong Mak Ngah I'jaaz belikan kek and Emak just deco aje mengikut tema.

Ok la jugak kan? :p

Dan Mak Ngah juga tolong settlekan urusan buat buku doa kanak-kanak ni. EMak just design cover aje..then semua yg lain Mak Ngah buatkan termasuklah printkan paper bag. Yeay! Thanks Mak Ngah, we love u!


A few days lepas tu, waktu harijadi Israa', rombongan kengkawan usrah Emak datang umah bawak kek. SUPRISE! Yang part paling kelakar, sebab suprise so diorang bawak cheese kek. Birthday boy nye dan abang Imran pulak both allergy to cheese! Hahahaha. So yg banyak makannya Emak dan I'jaaz lah..

Anyways, i hope all of u grow healthily and happily.
Semoga semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa di bawah lindungan-Nya

Muuuuuuuuah

Love,

Emak

Imran sekeluarga dalam Timang-timang Anakku Sayang

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Akhirnya yang ditunggu-tunggu muncul juga di TV! Hehehehe. Kami sekeluarga sebenarnya menjadi salah satu keluarga yang telah dipilih untuk bersama-sama menjayakan rancangan terbitan Tribution Studio untuk RTM iaitu Timang-timang Anakku Sayang.


Rancangan ini ada 13 episod kesemuanya.Setiap hari Khamis jam 10.30 pagi si TVi (saluran 180). Ianya berkaitan dengan situasi-situasi dalam keluarga dan berkaitan parenting dan permasalahan sekitarnya. Keluarga akan kenal pasti masalah, kemudian dipertemukan dengan pakar dalam bidang berkaitan untuk  bincang jalan penyelesaian.

Macam-macam lah isu yang di ketengahkan antaranya anak yang ada Autism, Disklesia, Anak masih suka botol dan bantal busuk dan sebagainya.

Keluarga kami punya episod tentang MENGENALI PERSONALITI ANAK. Aktor utamanya tentulah Imran!


Shooting nya agak lama juga. 4 hari di 4 lokasi berlainan. Ye lah, utk rancangan setengah jam kan. Tak dapat la bayangkan orang shooting utk drama dan filem. Huhuhuhu. Kalau kenal Imran, tentu boleh agak apa masalah dia sebabnya kami sekeluarga dan cikgu-cikgunya sudah masak benar dengan perangai Imran ni.

Bagi yang terlepas episod Imran tempohari, boleh lah tengok di sini:

Untuk paparan lebih jelas, boleh juga lihat secara HD di sini: 
Timang-timang Anakku Sayang Episod 8 - Mengenali Personaliti Anak

Secara rumusannya, ibubapa kena pandai untuk melihat personaliti anak masing-masing dan gunakan kreativiti untuk menghubungkan minat mereka dengan kaedah pembelajaran yang sesuai.

Haaa gitulah. Saya sebenarnya percaya, one day Imran akan jumpa rentak dia sendiri dan kemudian terus laju ke hadapan. No worries :D

Saya sertakan beberapa screenshoot dalam episod ini.







Semoga bermanfaat!

Love,

Salwa


7 Tips BERPANTANG jika anda bersalin secara PEMBEDAHAN

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas melahirkan secara cesarean (czer). Ditakdikan pulak, ketiga-tiga anak saya memang terpaksa dilahirkan secara pembedahan atas sebab-sebab tertentu.

Usah risau dan gundah jika melahirkan anak secara pembedahan. Asalkan anda dan bayi anda sihat dan selamat, bersyukurlah. Tentang soal berpantang dan penjagaan diri,  mari saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya.




Tips 1: Ambil masa anda

Kata orang putih, take your time. Ye lah, kalau bersalin cser ni lebih 'teruk' selepas melahirkan. Betul juga kerana luka yang kita ada adalah beberapa lapis di bahagian perut dan panjang. Jadi masa untuk sembuh juga adalah lama dan perlukan penjagaan rapi. Jangan tergesa-gesa. Sebaik sahaja bersalin, rehat dulu seharian dan minta bantuan suami dan ahli keluarga untuk proses penyusuan, makan dan membersihkan diri.

Selepas sehari dan merasa sedikit kuat, bangun perlahan-lahan dan cuba sedikit demi sedikit. Jangan terlalu memaksa diri. Begitulah seterusnya ketika berpantang. Ambil masa untuk bangun, ambil masa untuk berjalan, ambil masa untuk makan. Jika tiada bantuan kerana berpantang sendiri, pastikan jangan gelabah ketika bayi menangis. Jalan dengan perlahan dan dapatkan bayi. Ini dapat mengelakkan luka dari terbuka.

Pengalaman saya ketika bersalin anak kedua, arwah abah dimasukkan ke dalam ICU, maka ada waktunya saya berpantang hanya dengan bantuan jiran yang kami panggil opah yang sudah uzur. Suatu hari bekalan elektrik terputus lama dan tiada sesiapa dirumah yang boleh memandu. Saya risaukan EBM saya akan cair. Saya memandu kereta manual kerana ingin membeli ais (kerja gila).

Hasilnya, luka jahitan terbuka sedikit. Mujurlah tidak teruk dan hanya sedikit. Cukup hanya rawatan di klinik dan tidak perlu dijahit semula. Jadi ingat, jangan terburu-buru dan belajar slow down dan jangan rasa kita kuat sangat (i'm soooo bad at this)


Tips 2: Pastikan luka pembedahan sentiasa kering

Ini mesti dilakukan setiap hari atau setiap kali membersihkan diri. Part ni saya sangat strict. Lepas saya mandi tidak ada sesiapa kecuali baby sahaja ada disebelah saya kerana saya akan anginkan luka tersebut sekurang-kurangnya 20 minit hingga saya merasa betul-betul kering dan tidak lembap. Ini tiada kompromi. Walaupun dah dilap dengan tuala, masih akan ada kelembapab dan pastikan kita keringkan luka tersebut sebelum memakai pakaian.

Ketiga-tiga anak ketika berpantang, saya begitu lah. Alhamdulillah luka tidak pernah basah dan tidak pernah busuk. Cantik sahaja, kecuali terbukak waktu drive kereta macam cerita di atas tadi, Hehehehe


Tips 3: Kawal pergerakan

Ini saambungan dari tips no 1 di atas tadi. Kawal pergerakan ni bukan sahaja dari sudut cara berjalan, cara bangun dari tempat tidur, cara membuang air besar dan sebagainya. Yang ni termasuklah cara memangku baby, cara ketika menyusukan dan cara tidur.

Untuk berjalan, seeloknya berpaut ditepi dinding atau ada sokongan apa2 lain especially seminggu yang pertama. Badan tak berapa nak stabil. Kalau rasa kuat sikit, then tayah berpaut tapi jalan la pelan-pelan. Takyah nak kejo apa pun lah. Utk menyusukan, posisi paling tak menyakitkan adalah baring. Ampu dengan bantal ke toto ke ape2 lah yang sesuai. Kalau duduk, perut berlipat dan kadang-kadang boleh jadi senak. Kalau mandi pulak, di sarankan mandi atas kerusi. Kerusi plastik tu kan, haa letak dulu dalam bilik air. Kalau tkde, duduk atas toilet yang ada seat tu pun boleh. Kenapa duduk? Lebih rilex dan boleh menyabun badan dengan baik dan rata. Kalau berdiri kang terbongkok-bongkok la nak gosok badan, bahaya tau!

(Why at this point of time i rasa dah macam emak-emak je bagi nasihat...hahahahahahah)


Tips 4: 'Tampung' luka pembedahan

Dek kerana luka agak panjang dan berada di centre pulak tu i.e bahagian perut, pastikan luka tersebut di ampu dengan sesuatu. Buat permulaan, lipat-lipat kain batik bagi panjang, kemudian ikatkan di bahagikan luka untuk 'menampung' luka tersebut. Jadi sewaktu berjalan, kita akan ada rasa support di kawasan itu. Ini teori yang sama dengan pregnancy belt. Siapa pernah pakai time hamil akan tau betapa selesanya bila ada support seperti ni.

Bila dah masuk minggu kedua, boleh la pakai bengkung yang khas utk csec mother atau yang bersesuaian. Janganlah ketat sangat kerana perut kita tu luka lagi ye. Kalau macam saya, saya tak pakai apa-apa hingga nak masuk minggu ketiga kerana saya tak berapa yakin. Jadi lepas minggu ketiga baru la saya pakai bengkung yang tak ketat sangat. Rasanya waktu anak sulung tu pakai yang Sendayu Tinggi punya. Then anak kedua pakai Avon aje.. Anak ketiga berpantang sendiri lagi la ikut sesuka hati aje pakai. Yang ini ikut keselesaan dan kesuaian masing-masing ye. Yang hat lilit2 panjang dekat 10 meter macam orang normal tu, tayah la pakai. Tak sesuai.


Tips 5: Pemakaian dan pad paling sesuai

Oh, tak ramai orang akan cakap pasal mende ni dik non. Meh akak citer. Bab ni kan, awk pakai la apa yang awk rasa paaaaaaaaling sesuai dengan diri awk. Awak nak melaram ke, nak berfesyen ke, asalkan awk selesa, go for it! Guide paling basic, pastikan kain yang serap haba dan peluh macam cotton ke. Kalau tak bese pakai kain batik, boleh aje pakai seluar. Takde masalah. Stoking tu pakai la ye supaya kaki tak mudah 'masuk angin'. Ni akak tatau la mana datang logiknya tapi akak dah merasa sendiri. Pernah la waktu anak ketiga dulu, ada skip sehari dua tak pakai stoking...dia punya effect i tell you, wuuuuuuu seriau. Lepas tu stoking mmg tak lepas la dari kaki.

(Aik, apsal tukar jadi akak plak nih...layan je la ye)

Pasal pad, akak terpengaruh sangat dengan cerita orang pasal maternity pad. Waktu mengandung anak sulung dulu dengan penuh semangat pi borong Pureen Maternity Pad dengan sanita kot sebab depa dua brand ni aje ade maternity pad time tu. Sekali, dh bersalin baru akak tau, tak best lansung sebab akak tk bese pakai. Sudahnya cari juga la Sofy yang 42cm tu. Terbaikkkkkk. So just pakai aje la pad yang dah biasa pakai. pakai yang night punya supaya cover lebih sikit. Tayah la membazir masa dan tenaga terpengaruh dengan iklan maternity pad bagai tuh.


Tips 6: Makanan time pantang

Ok, yang ni secara generalnya takde beza pun. Apa yang orang bersalin normal makan, orang cser boleh juga makan cuma akan ada orang2 dewasa yang akan strictkan makanan tertentu seperti telur sebab alasannya luka pembedahan susah nak baik atau kicap supaya parut nanti tak la hitam. Well, saya ni mungkin tergolong dalam orang-orang yang tak berapa nak mendengar cakap (hahahahah) dan suka cari facts kengkonon, jadi saya tkde la abide to that. 

Tapi saya masih jaga makan. Tak makan ais, kobis, mende berangin. Buah ke, sayur ke mostly saya makan aje. Yang part2 lain macam laksa la, mee la, betik ke ape ke, yang tu saya sebenarnya rasa ikut badan orang lah. Kalau orang tu badannya ok, ok lah. Kalau tak ok, then tak ok la. Ramai saya jumpa cakap  nanti kesannya waktu tua. Saya rasa ada betulnya. Ikut badan dan pastikan tak over sangat. Ala, bukannya lama sangat berpantang, 44 hari aje. or 100 hari. Bila berpantang ni bagusnya sebab kita makan mende yang elok, terjaga, tak sebarangan hentam,  bagus utk baby, dan bagus utk body supaya cepat kembali ke bentuk asal. 


Tips 7:  Susukan bayi macam biasa

Takde la pulak dalam mana-mana kitab ataupun amalan yang kata kalau dah pembedahan, tak boleh susukan baby. No no nononono. Saya fully breastfeed ketiga-tiga anak saya dan yang bongsu ni pun sampai sekarang. Tiada masalah. Susukan direct dan buat simpanan stok EBM pun boleh macam biasa.

Jaga keperluan air. Minum air dengan mencukupi. Saya tak berpantang air macam ade setengah orang kata segelas aje sehari (gila apaaaaaa????) Whatever they say about susu dari darah what not, yang tu saya rasa sungguh lah tak masuk akal. Darah pun komponen utama dia air okeh? Nak minum air segelas sehari, lepas tu nak susukan baby? Bagi saya, ni kes zalim dengan badan sendiri dan baby. Kalau dehydrated nanti, masuk hospital, then diorang ni akan bertanggungjawab ke nak uruskan hal ehwal awk semua? tak kan? So, tayah ikut sangatlah cakap-cakap gini. Hehhehehe

Ok, rasanya macam terlebih plak dah... haaa nasib la kan, dah sekali membebel, tak boleh nak stop. Hehehe

Ni cerita berdasarkan pengalaman
Diharapnya membantu dan memudahkan

Selamat  bersalin dan berpantang!

Love,

Salwa










Mengamati keindahan pantun Melayu

$
0
0
Mengupas nilai serangkap pantun

Saya paling minat seni berpantun. Berbanding puisi, seloka, syair, gurindam atau kiasan lainnya, pantun bagi saya adalah suatu yang unik dan mungkin juga kerana saya ada kenangan indah tersendiri dengan pantun.

Saya kenal dan mula mencipta pantun pada usia 8 tahun apabila terjumpa beberapa rangkap pantun yang diguna pakai kakak saya yang menyertai pertandingan pantun peringkat sekolah. Entah kenapa, hati saya terus tertarik dengan seni ini hingga saya dan pantun sangat sinonim di kalangan kenalan.

Imej asal dari Muzik Nusantara
Sekeras mana saya berusaha, masih belum pula saya dapat menandingi kehebatan orang dahulu kala berpantun. Saya mula tertarik dengan kajian demi kajian tentang pantun bermula dengan mendengar cerita Pak Ungku (Prod Diraja Ungku Aziz) tentang ketinggian nilai pantun klasik dan sejak dari itu saya mula mencari makna bagi pantun-pantun ini.

Mari perhatikan rangkap ini.

Air yang dalam bertambah dalam,
Hujan dihulu belumlah teduh;
Hati yang dendam bertambah dendam,
Rindu dahulu belumlah sembuh

Orang dahulu, bila menegur atau ingin menampakkan sesuatu emosi, masih dalam adabnya. Ada kias, ada santun. Teguran pula dalam bentuk yang tidak memalukan dan tinggi pula laras bahasa yang digunakan. Ini paling ketara dalam pantun Melayu klasik yang selalu kita dengar tapi jarang kita hadam maknanya.

Kebanyakan orang hanya memfokuskan kepada maksud pantun (baris ke-3 dan ke-4) dan rima di pengakhiran yang bersesuaian, namun lihatlah pantun ini. Bukan sahaja diolah dengan baik sekali dengan rima pertengahan dan pengakhiran yang sama, malah pembayangnya juga memberi gambaran akan maksud pantun ini. Kenapa air terus dalam? Kerana hujan belum teduh. Kenapa hati terus dendam (teringat-ingat)? Kerana rindu belum sembuh!

Lihat pula kepada pantun ini.

Apa guna memasang pelita,
Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.

Pembayang nya sendiri telah memberi awalan cerita bahawa tidak ada kebaikan dalam perbuatan yang tidak sempurna atau dikerjakan dengan sambil lewa. Ini juga adalah teguran secara tidak lansung dan disempurnakan dengan pemaksudnya yang menegur mereka yang pandai bercakap tetapi tidak dapat mengotakan apa yang diperkatakan.

Hebat bukan?

Mana-mana pantun klasik dahulu begitu padat dan tepat hingga yang membuatnya sangat layak di gelar GENIUS. Teringat saya pula kepada arwah abah yang gemar menggunakan peribahasa dan pantun dalam kehidupan dan urusan jual beli di pasar. Sejak kecil kami adik beradik sudah biasa mendengar ungkapan 'Bagai mengantuk di sorong bantal', 'Buang yang keruh ambil yang jernih' dan pelbagai lagi. Namun, ada satu pantun yang menarik hati saya.

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Seperti anjing dengan bayang-bayang.

Kita tahu cerita tamaknya anjing dalam pantun ini. Dan akhirnya kerugian berpihak pada anjing yang kehilangan tulang. Sekarang mari lihat pula kepada pembayangnya. Telah dikatakan, didalam semak tersebut ada duri. Namun, ayam kuning yang tidak mahu telurnya di ambil orang, tetap mahu membuat sarang didalam semak yang akhirnya boleh merugikan diri sendiri.

Menarik bukan?

Bagaimana pula dengan pantun ini.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan;
Kalau sungguh bagai di kata,
Jiwa dan raga hamba serahkan.

Ini antara pantun yang paling kerap di salah guna oleh orang moden. Jika ada tema percintaan, inilah rangkap pantun paling senang diucap sebagai tanda cinta dan setia. Sedangkan pantun ini jauh lebih besar nilainya.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, sekutu-sekutu Melaka cuba menawan kembali kota ini dengan menyerang balas. Dan di antara sekutu tersebut adalah Demak (Jawa) yang menghantar armada untuk menawan kembali melaka pada tahun 1513. Pantun ini adalah kiasan atas semangat seruan jihad untuk mengembalikan kerajaan Islam Melaka.

Selain sejarah, latar belakang geografi juga diambil kira dengan baik sekali. Anda tentu ingat pantun ini;

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pantun ni besar maknanya dlm ungkapkan keakraban kerajaan riau-linggi dan kepulauan Nusantara sekitarnya. Pulau pandan dan gunung daik betul2 wujud di kepulauan tersebut dan menjadi saksi hingga ke hari ini.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kupas tetapi cukuplah sehingga di sini sahaja. Ramai orang luar cuba mengkaji kehebatan pantun Melayu, dan janganlah kita tergolong dalam golongan yang merosakkan atau tidak mengendahkannya.

Sebagai pengakhiran, saya kongsikan filem klasik berjudul Gurindam Jiwa yang banyak mengetengahkan tentang tradisi berpantun. Selamat menonton!



Salam sayang,

Salwa

Perlu ke basuh tuala wanita sebelum dibuang?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB di basuh sebelum dibuang.

Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas 'torture' terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)

Sebab apa?
Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan lah, jin la. Akan buat badan sakit la. 
Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.




1: DALIL BASUH UNTUK KAIN

Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula di pakai utk solat. Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu.” Bukhari dan Muslim.

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.” [1]

Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, “Perintah untuk menggosok dan mengerik darah haid tersebut menunjukkan akan kenajisannya.”[2] Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.


Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, utk digunakan semula, perlu lah basuh terlebih dahulu kain tersebut. Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang se almari bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kena la cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.

2: TAK PERLU BASUH JIKA PAD

Dan ulama' juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkah) dan lebih baik ditanam. Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ade tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet or buang kat sinki, paham?

Macam UStaz Azhar kata kt video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan? Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, kita cuci dulu ka taik tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nk pakai semula.




3: JANGAN MENGADA-ADAKAN KHURAFAT!

Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa... tu la banyak beno masa tengok cerita hantu. Kalau dah elok di buang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje. Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama' punya pandangan ye

Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun.”

Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)

(1) Narrated AbuSa'id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): Can we perform ablution out of the well of Buda'ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything.  (Book #1, Hadith #0066)

Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu. (sumber dari blog: http://saramsa-rawahil.blogspot.my/)


So, dah terjawab dah mitos ni?

Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ianya tkde nas dan dalil. 

Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu? :)

Okeh, selamat beramal!

Love,

Salwa



Bagaimana Michael Phelps bangkit kembali

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Cerita ini dari page FB Roger James Hamilton 
Kalau saya rajin nanti saya terjemahkan supaya lebih ramai dapat baca tentang kisah jaguh dunia dan Olympian Paling Berjaya ini.

Selamat membaca!

*************************
Incredibly, Michael Phelps made history today as the first male swimmer to make 5 consecutive Olympics. Even more incredibly, he has achieved it just 2 years after hitting rock-bottom.

One night in September 2014, less than 2 years ago, Michael’s world came crashing down when he got arrested for drink driving. He says "I thought the world would just be better off without me. I figured that was the best thing to do - just end my life."

Struggling to come out of retirement for one more Olympics, Michael's training wasn’t going well. So he had headed out to the Horseshoe Casino to binge on alcohol and poker. At 1am his Range Rover was pulled over by police and he was arrested.

It was the second arrest for DUI in 10 years. After the first time he was publicly shamed and promised he would never do it again. Now it looked like his chances of making a comeback were over.

Out the next day on bail, he locked himself in his house for the next 72 hours, texting to his agent “I don’t want to be alive anymore.”

What caused the breakdown? After his 4th Olympics in London, Michael was crowned “the most successful Olympian in history” with 18 gold, 2 silver and 2 bronze Olympic medals. He said “It’s like we dreamed the biggest dream we could possibly dream and we got there. What do we do now?”

In the two years after the Olympics, he went from the highest high to the lowest low, losing all purpose and meaning in life. Then, in 2012 he told his coach, Bob Bowman, that he wanted to try for the Rio Olympics, despite being older than any other competitor.

They started training, but Bob said “It was very difficult for him to get back in shape. I think he got discouraged. I got discouraged.”

That discouragement led to the night of his arrest and Michael wanting to kill himself.

What flipped the switch from self destruction to his record-breaking success today?


One of the first people that Michael called when he was arrested was his friend, retired Baltimore Ravens linebacker Ray Lewis. Ray said “I basically told him, ‘Okay, everything has a purpose, and now, guess what? It’s time to wake up.’ ” and he gave Michael a copy of Rick Warren’s “The Purpose Driven Life”.

Despite facing 18 months probation with a one year suspended sentence, and suspension from the US swimming team, Michael was moved enough by what Ray said that he stepped away from the pool, took the book and checked into a rehab centre.





At the centre, he soon became known as “Preacher Mike” as he would begin each day by reading a chapter of “The Purpose Driven Life”.

That then led to him reading more books like Viktor E Frankl’s “Man’s Search for Meaning” and Joseph Murphy’s “The Power of Your Subconscious Mind”. Instead of focusing on his body, he focused on his mind and spirit.

Michael left the clinic a changed man. Within months, he had asked his girlfriend, Nichole Johnson, to marry him. A year later, this May, they had a baby boy, Boomer.

As for the training, Michael got back in the pool with a new energy.

Realising that what he did out of the water affected him enormously in the water, he said of his previous life: “I tried to fake it, pretty much. That’s what I was doing." and of his life today, "I’m just living a freer, happier life now. I don’t feel like I’m carrying weights around anymore.”

Michael was the youngest competitor to ever swim in the Olympics, and now that he has qualified for Rio in this week's US swim trials, he will also be the oldest to ever swim in the Olympics. Asked how he feels, he says “I’m thankful, I’m sitting here alive today.”

Maybe you haven’t risen as high as Michael, or fallen as low.

But what new purpose could transform your own success and fulfilment in life today?

What could you do differently out of the water, which would change what you do in the water?

“Life minus love equals zero.”
~ Rick Warren, The Purpose Driven Life

Cara dapatkan BROWNIES paling SEDAP!

$
0
0

Assalamualaikum wbt


Sapa tak suka desserts kan? Majoriti dan kalau dah namanya duduk Asean ni, pencuci mulut memang a must! Saya ni pun kategori suka juga lah pencuci mulut tapi agak choosy. Tak semua (actually sangat sikit) yang saya suka.

Saya lebih suka something savoury. Ntah le. Lidah dah biasa gitu. Tapi, tapi, when comes to Brownies, kalau kena gayanya memang makan tak berhenti.

I know by this time mesti orang expect akan dapat resepi brownies lah, or tips camne nk dapat brownies kedut-kedut yang confirm meletop ke.. anyways yang tu sebenarnya korang boleh Google. Contohnya Resepi Chocolate Brownies Kedut dari chef online gila famous ItaMasamManis

Cumanya nak bagitahu, kalau tak biasa bake, janganlah berharap sangat. Sob, sob, sob. Ini berdasarkan pengalaman tau. Bukan tuju kt orang lain. Hahahaha. Dulu saya pernah cerita 4 sebab resepi kita cuba tk sama dengan hasil yang sebenarnya.

So,

Utk elakkan kekecewaan tu, ape kata korang amik jalan lebih mudah, ringkas, jimat masa dan tenaga, BELI JE LA.

Saya bukan mengampu pulak utk review ni. Tapi ni memang SEDAP GILAAAAAAAAAA
Nampak tak betapa sedapnya tu?

Kene try baru tahu. Memang best dan sensasi dan kalau rasa korang akan nak beli lagi.

Paling unik nya Brownies Connoisseur  (mak aih berbelit lidah) ni, diorang ni kreatif dan innovatif. Selain packaging yang menarik (smart and minimalist gituh) diorang ade buat pakej utk mix box, utk hantaran tunang dan kawen, dan paling penting, diorang punya flavour pun cool gila. Macam-macam.. tengok je la gambar-gambar nih.

Well, well, personally saya dah rasa SEMUA (kecuali yang baru) flavour. Mengancam terangkat gitu. Cuma utk yang flavour unik unik macam Matcha tu, kalau korang suka matcha mmg ok lah. Kalau tk biasa nanti rasa pelik sikit.
Red Velvet Cheese dengan Peanut
Haaa, yang ni Double Drizzle dengan Plain dalam Mini Box

Tengok, macam-macam flavour ade!

Hantaran pun boleeeh

Yummmiehh


Double Drizzle dengan Peanut

Matcha Green Tea anyone?
Peanuuuuuuuut
Ni Mix Box kalau nak rasa 4 flavour



My personal pick a.k.a ALL TIME FAVOURITE is WALNUT . Yang second favourite Double Drizzle. I'jaaz paling suka Red Velvet Cream Cheese (cheese kan, obviosly dia akan suka). Imran dan Israa' suka yang basic. Takda apa-apa. Yang Plain. My hubby? Huh tatau nak kata dia suka apa, nampak semua dia selera!

Flavours yang ditawarkan:


  • Classic
  • Double Drizzle
  • Matcha Green Tea
  • Walnut
  • Red Velvet Cream Cheese
  • Blondie
  • Peanut Butter (NEW)
  • Rainbow Banana (NEW)
  • MixBox - A combination of 4 pieces of each Classic, Matcha Green Tea, Blondie and Red Velvet)


Harga sangat berpatutan. Range dari RM40 hingga RM58 sekotak sahaja. 

Jangan risau, delivery secara post disediakan juga...and and and, paling penting sape-sape order pakai code ni akan terima HADIAH MISTERI khas utk pembaca blog Salwasaleh aje tau..jangan memain.

Boleh pos punya. Jangan Riso..

U ols boleh belek-belek katalog or cuci mata kat IG diorang. Both Malaysia and Singapore punya kat sini:



And kalau nk beli dan dapat HADIAH MISTERI tu, boleh Whatsapp 018-2707343 dengan meletakkan code SS YUMMY sebelum nama brownies.

Contoh: SS YUMMY Red Velvet Cream Cheese

dan Whatspp 018-2707343 sekarang!

Tak menyesal, i tell u.
Okeh bai, i nk berangan makan Brownies nih.... nyum-nyum

Love,

Salwa


Taktik terbaru scammer, polis pun tak boleh buat apa-apa!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ni pengalaman baru buat saya. Belum pernah saya kene scam dan orang yang scam ni pulak betul-betul hebat lakonannya sampai saya rasa kalau dia berlakon drama boleh menang lah anugerah Skrin ke ape ke.

Part paling best, saya spent a few hours di Balai Polis, only ended up with "Kami di pihak polis tak boleh buat apa-apa tindakan, cik viralkan lah di FB"

Wowwwww, so here i am

Isnin baru-baru ni, saya ada menceritakan kisah saya menolong seseorang (baca: scammer) di FB saya. boleh rujuk link ini --> KISAH SEDIH SEORANG BAPA

Nama Scammer: Mohd Khairol Bin Abd Rohaman
No HP: 013-9220012
Dialek percakapan: Terengganu/Kelantan 
Modus operandi: Call random org online business (google info), menangis kata wife bersalin dan tak cukup duit. Nak pinjam range yang sikit2 macam RM60, RM80 etc.


Kronologi kes


26 September

Baca la link kt atas nun. Khairol ni call saya mengaku pernah jadi customer, jumpa business card saya dalam bonet kereta, bawak teksi area Sepang tapi menziarahi sedara di Yong Peng dan tetiba wife terberanak. Nak bawak balik tk cukup duit. Duit ade RM30, nk pinjam RM80. 

Siap menangis de. Ok la, saya tak fikir mende ni scam time tu sebab nilai dia RM80. Saya fikir dia ni betul-betul desperate lah sebab plot pun mmg logik abes. Customers saya beratus kot, mana la plak time tu nk check. So saya bank in RM150 sebab fikir kesian plak kang nk makan ape (Chee, org nk buat baik la kononnya kan).

Kalau korang baca, rasanya jadi macam yang komen-komen tu la, semua menangis belaka. Ye lah, plot/jalan cerita, watak, skrip semua mantap gila kot. 

So, pembongkaran ni start bila memula adik ni komen kt status saya:




Saya time ni masih in denial jugak. Orang lain kot, kata saya. Tapi saya ada PM Zulaika. Sejibik kata Zulaika ni cuma time tu dia cakap Zulaika pernah beli buku dengan dia.

Waktu ni dah beberapa kawan PM saya, minta akaun Khairol ni sebab kesian sangat2. Jiran-jiran pun nk bagi sumbangan. Saya kata hold dulu, nanti saya follow up. Kalau betul memang saya ada plan nak ziarah keluarga dia dan beri sumbangan.




Saya cuba call dia tapi tak berjawap, saya SMS jam 6.41petang bertanyakan alamat sebab nk ziarah. Pun tak berbalas. Saya mula tk sedap hati. Dalam satu group whatsapp ni saya dh cerita la sebab kitaorang semua jual Shaklee. So sorang kawan decide nak call Khairol kononnya nak perkhidmatan teksi.

Dia cakap dia duk KL plak. Tak duduk Sepang. Ah sudah. Saya lagi la geram time tu walaupun berharap sangat-sangat yang dia ni masih lah orang yang betul-betul susah.

27 September

Harapan tu musnah bila esoknya, sorang lagi member komen di status saya. Kali ni memang sah-sah la:



28 September

So saya check semula dengan both Zulaika dan Azreena.
Malangnya Azreena dah terdelete nombor so tak dapat check, tapi Zulaikha still simpan log call. Tattaraaaaaa, sama weh!


Rahsia dah terbongkar la ni. Saya siap SMS dia mcm yg gambar atas tadi tu. Kemudian bila saya call lagi jam 10.48, dia angkat. Katanya otw dari Terengganu ke KL. Dah ada di RNR Bentong (wujud ke tak tatau la) Kononnya wife dia tkde orang jaga so kene hantar Terengganu. Saya minta alamat dia di Kota Warisan. Katanya nanti dia SMS.

Waktu ni silap saya, saya tk minta terus. Patutnya minta terus dia cakap. Dan saya rekod perbualan tu tapi sebab pakai PC, audio dia jadi terabur. Tak jelas apa dia cakap. 

Ni call log antara saya dengan Khairol



Petang tu, sorang lagi kawan saya tolong call kata nk pakai teksi di KLIA, dia cakap dia tak buat sebab dia Teksi Bandar. Paling menarik, semua stranger yang call, dia akan angkat. Maybe sebab dia betul-betul bawak teksi la kot. 

So jom dengar suara dia so nanti kalau korang dapat call dari dia, korang dapat lah cam:

SUARA SCAMMER NAMA KHAIROL

Kemuncak nya malam tu, di whatsapp group, sorang kawan bagi satu gambar. Rupanya dah lama dah dia buat kerja ni. Memang menyirap betul. 



Kalau ikut post orang ni , since May. Tatau la berapa awal dia dh start. Cuba bayangkan kalau sehari dia call 10 orang, dah RM800. Sebulan call 20 hari je pun dh RM16000 kot.. Hebat, hebat..

Saya SMS dia, minta semula wang saya tapi memang tkde response. Dia pandai la tak pakai whatsapp, kalau tk kita boleh la tengok dia dah baca ke tak. 





29 September

Sebenarnya dia masukkan ke tak masukkan ke duit tu, memang saya nak report polis pun. Sebabnya saya determine nak stop kan orang ni. Saya rasa penipuan dia sangat melampau dan ramai sangat scammers di luar sana yang hidup senang lenang atas kesusahan orang lain. 

Saya ke Balai Polis Cyberjaya untuk buat laporan sebab antara yang paling dekat. 3 orang pegawai polis ini berbudi bahasa, layan saya dengan baik, boleh la gelak-gelak sikit dan sempat mengingatkan saya:

"Cik jangan buat lagi macam ni ye cik"

Ini laporan polis nya:

Saya dimaklumkan, jika nak freeze kan akaun, bergantung pada siasatan di bahagian komersial. Oleh kerana saya bank in melalui online di rumah, Cyberjaya tak boleh buat. Kene hantar ikut kawasan iaitu Dengkil. So Balai Polis Dengkil minta saya datang jam 5.30 petang untuk berjumpa dengan Sarjan ***** (Rasa nak letak nama dia tapi takpe lah).

Lepas amik anak dari sekolah, dengan 3 hero ni saya angkut ke Balai Polis Dengkil. Sepanjang perjalanan jenuh la explain pasal kenapa kene ke Balai Polis. 

"Emak, kenapa uncle tu jahat sangat? Kenapa dia menipu"

"Sebab dia tak SOLAT. Orang tak solat, syaitan suka. Syaitan jahat jadi dia kawan la sampai jadi orang jahat"

Bukan saya punya skrip tu. Allah kata direct kat dalam Quran. Sungguh, bila orang tk solat dia tak rasa bersalah lah buat kerja gini. Kalau dia solat, dia takde buat mende ni. Sebab solat tu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: ayat 45)

Sampai di balai polis dan bertemu Sarjan, dia minta laporan saya. Saya bagi dan dia baca. Saya tak expect lah dia nak interrogate saya macam saya pulak penjenayah.

"Cik ni datang pasal apa? Kenapa ni? Apa halnya?" - dengan suara tegas dan muka annoying.

Saya kata la saya nak buat laporan sebab kes kene tipu

"Cik cakap dekat saya, cik rasa tindakan cik di betul ke tak? Tak payah nak er er er, cakap je terus"

Hammmboihhh..at this point saya memang bengang. Ni ke cara Sarjan bercakap? 

"BETUL. Sebabnya saya buat based on humanity. Kesian kot. Dia mintak RM80 je, dengan menangis, dengan cakap dia customer, bini dah terberanak. Ingat saya hati batu ke?"

"Saya tengok laporan Cik. Tkde ugutan, takde paksaan. Cik memang bagi dengan rela hati. Kami di pihak polis tak boleh buat apa-apa tindakan. Jadi cik buat laporan ni apa tujuannya?"

"TU, dalam laporan tu kan tulis dah. Saya buat laporan supaya orang lain tk kena tipu. So, dia menipu tu tak pe la? Doesn't matter la dia tipu berapa ramai orang pun sebab semua bagi dengan 'RELA'. Saya nk confirmation, so Sarjan cakap memang polis tak boleh buat apa-apa?"

"Di pihak polis tiada tindakan boleh dibuat. Cik buat laporan ni, cik viralkan lah kat FB ye"

Fuhh...patutlah orang cakap kadang-kadang kita nak ikut saluran betul, tapi jadi sia-sia. Takde faedah de. Unless kalau u ols kutuk pemimpin, pakai fb fake pun diorang gila gigih akan trace sampai lubang cacing. Kalau penipu macam ni, dh bagi nama penuh, ic dengan hp pun diorang mmg tk boleh buat apa-apa. Best gila law kan? kan?

Sarjan ni masih nak salahkan saya sebab saya sukarela bagi duit tu. Saya rasa keyboard warriors yang tk baca seluruh cerita ni juga akan buat yg sama...(shame on u!)

"Sarjan, bajet-bajet la sikit kot. Dia mintak RM80. Bukan 8000 ke 800 ke. Kalau kt FB lama dah saya block. Ni call menangis, kata wife terberanak. Saya orang perempuan. Tau la. Apa la erti RM80 tu kalau keadaan dia sesak macam ni...boleh imagine tak? Saya takde kene pukau. Memang waras gila time tu. Sebab waras tu la rasa kesian"

Betul, saya sebenarnya lebih merunsingkan hal akhlak dan kejahatan scammer ni berbanding duit RM150 yang saya bagi. Suami saya dan beberapa kawan suruh saya let go sahaja, lupakan. Saya kata tak, sebab saya tak mahu ada ramai orang lagi kene tipu. I will do whatever i could to stop him. 

Belasan tahun saya terlibat aktiviti sukarela baik NGO atau NGI, orang-orang susah yang begini sangat banyak. Ramai. Terlepas pandang atau memang tak tahu nk minta bantuan kat siapa. Kes begini wujud. Saya khuatirkan, mereka ini akan jadi mangsa bila scammer berleluasa. Ya, boleh salurkan mereka ke pusat zakat, biro bantuan, JKM etc tapi prosedur kadang boleh membunuh semangat juga. Atau sewaktu kes kecemasan, mereka perlu bantuan segera.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan?

Saya tinggalkan Balai Polis Dengkil dalam keadaan kecewa. Tapi as expected bak kata orang. Saya akan buat apa saya boleh buat. 

The dark side of me wish that Khairol ni  kene panah petir ke, accident masuk longkang pastu meninggal ke. Sebab penat bila buat aduan rasmi, undang-undang kita tak cover. Now i understand why some people dapat tangkap pencuri, kasik belasah dulu. 

Tapi rational side of me said, cool down. Be calm. Episod ni dah berlalu. My intention is solely as an act of reminder to all people out there and to get justice.

DON'T STOP  BEING KIND AND NICE. JUST BE EXTRA CAREFUL

Yeah, i won't stop doing whatever things i do now because of someone. But this is definitely a great lesson for me.

Jika anda pernah terkena yang serupa, boleh tak maklumkan pada saya detailsnya? Saya nk kumpulkan seberapa banyak bukti dalam usaha nak cuba juga bekukan akaun dia.

30 September

I'm writing this with new hopes and new energy!
and please ya, no maki-maki or mencarut here. I don't need it

Love,

Salwa





5 tips beli iron philips idaman ramai

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ok la, pertamanya memang saya dah lama masukkan iron ni dalam wish list. Sejak lebih setahun, saya mimpikan iron ni, study, tengok video, review, compare features, harga eh semua lah, cuma lastnya berbalik pada budget lah jugak kan, hahahahahaha.

Akhirnya bulan lepas dapat juga lah iron philips ni sampai ke pangkuan saya. Tak sabar sangat tau time first time nk cuba tu. Long story short, memang puas hati! Highly recommended. Tak tipu punya.


Well, well, meh la nk share sikit eh.. (Versi full bebelan boleh pegi kt sini ye: )

TIPS 1: TETAPKAN MODEL APA NAK BELI

Dik, banyak gila phillips punya iron ni. Memang nampak sama, ade tank kt bawah, tapi features semua berlainan. Kalau rajin pi browse kat sini:http://www.philips.co.uk/c-m-ho/ironing/steam-iron Boleh nampak banyak model. So kadang-kadang ade yang buat jualan murah ke Year End Sale ke, tengok dulu model mana satu. Jangan bangga beli murah pastu marah. Saya dah jumpa berapa orang dah yang terbeli model jenis tak auto-temperature. Then kain hangus, tu sendiri la salah sebab tak study.

So ikut la citarasa memasing. Features lagi banyak/smart lagi mahal la kan. Macam saya, saya memang dh intai-intai model yang MESTI auto-temperature (tak payah nk set or adjust suhu), takde filter/catridge (tak runsing nak kene maintenance mahal), eco friendly (supaya jimat letrik, penting tuh) dan tank besar (tayah nk bersusah payah asyik top up).

Saya beli yang mcm gambar ni. Phillips PerfectCare GC7015/20. Ada la niat nk tayang sendiri punya tapi sebab angle amik semua hancur berterabur, so tk jadi la tayang.

STEP 2: TETAPKAN BUDGET

Since saya dah tahu features apa saya nak, so saya dah boleh ketepikan model-model tak berkenaan. So if ade sale ke ape ke, tak tergugat iman pun. Eceh.
Saya terus browse dan tengok model-model ni punya harga dan kemudian tetapkan budget saya. Yang ni penting sebab kadang tu, kita nak features yang banyak tapi budget tak cukup jadi elok la berpijak di bumi yang nyata. So, saya tetapkan budget saya tak lebih RM800 (akhirnya dapat pada harga RM710 aje). Murah nya? Hahahahaha, rahsia seterusnya adalah...

STEP 3: CARA NAK BAYAR

Kenapa ni penting? Sebab kalau letak bajet pun tapi duitnya tkde buat hape. Rasional sikit. Memang la nk beli tapi kene la tahu nk cekau duit tang mana. Contoh, kalau rasa nk beli dengan main kutu dengan kawan, then anggaran kos nya around RM1200-RM1400 gitu lah. Lebih kurang ye, mungkin ada yang offer lagi murah atau ade combo dengan iron board bagai, tu pepandai pilih nanti.

Beli yang macam ni recommended utk orang yang mmg perlu bantuan macam perlu demo, perlu tunjuk ajar, perlu online/offline support. So, harga memang macam tu tapi dapat la sekali semua pertolongan tu. Dan paling ramai orang suka sebab boleh bayar 10 atau 12 bulan. Jadi takde rasa terbeban dengan bayaran bulanan RM100++ setiap bulan. Pastu option ni dapat la tolong kawan meniaga kan.

Saya pula lebih selesa membeli direct dari oversea. Ikut jenama dan ikut harga. Dah lama pun saya buat gini. Sebab jauh lagi murah. Tutorial ke ape ke tengok YouTube je. Contoh Dec 2014 saya beli Tefal AirFry, kat Malaysia time tu RM1200 kot tapi saya dapat dalam RM650 je termasuk shipping. Ade sekali taun 2013 kawan offer beli Tefal 14pcs set, time tu kt Malaysia dalam RM800 lah, tapi kawan beli dekat Muscat, Oman RM399 je.

Taun lepas kirim Tefal Fresh Express kt member atas member di UK. Murah gila juga. Sebab tu saya lebih prefer beli kt oversea.
Kalau iron ni saya beli dari UK. Kene pandai cari trusted seller. Tengok la IG or FB yang memang aktif dan review bagus. Ade yang offer 2 atau 3 kali installment juga. So memang jimat. Dan look for those yang offer international warranty. So if iron ada masalah, boleh just refer kt sini je.

TIPS 4: TIMING NAK BELI

Yang ni kene bersabar la kalau main kutu, tunggu la ye cabutan setiap bulan. Kalau nama naik, naik la. Hehehe. Kalau yang beli oversea pulak, harus diingatkan item pakai kapal ye nk pos ke Malaysia, so setakat 2 3 bulan tu memang sah la. Kadang-kadang lebih sebab ada masalah tax or imegresen dan sebagainya.

Kalau agak-agak tak sabar, memang la tak sesuai. Beli je la yang sebijik kat sini tapi bayar la mahal sikit kan. USually sale akan berlansung bulan 12. Why? Sebab Boxing Day besenye memang kaw-kaw sale dia. Dia nk habiskan model-model lama atau barang yang dah lama. Jadi, tunggu time tu pun ok kalau mampu bersabar


TIPS 5: KALAU TKDE DUIT?

Dik, berangan tak salah. Tkde sape marah. Cuma seiring la sikit berangan dengan usaha nk dapatkan. Saya ni berangan lama, siap setahun lebih study. Kumpul la sikit-sikit. Memang ade tabung khas untuk gadjet. So setiap bulan, ade allocation. Sebab tu umah saya penuh gadjet kot, sebab memang dah komited dan berdisiplin menabung untuk kesenangan diri sendiri kt umah. Hahahahahah. Kalau konsisten, sebulan RM50, setahun dah RM600. Tunggu 14-15 bulan dah dapat sebijik iron.

Seee, usaha tangga kejayaan. Jangan bagi alasan. Sesungguhnya orang-orang berjaya tu orang bersabar dan beriman.

Okeh, hope it helps!
Love,

Salwa






Adakah NORMAL ibubapa memarahi anak setiap hari?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya kadang-kadang ada juga parents yang PM, bertanyakan soal-soal tentang kekeluargaan. Dan 98% of my advice content is telling the parents, IT IS NORMAL.

Hari ni saya nak share yang PART 1- It's normal utk rasa MARAH


Kalaulah awak rasa, saya ni Emak yang lemah lembut, sopan santun dan sangat baik dan tak pernah marah/pukul anak, well, you're wrong! Saya bertukar jadi hulk. Kadang-kadang jadi mak tiri Cinderella or boleh jugak jadi macam Ju On. Depends pada keadaan.


Why?

Sebab saya manusia biasa dan normal dan bersikap seperti kebanyakan parents lain. Marah boleh jadi atas banyak sebab tapi kebiasaannya sebab nak ingatkan anak yang perbuatan tu salah.

Personally, saya mmg kenal beberapa orang yang betul-betul lemah lembut dan tak pernah marah anak, apatah lagi pukul. Yang tu ditahap berbeza sebab selain sabar dia tu makam tinggi sikit, diorang pun dalam bi'ah (suasana) yang mmg solehah, pasangan pun style gitu dan anak-anaknya terdidik jadi lemah lembut dan mendengar kata.

Honestly, that's how i picture myself 8 tahun lepas. I read Tarbiyatul Aulad. And i read on ISHAB's wife and himself and how they raised their family in peace without any high pitch note in the house.

Tapi emm... yeah, i can't do that. I'm more afraid if i wasn't strong enough to do that, my kids will ended up jadi macam cerita Anakku Sazali. Which is way no no no no.

It's hard to juggle the feeling and works. Sebab tu pasangan mestilah banyak membantu. Dari sudut persiapan rumahtangga, chores, kelengkapan etc. Kebanyakan mak-mak mula marah sebab rasa keletihan dan penat. Kalau tak percaya, cuba sendiri. As as start, help your partner with one chore every night. Just one. Basuh pinggan ke, get the kids to go to the bed ke, lipat baju ke. Do it for a week and u'll see the difference(s)

Yang tak normal adalah marah melampau dan memukul melampau sampai paras tak sepatutnya. Even this, some of us pernah buat dan rasa menyesal gila. Menyesal yang mmg menyesal to the extend boleh jadi trauma, nightmares dan flashback yang berterusan for both kids and the parent.

Change it, before it's too late
Our nag can be music to your ears but you don't want it to become a reason for something worse.

Is this helpful?
You want PART 2???

8 Panduan ASAS untuk anak masuk darjah 1

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya telah beberapa kali di tanyakan soalan tentang perkara ini, jadi saya rasa lebih baik jika dikongsikan di blog. Lebih ramai dapat manfaat harapnya.

Apa yang saya tuliskan ini adalah berdasarkan persekolahan bagi murid tahun 1 di sekolah kerajaan. Jika anda berminat dengan sekolah swasta dan sekolah lain, perbelanjaan dan persiapan adalah berlainan.


Semoga bermanfaat!

Gambar hiasan: Imran di tahun 1 dan I'jaaz di taska 5 tahun

1: PENDAFTARAN

Bergantung kepada negeri, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (online) atau offline. Bagi negeri Selangor dan WP Putrajaya/Kuala Lumpur, pendaftaran dilakukan secara online. Contohnya untuk sesi 2017 dan 2018, telah dibuka Mac lalu. 

Ibubapa perlu lebih peka dan sentiasa ikut perkembangan tarikh di laman KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Bagi Sesi 2017, keputusan telah pun keluar sejak 15 Julai lalu. Bagi yang nak mendaftar sesi 2018, boleh berbuat demikian sekarang.

Untuk selangor, daftar DARJAH 1 DISINI --> https://esppsel.moe.gov.my/


Jika anda telah terlepas atau mempunyai masalah, boleh hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my

Ujian bertulis bagi sesetengah sekolah akan dilakukan bagi mengenal pasti keupayaan pelajar dan tujuan pengasingan untuk LINUS dan sebagainya.

Waktu saya mendaftar Imran tahun lepas, semua adalah percuma. Selepas saya dapat pengesahan tempat, saya diminta untuk ke sekolah dan mengisi borang. Kemudian diminta membayar duit untuk tanda nama (name tag) sebanyak RM5.

Jumlah kos: RM5

2 : Yuran

Kebiasannya mengikut sekolah. Ada yuran PIBG, Yuran rumah sukan, yuran pelbagai dan macam-macam lagi. Bagi sekolah Imran, kami perlu bayar RM50 utk yuran PIBG setahun dan RM5 untuk SMS Blast. 

Yuran lain tidak ada. Bagi ibubapa yang perlu kenderaan seperti van dan bas sekolah, yuran tambahan perlu dimasukkan juga. Dan ada juga pusat transit yang menyediakan pakej. Untuk kami, saya menghantar dan menjemput Imran jadi tidak ada tambahan kos disitu.

Jumlah kos: RM55

3: Buku

Seingat saya, kesemua sekolah kerajaan menyediakan buku teks dan buku aktiviti dengan percuma. Betulkan saya jika ada kesilapan. Namun, ibubapa perlu sediakan buku-buku latihan dan nota serta buku lain seperti buku Nilam, Panduan KAFA dan sebagainya.

Biasanya kedai buku sekolah dibuka seawal cuti persekolahan bermula. Boleh la mula membeli waktu itu kerana kalau lewat, banyak buku yang kehabisan stok.

Kami membayar kira-kira RM80 untuk keperluan ini

Jumlah kos: RM80

4: Alat Tulis

Saya sarankan usahlah beli yang mahal kerana resam murid-murid baru masuk sekolah, sehari boleh hilang separuh atau semua alat tulis. 

Kami hanya berbelanja sederhana di kedai ECO. Dan sentiasa pula perlu 'top-up' stok 

Jumlah kos: RM10

5: Baju dan kelengkapan

Ini paling asas yang saya cadangkan. Boleh jadi berbeza mengikut keperluan. Baju dua pasang kami beli yang murah sahaja . Baju kameja saya dapat RM12 sehelai, seluar RM18 sehelai. Dua pasang RM60. 

Kasut kami beli yang sederhana juga. RM12 sepasang. Jadi 2 pasang kosnya RM24. Tali leher dibeli di sekolah. Dua tali leher untuk RM20. Seluar track dan baju sukan kami beli dua pasang dengan kos RM50.

Beg sekolah bersaiz sederhana RM28. Singlet dan tali pinggang RM20.

Jumlah kos: RM202

6: BERDIKARI

Ini sangat penting. Ajarkan anak-anak cara membuang air sendiri dan uruskan diri di tandas. Kebiasaanya untuk yang telah ke pra-sekolah/taska, masalah ini kurang timbul. Ibubapa hanya perlu tunjuk tandas sekolah dan pastikan mereka tahu lokasi.

Jual beli di kantin juga penting. Ajar mereka yang asas seperti beli makanan dan minuman dengan beratur. Makan dengan tertib tapi masih mengikut masa yang tepat.

Jangan risau, biasanya memang kita yang takut tapi mereka ni boleh sahaja sesuaikan diri.

7: KAWAN

Sebelum mula sekolah, survey dahulu jika ada kawan-kawan dari taska yang sama sekolah. Ini penting diminggu pertama dan minggu orientasi supaya anak kita tak rasa canggung. Boleh rehat bersama-sama dan bermain bersama.

Dalam masa yang sama, galakkan anak untuk berkawan dengan kenalan baru supaya rasa seronok ke sekolah dan lebih bersemangat.

Imran mulanya nampak macam pemalu dihari pertama, kemudian selepas tu boleh berkawan dengan orang lain. Just give them sometimes..they will adapt in sya Allah

8: MOTIVASI

Ibubapa penting sangat untuk galakkan anak kesekolah. Sebulan sebelum masuk sekolah, cerita yang indah-indah dan baik-baik sahaja.

Beritahu kenapa perlu kesekolah, kenapa belajar di sekolah dan apa sahaja perkara yang ditanya anak. In sya Allah nanti anak tak mudah putus asa dan rasa takut ke sekolah


Saya harap, ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Moga urusan dipermudahkan!

Love,

Salwa


Kenapa anak suka sepahkan barang?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari tu saya ada cerita pasal Adakah normal ibubapa memarahi anak-anak? Hari ni nak sambung 'IANYA NORMAL' part 2 pulak. 

Antara perkara yang paling buat emak ayah stress adalah rumah bersepah. Sana sini sepah. Kadang-kadang sampai rasa macam nk buang aje semua mainan, kan? Bukan tak nasihat, bukan tak cakap, tapi tetaplah begitu keadaannya.

So, normal tak macam tu?



By this time mesti korang dah pernah tengok poster yang cakap pasal 'rumah bersepah tanda anak kreatif' etc. Tu kira nak menyedapkan hati jugak la tuh. Hahahahaha. Tapi tak bermakna juga kena sentiasa bersepah dan semua ruang pun bersepah, ye tak? Sebelum saya cerita apa saya buat, meh saya nak cerita kenapa perkara ni sangatlah normal.

Untuk baby dan kanak-kanak bawah usia 7 tahun, dia ada perkembangan kognitif. Kalau bawah 2 tahun sangatlah nak bereskperimen dengan sensormotor dia. Dia nampak, dia pegi amik, masuk mulut, pastu besar sikit dia pegang pastu campak. Dengan takde rasa bersalah pun. Sebab suka la bunyi mende tu jatuh ke lantai, plung plang. Bukan dia tau bahaya ke tak so kita la kena hati-hati letak barang. Kes-kes 'bunga sakura' kat hp or ipad ke memang sangat sinonim. Tayah nak stress sangat ye puan-puan Hehehehe. Tahap ni, boleh bagitahu arahan tapi jangan expect apa-apa sangat. Diorang masih cuba nk faham

Bila beso sikit, dah masuk 2 tahun sampai nk capai 7 tahun tu, lagi suka eksperimen. Motor skill dan fine motor skill tu membuak-buak gitu. Segala mak nek alat dan bahan dia nak cuba. Macam pen tu, bukan tk kata yang kene cari kertas, tapi dinding dan mende lain juga dia nk conteng. So don't worry, bukan kita yang looser tapi anak kita ni ada sifat nak cuba dan rasa 'rebel' sikit istilahnya. Bukan nakal, tapi bijak. Dia nak tahu consequence (which is kene marah lah kan hahhahaha). 

Sebab tu lah, dari hadis:

Rasulullah bersabda, “Perintahkan anak-anak kalian mengerjakan solat bila telah masuk usia 7 tahun dan pukullah mereka karena meninggalkannya bila telah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka…(Shahih Sunan Abu Dawud, 466 dan Ahmad, 6467)

Kenapa 7 tahun? Sebab waktu tu mereka dah mula dapat terima arahan, dah mula menuju ke arah nak faham sesuatu perkara. Bukan tak boleh lebih awal, sila-sila. Tapi jangan expect yang perfect. Sebab Allah dah cipta gitu. Saya sendiri nampak beza. Imran sekarang dah 7 tahun. Memang dia dah makin tahu emosi, baik buruk, makin curious etc. Beza dengan I'jaaz yang masih tak berapa nak faham, masih 'malas-malas' gitu.

Dan kenapa boleh start pukul usia 10 tahun? Sebab dia dah mula mumayyiz. Kenal baik dan buruk dan dapat berfikir dengan baik. Tang ni mmg ramai gagal la. Saya pun sama, kadang dah pukul baru nyesal kan. Well, kita cuba jadi yang terbaik dan sentiasa tambah ilmu dan dalam masa sama kadang-kadang lemah juga iman. Bukan gitu? So harapnya kita dapat sabar lagi lepas ni ye.

Apa saya cuba buat pasal sepah ni, sebolehnya saya tak biarkan satu rumah sepah. Macam ruang tamu, bilik tidur utama, tandas dan dapur, itu area yang kene kemas. Sedaya upaya akan cuba kekalkan. Yang paling sepah tu bilik depa sendiri lah kan. Kadang-kadang saya akan suruh kemas semula jadi perfect kerana itu mengajar diorang kerjasama dan tanggungjawab, walaupun perfect tu bertahan tak sampai setengah jam. Huhuhu

Ok lah, saya harap dapat la membantu emosi ibubapa yang gundah gulana. Dulu saya pun gitu tapi sekarang dah lebih tenang (chewah)

Nak lagi tenang, tengok la gambar-gambar bawah ini yang menyokong kata-kata saya. Hahahahahahaha






























WOODEN EDUCATIONAL TOYS yang MURAH dan best

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Anak-anak korang suka main toys tak?
Budak-budak kan, memang suka main toys. Nature diorang memang gitu. At all ages. Even kita yang tua-tua ni pun suka. Hahahhahaha

Okeh la.Hari ni Emak nak share satu ONLINE SHOP yang korang boleh beli toys yang bagus sebagai investment. Korang boleh pegi tengok dekat page FB Homie Stuff. Homie Stuff ni dia specialise menjual WOODEN EDUCATIONAL TOYS yang best-best untuk anak usia lingkungan 6 bulan ke atas.

Macam kita tahu, educational toys ni antara bahan yang biasa dipakai untuk kita simulate brain, enhance fine motor skill dan hand-to-eye coordination kanak-kanak.Yang bestnya di Homie Stuff ni, selain pelbagai pilihan ikut umur anak-anak korang, korang akan diberi sedikit penerangan tentang benefits (kelebihan) toy yang korang tengah tengok tu. Contohnya ye:


Dimension: 15cm x 6.2cm x 6.2cm

Age Recommendation: 6 months and above
Price: RM18
Postage: RM7 (WM), RM12 (EM)


Benefits:
- Develop child's brain and creativity simulation
- Learn the shades of colours
- Learn different sizes
- Enhance the hand-to-eye coordination
- Stimulate creative thinking
- Enhance motor skill and fine motor skill
- Learn the concept of sorting/sequencing

How to order?
PM us or whatsapp at 019-5558027


Haaa, kan menarik tu. Kita pun tahu which area yang setiap mainan tu akan tolong stimulate. Ade age recommendation lagi. Yang ni nk follow boleh or nak beli ikut kesesuaian style anak masing-masing pun boleh.

Kenapa bagus beli wooden toys?
Sebab lebih tahan lama dan lasak. Bunyi yang dihasilkan lebih menarik bayi dan bahan adalah semula jadi. Ni memang terbukti la sebab saya banyak mewariskan mainan kayu dari Imran sampai la sekarang Israa' pulak. Tahan lama dan tak mudah rosak.

Jom tengok lagi antara educational toys yang ade.







So, kat mana nak beli?

Boleh ke page Homie Stuff. Tengok la katalog diorang kt album tu. Kat situ ada macam-macam wooden educational toys yang disediakan dengan kualiti baik dan harga berpatutan. Once dah berkenan, just PM page tu dan lepas tu boleh la proceed dengan bayaran.

Sebab barang ni laku sangat, kadang-kadang stok takde. So diorang akan masukkan la waiting list dan bila barang yang korang nak tu dah sampai, diorang akan beritahu semula. Best kan?

So, jangan tunggu lagi. Pegi la skodeng ye! :)

Love,
Emak

Pelancara Projek BEG SEKOLAH Musim ke -2 (PBS#2)

$
0
0
Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat meneruskan projek ini buat musim kedua.


Objektif:
Membantu pelajar dari golongan keluarga kurang mampu/miskin bandar dan luar bandar untuk mendapatkan beg bagi musim persekolahan seisi 2016


Kaedah perlaksanaan:
Beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih

Bagaimana ingin menjadi Focal person?
Hubungi nama yang tertera di poster atau PM kami untuk maklumat maklumat lanjut.

Bagaimana ingin menyumbang?
Anda boleh berikan beg baru atau preloved kepada Focal person terdekat dengan kawasan anda. Senarai Focal akan di kemas kini di Page ini

Anda juga boleh memberi sumbangan sebanyak RM25/beg dan di masukkan ke akaun Maybank 158060573304 atau CIMB 7613533419 di atas nama Salwa Mohd Saleh (Pengasas Projek Beg Sekolah)

Nota: PBS adalah projek NGI (non government individuals). Kami tidak dapat menyediakan resit untuk pengecualian cukai atau zakat. Berikan sumbangan hanya jika anda percaya kepada kami :)

Mohon sebarkan utk kebaikan bersama.

Motivasi dari filem Kungfu Panda 3

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya memang peminat cerita KungFu Panda. Dari mula sampai la sekarang yang dah masuk nombor 3 ni. Sebab saya rasa selain pengajaran yang banyak, added value dalam cerita-ceritanya adalah kata-kata motivasi dan quotes yang sangat best.

Sesuai dengan karakter pulak tu dan sentiasa fit dalam situasi apa sekalipun.

Kebetulan minggu ni saya memang kurang idea kerana busy yang sangat berganda. Pagi ni waktu lipat kain saya decide nk tengok cerita ni untuk menghappy kan diri.

Pilihan yang tepat!

Tak sia-sia. Saya pun happy dan ade banyak idea. So, saya nak kongsikan antara kata-kata yang best daripada filem ni dan saya harap anda juga termotivasi!









PBS #2 di MHI

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Projek Beg Sekolah (PBS) telah pun dilancarkan bagi Musim ke-2 pada 25 Oktober lepas. Kali ni kami mensasarkan lebih ramai focal person yang menjadi sukarelawan dan pertambahan kawasan kerana sasaran kami jauh lebih besar dari musim pertama tahun lepas.

TARGET JUMLAH BEG: 10,000

Kami tahu target ini dapat dicapai dengan usaha keras dan sokongan semua individu dan pihak terbabit. Salah satunya adalah Media Prima yang sudi membantu dengan menyiarkan tentang PBS#2 dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada 3 Nov lalu.

Saya selaku founder telah mewakili team PBS untuk memberi penerangan tentang PBS musim kedua.





Alhamdulillah respon yang diterima sangat mengalakkan. Kami berharap lebih banyak sumbangan akan dapat diperolehi daripada pelbagai pihak dalam menjayakan PBS kali ini


Bagaimana ingin menyumbang?
Anda boleh berikan beg baru atau preloved kepada Focal person terdekat dengan kawasan anda. Senarai Focal akan di kemas kini di Page ini

Anda juga boleh memberi sumbangan sebanyak RM25/beg dan di masukkan ke akaun Maybank 158060573304 atau CIMB 7613533419 di atas nama Salwa Mohd Saleh (Pengasas Projek Beg Sekolah)

Nota: PBS adalah projek NGI (non government individuals). Kami tidak dapat menyediakan resit untuk pengecualian cukai atau zakat. Berikan sumbangan hanya jika anda percaya kepada kami :)


Selamat ulangtahun ke-7 Imran!

$
0
0
11.11.16 - Selepas 7 tahun

Hari ini Emak hilang kata-kata. Tiada puisi atau madah dapat Emak coretkan buat Imran. Sambutan juga tidak dapat Emak lakukan hatta sebiji kek buat Imran. Dalam mengejar masa, ada perkara yang lebih besar untuk di dahulukan. Dewasa nanti pasti Imran akan mengerti makna pengorbanan.

Imran sudah melangkah ke fasa lebih bermakna
Hidup Imran sudah perlu ada garis panduan supaya lebih jelas hala tujuan. Nabi juga berpesan, seumur Imran inilah harus diajari kenal tuhan.

Imran ingat pesan Emak

Tiada sesiapa makhluk di dunia pun akan dapat tumbangkan Imran, bila Imran meletakkan tekad di hati, pasak kaki ke bumi.

Tiada sesiapa pun selain diri Imran seorang yang mampu menghentikan segala tindakan. Baik kebaikan mahupun kejahatan. Pilihlah tindakan atas dasar iman.

Tiada pujian yang dapat melambung Imran tinggi mendongak ke langit sana, jika Imran tahu matlamat hidup di dunia. Kita hanya singgah menumpang, bawa lah bekal sebanyaknya ke sana.

Tiada kata-kata mampu mengguris hati kecil imran jika jiwa Imran besar dengan taqwa. Apa juga kebaikan yang bermain di fikiran, terjemahkan dalam tindakan. Yang melintas dari syaitan, Imran kuburkan dengan ingatan kepada Tuhan




Emak tak boleh selamanya menjaga Imran
Cuma doa, ilmu dan kasih dapat Emak bekalkan
Buat Imran tetap teguh menempuh perjalanan

Salam sayang dan selamat ulangtahun ke-7!

Emak

PBS #2 di akhbar Harian Metro

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah di beri kesempatan buat Projek Beg Sekolah (PBS) sekali lagi muncul dalam media apabila Harian Metro sudi mewar-war kan projek beg ini pada 10 November lalu




Berita penuh tentang artikel ini boleh dibaca selanjutnya seperti di bawah:

Inspirasi Hidup Susah



Asrizal Aris

asrizal.aris@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : “Kehidupan sukar pada masa lampau mendorong saya melakukan aktiviti kebajikan.” Itu kata Salwa Mohd Saleh, 32, pengasas Projek Beg Sekolah (PBS) yang menyumbang ribuan beg sekolah kepada anak yatim, asnaf dan keluarga miskin.
Salwa berkata, ketika usianya enam tahun dia sudah membantu keluarganya bekerja di sawah dan ladang untuk mendapat upah bagi membeli peralatan sekolah tanpa membebankan ibu bapanya.
“Saya masih ingat lagi, kami adik-beradik memegang parang panjang ketika sekecil-kecil usia itu untuk menebas lalang, kemudian mengutip buah kelapa sawit yang relai lalu mengheret guni yang penuh berisi buah itu.
“Upahnya hanya 50 sen. Kami kumpul hanya untuk menunaikan impian kami membeli peralatan sekolah yang kami idamkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau mengakui perjalanan hidupnya itu menjadi inspirasi untuk mengasaskan PBS bagi menunaikan impian kanak-kanak kurang berkemampuan memiliki peralatan sekolah baru.
“Saya mula berjinak-jinak membuat aktiviti amal selepas mengikuti projek mangsa banjir dan pada mulanya saya hanya suka-suka menyediakan 300 beg hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
“Tetapi, tidak sangka usaha kali pertama saya pada tahun lalu berjaya mengumpul 3,635 beg sekolah untuk diagihkan, malah menerima lebih 100 sukarelawan yang mahu menyertai PBS,” katanya.
Menurutnya, bagi projek beg sekolah edisi kedua ini dia menyasarkan 10,000 unit beg sekolah untuk disumbangkan kepada mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan pada Januari 2017.
“Projek kedua ini dilancarkan pada 25 Oktober lalu dan mengharapkan sambutan daripada penyumbang menggalakkan seperti tahun lalu supaya dapat menceriakan lebih ramai kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
“Agihan akan dibuat di seluruh negara dan tiada sebarang pulangan yang kami harapkan melainkan melihat senyuman gembira daripada kanak-kanak ini,” katanya.
yang sudah cukup memuaskan hati kami,” katanya.
Menurut Salwa, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk menyumbang kepada aktiviti PBS boleh melayari media sosial Facebook Projek Beg Sekolah (PBS).
Keterangan gambar
1. Beberapa pelajar yang gembira selepas menerima beg sekolah melalui aktiviti PBS edisi pertama yang lalu.
2. Antara kumpulan pelajar yang menerima beg sekolah melalui PBS pada tahun lalu.
3. Salwa (dua dari kiri) menyampaikan beg kepada wakil sekolah untuk diberikan kepada pelajar miskin.
4. Salwa mengasaskan PBS berdasarkan kehidupan kanak-kanaknya dahulu.
tamat




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 10:10 AM

Menangis hari ini, esok terbang tinggi!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Sempena keputusan UPSR baru-baru ini yang di luar jangkaan, saya nak kongsikan satu cerita yg berlaku dua puluh tahun yang lalu sewaktu saya menerima keputusan UPSR saya.
Saya menangis teresak-esak.
Kali ini lebih kuat lagi kerana melihat satu persatu kawan-kawan saya dipanggil ke hadapan pentas dan diperkenalkan sebagai murid-murid yang mendapat keputusan 4A.
Saya selaku antara murid yang sangat diharapkan dan dijangkakan mendapat 4A, hanya memperolehi 3A 1B (B dalam matapelajaran Bahasa Inggeris) terperuk di barisan belakang kerusi kantin ditenangkan oleh Emak.
Hancur hati saya waktu itu. Seolah dunia gelap gelita. Saya rasa Kementerian Pelajaran tidak adil. Saya rasa UPSR itu kejam. Saya rasa saya tak layak untuk belajar lagi.
Drama kan?
Untuk anak usia 12 tahun ketika itu, mungkin itulah perasaan normal. Kecewa. Mana nak faham aturan Allah lagi cantik rupanya.
Selang beberapa minggu, saya dapat tawaran sambung belajar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Ipoh. Saya satu-satunya wakil dari sekolah yang berjaya mendapat tempat di Sekolah Raja Perempuan Taayah (baru dinobatkan SMAN terbaik Malaysia)
Dan kemudian saya terus mengorak langkah lebih jauh lagi selepas itu. PMR dan SPM pun keputusan sangat baik. Elok je, belajo sampai negara Kiwi nun. Takde la bodoh mana rupanya Hahahahahahhaa
Jadi anak-anak yang kecewa kalau tak dapat keputusan yang diharapkan hari ini, tengok aje la acik awk ni. Well, menangis aje la. Jangan ditahan rasa kecewa tu. Manusia kan? So normal lah tu kecewa dan menangis.
Tapi lepas tu MOVE ON ye.

Gambar di ambil dari Astro Awani

Jangan tenggelam dalam rasa kecewa dan kemudian rasa tak mahu belajar lagi. Belajar ni sampai kita dah ke lubang dalam 6 kaki tu pun mungkar nangkir akan masih tanya soalan. Jadi jangan pernah rasa nak berhenti belajar.
Acik yang anak keliling pinggang dan tak menang tangan ni pun sedikit tak pernah luak rasa nak sambung belajar.
Ingat tau, menangis arini, esok TERBANG TINGGI!

Fakta yang jarang orang tahu tentang Firaun Ramesses II di Kaherah

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ini cerita waktu kami melawat salah satu tempat yang sangat terkenal di Kaherah, Mesir. Tak lengkap kunjungan anda di Mesir kalau tidak ke Muzium Kaherah yang terletak di berhampiran Dataran Tahrir, bandar Kaherah.

Mulanya dalam rombongan kecil seramai 9 orang tersebut ingin meninjau sahaja di seluruh Muzium dengan bayaran LE60 (~RM40), namun salah seorang seorang ahli rombongan mencadangkan kami mengupah Tourist Guide supaya perjalanan lebih teratur dan kami tahu kisah-kisah disebalik bahan yang ada di ruang pameran.

Kami melihat ribuan artifak dan bahan sambil mendengar kisah-kisah Firaun, melihat makam Tutankhamun, firaun terlengkap yang pernah ditemui, beserta topeng Emasnya yang sangat terkenal, barang-barang Cleopatra dan sebagainya.

Kemuncak lawatan adalah Makam Mumia Diraja yang terletak di aras atas muzium.

Suami dan saya saling berpandangan. Kami tersepit antara dua pilihan. 
Untuk masuk ke Makam Mumia Diraja ini sahaja kami perlu membeli tiket tambahan sebanyak LE100 seorang. Sudah tentu diluar bajet yang kami sediakan.

Ahli rombongan lain sudah mula beratur membeli tiket kerana tidak mahu melepaskan peluang. Beberapa mumia terkenal dijaga rapi dan di kawal ketat di dalam Makam ini.
Termasuklah mumia Ramsis II yang di ceritakan adalah mumia yang disebut dalam Al-Quran sezaman dengan Nabi Musa!

Setelah beberapa ketika, saya memutuskan kita bayar sahaja harga tiketnya. Pertama, kerana peluang seperti ini mungkin tidak akan datang lagi. Kami tidak tahu sama ada muncul lagi rezeki untuk ke tanah Anbiya' ini. Kedua, saya khuatir tidak dapat tidur lena memikirkan kekesalan sedang hati membuak-buak ingin melihat dengan mata sendiri.

Melangkah masuk ke ruang makam, tersusun rapi bekas-bekas kaca yang menempatkan Firaun dari serata Mesir dan sekitarnya. Tumpuan paling utama dan paling hadapan tentunya Ramsis II.



Hati saya berdegup kencang. Peluh dapat dirasa walaupun bilik sejuk dengan penghawa dingin yang sentiasa di kawal rapi. Saya gugup memikirkan, akhirnya dapat bertentang mata dengan manusia yang di laknat Allah kerana kejam dan siksaannya dan berani pula mengaku sebagai Tuhan.

Ketika saya menjenguk, mahu tidak mahu muncul pula rasa kasihan kerana ianya tidak lebih daripada jasad mumia tidak berdaya tapi telah Allah janjikan neraka.

Segera saya usir rasa simpati dan terus memerhati. 

Menariknya, kata ustaz yang membawa rombongan kami sebelum kami memasuki Mesir lagi, ada beberapa keunikan yang ramai tidak orang tahu.

Ramsis II saya bayangkan tinggi lampai gagah perkasa. Namun tingginya hanya 173cm sahaja! Cuma, mungkin dia merasakan dia berkelebihan kerana saiz kebanyakan Firaun-Firaun yang dipamerkan hanya tidak lebih dalam lingkungan 150 hingga 160cm sahaja. Oh, pendek-pendek rupanya.

Kemudian warna kulit mereka kebanyakkan gelap. Ketika ditanya adakah kerana proses awet? Tidak juga. Kebanyakan mereka mempunyai susur galur dengan keturunan di Sudan. Tidak hairanlah juga kerana terdapat piramid-piramid yang dilaporkan lebih tua usia dari Piramid Giza berada di Sudan!

Ramses II pula lebih cerah daripada yang lainnya. Kenapa? Kerana Allah telah janjikan jasadnya akan 'sempurna' sebagai tanda peringatan dan pengajaran. Dan Ramsis II juga diawetkan Allah secara terus dari lautan. Bukan seperti mumia lain.


"Maka pada hari ini, Kami biarkan Engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang Yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). dan (ingatlah) Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".  Surah Yunus Ayat 92

Kami meninggalkan makam Mumia Diraja dengan seribu satu perasaan. Sukar nak digambarkan namun yang pastinya, saya memang bersyukur kerana membuat pilihan yang tepat untuk melaburkan wang membeli tiket menjenguk ke dalam sana!

Gambar suami didepan Muzium Kaherah. Saya pun ada ambil gambar tapi tak sanggup nak upload sebab waktu ni saya sangat berisi!



Viewing all 277 articles
Browse latest View live