Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Video promosi PBS yang ohsem!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya bertuah.

Selain dikelilingi orang yang baik yg sentiasa memberi sokongan kepada Projek Beg Sekolah, team yang supportive, saya juga terharu apabila krew Fabolez Production sudi membantu promosi dengan menghasilkan klip video ini.


Percayalah,
Kisah ini benar-benar terjadi. Beg plastik digunakan buat meletakkan buku dan alat tulis.
Untuk melihat video ini, klik link berikut:
https://www.facebook.com/salwamohdsaleh/videos/10154261791236775/

Mahukah anda memberi senyuman kepada anak seperti ini?
Marilah memberi sumbangan sebanyak RM25/beg. Bantuan ini boleh dihulurkan ke akaun Maybank 158060573304 atau CIMB 7613533419 di atas nama Salwa Mohd Saleh (Pengasas Projek Beg Sekolah).
Moga Allah membalas dengan jannah tertinggi
P/s: PBS adalah projek NGI (non government individuals). Kami tidak dapat menyediakan resit untuk pengecualian cukai atau zakat. Berikan sumbangan hanya jika anda percaya kepada kami

*Nota: Sumbangan untuk PBS musim kedua telah pun di TUTUP pada 30 Disember lalu. Terima kasih

First try melukis bunga-bunga

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Kemain la menulis pasal stress la, banyak keje la, itu la ini la. Hehehehe. Well, manusia mesti la ada ups and downs dia kan? kan?

Nak dijadikan cerita, 4 Dec aritu decide buat sesuatu yang dh lama nk dibuat tapi tak dapat-dapat. Pergi melukis!! Hahahahahaha. Kengkonon nak mengeluarkan jiwa seni la dalam jiwa. Ewah.

Makanya terhasillah satu karya seni yang di panggil STAY STRONG!

I know it's still buruk but not bad la kan utk first try. De-stress yg kinda work out well I guess?

Hahahahahahahahah





Salwa DIY di PPAS, Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah selesai demo DIY activities dan sharing session di PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) yang terletak di Shah Alam.
Kepada yg belum pernah datang sini, mesti kagum macam saya. Best betul tempat kanak-kanak dia. Lain dari yang lain. Saya first time jumpa library gini. Elok bebeno la buat konsep gini. Siap ada pokok tu! (walaupun tiruan)

Very kids friendly. Rasanya mmg nk bawa dan daftarkan anak-anak saya jadi ahli. Ce try dtg sekali. Mesti rasa nak datang lagi. Kudos to PPAS!
Thanks Deenprints sudi organise. Thanks kawan-kawan, Raha Mohd Iskak dan Zaleha Mohiddin yang ada juga tadi. Anak-anak ni sangat semangat dan nak cuba semua perkara tapi masa dan peralatan tak mengizinkan. Dah namanya demo..huhuhu. Takpe nanti datang workshop acik ye.

Oh gambar ni Raha yang snap. Time ni sesi DIY dah habis, ni parenting talk sekejap

Btw..walaupun tak sehat, saya buang tebiat pakai bawal pucci. Ikut trend la sangat kan kengkonon. Not bad la jugak actually. Yg ni mid range punya. So tkde la licin and still senang dibentuk.

Saila Saleh jual sehelai RM25. Kalau nk premium ala-ala Aria** pun ada. Yg tu RM50 sehelai tp saya tkde bajet. Pakai yg ni pun ok je kot hahahahhha. Dengarnya if ade yg nak beli dia nk bg discount. Just whatsapp dua or pm ye. Ckp I WANT PUCCI. Nanti dpt la discount.
Okeh.nk hantar beg pastu nk balik pastu nk reeeeeeeehaaaat
Bye!

Picasso in the making

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ingat tak beberapa hari lepas saya ada tunjuk lukisan yang kengkonon baru try lah tu. Kalau terlepas boleh baca entry First try melukis bunga

So hari ni rasa macam nak menurunkan bakat seni yang ada (sila muntah) ke anak-anak pulak. Muahahahhahaa.



Tapi kan, anak-anak sekarang ni pun pandai. Dia tanya, kenapa material kertas Emak lain? Dia punya nipis semacam? Kenapa Emak pakai warna lain, diorang kene pakai warna lain?

Kenapa?
Kenapa?
Kenaaaaapaaaaaa??

Hua...matilanakk. Kalau bagi u ols pakai semua material Emak, boleh bankrupt Emak tau nk supply semua bahan. Eceh, macam la Emak pakai yang professional sangat kan? Hahahahah. Berangan betul. 

Aktiviti macam ni bagus utk asah bakat, bagi mereka berkreativiti dan sesuai sangat untuk bonding time. Kalau nak jimat, saya kadang-kadang pakai DIY Water Colour je bagi diorang lukis. sangat mudah dan simple.

Step nya ada saya ajar di sini: DIY Water Colour

So, selamat mencuba!

Love,

Salwa

Bagaimana ibubapa nak hilangkan rasa bersalah?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sewaktu sesi ringkas parenting di PPAS tempohari, saya sekali lagi ditanya soalan favorite peserta (maknanya kebanyakan sesi mmg akan ada soalan ini)

"Macam mana nak hilangkan rasa bersalah dalam diri kita, as if kita ni bukan emak yang terbaik?"

Saya fikir jawapan saya tak diduga tapi mereka setuju...
TUTUP FB 3 HARI!

Timeline tu bergantung kepada kekuatan diri sendiri. Saya cakap, masalah utama harini adalah FB dan IG.
Kita asyik sangat compare aktiviti orang dan memuja betapa sempurnanya hal-hal mereka. Jadi saya bagitahu 3 perkara:

1. Orang nak letak apa kt FB tkde mslh. Itu hak mereka. Yang bermasalah adalah kita jika kita sibuk membandingkan dan kemudian bukan bertindak pun, malah rasa down pulak.

2. Yg kita nampak yang cantik-cantik sahaja. Gambar sekeping Happy buat aktiviti. Kelam kelibut pepak lerak belakang gambar orang tak tahu. Itu pun ntah shoot yang ke berapa la tu nk bagi nampak cantik. Cuma usahanya nak beraksi dan beraktiviti dengan anak wajar dipuji dan di ikuti.

3. Saya belum pernah jumpa parents yg sempurna serba serbi. Belum. Mungkin sebab saya juga bukan hidup sezaman dengan Rasulullah. Kalau parents buat salah, itu normal. Baiki dan cuba untuk tidak ulangi. Kita rasa bersalah kenapa? Sebab kita buat perkara yang tak betul kan? Jadi betulkan semula. Antara cara plg mudah, 10 minit pertama sampai rumah jangan buat mende lain selain dengar cerita anak. Cuba la kalau tak percaya. Cuba 2 minggu pun dah boleh nampak kesannya.


Saya pun masih dlm keadaan yg begitu kadangkala terutama bila busy sgt tp sy ingatkan diri, cuba yang terbaik. Selebihnya serah pada Allah untuk bantu kerana semua urusan pun Allah yg atur.

Tiada daya dan upaya selain dari Allah.

Stay strong, never give up Dan MOVE ON!

Love,
Salwa

PBS#2 di Ikim.fm!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, 14 Disember kami di Projek Beg Sekolah sekali lagi mendapat ruang untuk mempromosikan projek ini dengan di jemput menjadi tetamu di Radio IKIM.fm

Ini pengalaman pertama untuk saya ke sini dan tentulah satu lagi pengalaman bermakna dlm usaha mempromosikan projek beg sekolah

Sesi tadi berjalan secara santai. Saya rasa mungkin sebab DJ Pian dan Luq excited dan mereka professional dalam mengawal flow so jadi sangat simple dan seronok bual bicaranya.

Hat gambar atas ni saya musykil sikit...awat la kat radio plak nampak kurus. Suka tau nampak lg kurus dari Luq hahahhahaha. Apsal kt tv nampak gemok? Adoiii

Saya pergi dengan salah seorang focal person bagi team PBS iaitu Puan Salmi. Ni gambar kami berdua dekat konti sebelum slot bermula.

BEstnya, selepas dah habis slot td sempat selfie dengan Ustaz Pahroul Juoi dan Ustaz Ebit Liew. Alhamdulillah mereka juga nyatakan sokongan penuh kepada pbs!

Dan sejak saya iklankan nak masuk ikim.fm pagi tadi, banyak mesej dan sumbangan diterima.  Fuh, memang la teruja kan. Kira pengobanan Israa' kene ikut ayah pi kursus kat DBP sementara emak masuk radio tu berbaloi la.. hahhahaha
Moga usaha kecil ini membawa kita bersama ke syurga
Aminnn

Love,
Salwa

PBS# di Assalamualaikum TVAH!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kami diterima menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan PBS secara lansung di ranacangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. Terima kasih TVAH!

Semuanyas selesai walaupun di belakang pentas cerita nya huru hara bersama sorang lagi wakil AJK PBS iaitu Puan Idayu Sunhaji Idayu Sunhaji . Mana taknya, waktu tu kami pun lupa ada demo BERSIH di sekitar KL. Maka banyak jalan ditutup dan macam-macam drama la nak sampai ke TVAH. Heheheh

Oh ye, memula pelik juga kenapa la nampak sangat ketara lipstik. Dan saya dapat banyak mesej kata saya make up harini. Huaaaa..lipstik yang MUA TVAH pakaikan tu warna nude pink ye. Tak tahu lah mcm mana jd merah menyala waktu on air. Terkejut sangat tengok video. Hihihi. Tapi saya syak sebab diorang shoot pakai HD camera so sebab tu nampak jadi gituh. Ni teori sendiri la ye. Hehehehhehe

Selepas siaran tu, kami memang dapat banyak mesej untuk menjadi Focal person tapi maaf, seperti yang di war-warkan tadi, pendaftaran telah ditutup dan kami sudah masuk ke fasa seterusnya.Fasa sumbangan dan penyerahan beg hingga 30 dec ini. Kami sangat mengharapkan sokongan anda untuk bantu kami jayakan projek ini.

Love,

Salwa


Do we hear or LISTEN?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Minggu lepas saya berpeluang menambah ilmu antaranya tentang Active Listening. Saya rasa ini aktiviti yang bagus, dengan panahan mata tepat ke arah respondent dan kita cuba 'diam' untuk 'mendengar'.

Sejak beberapa tahun lepas, saya cuba praktikkan ini. Saya belum lagi sempurna tapi sudah lebih baik dalam mendengar. Dan saya akan lebih belajar lagi untuk menjadi lebih bagus.

Kalau dulu, saya lebih cenderung cuba menghabiskan ayat orang (tak sabar atau menyampuk), kini walaupun masih ada tapi sudah berkurangan kerana rasa lebih aware dan mahu dengar lebih lanjut butiran orang tersebut.

Satu lagi masalah utama adalah kita pura-pura mendengar atau tidak betul-betul berusaha mendengar. Kebanyakan orang bersikap tertutup dalam menceritakan masalah atau perihal peribadi dan bersikap selektif kerana kekurangan rakan yang boleh LISTEN kepada masalah mereka.

Yang ramainya adalah orang yang cepat jump into conclusion, segera menawarkan solutions (walaupun lansung tidak diminta) atau lebih berat, memberi nasihat tapi dengan cara DICTATING atau memberi DIRECTION (penggunaan kata seperti you should do this and that, awk sepatutnya buat itu dan ini) To be fair, kita tidak tahu keseluruhan cerita atau apa yang ada dalam jadual, plan, cara hidup dan keluarga mereka.

Bila hal seperti ini berlaku, fungsi yang ada adalah HEAR dan bukan LISTEN. Mereka yang cuba menceritakan perihal tersebut tidak pula menghargai pendapat dan direction ini malah rasa OFFENDED kerana yang mendengar bukan cuba memahami tetapi terus galak memberi kata balas yang tidak tepat.

We hear noise, but we listen to the music, the melody, the lyric.

Inilah latihan keras dan perlukan sabar. Cuba kita selepas ini dengar dan dengar. Latih menjadi orang yang LISTEN. Paling utama kepada keluarga sendiri seperti anak-anak. Mungkin sudut pandang ini akan berubah.


Untuk yg dewasa, beri nasihat dan pandangan bila diminta sahaja kerana kebanyakan mereka hanya ingin bercerita. Untuk remaja, berikan sokongan atas penceritaan mereka dan penambahbaikan. Untuk yang kecil, berikan ransangan seperti pelukan dan tanya apa yang perlu di bantu.

Jangan nanti kita tertanya-tanya kenapa orang tidak mahu bercerita dengan kita, bila kita sebenarnya asyik menyakiti hati orang walau tanpa sengaja!

Impian Imran I'jaaz naik kuda tercapai

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Kesian betul la anak-anak. Emaknya sangat busy dengan Projek Beg Sekolah sampaikan takde jalan kemana-mana pun cuti sekolah. Kene hantar balik kampung seminggu aje. 

So kebetulan hari tuh Idayu, one of AJK PBS ada kata nk bawa anak-anak taska Rimbun Kasih dia pi naik kuda, Emak pun minta izin nk tumpang sekaki la. Hehehehe. Menunaikan permintaan Imran yang nak sangat naik kuda sejak tengok sukan equestrian di Olimpik dulu.


Macam paham je kan orang tu dok cerita hehhehee

Kalau ikut kesibukan, tak pernah habis. So untuk kurangkan rasa bersalah, makanya dah booked siap-siap dan curi sedikit masa tumpang rombongan taska Idayu untuk ke ladang kuda di Kota Kemuning ni. Thanks ayu!

Tempat ni macam tersorok sikit tapi kalau korang pakai Waze or Google Map masih boleh jumpa lah. Namanya Vista Polo Equestrian . Mula-mula akan lawat ladang kuda dulu. Ade beberapa jenis kuda di sini dari pelbagai keturunan dan negara.

Kemudian sesi paling semua orang dok tunggu, NAIK KUDA!
Tak sabar dan rasanya sebab nk jimat masa, ada yang naik berdua. Macam I'jaaz, dia berani naik sensorang, tapi Imran insist nak naik dengan orang lain. 
I'jaaz dengan confidentnya naik sensorang

Orang yang request pulak yang takut dan nak naik berdua!
Sanitize hand sikit.. Emak dan Israa' pun sebok interframe dalam gambar
Selepas semua orang dapat round padang naik kuda, sesi terakhir adalah bagi makan kat kuda. Yang ni seperti dijangka, Imran memang la takde nk buatnya. I'jaaz la berani sikit dan dekat dengan kuda tu dok hulur lobak. 

Pilih mana satu nk amik. Coklat tu utk bebudak ni ye, bukan utk kuda
Testing..testing...
I'jaaz try bagi. Kuda ni kene tutup mata pasal sakit mata kot?
Berjaya!

So, alhamdulillah,memang sangat excited la yang berdua ni.

Nanti ada rezeki kita belajar naik kuda secara proper ok?

Jangan mintak mak beli kuda sudah la
Hehehehehehe

PBS#2 di Nasi Lemak Kopi O (NLKO)!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

18 Disember lalu, kami team PBS sangat terharu dengan jemputan daripada penerbit NLKO untuk kami bersiaran secara lansung di Sri Pentas.

Abu Talib, Farkhur, SALWA chomey & Fizo
Ini adalah mengisi slot utk CSR yang akan ke udara setiap minggu. Jadi, saya sebagai wakil team PBS bersiap seawal pagi untuk ke sana. Mujurlah memang hujung minggu jadi perjalanan saya lancar.

Saya ingatkan studio yang sama dengan MHI tempohari. Rupanya saya tunggu di ruangan yang salah. Walaupun saya tiba awal, dah last minute sebelum live baru saya dipanggil dan tak sempat pun nak touch up sangat. So kira ni natural look sikit lah, hahahah

Apapun, pengalaman menarik dan tentunya membantu PBS untuk mendapatkan sumbangan dan sokongan. 

Terima kasih NLKO!
Ni gambar waktu sampai. Parking sebelah kete Fizo sebab sampai serentak

Di interview oleh Fakhrul

Harian Metro: SALWA cetus fenomena

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Fuh, entry kali ni saya nak tulis pun rasa segan ada terharu ada, semuanya ada lah! Bukan apa, tak pernah la pulak terlintas dalam fikiran saya akan dapat coverage begini. 3 pages article dalam surat khabar perdana ni, saya rasa sangat terharu.



Terima kasih banyak kepada wartawan Puan Intan yang sudi menemuramah saya. Saya rasa tidak lah fenomena mana pun rasanya hehehehe tapi saya bersyukur jika ada yang dapat manfaat dan inspirasi daripada apa yang berlaku dan yang saya usahakan. Itulah pun akhirnya tujuan semua perkara, membantu dan meringankan beban orang lain.

Saya nak cerita panjang pun tak pandai dah. Kaku jadinya.
Jika berminat nk baca boleh lihat link SALWA cetus fenomena atau baca terus di bawah ini ye

Terima kasih Harian Metro!

Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

Gembira melihat orang lain gembira. Kalau dilihat dari raut wajah dan kesungguhan bercerita, Salwa Mohd Saleh bukanlah sembarangan wanita. Walaupun bergelar suri rumah, ibu kepada tiga anak lelaki ini ligat meneroka pelbagai ruang dan peluang semata-mata untuk membantu orang lain.
Mengenali Salwa menerusi laman peribadinya www.salwasaleh.com, wanita muda ini memang cukup luar biasa tidak kira di dunia maya mahupun di alam nyata. Tidak ada satu pun hasil penulisannya ke arah sia-sia melainkan untuk dijadikan panduan kepada wanita, ibu bapa dan masyarakat umum.
Malah perniagaan dalam talian yang dijalankan juga mempunyai daya tarikan tersendiri. Kalau orang lain sibuk mengepos barangan yang dibeli pelanggan, Salwa tambah sibuk membuat kad comel yang dilukis cantik sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berurus niaga dengannya.
Justeru, tidak hairanlah kalau inisiatif gergasi seperti Projek Beg Sekolah (PBS) 2016 diasaskan sendiri oleh Salwa. Program amal ini sebenarnya sudah mula mendapat tempat di hati masyarakat sejak siri pertamanya menjadi viral di laman Facebook tahun lalu.
Menurut Salwa, idea melaksanakan PBS datang secara spontan ketika beliau pulang dari menghantar anak sulungnya ke sekolah, tahun lalu.
“Kalau diikutkan, saya memang banyak melaksanakan projek berskala kecil untuk membantu mereka yang memerlukan. Kebetulan pada 2014, beberapa negeri berdepan musibah banjir besar dan Kelantan menjadi antara negeri yang terjejas teruk.
“Saya mengambil inisiatif memperkenalkan projek Banjir Box untuk menampung keperluan mangsa banjir. Begitupun, Banjir Box hanyalah permulaan kepada kerja amal berskala sederhana, sehinggalah munculnya idea PBS,” katanya.
Jelasnya, kreativiti melaksanakan PBS berkembang apabila melihat penghujung 2015 tenang daripada bencana banjir. Tambahan kerajaan pula dilihat mengambil langkah pencegahan awal hinggakan tiada satu ruang kebajikan yang boleh ditokok tambah.
“Otak saya ligat memikirkan apa yang boleh dibuat untuk 2015. Jadi, pada hari berkenaan, ketika saya membuka pintu pagar rumah, terdetik dalam hati, alangkah bagusnya kalau boleh buat PBS. Beg tidak memerlukan saiz atau ukuran tertentu seperti baju dan kasut sekolah.
“Kalau beg jadi pilihan, sudah tentu siapa saja boleh pakai. Kemudian, saya spontan masuk ke rumah dan memuat naik status Facebook, bertanya kalau ada sesiapa yang mahu menyertai PBS. Untuk permulaan, saya sasarkan hanya 300 beg sekolah.
“Namun tanpa disangka, status berkenaan menjadi viral sehingga saya berjaya menarik 69 sukarelawan atau ‘focal person’ untuk membantu pelajar kurang mampu dan miskin bandar serta luar bandar di 101 kawasan, seluruh negara.
“Melalui kerjasama itulah, PBS menempah nama dan saya dipanggil untuk sesi temuramah dalam program Assalamualaikum, Malaysia Hari Ini dan dijemput sebagai tetamu oleh pihak Astro Awani serta Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kemuncaknya, kami berjaya merekodkan sumbangan 3,635 beg sekolah, iaitu lebih 10 kali ganda daripada sasaran awal PBS,” katanya.
Melihat kejayaan cemerlang yang diraih pada 2015, tahun ini Salwa memperkenalkan PBS lebih awal, pada 25 Oktober lalu. Pendaftaran sukarelawan turut dibuka sehingga 18 November dengan sasaran 10,000 beg sekolah.
“Alhamdulillah, selepas pencarian sukarelawan ditutup, kita dapat seramai 135 sukarelawan yang bertanggungjawab mengumpul sumbangan dan membuat agihan di 215 kawasan seluruh negara. Jumlah kawasan memang selalunya lebih besar daripada angka sukarelawan kerana ada lokasi yang jaraknya berdekatan.
“Kali ini saya tetapkan syarat, tugas dan jangkaan yang lebih tinggi seiring sasaran yang hendak dicapai. Pada saya, PBS ini kerja serius kerana ia bukan sekadar kerja amal, tetapi kita sendiri menjadi jambatan penghubung kepada amanah dan sumbangan orang ramai,” katanya
Selidik latar belakang sukarelawan
Memilih sukarelawan menjadi antara tugas paling mencabar buat Salwa kerana majoriti individu yang diambil untuk serahan tugas PBS adalah orang yang tidak dikenali. Kebanyakan mereka adalah pengikut laman Facebook dan mengetahui PBS menerusi mesej yang disebarkan di media sosial.
“Suka atau tidak, saya dan beberapa rakan terpaksa menyelidik latar belakang setiap pemohon untuk melihat sama ada mereka ini benar-benar boleh dipercayai dan komited menjalankan amanah dengan jujur. Apabila lulus semua ujian dan menepati syarat, barulah mereka ini layak menjadi sukarelawan PBS.
“Ada masanya, kita juga bimbang dengan pelbagai hebahan luar biasa. Ini kerana semakin luas hebahan, maka akan lebih besar jumlah permintaan beg berbanding sumbangan diterima. Sebab itu kita perlu bekerja keras di samping mengalu-alukan sumbangan tidak kira daripada individu, badan berkanun, kerajaan, syarikat korporat, agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) lain,” katanya.
Dengan sasaran 2016 yang mencecah angka puluh ribu, Salwa berkata, pihaknya kini ligat mengumpul lebih banyak sumbangan menerusi kerjasama beberapa NGO dan syarikat korporat. Untuk tujuan itu, PBS menyediakan carta dan laporan mingguan untuk rujukan pihak berminat dari semasa ke semasa.
“Tidak kira sama ada penyumbang atau pihak yang memerlukan beg sekolah, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook Projek Beg Sekolah. Laman berkenaan juga ada gambar serahan beg yang dibuat di beberapa lokasi sebagai bukti kepada masyarakat yang sudah menyumbang.
“Senarai penerima beg biasanya ditentukan pihak sekolah kerana mereka mempunyai rekod dan lebih mengenali latar belakang murid masing-masing. Bagaimanapun, kita juga menerima permohonan individu perseorangan. Sama seperti pemohon lain, mereka ini akan dipertimbang dari sudut latar belakang, pendapatan isi rumah dan bilangan anak untuk melihat sama ada layak menjadi penerima.
“Itupun sekadar memenuhi prosedur kerana kebiasaannya yang memohon memang orang susah. Penting diketahui bahawa soal kelayakan ini juga bergantung kepada lokasi. Kadang-kadang kita lihat keluarga itu tidaklah sesusah mana, tetapi selepas menimbang pendapatan isi rumah, faktor tinggal di bandar besar, mempunyai anak ramai, jadi kita beri sebab mereka ini sebenarnya tergolong dalam kalangan miskin bandar,” katanya.
Letak kepercayaan kepada sukarelawan
Secara peribadi, Salwa mengakui beliau seronok apabila dapat menolong orang. Kehidupan sukar pada masa lampau juga banyak mendorong dirinya melakukan pelbagai aktiviti kebajikan.
“Saya faham betapa ramai orang yang susah, tercicir dan sebagainya. Malah saya sendiri mula membantu keluarga bekerja di sawah dan ladang pada usia enam tahun untuk mendapatkan upah bagi membeli peralatan
sekolah. Jadi, saya tahu bagaimana perasaannya kalau budak-budak dapat beg baru.
“Ia umpama ‘saat magis’ untuk mereka sebab tidak semua orang mampu memakai kelengkapan baru setiap tahun. Apatah lagi mereka ini datang daripada keluarga miskin. Dalam sesetengah kes, ibu bapa murid menangis apabila anak dapat beg baru. Justeru, kegembiraan dan senyuman merekalah bayaran pada PBS.
“Saya puas apabila dapat memberi. Namun melakukan semuanya seorang diri bukanlah perkara yang mudah. Kerana itulah saya mempelawa mereka yang mempunyai semangat dan keinginan yang sama untuk bersama-sama sebagai sukarelawan.
“Mereka adalah orang yang jiwa raganya suka membantu tanpa mengira penat lelah. Apabila wujud kumpulan PBS, kita seolah-olah menjadi ahli keluarga dan kerap berhubung untuk bertanya itu dan ini,” katanya.
Paling menarik, sukarelawan yang menyertai PBS sejak 2015 juga bukanlah sembarangan orang. Ada yang bergelar suri rumah, doktor, guru, jurutera dan memegang jawatan besar lain. Sekalipun terikat dengan komitmen lain, mereka tetap komited melakukan kerja amal bersama PBS.
“Bayangkan, apabila mula menyiarkan status PBS di Facebook, ramai yang memohon untuk turut serta dan hingga ke hari ini majoriti sukarelawan adalah individu yang saya tidak pernah kenal, inikan pula berjumpa.
“Secara tidak langsung semangat saya jadi berkobar-kobar. Ternyata Allah SWT mempermudahkan niat saya untuk mengajak orang ramai turut serta membantu masyarakat. Paling utama saya mahu masyarakat kita mengubah pemikiran masing-masing ke arah positif.
“Daripada mengomel yang bukan-bukan di Facebook, eloklah berhenti menyalahkan mana-mana pihak dan sebaiknya mulakan inisiatif baru dengan membantu orang yang memerlukan. Ambil bahagian dan tanggungjawab untuk turut serta membentuk masyarakat,” katanya.
Salwa berkata, beliau dan barisan sukarelawan tidak mendapat sebarang faedah daripada PBS. Tidak kira sama ada kos minyak, pengangkutan mahupun bayaran tol, semuanya ditanggung sendiri.
“Pada kami, senyuman, sorak tawa dan air mata kegembiraan ibu bapa dan anak-anak yang menerima sumbangan itu adalah bayaran paling berharga. Selain itu ramai juga penyumbang yang datang kepada saya dan sukarelawan mengucapkan terima kasih kerana membuka ruang kepada mereka untuk sama-sama memberi kepada masyarakat.
“Saya juga bersyukur kerana mempunyai suami dan anak sebagai tulang belakang. Dalam kesibukan menguruskan PBS, suami sanggup menerima keadaan rumah yang kadang kala tidak terurus sepenuhnya, malah sentiasa memberi semangat dan galakan untuk melakukan yang terbaik.
“Anak-anak juga faham dengan kesibukan saya. Mereka faham apabila saya kata sibuk melakukan kerja untuk menolong orang yang susah. Ada waktunya mereka turut serta membantu terutama ketika membeli beg sekolah dan saya harap anak-anak akan belajar sesuatu dari apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 12:17 PM

Percubaan melukis Lavender

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hhehehehee. Kemain salwa ye. Melukis-lukis pulak dia. Anyways, melukis bukan sebab banyak sangat masa tapi hari ini memang menyelesaikan semua kerja-kerja design yang melibatkan lukisan.



Pallet utk bancuh warna dh kemana ntah so sejak sebulan ni pakai pinggan je bancuh warna. Ok lah kan kan kan?

Muhahhahahahahha

In sya Allah tahun ni ada option baharu yg istimewa utk client yg nak buat make over. Plg istimewa 3 org bertuah yg saya berikan upgrade ini secara percuma yg depa pun tatau.

Okeh..tak habis melukis lg nih...
Daaaaaa

Faiz Subri, berangan dan keajaiban

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Mesti orang akan kata saya tak boleh move on. 
Heheheheh

Orang lain semua dah berhenti cakap pasal ni, saya baru la nak menaip satu persatu. Bukan sebab saya ketinggalan keretapi atau ETS atau apa juga kenderaan pantas lain, tapi sebab saya tidak berkesempatan untuk menulis lebih tentang ini.

Hanya sempat ucap tahniah tapi saya memang vote dia tau! Video dia bagi ucapan tu pun saya ulang berkali-kali. Rasa nak terkucil sama perasaannya seolah-olah saya pula dalam dewan besar tu, ditonton satu dunia!


Kata dia, tak pernah bermimpi akan dapat berkongsi pentas dengan semua lagenda bola. Tak pernah mimpi pun kadang tuhan akan bagi. Sama ada selepas usaha atau tidak. Ini dipanggil rezeki dan kadangkala orang kata MIRACLE. Erti kata lain, keajaiban. Untuk dapat keajaiban sudah tentu kita ni mesti jadi insan pilihan.

Seperti Faiz, mungkin momen dia membuat sepakan percuma seperti itu tidak berulang, tapi tidak ada sesiapa pun dapat nafikan, SATU MOMEN itu adalah ajaib yang memang layak digelar TERBAIK!



Jadi, bagaimana pula kalau kita yang orang biasa tapi nak capai sesuatu luar biasa? Adakah kena ada keajaiban selalu?

Tidak.

Allah dah janji. Siapa usaha dia dapat hasilnya. Boleh jadi hasil yang dia minta atau hasil tu dari sudut lain yang dia tak jangka. Nasib sesuatu kaum itu ditentukan atas (usaha) kaum itu sendiri.

Berangan juga ada ilmunya. Bukan berangan membuta, bangun pagi kesat air liur, bukak mata kemudian buat kerja macam biasa. Banyak konsep yang diguna pakai dari orang barat yang panggil Visualisation, hingga wujud Visualisation Board (VB) atau konsep yang di kemas kini seperti LOA menjadi LUA.

Keberkesanannya bergantung pada sejauh mana kita yakini konsep rezeki Allah. Kerana ianya akhirnya berbalik kepada itu juga. Biasanya orang yg berjaya ini dia meletakkan 100% komitmen dia utk pastikan apa yang di angankan tu, dia akan dapat.

Banyak kisah peribadi saya sendiri yang saya boleh berikan contoh. Antaranya kisah gila saya meletakkan target 10,000 unit beg untuk projek beg sekolah musim kedua. Walaupun laporan akhir masih belum keluar, tapi data rasmi dari laporan 4 sudah cukup sebagai bukti, sasaran itu dapat dicapai 2 minggu sebelum projek tamat tempohari. Dan tentunya bukan datang semudah bola bergolek.

Arwah abah sendiri pernah tegur VB saya buat pada tahun 2015. Katanya, satu persatu yang saya tampal itu akhirnya saya dapat. Saya tersenyum kerana diam-diam abah baca semua details dalam VB saya yang ada di bilik kerja.

Berminat tak nak tahu cerita lanjutannya?
Apa yang akhirnya saya berjaya capai?

PBS#2 di MHI sekali lagi!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Wah, wah , wah, bukan main lagi rezekinya, alhamdulillah. Dapat pula panggilan daripada penerbit, kata menjemput MHI sekali lagi untuk ke udara secara lansung.

Maka saya pun mewakili team projek beg sekolah ke Sri Pentas pada 26 Disember lalu untuk promosi pecutan akhir sebelum permintaan kita tutup pada 28 Disember dan sumbangan pada 31 Disember. 



Ni siaran luar ada pie cake, diorang ajak tp jual mahal. sebab malu. Aiseyh...sendiri rugi
Alhamdulillah semua berjalan lancar. I was interviewed by Zaim dan Izwan. Dua-dua sangat membantu dan mereka juga nampak excited. Selepas on air, minta izin nk satu salinan flyer. Hehehehehe

Cantik tak tudung pucci i? Kikikiki
Video seperti biasa tak ber upload lagi. Nanti dah upload saya tepek kt sini ya

Thanks again MHI!


Catatan penghargaan dari Pengasas PBS

$
0
0
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warah matullah

Sejujurnya saya sukar memulakan tulisan pagi ini walaupun detik ini sudah terlalu lama saya nantikan. Saya tidak tahu bagaimana boleh saya simpulkan perjalanan sepanjang hampir 3 bulan mengendalikan Projek Beg Sekolah musim ke-2 yang begitu mengujakan, mencabar, penuh halangan dan akhirnya, hari ini sampai ke detik penutupan dengan kenyataan laporan akhir yang dikeluarkan sebentar tadi.

Mungkin sebaiknya saya berikan secara ringkas rumusan laporan.

PBS Musim Pertama (2015/16) : 3,635 beg
Sasaran Musim-2 (2016/17)       : 10,000 beg
Jumlah akhir serahan Musim-2  : 13,837 beg

Laporan boleh dilihat di sini atau juga di page FB Projek Beg Sekolah. Setiap focal person sentiasa di minta untuk menghantar laporan secara berkala dan kesemuanya ada di page kami. Laporan akhir adalah laporan ke -5 yang dijangka awalnya keluar pada 13 Januari. Namun kerana kami masih menerima sumbangan dan permintaan sehingga awal Januari, laporan akhir sedikit tertunda bagi menyelesaikan kesemua serahan beg 'last minute'. 



Saya telah menyediakan 3 ledger  berbeza bagi setiap akaun utama di atas nama saya dengan butiran setiap transaksi dan puluhan muka surat. Saya juga telah menyiapkan 2 folders bukti semua screenshots bagi transaksi dengan 65 fail kesemuanya. Kesemua rekod ini saya telah upload untuk rekod dan simpanan di Google Drive Projek Beg Sekolah dan dapat dilihat oleh kesemua AJK saya.

Kenapa tidak untuk tontonan umum? Kerana semua fail ini penuh data peribadi penyumbang dan penerima. Dan ianya tidak boleh dipertontonkan. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, walaupun kami hanya NGI dan tidak perlu melaporkan apa-apa tetapi kami tetap membuat proses audit dan rekod ini bagi menjamin ketelusan Projek Beg Sekolah.

Mungkin anda sudah mendengar cerita saya memulakan projek ini secara spontan di akhir tahun 2015. Idea yang keluar saya tak simpan, terus saya war-warkan. Dan asalnya hanya mensasarkan jumlah sebanyak 300 beg sahaja. 

Projek ini dapat sambutan menggalakkan dan disertai satu Malaysia ketika itu. 69 focal person dengan kawasan liputan sebanyak 101 kawasan cukup buat saya pening kepala menguruskan kerana saya tidak jangka. Dan akhirnya, kami berjaya mendapat 3,635 beg, 10 kali ganda dari sasaran awal. Ya, 300 bertukar menjadi 3,635 beg!

Team PBS sedia ada seolah umpama keluarga. Sebelum kami lancarkan PBS musim ke-2 pada 25 Oktober lalu, pelbagai strategi dan susun atur telah dilakukan kerana ingin menambah baik dari Projek Musim pertama. Saya sendiri mewujudkan team AJK perlaksana dengan mempunyai beberapa bidang antaranya pendaftaran, kewangan, database, senarai penerima, senarai gambar-gambar serahan dan admin page FB Projek Beg Sekolah bagi melancarkan semua urusan PBS.

Namun apa yang berlaku sekali lagi di luar jangkaan saya. Saya memang meletakkan target yang begitu tinggi. Sangat tinggi hingga team saya sendiri agak terkejut dan kurang pasti sama ada kami mampu untuk mendapatkan jumlah 10,000 unit beg dalam masa singkat. 

Saya tidak menjangkakan sambutan luar biasa rakyat Malaysia yang ingin menjadi focal person selepas kami ke udara buat pertama kali di MHI. Bertalu-talu mesej dan panggilan diterima. Kami kemudian dapat bersiaran lansung di dalam rancangan Assalamualaikum dan akhirnya sewaktu kami menutup permohonan menjadi focal person pada 18 November, jumlah keseluruhan focal person adalah seramai 135 orang yang meliputi 215 kawasan seluruh Malaysia.

Target yang tinggi tidak datang dengan mudah. Bermula perjalanan sukar buat saya. Mengemudi team besar yang kebanyakannya tidak pernah saya kenal dan jumpa adalah pengalaman berharga. Di sinilah saya tidak jangka team AJK sedia ada rupanya belum cukup dan kami bertungkus-lumus menjaga portfolio masing-masing. Saya secara peribadi bekerja full-time untuk PBS kali ini. Dua bulan dedikasi dan saya tidak mengiklankan pengambilan sebarang job design kerana masa yang sangat tidak mengizinkan.

Bayangkan seawal pagi saya perlu pastikan akaun-akaun di teliti, di masukkan butirannya ke dalam ledger khas mengikut kategori, melayan puluhan PM dari focal person baik yang baru atau lama, panggilan dari penerima yang meminta sumbangan, penaja yang ingin memberi sumbangan. Menebalkan muka meminta jasabaik syarikat jika ingin menaja, mencari ruang dan peluang sebanyak mungkin untuk PBS di war-warkan di media, berurusan dengan syarikat-syarikat dan pengilang beg yang ingin membantu, memastikan group whatsapp sentiasa harmoni belaka, menerima update dan memastikan dari team AJK tentang kelancaran bahagian masing-masing dan 1001 tugasan lain.

Puluhan tugas setiap hari ini tidak dapat tidak mengganggu rutin saya. Bukan sekadar saya tidak dapat membuat kerja, malah jadual saya juga haru-biru kerana sentiasa sahaja ada perkara berbangkit setiap hari yang diselesaikan. Rasmi atau tidak rasmi. 

Saya sering diserang sakit kepala (selama ini jarang) terutama ketika minggu-minggu laporan dan audit, tiba-tiba akan dapat compressed chest dan kadang rasa macam sakit jantung pun ada. Jerawat keluar bagai tidak diundang dan impaknya masih sampai sekarang. Saya hampir sangka saya mengandung anak ke-4 kerana lewat datang sahabat baik selama 5 hari sedangkan sebelum-sebelum ini tidak pernah pun berlaku dalam hidup. 

Saya pernah cuba masak kari tapi saya masukkan serbuk masala dan saya tidak sedar sampai santan dah mula nak pecah kerana fikiran saya waktu tu terarah kepada PBS. Saya hampir missed 2 temujanji anak saya bersama pakar kerana terlupa. Selama ini saya akan sentiasa ingat namun kali ini selepas dapat reminder dari hp di hari kejadian baru saya kelam kabut bersiap dan pergi ke hospital. Anak-anak tidak bercuti kemana-mana. Di rumah pun tidak dilayan sangat dan pandai-pandai buat hal sendiri. 

Suami pejam mata rumah jadi macam stor dan kilang beg. Belum campur timbunan kain yang tak dapat di lipat atau rumah yang semak sedangkan kalau ikutkan saya ni hampir kategori OCD juga orangnya.

Boleh bayang tak stress saya?
Huaaaaaaaaa

Ini belum lagi termasuk masalah-masalah luar yang lainnya. Kisah syarikat yang cuba ambil kesempatan, kisah orang nak beri beg tapi tidak bersesuaian, kisah 'negotiation' untuk dapatkan deal terbaik supaya jadi win-win solution utk both parties, kisah melayan pelbagai cerita peribadi focal yang selesa menceritakan kepada saya, kisah cabaran demi cabaran kerana orang tidak percaya, orang salah anggap, orang rasa skeptikal dengan projek ini dan berjuta-juta lagi masalah lain yang kadangkala secara jujurnya buat saya letih dan hampir give up.

Sekarang saya boleh lihat semua ini dengan senyuman kerana ini lah yang dinamakan pengalaman! 

Saya cuma berharap saya dapat teruskan 'kerja gila' ini di masa akan datang. Dan definitely dengan strategi-strategi baru supaya lebih lancar but we never know kan... Hehehe

Ok, sampailah part yang sangat penting. Saya harap saya tak miss mana-mana pihak but if I do, please jangan ambil hati. Semua orang penting dalam projek ini, SEMUA. 

Terima kasih seluruh warga dunia yang menyumbang untuk PBS!!
Andalah yang menyebabkan kami mencapai 4 kali ganda daripada PBS musim pertama. Teruskan usaha murni membantu projek amal yang lainnya! 

Terima kasih kepada tukang viral dan tukang tekan butang share untuk status-status PBS. Kalau tidak kerana anda kongsi, orang lain tidak tahu peluang untuk berbakti, jadi teruskan kongsi segala kebaikan!

Terima kasih kepada En Muhammad Haniff yang mereka cipta logo PBS, Puan Krun Rozman yang sudi membuatkan poster hebahan, Puan Salmi dari Mimie Kukiss Marketing yang membuatkan flyers, print dan pos kepada semua focal person yang berminat (dengan menggunakan duit poket mereka sendiri). Terima kasih team En Faizal Nasir dan seluruh produksi Fabolez Team atas penghasilan video promosi PBS yang sangat hebat dan berjaya menggerakkan ramai orang untuk memberi sumbangan.

Terima kasih rakan media kerana sudi memberikan kami ruang yang sangat-sangat penting utk kami hebahkan PBS ke seluruh Malaysia. Jika tidak ada bantuan media, kami tidak dapat beroperasi seperti yang dilihat sekarang dan sukar buat kami memenuhi target.

  • Terima kasih En Fedtri Yahya dan Pn Shasha utk siaran lansung PBS di MHI dan sekali lagi di MHI menjelang saat akhir penutupan PBS
  • Terima kasih En Syirfan dan En Mutt utk liputan PBS di rancangan Assalamualaikum, TVAH
  • Terima kasih wartawan Harian Metro, En Asrizal untuk artikel Inspirasi Hidup Susah dalam akhbar Harian Metro
  • Terima kasih Puan Rozi untuk siaran lansung PBS di Ikim.fm
  • Terima kasih Pn Intan atas 3 halaman rencana tentang Salwa Cetus Fenomena di akhbar Harian Metro
  • Terima kasih Pn Kimi dan En Luqman utk siaran lansung di Nasi Lemak Kopi O, TV9
  • Terima kasih wartawan Sarawak Borneo dan Sinar atas siaran gambar penyerahan beg wakil kami

Terima kasih kepada semua warga sekolah dan PIBG yang memberi kerjasama baik dalam proses penyerahan sumbangan beg. Ada yang hingga membuat majlis kecil, ada yang memberi sijil penghargaan. Kami sangat hargainya.

Terima kasih kepada syarikat pengeluar beg jenama Swan, syarikat pengeluar beg jenama Poly-Pac dan syarikat AEON Big atas kerjasama yang sangat padu dan jitu dan sanggup memberikan diskaun yang tinggi kepada team PBS. Tanpa anda, amat sukar kami mencapai target ini dan kami mengharapkan kita dapat teruskan kerjasama ini di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga team PBS yang terlibat dan menjadi tulang belakang kepada focal person yang sudi membantu urusan pembelian, penghantaran, logistik, pengeposan, pembungkusan dan segala macam lagi urusan lainnya.

Jutaan terima kasih, penghargaan, pujian dan segala kebaikan untuk SELURUH TEAM PBS yang menjadi focal person dan team back up pada tahun ini! Saya amat terhutang budi atas segala kebaikan  dan pengorbanan tuan dan puan yang hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Dengan pengorbanan masa, kos, kewangan dan segala macam lagi perbelanjaan. Saya mohon maaf seikhlas hati jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan atau ada terasa hati sepanjang saya mengemudi projek ini. Mungkin ada yang terlepas pandang atau ada berlaku salah faham atau apa juga keadaaan, saya mohon maaf. Tanpa anda, tiada projek beg sekolah ini. Hanya Allah boleh balas, dan saya doakan syurga buat kesemua anda.

To all my dearest AJK PBS musim kedua, i have no words for all of u. It's too hard to express the feeling but my heartiest thank you to all of you. Pn Wahidah, Pn Kamisa, Pn NurFadhilah, Pn Idayu, Pn Rozilawati dan Cik Halima, terima kasih menjadi tulang belakang saya. Terima kasih atas sudi melayan urgent requests, sudi berhujan panas, sudi mendengar bebelan, sudi ditugaskan serta merta, sudi membantu tanpa banyak soal, sudi menguruskan perkara luar jangka, sudi terima arahan dengan sepenuhnya, sudi percaya saya dalam banyak perkara, sudi jadi teman suka duka. I pray all of u get the highest reward in jannah.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga saya dari sebelah saya mahupun sebelah keluarga mertua atas sokongan padu, bantuan, sumbangan dan kerjasama. Nak sebut pun tak tahu macam mana dah tapi memang keluarga saya sangat-sangat membantu. Menemankan ke lokasi penggambaran, jagakan anak, layan request yang kadang urgent, memberi sumbangan sama, membuat serahan juga. Thanks so much and i love all of you!!

Terima kasih to the love of my life, Dr Khairil Idham Ismail. For being there, for supporting me throughout this journey. And Memahami betapa gilanya isteri mu ini. Yang sanggup tahan keadaan rumah kita. Yang sepanjang dua tiga bulan ni banyak lagi rasa masakan luar daripada yang dimasak isteri sendiri. And my boys, all of you have been soooooo supportive. Walaupun kecil, jiwa besar. Turut tolong Emak kesana kemari mengangkat beg. Tahu Emak sibuk. Tahu Emak tidak punya masa banyak seperti selalu. I will pay back all of this in sya Allah, tapi Emak nak semua anak-anak Emak tahu, pengorbanan mesti ada dalam kita mengejar kejayaan. Belum tentu ini untuk kita, tapi buatlah semua perkara ikhlas dari jiwa. Jangan harap habuan dunia. Tiada ujian dan kutukan sebesar mana jika kita buat Lillahi ta'ala. Biar Allah sahaja jadi hakim kepada semuanya.

Terima kasih Allah atas pinjaman kekuatan dan kesabaran. Terima kasih Allah
Bersaksilah, tiada daya dan upaya jika bukan atas redha dan izin-Mu
dan semua yang kulakukan ini, berbalik hanya untuk redha-Mu!

Wallahu'alam

Salwa
Pengasas Projek Beg Sekolah











6 sebab kenapa kalau isteri berleter, suami elok layankan sahaja.

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni entry terkeluar daripada normal sikit. Hahahaha. Tengok tajuk pun tau dah kot. Bukan apa, kadang2 kan kita pun tau perempuan dan lelaki ni tak sama. Jadi utk keharmonian rumah tangga dan perjalanan hidup, elok le rasanya orang2 lelaki di luar sana belajar memahami isteri u ols. 

Ready? Hadam kan ye :D

1. Dia sebenarnya nk lepaskan penat sahaja. Memang lah asal kejadian dia tu sedia penat. Dan mungkin logik suami, kalau berleter akan tambah penat. Tettttt. Salah. Bila dia bercakap tu seolah melepaskan api-api dan serpihan bom atom dalam jiwa raga dan memuntahkannya supaya tidak meletus seperti Gunung Merapi atau tidak mencetuskan peperangan. Tapi seriously, kalau suami-suami mesti lagi tahan kene leter daripada isteri bagi perang dingin tak bercakap seminggu, kan? kan?

2. Perempuan bukan setakat ada hormon progesterone, hormon estorogen, hormon testosteron, dehidroepiandrosteron, tapi paling banyak hormon SINETRON sebenarnya. Drama tu bukan saja dibuat-buat, tak. Memang alami. Contoh, suami pakai kan baju anak yang tak match atau pakaikan baju siang utk tidur, memang menempah lah. Kecik perkara tu bagi suami, belum tentu kecik bagi isteri. Silap-silap besar kecik besar kecik je dia nampak. Jadi tahu la pasangan anda sendiri untuk elakkan leteran terjadi.



3. Dia berleter pasal satu-satu perkara tu sebab dia CARE. Takde makna dia nk leter kat pakcik guard sekolah anak atau jiran hujung lorong atau mak sedara kepada adik susuan bekas anak angkat sepupu dia. Dia leter pada orang yang dia CINTA dan PERCAYA dengan harapan leteran tu sampai ke hati penerima. Contoh: Dia cakap stokin pun tak reti masukkan dalam mesin, tu sebab dia tak mahu nanti suami dia pergi kerja takde stokin dan gelabah nak mencari. Haaa, dapat tak?

4. Daripada dia kutuk atau cerita pasal keburukan atau tak enak nya hal keluarga kat orang lain, biar lah dia membebel pada suami. Tadah aje la. Cuba bayangkan kekecewaan dia tu dia tak cerita kat suami tapi dia canang satu taman perumahan atau dia whatsapp kat kengkawan? Tak ke lagi haru? Biar la dia nk cerita apa pun, dengarkan aja. Sekurang-kurangnya dia tahu ada bahu tempat dia nk gossip-gossip dan bebaskan rasa tak best dalam hati dia.

5. Kalau dia 0.04 saat yang lepas muka manis kemudian tetiba bertukar menjadi mak ko hijo, jangan pelik. Sindrom mood swing ini sangatlah tidak perlu di hairankan. Terutama kalau lepas tengok drama atau cerita hindustan. Dia sedang menjiwai watak. Kalau anda bijak, time-time ada cerita yang cintan cintun romantik tu, ajak la dia keluar rumah beli barang dapur ke, kalau time magrib tu ajak jemaah ke. Jadi akan mengurangkan pening kepala anda bila dia expect anda pun romantik macam aktor dalam drama!

6. Isteri ni membebel pun kerja tetap jalan. Sambil mulut dia jalan tu, tangan pun jalan sekali. Nak tinggikan kebarangkalian untuk leteran diberhentikan, sinsing baju lengan tu, tolong sama. in sya Allah, gear 5 tukar ke gear 2. kemudian dia akan parking baik punya.

Apapun rumah mana tak dilanda semak
Dapur mana kadang2 tak berasap
Awal mungkin sweet lama-lama jadi sweet sour
Hahahahahaha

Jadi pepandai la adjust ye
Okeh, akak rasa cukuplah leteran akak harini

Jangan kata akak tak payung!!!

Paragliding di Kuala Kubu Baru!

$
0
0
Assalamualaikum wbt.



Selalu asyik cakap fly high la, terbang tinggi la, haaa kali ni memang betul-betul pergi terbang. Asalnya kawan-kawan trainer yang organise, so diorang ajak la. and i said OK.

Why?

Saje nak cabar diri dan i wanted to start off 2017 with something yang diluar kebiasaan sikit. Lagipun mmg dah lama berangan nak buat mende-mende gini sebab i like it. Hehehehehe.

So i drove this morning for 118km from Putrajaya to Kuala Kubu Baru. Stuck kt Batu Caves sebab jem teruk. Lupa Thaipusam is around the corner, patut ikut route lain tadi. 

Sampai sana dh lambat sikit. Then terus naik 4WD utk ke puncak Bukit Batu Pahat. Kene naik 4WD lah eh sebab tinggi gila kot. 1400 kaki dari aras laut. Boleh tahan laju jugak mamat driver tu tadi bawak.

Sebbaik I chomey. So dok depan sekali (perasaaaaan)
 
Sampai ats, haa amikkaaaw. Baru tau langit tinggi ke rendah. Betoi-betoi tinggi! Hahahahaha. Slope dia memang menjunam. Kalau guling hindustan kompem terus masuk gaung. Muahahahahha.



Nampak tak slope tuh? Peeeggghh. Di larang berguling-guling ye..

Tandem pilot saya tadi Abg Mus. Memula cuak gak sebab saya nk pilot perempuan tapi arini tkde. Lepas explain dan tgk equipement, oh ok la sebab tak bersentuhan pun. Masing-masing ada 'bucket' or seat dia. So teruskan je la. Go Pro tidak dilupa. Sebab yg ni masuk pakej sekali.


Checking equipments. Paling penting Go Pro kene berfungsi dan supaya muka I nampak cun time bergambar..
Terasa begitu patriotik sekali berada di bawah Jalur Gemilang nih..

Saya nk upload video tapi tak jadi sebab lepas tengok, time take off tu tudung saya terangkat sikit. So i need to edit here and there. Later la eh.



Waktu take off tu je gayat sekejap. about 5 seconds lepas tu saya takde gayat mana pun. Memang sebab saya jenis tak gayat sangat agaknya. I just enjoyed the view yang ma sya Allah memang cantik. Nampak seluruh kuala kubu bahru.



Nampak tak muka cool dan tak cuak? Hahahahhaha
Tadi angin kejap kuat kejap tak. Time saya take off tak berapa nak kuat so dlm 7 minit je la saya kat atas. But still worth it. Ye la, terbang kot kan. Strongly recommended to those yang suka cabar diri. I pun tetiba rasa nk amik lesen hahahah


Ni dh nak landing dah nih. Hampirrrr sampai
So lepas tu kitorang pi makan(pun dalam pakej). Bukan pack, ni pi kedai terus. So pilih la nak makan dan minum apa. 


Nampak tak unsur kepenatan di setiap orang yg pi tuh?

Then lepas zuhur, kitorang bergerak pulak pegi ke air terjun. Memula nk pegi tempat tu nama Chiling ke ape ke tapi ditutup sebab ade kes keselamatan. So ended up pegi ke tempat awam satu lagi. Not bad la. Air dia i told u, sangat sejukkkkkkkkkkkk. Kalah air ais keluar dari freezer. 
Ni kita panggil duduk termenung mencari ilham akibat kesejukan melampau

Dinasihatkan bawa la makanan sikit. Sebab lapo lepas berendam dalam air.


Penat mmg penat. 8.30 malam baru sampai umah tp ok la sekali sekala kan. If korang rasa nk ade adrenaline rush gini gak, habaq la. nanti i bagi contact my fren tu eh.


Yeaaaaay... mission accomplished!

Okeh..bai



Yang tgh rasa dia ohsem,

Salwa

Betul ke orang islam tak patut stress?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Apa khabar harini? Ok ke tak ok? Hehehehe. Bersedia kerana saya akan membebel lagi kali ni.

Saya selalu nampak kata-kata atau poster yang lalu lintas, mengatakan orang islam ni tak layak untuk tertekan atau stress kerana kita ada Quran dan ajaran.
Ye ke?

Saya tidak bersetuju.

Dari sudut psikologinya, memang manusia diciptakan Allah ada bermacam jenis emosi dan perasaan. Gembira, sedih, suka, geram, teruja, menyampah dan stress juga adalah salah satu bukti kita manusia.

Cuma yang membezakan adalah how we react to the stress. Jika orang islam, kita disarankan bertenang, istifgar, zikir, cuba baca quran, solat dan pergi ke tempat menenangkan.

Ya, itu yang disarankan sebab memang lumrah manusia akan stress! Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Macam kes ibu meroyan, perkara tu betul dan memang boleh terjadi. Mengapa menidakkan seolah-olah ianya luar biasa dan siapa yang meroyan tu tidak beriman? Belum kena belum tahu, jadi baik berjaga sebelum terkena. Mungkin bukan pada kita, tapi pada anak cucu boleh juga.


Kerana sebab itulah, bila orang stress menceritakan dan memberitahu dia stress, jawapan 'ko rilex lah' adalah antara skema paling bahaya. lagi bahaya kita terus bagi syarahan agama. Kenapa menidakkan keadaan orang yang stress malah stresskan dia lagi?

Cuba dengar dan faham situasi dia. Kemudian dengar lagi. Hingga dia minta pendapat dan kita cuba tunjuk yang kita faham keadaan dia. Kecil bagi kita mungkin besar pada dia. Lagi-lagi kalau waktu berpantang dan menyusukan bayi, dengan lebih penat, tentu ayat-ayat kalau keluar tak kena waktu lebih menyakitkan hati.

Dan buat yang akan berpantang dan sedang berpantang, saya ada petua yang saya dah survive bertahun lamanya.
Kalau orang bising2 melampau keterlaluan dan cakap yang tak semegah time kita berpantang especially bab menyusu ni, waktu dia tengah ckp tu imagine mende kita suka dan kita nak contoh beg LV ke, bercuti di Bora-bora ke, naik kereta Ferrari ke. Dalam erti kata mudah, lansung jangan amik dan simpan dalam kepala.

Dan sebab itulah saya berjaya menyusukan sepenuhnya ketiga-tiga bujang ni 2 tahun, ade yg terlajak2 pun.

Deal?
Kita boleh!!

Bengkel e-Usahawan 15 Januari di Cyberjaya

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal e-Usahawan ni tapi asyik tak sempat sebab busy buat training kan hehehehehe. Tapi hari ni nak cerita jugak lah ye.

Masih ramai yang tak tahu tentang e-Usahawan ni. Ianya adalah satu projek di bawah MDEC (Malaysian Development Economic Digital) yang mana mensasarkan golongan usahawan mikro untuk maju jaya dengan menyediakan program latihan secara percuma.

Menarik? Ye sebab anda tidak perlu bayar apa-apa pun!
e-Usahawan adalah langkah asas dan orang kata batu loncatan lah untuk program seterusnya. Sebab selepas e-Usahawan jika anda maju dan terpilih, anda akan diberi latihan lebih intensif untuk masuk ke program Accelerator dan kemudian ke e-Jutawan dan seterusnya ke e-Daya!



Ini kelas pertama untuk 2017 saya tempohari berlansung di Cyberjaya. Alhamdulillah seramai 30 peserta hadir untuk belajar integrated marketing secara digital iaitu online. Memang seronok belaka lah mereka kerana dapat hands on di dalam bengkel. Nak menguap pun tak sempat!

Ini antara feedback daripada peserta kelas 15 Januari haritu:



Mereka belajar asas bisnes dan menjadi usahawan, kemudian belajar asas SEO (Search Engine Optimisation), copywriting, FB for business, IG for business dan Whatsapp marketing. Haaaaa, kan saya cakap rugi siapa tak datang.

Kalau anda berminat, boleh klik link berikut untuk melihat senarai bengkel-bengkel e-Usahawan saya yang lain beserta lokasi. 

DAFTAR e-USAHAWAN 

Jika anda berminat untuk membuat bengkel khas untuk group anda seperti group Shaklee, Forever, Avon, Amway, group NGO, group setempat dan sebagainya, boleh hubungi saya untuk tahu syarat penyertaan dan syarat bengkel khas berkumpulan ya. Whatsapp 019-5558027

Jangan tunggu lagi, daftar sekarang!!

#YoucanDUIT
#e-Usahawan

4 tips ohsem kepada emak bekerja yang hantar anak ke nursery.

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Setiap pagi mesti u ols kelam kabut kan. Dengan nak kejar punch card, dengan nak elak jem, dengan nak menggerak dan menyiapkan anak-anak. So i ols nak kongsi la tips yg rasanya memang berguna lah kalau untuk emak-emak bekerja yg rushing yang hantar anak ke nursery.

Disclaimer: Tips ni utk memudahkan dan membuatkan relationship u ols dengan nursery aman damai. Kalau rasa tak mampu or tak perlu, up to u ye. Saya kongsi sebab mmg menjadi. Kalau yg hantar anak umah opah ke, ada maid ke, maybe ade sikit yg applicable jugak.


1. Spare botol

Hat ni paling kritikal dalam banyak-banyak barang baby dan budak. Diapers or baju kalau tertinggal pun boleh pakai org lain punya. Kalau botol? Takkan nk bg anak kita pakai botol orang? Bahaya dan tak bersih kan? Jadi, utk elakkan masalah ni, just letak 1 botol extra kt nursery. Minta dia simpankan dalam lemari kt dapur ke. Label siap2 nama anak atau tulis dengan marker. So botol tu sentiasa ada dan in case terlupa pagi-pagi nk bawa botol, kita dah lega sikit sebab ada back up. Saya mmg buat gini.

2. Beg doraemon

Dalam kereta pastikan ada satu beg yg jangan usik kecuali hal emergency dan boh dalam bonet kereta.Dalam beg tu ade diapers sekeping dua, baju anak dan lagi bagus baju dan tudung emak sekali. 

Why? Kadang2 u ols kelam kabut sangat sampai beg anak pun lupa. Walaupun jarak umah 10 minit je dari nursery. sangat berharga kot masa tuh kan. Or kadang tu dah elok punya muncung tudung dan baju segak, sekali anak best gila muntah kt dalam kereta kene tudung kita. Pernah kena? Hahahaha makanya saya dulu letak spare tudung tayah iron mcm lycra yg terus sarung if kes-kes ini berlaku.

3. Pengurusan Ubat

Kadang kan anak kita demam le selsema la. Then nk amik cuti panjang tak boleh so nak ke tak nak ke hantar jugak la ke nursery. Tapi kalau anak kene berjangkit penyakitnya mcam FHMD atau Chicken Pox tu pls pls pls, jangan la pentingkan diri sangat. Seriously, kene amik cuti. Kalau tak anda akan susahkan berpuluh-puluh parents lain. Ok. 

Back to ubat tadi. Org nursery bukan nk ingat sangat korang ni ade ubat banyak mana, satu tu nk berapa ml ke. So ape kata mudahkan depe. Letak ubat siap dalam bekas dengan picagari dia sekali. Syringe tuh. Mark siap2 kat each syringe berapa ml kene bagi. Contoh ubat demam 4ml, boh ubat demam tu dalam satu bekas dengan 3 syringe dengan marker tanda kt paras 4ml. 

So penjaga nak bagi, just bukak dan terus letak sampai tahap marker dan tak perlu belek label. Selain memudahkan depe, ini elakkan pertukaran ubat dan anak u ols ter over dose or kurang dose.

4. Botol-botol elok korang basuh

Yang ni saya sangat particular sebab botol-botol semua saya sterilize dan guna sabun khas. So i just ask them to bilas lepas pakai dan masukkan dalam bekas. Balik umah baru saya cuci balik bersih2 dan terus strerilize kt mesin. Kenapa? Sebab botol senang sangat kotor dan penuh kuman. Sedangkan anak kita dok nyot2 selalu kat situ. Bila depe basuh mungkin agak rushing or tak sempat keringkan atau mcm2 lagi la.

Jadi kita mudahkan depe. Biar depe bilas sahaja dan kita uruskan dekat umah. Spent 10 minutes tapi dapat pastikan anak u bersih botolnya. Cuma yg ni mmg kene spare banyak botol. like 4 -5 botol sehari.
Bila ramai-ramai tu memang anak kita ada tendency mudah sakit, or mudah berjangkit dan sebagainya.
Macam anak saya, memang selalu berjangkit dan mudah pula sakit sampai keluar masuk hospital. So tu antara sebab kenapa saya resign 4 tahun yg lalu lah hehehehe.

Lepas resign elok je pulak tak masuk sepital. Memang dia nak Emak dia jaga. Hahahahahaha

Orait
Hope it helps!

Viewing all 277 articles
Browse latest View live


Latest Images