Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Budaya bersedekah di BAZAR SEDEKAH!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Saya ingin jemput anda utk sertai Bazar Sedekah by Geng Israa'

Group ini saya tubuhkan untuk memberi ruang kepada anda menghadiahkan barangan yang anda inginkan kepada sesiapa sahaja secara PERCUMA.

Takde syarat, takde yang menyusahkan. Upload dan beritahu lokasi serta details barang, lepas tu tunggu respon.



Pihak pemberi dan pihak yang menerima boleh berunding sama ada ingin bertemu di mana-mana lokasi awam yang dipersetujui kedua-dua pihak atau boleh juga diposkan jika pemberi sudi membuat pengeposan. (kos pos ditanggung penerima)

Peringatan: Elakkan berjumpa di rumah, sekolah anak atau mana-mana lokasi yang bersifat peribadi bagi mengelakkan masalah keselamatan.

Jom kita sebarkan kebaikan memberi hadiah dan bersedekah!
Join us now!

Love,

Salwa saleh
Founder Group Israa'
"Membangunkan keajaiban"


Apa jadi bila Emak dapat tahu keputusan periksa Imran?

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Beberapa hari lepas, saya ada menulis satu status FB sebagai luahan hati tentang keputusan peperiksaan anak saya. Lupa pula nak tulis yang sama di blog. Sekali tak sangka jadi viral pulak sehingga ramai yang share. OhBulan! pun dah masukkan dalam web mereka.

Jadi, ape ceritanya yang sampai viral ni?
Inilah yang saya cerita...

Apakah reaksi anda bila mendapat tahu anak anda di tahun 1 mendapat tempat ke 20 daripada 28 murid?
Saya solat sunat syukur dan sujud atas berita gembira ini setelah saya semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun Imran pagi tadi.

Alhamdulillah, i'm so proud of his achievement so far. Sangat gembira sampai rasa nak buat offer lah, nk buat sale lah tapi tak terbuat lagi buat masa ni. Dan seperti dijangka, markah tertinggi adalah dalam subjek Pendidikan Seni (Dunia Seni Visual) . Tak hairan la sebab dia memang suka tang tu kan
Saya pesan pada Imran, saya hantar ke sekolah untuk dia bergaul dengan orang, berkomunikasi dengan baik, mematuhi jadual, belajar dari guru dan cari pengalaman sebanyak mungkin.
Dan saya nampak ada perubahan sedikit demi sedikit. Imran mula berani membeli barang di kedai tanpa saya perlu temankan (tapi sentiasa diperhatikan), sudah mula ok dalam menyuarakan pendapat. Tidak saya nafikan masih banyak sangat ruang untuk diperbaiki tapi jujurnya saya gembira


Pada usia 6 nak menjengah 7 tahun, tak banyak saya harapkan. Saya tidak kisah grade, tidak kisah markah. Saya tahu dia faham namun tak tahu cara nak jawap. Itu lebih penting. Saya tahu dia seronok di sekolah, berkawan. Kadangkala saya tanyakan juga pada guru, khuatir kalau Imran menggangu atau ada masalah lain di kelas.

Saya mahu Imran dan anak-anak lainnya menikmati usia kanak-kanak mereka tanpa tekanan, tanpa paksaan dan buat apa yang mereka suka. Nanti akan tiba masanya suami dan saya akan membuka jalan dan cadangan, namun bukan sekarang. Bukan ketika di bangku sekolah yang masih baru di kenali.

Besar harapan saya agar ibubapa di luar sana juga begitu. Jangan terlalu kecewa kerana anak masih muda dan mentah. Jika sudah dewasa, akademik juga bukan segalanya.

Jangan kita racun anak dengan pemikiran mereka 'tidak pandai', 'pemalas', 'susah nk belajar' dan sebagainya. Kan kata itu satu doa? Dan boleh jadi mereka tidak pandai di sini, tetapi pandai di sana, kurang hebat dalam bidang sini tetapi handal dalam bidang sana.

Kan manusia di ciptakan berbeza-beza?

Ok ke ok?
Moga Allah permudahkan!



Cuma yang peliknya, takde pulak pihak OhBulan! hubungi saya sebelum diorang publish mende ni. Memang gitu ke?

4 sebab utama BISKUT RAYA TAK MENJADI

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Rasanya sekarang ni kebanyakan emak-emak mungkin tengah sibuk dah berkira-kira nak buat biskut raya. Ada juga yang dah siap pun berbalang-balang sejak sebelum puasa. Bukan untuk jual pun, tapi memang suka buat sebelum puasa. Bagus juga ye tak?

Saya belum buat lagi biskut raya taun ni.
Selalunya kalau time-time gini ni dah siap dah, tapi taun ni belum buat pulak.

Korang dah buat ke biskut? Suka biskut apa?
Saya suka almond choc chip cookies, nutty bites, biskut arab, semperit. eh macam banyak pulak.

Tapi kan, dalam pada suka ni, tentu ada pernah korang cuba buat, tapi hasilnya tak menjadi dan mengecewakan sampai akhirnya di bakul sampahkan!

Pernah tak? Pernah tak?



Saya pun pernah beberapa kali alami situasi gini. Sedih tau. Dah la penat buat siap bersengkang mata. Sekali dah buat, tak serupa lansung dalam gambar resepi yang kita dok google. Kadang tu siap dah pakai resepi turun temurun pusaka 7 keturunan, pun tak menjadi.

Sebab ape?

Meh saya cerita 4 sebab UTAMA kenapa biskut raya tak menjadi.

SEBAB 1: BAHAN SAMA, TAPI JENAMA BERBEZA!

Haaaa, ini antara punca yang sangat utama. Resepi sama dah, kemain orang puji kata sedap belaka. Kita pun excited, cuba lah resepi tu. Bila dah siap, tak sama pulak rasanya walaupun kita dah follow 100% dah ni resepi ni. Rupanya, kita pakai butter jenama cap ayam, orang resepi tu pulak pakai high grade punya butter yang original butter. Kita pakai choc chip murah je, dia pakai dari dalam kotak punya. Memang la rasanya berbeza! So, lepas ni kalau dapatkan resepi dari sepupu sepapat atau emak ke, pastikan tanya sekali jenama apa dia pakai. Kalau yang dalam internet tu, besenye depe tk reveal lah kan. Nanti abes la rosak bisnes. Cuma pokoknya, pakai la bahan yang lebih berkualiti

SEBAB 2: SUKATAN TAK SAMA 

Masalah ni timbul sebab pakai sukatan cawan. Kalau pakai gram ke, ml ke takde masalah biasanya. Ni yang jenih 3 cawan tepung gandum. Dia pakai cawan lain, kita pakai cawan lain. Cawan dia ikut standard yang CUP yang dekat kedai bakery tu, kita plak pakai amik je cawan mana yang sempat ada dalam almari nun. Kadang-kadang cawan susu baby pun jadi time emergency! Jadi janganlah salahkan resepi, salahkan kita tak ikut bebetul. Kalau rasa susah, pakai je la resepi yg pakai gram ye. Satu lagi yg sudu makan, sudu teh tu. Sukatan tu ikut lah sudu sukatan yang ade jual di kedai. Bukan kita pakai cedok aje dari sudu makan kita. 

SEBAB 3: SETTING KETUHAR TAK SAMA

Yang ni selalu jadi kalau mula-mula pakai ketuhar/oven. Oven ni kalau memula pakai memang kita kene adjust sikit. Ala, kata orang warm up gituh. Saya nasihatkan buat la sesuatu yg simple dulu macam bakar ayam ke, bakar roti ke ape ke supaya dia ok. Bila kita dah ok, dah pandai nk control, suhu dia pun dah stabil, boleh la buat biskut raya. Itu pun ikut oven sendiri juga. Kalau dalam resepi kata 20 minit, boh 15 minit dulu pastu tengok. Kalau tak masak, tambah lagi 5 minit. Kalau masih tak masak, tambah lagi seminit dua. Macam tu la caranya. Kalau biskut dalam dulang pertama dan kedua dan ok, yang lain tu in sya allah ok la nanti.

SEBAB 4: TEKNIK TAK BETUL

Yang ni penting. Ini la orang kata 'air tangan' ibu la ape la. Sebenarnya sebab teknik kita tu pun penting. PErhatikan kalau chef masak kat dapur tu, cara dia uli doh nk buat biskut tu macam mana. Contoh kalau biskut Arab, kita suka la pakai tapak tangan dok genyeh. Cepat aje melekatnya. Sebenarnya tapak tangan lagi tinggi suhu, jadi elok la pakai hujung jari aje. Manja-manja je ulinya. Atau teknik gulung tart nenas. Perhatikan cara orang buat kemudian baru kita follow pelan-pelan.

Jadi, saya berharap tips ni dapat la bantu untuk mengelakkan masalah biskut raya tak menjadi ye. . Kalau masih tak menjadi lagi, saya suggest beli je la ye. Hahahahahaha

Selamat hari raya!
Puasa jangan dilupa!


Love,

Salwa

Customised baby food chart yang CUTE

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Adakah anda termasuk dalam kategori emak-emak yang selalu confuse makanan apa yang boleh diberikan kepada baby mengikut umur?

Atau adakah anda ingin cuba memberi sayur dan buah-buahan pelbagai jenis tapi khuatir ianya tidak sesuai dengan baby anda?

Adakah anda ingin satu jadual yang menghimpunkan semua kategori makanan untuk bayi anda dan mudah dirujuk?

Ini jawapannya!

Langkah untuk pembelian:

  1. Pilih warna yang dikehendaki
  2. Pilih samaada ingin customised nama sahaja (RM4) atau customised nama dan gambar (RM8)
  3. Emailkan butiran ke salwamohdsaleh@gmail.com
  4. Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 158060573304 (Salwa Mohd Saleh)


Senang bukan?

Dapatkan customised baby food chart anda hari ini!

Love,

Salwa

Kenapa saya tak rahsiakan password hp saya?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Banyak juga ibubapa yang saya jumpa memang sorok password hp mereka. Punca utama sebab tak mahu anak main game, tengok Youtube, main internet dan sebagainya.
Saya pula sedikit berbeza. iPad memang saya letakkan password yang saya dan suami sahaja tahu. Jadi bila anak-anak minta iPad di luar 'waktu iPad', kebarangkalian nak dapat tu adalah tipis. Tapi tidak dengan hp

Sejak usia mereka linkungan 3 tahun, saya sudah ajar cara buat panggilan kepada orang-orang penting seperti ayah, opah, atok, neni. Setelah beberapa kali latihan, mereka lulus.

Dan apa yang saya khuatirkan akhirnya berlaku juga

Beberapa minggu lepas, saya mengalami keracunan makanan yang agak teruk. Selepas makan tenghari, saya muntah tak berhenti. Sehingga kemuncaknya ketika solat Zuhur, saya tiba-tiba muntah lagi dengan banyak.
Imran yang ada di sisi saya ketika itu sedikit risau dan berkata kepada saya;

"Emak sakit ni. Emak kene pergi hospital!"

Saya diam dan minta Imran hubungi ayahnya kerana kebiasaanya petang nanti saya akan menjemput suami saya dari tempat kerja. Dalam keadaan begini, bangun pun tak larat..


Imran keluar dari bilik, ambil hp yang sedang di charge, unplug charger dan kembali ke bilik. Imran menghubungi suami saya.

"Ayah, emak sakit. Emak tak larat. Kene bawak pegi hospital ni"

Suami saya mulanya tidak percaya tapi setelah di ulang dan Imran letakkan hp di tepi saya, barulah suami saya tahu panggilan Imran memang urgent.
Suami saya pulang dengan menumpang kawannya. Dan kemudian menguruskan hal saya dan rumah.

Perkara seperti ini boleh sahaja berlaku pada sesiapapun. Lebih merumitkan jika berlaku lebih teruk seperti pengsan, sawan atau sebagainya. Na'uzubillahi min dzalik. Memang kita tak minta, tapi berjaga-jaga lebih penting.

Jadi, hp saya dan suami memang tidak rahsia passwordnya di kalangan kami anak beranak. Kadangkala memang terjadi kes 'hijack' di whatsapp atau di youtube,namun saya akan teruskan memberi pesanan kepada anak-anak untuk minta izin sebelum menggunakan hp saya.

:)

Love,

Salwa

Tips Balik Kampung dengan SELAMAT

$
0
0
Kami mendoakan perjalanan anda semua di berkati dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing dan selamat juga pulang kembali ke rumah nanti

Berhati-hati di jalan raya!


Berguru dari haiwan!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Dah beberapa bulan juga sebenarnya nk buat poster cute-cute ni, tapi tak terbuat. Akhirnya siap juga. Saya rasa mesti ade beberapa fakta pasal haiwan ni yang ramai orang tak tahu.

Penguin contohnya. Comel betul, melamar pakai batu! Dan setia pulak tu. Hehehehe
Koala pula pandai simpan makanan dalam perut dia. 8 hari tu!

Dan walaupun Stego adalah dinosour yang sangat besaaaaaar, otaknya pula sangat-sangat kecil.

Hmmm

Menarik...menarik..
Jom, tengok lagi banyak fakta menarik!
















Sedikit kita beri pada ibubapa, BERKATNYA berganda-ganda!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Sejak saya resign pada Februari 2013, belum pernah sekalipun saya terlepas dari memberi wang saku bulanan kepada abah dan emak. Lambat pernah, sebab wang dapat lambat atau bonus belum masuk, tapi tak pernah miss setiap bulan.

Pada mulanya, emak abah, malah ibu mertua semuanya keberatan menarima wang saku dari kami. Kata mereka, kami perlukan wang banyak untuk belanja rumah dan sekolah anak-anak. Tapi kami tetap hulurkan juga wang secara konsisten dengan jumlah yang sama. Saya dan suami telah berjanji apa juga keadaan, wang saku parents akan diutamakan dan telah siap-siap di masukkan dalam bajet baru yang dirangka utk 'cope' dengan pendapatan yang kurang separuh.

Emak akhirnya mengalah apabila suatu hari saya katakan;
"Emak dulu tak susah ke besarkan kami dari kecik sampai besar? Sekarang salah ke kalau kami susah sikit? Ini pun mengajar untuk hidup juga"

Tapi abah masih kekal dengan penolakan setiap kali. Jadi saya akan kirimkan melalui adik. Beberapa bulan lepas tu adik saya pula minta saya kirim sendiri sebab dia asyik kene marah. Jadi kalau saya balik, saya kene selit bawah bantal dia, kadang kene curi-curi masukkan dalam dompet atau apa juga cara kreatif lain supaya duit tu tetap dapat setiap bulan.
Hinggalah raya tahun lepas, sewaktu seisi salam, abah katakan kepada saya,

"Abah sebenarnya tak sampai hati nk amik duit kamu.Tapi bila abah fikir balik, waktu ni je la kamu nak merasa dapat bagi duit pada abah. Kang kalau abah dah tkde, kamu ade duit 2 juta nak bagi pun dah takde gunanya lagi. Kali ni abah terima duit kamu..."

Rupanya itulah salam raya terakhir.
Kemudian timbul pula satu lagi isu, bila kereta kedua kami rosak berulang kali hingga akhirnya tersadai dan dijual. Sejak awal 2015, MyVi yg sekarang usianya 9 tahun lebih lah yang berjasa besar.
Berulang kali ibu, abah dan emak memberi cadangan. Duit belanja mereka itu tak perlu lah di beri lagi, buatlah bayaran beli kereta yang baru. Susah saya nak hantar suami pergi balik kerja, hantar anak pergi balik sekolah, nak balik kampung, nak pergi outstation. Banyak masa habis di jalan raya.
Belum lagi cerita kata-kata orang yang tak percaya seorang pegawai perubatan pangkat senior hanya berkerta Myvi usang yang dihantar dan dijemput balik oleh isteri pula. Well, kami tak ambil hati dan tak kisah pun.

"Tak mati pun ade satu kereta aje. Hahahaha. Boleh je hidup lagi. Susah sikit biasa la"

Itu jawapan saya sampai sekarang. Memang kalau diikutkan cadangan mereka, kami mampu membeli SUV atau MPV dengan wang belanja tersebut, tapi kami lebih memilih untuk memberi pada yang selayaknya.

Mereka dah cukup susah ketika besarkan kita. Sekarang walaupun mungkin kehidupan mereka sudah sedikit selesa, wajarkah kita biarkan tanpa apa-apa? Sekaya manapun sekali orang tua, berilah sesuatu setiap bulan. Mereka tentu akan kata tak mahu susahkan, tetapi wang dan hadiah itulah antara tanda penghargaan kita selain kasih sayang dan menziarahi mereka.


Ramai juga yang saya lihat mengeluh tak mampu berikan wang kepada ibubapa. Saya sarankan mulakan dengan yang mampu. Jika mampu RM5 sebulan, berikan dan tambah sedikit demi sedikit. Memang betul ada yang sungguh tidak mampu tapi percayalah, sedikit yang kita beri kepada ibubapa, berkatnya berganda-ganda.

Jangan pula kata tidak mampu, tapi di FB penuh cerita makan di restoran. atau gambar percutian ditayang di IG penuh ceria. Ia, boleh jadi pergi makan dan percutian yang di sponsor, tapi pokoknya, cubalah memberi walaupun sedikit.

Lain padang lain belalang
Kalau nasihat ini berguna, pakailah
Kalau rasa tak perlu, dan betul tak mampu, saya doakan suatu hari nanti dibuka kan pintu hati supaya hilangkan perasaan tak mampu dan diganti dengan perasaan 'sedia memberi'

Love,

Salwa

Rahsia edit gambar cantik macam studio guna smartphone

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya biasa dapat pertanyaan, saya edit gambar pakai apa?
Sebenarnya saya lebih suka pakai PC. Guna software orang bese pakai macam Powerpoint, Photoshop gitu lah.

Tapi edisi harini saya nak cerita cara saya edit gambar pakai smartphone yang menggunakan ANDROID.
Boleh jadi ok hasilnya...

Heheehehe

Sebenarnya boleh buat bagi nampak cantik dan kemas macam pakai PC. Kalau selalu praktis, makin lama akan jadi makin mudah.

Tapi ye lah, kadang tu kita nak cepat, nak pantas dan tak sempat nak buat kat PC. Atau pun kadang tu tengah 'on the go' , kita boleh gunakan masa yang ada untuk edit gambar.

Gambar pula tak semestinya sekali amik cantik. Kalau cuaca ok, lighting ok, besenye in sya Allah kemas dan minimal editing sahaja, tapi kadang tu cuaca pun mendung, lighting tak berapa ok jadi tak cantik.

So, ini contoh gambar flat lay saya amik utk client saya.
Asalnya memang malap aje sebab tengah tak berapa elok cuaca.

Ni kalau upload pun orang belum tentu selera nak tengok. Pakai meja, tumpahan air pun ade. Hehehehehe.

LANGKAH 1:
Guna apps Snap Seed. Sebab ni kira kategori gambar kritikal. Untuk gambar yang dah sedia ok, saya nasihatkan main je dengan adjustment brigthness, contrast, temperature kt mana-mana apps pun ok. Yang ni basic lah kiranya. Kadang-kadang 3 ni pun dah cukup dah. Tapi utk gambar di atas, sebab shadow yang ade sangat obvious, so dekat Snap Seed, saya BRUSH dahulu. Biasanya saya buat beberapa layer. Dimulakan dengan setting EXPOSURE 0.3 saya akan brush 2 layer dan ini hasilnya.

LANGKAH 2:
Masih menggunakan Snap Seed, lepas gambar dah 'ok' sikit, baru saya akan teruskan dengan third layer with selective area utk di BRUSH kan. Kali ni saya set EXPOSURE kepada 0.7 dan fokus saya adalah hilangkan shadow di antara produk-produk tu. Saya buat dua layer.

LANGKAH 3:
Lepas shadow semua hilang dan gambar nampak sekata, baru la saya akan brush dengan main SATURATION pulak utk dedaunan pudina tu dan botol produk bagi menaikkan seri gituh. Hehehe. Ini le hasilnya. Bersih aje kan. 

Hasil selepas Langkah ketiga. Sebenarnya saya terdelete gambar yang selepas langkah pertama dan kedua. Kalau dilihat, memang akan nampak bezanya.

LANGKAH 4:
Boleh la kalau nak crop. Ni optional. Ade orang nak crop dulu baru edit. Ikut lah, boleh je mana-mana. Tapi utk gambar ni saya tak crop cuma saya nk tunjuk hasil kalau crop


LANGKAH 5:
Untuk masukkan tulisan, boleh cuba apps FOTOR atau PICS ART. Dalam contoh kali ni saya pakai FOTOR. Please take note, bila anda masukkan tulisan, nak save nanti akan jadi keadaan dimana gambar tu bertukar warna sikit. Macam yang saya punye ni jadi sikit kehijauan. Untuk contoh ni saya tak edit semula TEMPERATURE dia sebab nk tunjuk pada anda, so kalau mende ni jadi, just adjust sikit TEMPERATURE atau SATURATION atau TINT gambar supaya kembali normal ye :)

LANGKAH 6:
Kadang-kadang orang nak masukkan logo company. Yang ni boleh pakai PICS ART utk tepek dan masukkan. Ingat, gambar mestilah dalam format png (tanpa background) utk hasil yang menarik dan kemas. 

Yang ini adalah versi yang saya letak logo. Perhatikan gambar menjadi sedikit kehijauan seperti yang saya nyatakan di atas. Ini boleh di adjust semula ye.
LANGKAH 7:
Untuk melakukan perbandingan, boleh gunakan beberapa apps seperti PHOTO GRID, PHOTO COLLAGE dan PICS ART. Ikut lah yang mana paling anda selesa. 

Pesanan: Bagi editing gambar yang mudah dan simple, anda juga boleh cuba VSCO, PHOTO EDITOR, PIXLR dan beberapa jenis apps lain.

Kata kuncinya adalah TERUS MENCUBA!

:)

Semoga berjaya!

Love,

Salwa












Pejam mata, ingatlah DETIK TERINDAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ini genap sebulan abah meninggalkan kami. Saya fikir semua orang akan ada keadaan di mana rasa 'down', sedih, demotivated, blues atau apa-apalah yang seerti dengannya.

Dan memikirkan moment indah ini mungkin sounds cliché but it helps!



Mari saya ceritakan sesuatu...

Bulan Ramadhan tahun 2008 adalah istimewa kerana saya baru beberapa minggu berkahwin dan saya dapat bonus pertama! Waaaaaaa. Bukanlah banyak sangat pun tapi teruja la pertama kali dalam hidup dapat bonus dari company, kan
Saya memang niatkan beberapa perkara penting antaranya adalah untuk emak dan abah. Maka projek 'suprise' pun di atur.

Beberapa hari sebelum hari suprise tiba, saya call emak dan minta emak abah beli tiket bas untuk mereka berdua datang KL pada hari Sabtu. Bila ditanya kenapa,

"Ala...datang je la..."

Hari Sabtu itu saya dan suami menyambut emak abah di Hentian bas jalan Duta. Mereka masih 'blur' tapi nampak seronok.

Destinasi pertama adalah Mid Valley. Saya bawa emak ke satu butik antara jenama favourite emak. Sampai di sana saya katakan;

"Pilih je nk kasut dgn beg mana"

Emak terkejut dan menolak tapi saya katakan memang itu tujuan suruh datang ke KL. Setelah beberapa ketika, Emak keluar bawa dua beg berisi beg tangan dan kasut raya dengan muka senyum hingga ke telinga.

Kebetulan kasut yang Emak tengah pakai tu sedikit rosak jadi kami singgah kedai kasut dan beli 2 pasang kasut. Emak nak bayar tapi saya kata biarlah saya bayar. Maka dapat lah emak 3 pasang kasut waktu tu. Memang sengih betul.

Abah pula sangat susah untuk dipujuk. Tunjuk itu tak nak, tunjuk ini tak nak. Semua ditolak. Katanya tak mahu. Sampailah akhirnya dipaksa, baru abah memilih sehelai seluar dan baju.

Kemudian kami singgah di satu butik dan belikan wallet. Bila suruh pilih abah tak mahu dan keluar dari kedai. Jadi saya belikan 1 utj abah dan 1 utk suami. Abah punya yang warna coklat.

"Laaa kamu beli juga ke. Kalau tahu abah suka yang warna hitam"

Hahahahhahaha. Saya gelak besar. Sapa suruh malu-malu kucing. Bila suruh pilih tak mahu tapi rupanya ada yang berkenan di hati. Saya nk tukar tapi abah kata tak payah la. Kamu yg pilih, cantik juga katanya.

Selepas tu kami solat di masjid negara. Oleh kerana bulan puasa, waktu makan tengahari saya ganti dengan bawak emak abah dan suami naik ke jambatan udara (sky bridge) di KLCC. Tiket memang dah ambil awal pagi sebelum saya jemput mereka dari Duta tadi.

Mujur takde sorang pun yang gayat. Jadi dapatlah bergambar dan merasa tengok KL almost 360 degree.

Kemudian kami sambung Shopping di Suria KLCC. Emak abah ingat dh habis dah rupanya ada lagi. Saya suka brooch Pearl di situ. Saya beli 3. Satu utk emak, satu utk ibu dan satu utk saya. Abah pula dapat tali pinggang baru. Suruh beli kasut mmg dia tak mahu lansung cuba.Oh, ada juga beli sehelai dress untuk anak saudara. Sebenarnya macam ada beli beberapa items lagi tapi saya dh tak ingat.

Kami berbuka puasa di tingkat 4, restoran Sunda. Saya memilih beberapa menu istimewa antaranya 'the famous' ikan terbelah. Ikan ni ikan kerapu tak silap yang di goreng garing tapi dibukak di bahagian atasnya dan dihidangkan dengan cara ikan tu 'meniarap'.

Memang agak banyak hidangan sampai susah nk habiskan semua. Bila saya minta bil dan bayar, abah insist nak tengok jumlah bil walaupun saya tak bagi. Akhirnya abah amik juga resit dan terkejut besar dia tengok total amount. Resit tu abah amik. Rupanya kata adik di kampung, lepas tu resit tu memang jadi bahan sembang la. Abah tunjuk kat jiran-jiran.

"Mahal makan kt sana. Air barli pun RM12.50!" 

Sungguh-sungguh abah cerita. Hehehe. Berbalik pula ke cerita tadi. Selesai makan semua, kami solat di level bawah.

Kemudian saya bawa ke iSetan. Dapatlah emak abah satu set cadar dengan comforter baru. Jam 8.30 kami bergerak ke Hentian duta untuk hantar emak abah balik.

Saya masih ingat lagi senyuman kedua-dua mereka sewaktu naik tangga bas. Manis dengan tangan sarat beg-beg hasil 'tangkapan' seharian di KL. Jam 1 pagi saya dimaklumkan mereka sudah selamat sampai dirumah.

Moment ini saya sudah ulang berkali-kali di dalam kepala saya. Walaupun sudah berlalu lebih 8 tahun lalu, saya akan cuba ingat kembali senyuman itu untuk menenangkan hati saya.

Setiap kali mengingatinya buatkan saya tersenyum dan bersyukur
Buatkan dada saya sebak dan terharu

Mungkin saya bukanlah anak yang terbaik tapi selagi saya masih hidup, akan saya cuba lakukan yang terbaik

Ianya detik detik indah
Moga kita bertemu lagi di syurga, abah!

What to EXPECT when you become a HOUSEWIFE?

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ini sudah 3 tahun, 6 bulan & 1 hari saya menjadi RATU rumahtangga sepenuhnya.

Saya selalu mendapat soalan-soalan sekitar kehidupan menjadi WAHM/SAHM. Sudah tentulah saya bukannya ikon atau orang yang terbaik dalam memberi nasihat, tapi masih juga orang meminta tunjuk ajar.
Saya fikir, lebih baik saya kongsikan mana yang saya tahu dari pengalaman sendiri walaupun tidak selayak mana.



Secara 'average' nya, inilah jawapan saya:

1) You got to be firm with your decision. Jangan later on ada rasa regret. it's not easy but if you know why you do it, then it helps a lot. Staying at home is not always fun and easy to do

2)MESTI bincang dengan SUAMI. Orang2 lain tu bincang la juga tapi suami MESTI AGREE. Kita dan dia sahaja yang tau selok belok rumahtangga dan kenapa keputusan tu patut diambil. Bincang dan bincang walauun 300 kali sehingga dua-dua setuju.

3) Prepare BUDGET. It took us years before we made our final call. Bajet yang ktrg buat kene revised ntah berapa puluh kali sebab mmg sangat2 memberi impact pada keadaan ktrg. so, start buat dulu. Tgk mcm mana, possible atau tak. Keep revising sampai it fits well. At least dah resign nanti, walaupun bajet tu lari2, u still have a basic guideline. If, katakan dah buat dan tak possible, wait until nampak ada kepossible an nye utk execute. Innallaha maasobirin, aye?

4) Pasal duit bulanan utk parents, KEKALKAN. That's amongst our rule number 1. Not to cut a single pennies on our allocation for parents. in fact, we personally increase it (dengan beraninya) huuhuhu. Sometimes mmg ade masa yang jatuh terduduk dan terguling2 sbb tkde sale la, ape la. Time tu rasa sangat di uji, rasa mcm tk boleh la bagi bulan tu...tp kami tk pernah ikut hasutan tu. We will somehow korek jugak. Alhamdulillah, so far tak pernah miss

5) Untuk kes yang ade contract/agreement, work out on the contract punya agreement and calculate berapa kene bayar etc. If ade option utk mudahkan urusakan bayaran, explore on it. Never cabut gitu je. i don't agree on that wpon ramai orang buat. i paid my remaining 'convertable loan' balance.

6) 359 degree punya life. tonggang terbalik. HIATUS. boring. tkde kawan. mengemas tak sudah2. rumah bersepah, penat physically and emotionally tapi otak lapang tak sesak. u will miss ur own time and me time. no more proper lunch or calm and peace moment utk baca buku ke ape ke. and that is why, u got to be firm with your decision, know what you like the most so u can do it at home. Each and every single person is different. kalau suka bake, then bake la ape2 and you may turn it to something mcm part time business. if you like to sew, buatlah mende2 comel dengan jahitan tu. they key is, TRY TO GIVE YOUR SOUL as much enjoyment as possible jd tkde la rasa mcm dlm dunia asing.

I hope this helps.
I'm not good but i hope it helps

If any of you ade extra advice, please leave it here. Moga ramai dapat manfaat!

Kelas Blogging Secara Peribadi bersama Salwasaleh!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya ingin membuka ruang untuk mereka yang ingin mendapatkan bantuan dalam blogging. Kelas kali ini adalah dalam bentuk pembelajaran secara peribadi atau kumpulan kecil dengan maksimum 4 peserta.



Kelas ini disediakan bagi pengguna blog dengan paltform BLOGSPOT/BLOGGER. Topik yang akan diajar secara hands-on adalah: - Blogging set up - Susun atur post/entry - Panduan set gambar yang gempak - Asas search engine optimisation (sgt penting) - Penulisan blog yang memberi impak Kelas akan berlansung selama lebih kurang 3 jam dengan lokasi di Desa Pinggiran Putra (5 minit dari PICC) Tarikh ditentukan peserta. Peserta boleh memberikan beberapa tarikh cadangan dan saya akan melihat 'avaliability' mengikut jadual saya. Masa yang ditetapkan adalah dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Apa yang disediakan?- WIFI - Meja utk laptop - Kerusi (Hanya utk pakej 1 dan 2 pax sahaja) - Port utk charge - Light Refreshment Apa yang perlu dibawa?- Laptop - Charger sendiri - Buku Nota - Semangat dan keazaman tinggi Kelas ini sesuai untuk yg belum ada Blog, sudah ada blog dan sudah lama berblog. Penekanan terhadap topik bergantung kepada level individu itu sendiri. Jika anda memilih untuk datang secara berkumpulan (2, 3 atau 4 pax), pastikan rakan yang dipilih mempunyai level lebih kurang sama supaya dapat kesan optimum dari kelas. Harga?1 pax = RM350 2 pax = RM200/pax 3 pax = RM170/pax 4 pax = RM150/pax Bayaran komitmen untuk menempah tarikh adalah sebanyak 30%. Baki 70% boleh dijelaskan secara cash selepas kelas tamat. 

Sebarang pertanyaan hubungi saya di FB (Salwa Mohd Saleh) atau Whatsapp di talian 019-5558027 Thanks!

8 realiti apabila anda berkahwin dengan seorang doktor

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ramai orang nak atau ingat kahwin dengan doktor sangat glemer, best dan hari-hari dipenuhi ayat bunga cia cia cia.
Akak saje la nk pesan pada yang baru-baru kahwin dengan doktor pastu stress atau yang nak kahwin nanti. Kalau awak nak kahwin dengan dia sebab dia doktor, rentikan aje la.

Kahwin sebab awk sayang dia, sedia terima dia, yakin dia pasangan awak. Itu semua yang akan buatkan awak kuat dan bertahan.

Sebabnya? Meh akak citer sikit dik:

1. Lupakan jadual cantik tanpa kecemasan secara tiba-tiba. Tak kira la dah 4 bulan sekalipun plan, bersedia untuk tukar plan secara mengejut atau merasa tabah bila cuti pasangan tiba-tiba tak diluluskan atau kene ganti orang pergi kursus wakil jabatan atau ada meeting tergempar kes fatality sebab denggi.

2. Weekend belum tentu milik keluarga. Kalau setakat 2 3 bulan tak balik kampung tu jangan pelik sangat. Menambahkan lagi horror kalau pasangan tu sambung belajar. Kalau setahun sekali dapat pi bercuti tu kira bagus la tu, harus syukur walaupun cuti tu dalam negeri sendiri. Pandai-pandai la isi masa lapang dengan anak-anak seperti masak sensama ke, beli barang runcit ke ape ke.

3. Mungkin topik ketika sarapan atau makan malam adalah tentang cerita saspen ibu nak bersalin ade pre-eclampsia kene buat emergency caesarean sections, patient yang sampai yellow zone lepas tu kene usung utk buat laparoscopic appendectomy, kesusahan nak intubate patient yg ada masalah obesity and the list go on...

4. Kawan-kawan atau sedara secara tak sengaja atau kadang-kadang memang sengaja akan turut treat awak macam doktor dan tanya macam-macam soalan walaupun awk cakap awak tak tahu pun sebab bukan awk yang doktor
5. Pergi appointment mengandung, admit diri sendiri utk bersalin, pergi amik report card anak dengan usung anak lain, pergi appointment hospital or amik vaksin utk anak, pergi sana pergi sini sensorang adalah sangat normal dan diperlukan. Kebolehan drive sendiri dan berada di tahap independent tertinggi adalah CRUCIAL. Di ulang, crucial.

6. Kalau awk rasa nak cerita pasal masalah tak de cuti ke, masalah pasangan awak tak tolong awak ke, cari la orang-orang satu liga atau baik tak payah cerita. Parents awak ke, in laws ke or sedara mara ke takde nak back up ye. Mesti alasan 'diorang keje letih' yang keluar walaupun awak je tahu awak pun letih darab 20. Diorang semua expect awak ni tiptop sempurna dan macam robot. Jadi tak payah nk cerita utk dapat simpati, nanti silap-silap awak lagi sakit hati. Hadap aje la dan bawak bincang dengan pasangan sendiri. Afterall, dah berumahtangga mesti kene tahu keperluan dan tanggungjawab masing-masing, ye dak?

7. Kalau awak sakit ke, anak awak sakit ke dan pasangan tengah keje time tu (especially oncall), sama ada jadi org super atau cuba dapatkan bantuan dari orang lain. Most of the time, pasangan awk akan trapped samada boleh lari kejap dan settlekan hal keluarga sendiri or kene fokus patient kt hospital. Kalau sakit yang biasa-biasa tu pandai la uruskan sendiri. Jangan expect yang tinggi-tinggi.

8. Doesn't matter how hard you take care of your family...orang akan cakap..."takpelah, pasangan dia doktor". Walaupun sakit juga la telinga dengar, tapi jangan lawan kalau org yg ckp tu org tua. Senyum je. Kalau rakan sebaya, sediakan peluru-peluru untuk berhujah dengan geliga sekali. Depa tatau yang dok umah la jadi doktor, misi, attendant, driver ambulance, ahli farmasi...habis semua jawatan sapu.

Apapun, i sayang my hubby
Not because he's a doctor, but i accepted his marriage proposal because he is real.


(Awwwwww...cia cia cia)

Sekian,
Akak yang baru sambut anniversary ke-8

Imran dan I'jaaz masak Tomyum Ayam

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Dah lama juga sebenarnya diorang ni tak masak. Then lately ni the boys requested nak masak and emak punya tgn pun masih sakit so request granted.

Menu: tomyum ayam

Pelajaran baru kali ni adalah belajar ketuk serai, how to operate a chopper dan potong ayam. Nampaknya ok la. Cuma part nk masukkan paste tomyum tu diorang takut-takut sikit sebab panas katanya.

Tapi hasil nya tetaplah lulus
Waktu makan dua2 puji diri sendiri...
"Eeemmmmm sedaaaaaapnyaaaaa"...Hahahahahaha
Apa-apa lah
Emak sakit tangan so tk dapat taip panjang-panjang...

Lepas ni ape plak nk suruh diorang masak
Hmmmm


Mat Jenin tak salah pun!!!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Siapa sini selalu dengar cerita Mat Jenin?

Sewaktu sekolah rendah dulu, cerita Mat Jenin ni telah muncul. Dalam buku atau dalam sesi pembelajaran.Katanya jangan ikut perangai Mat Jenin yang berangan tak sudah. Angannya sampai dia jatuh pokok!
Fikir semula elok-elok.

Kita sangat mudah di 'program' kan dengan sesuatu yang dilihat dari sudut 'blaming' berbanding 'understanding'. Tak dinafikan, langkah berjaga-jaga perlu sebagai peringatan agar kita tak 'jatuh pokok' macam Mat Jenin tapi persoalan utama adalah, salahkah Mat Jenin berangan?
Bagi saya, Mat Jenin adalah seorang yang optimistik, bijak membuat perancangan dan ada 'future vision' dalam kepalanya. Bayangkan dia boleh membayangkan apa step demi step yang akan berlaku dan menambah baik setiap plan jika plan terdahulu berjaya dicapai

Ini yang kita selalu tak buat dan tak berapa pandai nak buat.

PERANCANGAN

Kerana kita di momokkan agar tidak berangan, kita juga tidak melihat masa depan. Berapa banyak keluarga yang mengamalkan perancangan? Rancang bajet, masa depan, pendidikan, simpanan, rancang keluarga, persaraan, kesihatan dan banyak lagi.

Dari sekecil-kecil unit ekonomi keluarga yang bajetnya sentiasa tunggang langgang atau takde bajet lansung hinggalah ke pentas ekonomi negara yang kucar kacir di kapitalis dan di lesapkan wangnya.
Bagaimana nak maju jika mindset 'cukuplah apa yang ada' atau 'rezeki secupak takkan jadi segantang' masih tebal. Nak berangan yang percuma tu pun dinafikan dari kecik lagi.

Berangan adalah langkah pertama.
Selepas berangan, kita mulakah dengan tindakan dan terus maju supaya dapat dalam genggaman

Salah Mat Jenin bukan pada berangan tapi kerana masa dan tempat berangan tidak sesuai hingga mengabaikan keselamatan.

Pasanglah impian dan rancanglah tindakan!!!

Maksud Sweet sebenar pasangan suami isteri

$
0
0
Sweet adalah
Bila dah seminggu tak beli air di pasar ramadhan, tetiba teringin nak air tebu tapi tak terbeli jugak. Sekali si dia masuk kereta ade satu bungkus air tebu di tangan buat berbuka.

Sweet adalah
Bila bergaduh masam muka waktu malam, esok paginya bangun macam takde apa berlaku, subuh berjemaah, mulakan hari macam biasa

Sweet adalah
Dapat tidur awal sebab pening dan anak-anak di handle si dia. Walaupun bangun pagi rasa nak lagi pening tengok 'after effect' anak-anak buat, tapi itu masih suwit

Sweet adalah
Setiap pagi salam tangan dan si dia balas dengan ciuman di dahi dan doa 'moga selamat semuanya' walaupun masing-masing tahu hari yang akan ditempuhi sangat mencabar

Sweet adalah
Tengok pinggan di singki dah selamat di atas rak atau meja makan berlap licin atau muntah anak di lap kan atau berak yang siap dibasuhkan sebelum berbau

Sweet adalah
Dapat keluar sesekali, makan di restoran sederhana dan bergelak ketawa anak beranak sambil sesekali menjerit sebab onar yang dibuat 3 hero Malaya.


Itu definisi sweet ‪#‎EmakAnakTiga‬
Apa definisi sweet anda?

Bahaya jika terlalu Cerewet, Perfectionist atau menghidap OCD

$
0
0
Jangan bangga jika anda ada OCD!

Ramai orang yang saya jumpa memang bangga dia ada OCD.Mungkin dia rasa hidupnya sempurna atau dia tak tahu OCD adalah sejenis penyakit.

OCD adalah penyakit. sebab itu digelar Obsessive Compulsive DISORDER. Ada banyak peringkat dan banyak rawatan. Kalau nak tahu betul2 samada memang clinically tergolong dalam golongan ni, disarankan buat test. then baru tahu ditahap mana dan apa rawatan paling baik.

Adapun kebanyakannya masih terkawal. Maksudnya kita boleh latih diri utk kawal dan berpada-pada. Kebiasannya bila mendatangkan mudarat pada diri sendiri atau keluarga, itu kene start dapatkan jalan penyelesaian. adapun sesetengah orang tkde OCD pun tapi CEREWET.

Jika pada peringkat awal atau jenis ringan, baguslah kerana akan dapat dikawal dan rumah dan persekitaran anda berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan sempurna

Namun, jika tidak terkawal dan termasuk dalam kategori severe, tolong dapatkan rawatan sewajarnya. Contoh severe adalah tidak menggunakan soap bar lebih dari sekali kerana takut kepada kekotoran, basuh pinggan mangkuk berulang kali, tidak boleh org lain gunakan toilet etc

Pic from College Theme

Percayalah
Jika tidak dirawat perkara ni sgt mampu menjejaskan kesihatan diri. Paling teruk kalau dah berumahtangga dan sampai boleh bercerai berai. Kalau dapat anak pun nanti tak happy and ended up kene tekanan jiwa kerana tak mampu handle nature kanak-kanak.

Bagaimana nk buat?

Dulu saya juga pernah termasuk kategori ni. Sejak masuk menengah atas, walaupun busy gila di asrama saya akan basuh baju setiap hari tak kira cuaca atau masa. Kemudian makin menjadi. Lipat baju mesti sama dan ikut tona warna. Sepit baju mesti sama dengan warna baju yang di sidai. Baju semua cuci tangan di sinki sebelum masuk mesin basuh.

Banyak lagi tapi cukuplah saya cerita saya mula cuba rawat diri sendiri lepas kahwin dan ada anak sebab saya nampak banyak pulak keburukannya di pihak saya (bagi orang lain saya rasa kene ukur dan tengok keadaan sendiri ye)

Antara yang mula2 saya buat adalah selerak kan pensel warna dan masukkan semula dalam kotak tanpa ikut urutan warna. Memang sakit hati Gila tengok tapi saya kuatkan juga. Buat bodoh je.

Itu ujian pertama. Lepas tu hanger baju yg gantung tu saya campur adukkan warna dia. Dulu mesti putih utk tudung, kayu utk jubah dan baju kurung, Pink utk blouse. Pejam mata, buat je ikut suka.

Ada orang lepas kahwin belajar bertolak ansur. ada orang dah kahwin pun dapat pasangan ala2 ocd juga so tkde la masalah. ada orang lepas ada anak baru belajar . ikut keadaan dan individu. ditegaskan, selagi tak memudaratkan dan boleh pulak cope with that, it's fine.

yg jadi masalah adalah kalau benda seperti ni buat gaduh besar, masam muka, menjerit jerit kt anak, pukul anak, stress tak tentu pasal, asyik nk mengamuk, moody, marah-marah, rasa inferior, rasa letih melampau... itu semua masalah. tak kira la OCD atau CEREWET. rumah tangga takkan bahagia.

Kemudian kalau ada angle susunan yang tak sempurna saya buat bodoh juga. Lama lama makin baik dan sekarang saya boleh buat biasa dan lepas ada anak 3 ni, I don't care anymore.. hahahhaha

Saya bahagia
Keluarga lebih bahagia
Anak lebih kurang kene jerit
saya dpt banyak buat kerja lain selain mengemas
Walaupun umah sepah dan saya tk dpt sempurna mcm dulu tapi seriously we are happier

Cubalah.. baru tahu

jangan biarkan benda yang boleh dirawat, tidak dirawat.
jangan biarkan orang lain yang hukum kita, kita sendiri cari jalan selesaikan.

Rasanya mslh nya sebab ade jd puak2.

Ade puak yg tuduh dia ni OCD walhal dia pemalas sebenrnya.
Ada puak pertahankan ke OCD nya walhal mende tu cerewet sebenarnya

Hahhahahah

Pening2. Adapun sesiapa yg sungguh betoi OCD elok le dpt kan rawatan

Dan yg sungguh2 pengotor dan pemalas, dapatkan lah kerajinan

ALL THE BEST!

BERTENANG, tak perlu tergesa-gesa jika nak BERJAYA!

$
0
0
Kita ni semua nak CEPAT!!

Jangan baca kalau rasa tak setuju, sebab nanti awak juga yang sentap tak tentu pasal. Cuba perhatikan, apa juga urusan, memang ramai yang nak cepat atau lagi tepat dikatakan TERGESA-GESA.

Saya nak cerita perihal beberapa customer saya dalam bab buat blog. Memang tak dinafikan blog adalah platform paling stabil buat masa ini untuk marketing. Tapi ade juga customer/prospek yang anggap, bila mereka buat blog dengan saya, dalam tempoh 234 saat, blog mereka terus tersenarai dalam ranking Google

Aiyoooooo amma appa

Saya pun harap sangat saya ada kuasa magic gituh. Pung pang pung pang, masuk ranking no 1 sambil goyang kaki mengadap TV tengok cerita kapten apemende ntah.
Dan nak tau tak, prospek ni banyak yang lari dan tak jadi buat make over blog bila saya katakan, saya make up blog tu supaya berseri. Tapi content tetaplah juga kene buat hari-hari. Guna la tips SEO dengan apa yang saya ajar tu buat bekal, tapi kena usaha dan tetap cekal!

Diorang takmo
Diorang nak bila dah buat tu terus cepat aje ternama dan dikenali ramai dan customer datang berbondong-bondong

Diknon,
Saya sendiri pun walaupun dah lama berblog ni dah juta-juta views pun, bila saya tak konsisten, trafik turun maaa. Bulan 6 sampai bulan 8, sejak arwah abah sakit hingga meninggal hingga raya, saya tkde memandang pun blog tu.

Walhasil, trafik turun gila. Ratus2 je sehari orang view. Sob sob sob. Tapi saya tahu mende tu mmg asam garam kehidupan jadi tayah nk down sangat. Mid ogos saya mula balik dan mulai beberapa hari lepas elok je naik balik view blog.

See?



Tu baru citer blog. Kalau soal nak kaya, semua nak kaya dengan cepat. Sebab tu la, hatta 7 keturunan dah di warning pasal skim cepat kaya, masih tetap ramai percaya! Skim yang sama cuma tukar nama. Masihlah berbondong-bondong yang percaya. Sebab? Nak cepat kaya

Kalau soal nak berjaya, semua pun nak cepat hasilnya. Orang lain jenuh la defend itu ini, kene lanyak time Viva. Ada yang nak cepat, beli aje ijazah, MBA dan PHD. Bukan ade orang kisah sangat, asalkan pandai cakap dan pandai buat duit, mesti orang percaya.

Allah dah tegur, jangan tergesa-gesa.
Dengan Allah pun adab TAKDA, camne lah?
Doa hari ini, besok udah nak jadi kaya mcm Dr Vida. Ingat korang ade lampu ajaib Alladdin ka??

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera. "(Al-anbiya: 37)

Slow down!

Keep CALM and read QuRAN
Keep CALM and read salwasaleh.com

Deal?
DEAL!

Pada umur berapakah sesuai untuk ajar anak dengan Al-Quran?

$
0
0

Umur berapa paling sesuai ajar anak Quran?
Jika anda ada anak lingkungan 2 tahun hingga remaja, mohon amik masa baca tulisan saya ini.
Saya yakin, majoriti ibubapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan bagi Muslim, pendidikan Quran sangatlah penting dan mesti berada dalam list utama.
Semalam saya menonton satu video dari Ustaz Nouman Ali Khan (NAK) tentang isu di atas ini;
Umur waktu yang manakah paling sesuai untuk disuruh hafal Quran dan diajar hukum hakam?
Honestly, saya expect lain dari video awalnya, tapi NAK memang berbeza. Saya terasa macam kene hempuk je kat kepala, di goyangkan dan macam baru sedar daripada satu kejutan elektrik.
"Wake up  Salwa, wake up!!!"
Kalau tak percaya, tengok la video tu kt link ini. 


Mak aihhhhh, it's like answering my problems. Saya macam emak lain juga, risau tentang anak-anak tak berapa nk minat ngaji. Memang liat ya amat. Sorang 7 tahun dan sorang lagi 5 tahun. Yang setahun lebih tu takde la suruh dia bersila mengaji. Kadang sampai kene ugut nak rotan. Saya rasa saya terlalu paksa sampai sesi tu jadi tidak menyeronokkan dan siorang pun macam lambat aje hafal surah-surah pendek.
Sedar tak sedar saya termasuk sama kepompong. Mengejar sangat hafalan Quran sekecil-kecil usia tanpa saya sedar TUJUAN sebenarnya.  Saya lupa yang dalam bab agama lah method paling penting adalah ikut kapasiti dan kesesuaian anak. Saya ingat saya dah ok bab akademik dan hal dunia, rupanya bab Quran ni saya masih ketinggalan.
Saya sedar, saya tak mahu wa nauzubillah jika akhirnya anak saya hafal Quran, tapi tidak amalkan apa yang didalamnya. Sebab itu kita lihat ramai pangkat hafiz hafizah, tapi masih menunggang agama. Ramai yang hafal 30 juzu' tapi masih dengan kes rasuah, kes menipu, kes salah laku dan sebagainya.
Don't get me wrong please. It is important utk ajar anak Quran. Dengarkan dengan bacaan Quran sejak dari kandungan etc. Apa saya cuba bagitahu, ikutlah kesesuaian umur dan kapasiti mereka. Jangan dipaksa.  Naluri anak kecil masih ingin bermain. Dan ada minat dalam bidang tertentu. Jika memang minatnya dalam hafalan, gunakan sebaiknya tapi jika bukan, jangan didera emosi apatah lagi fizikal anak
Kita lihat banyak tahfiz tumbuh bagai cendawan tapi akhirnya jadi tempat ibubapa 'campak' (maaf tak jumpa perkataan sesuai) anak-anak bermasalah hingga pusat tahfiz dan maahad ada yang jadi tempat belajar perkara tak baik. Itu realiti hari ini. Saya tidak kata semua cuma hal ini berlaku dikalangan kita.
Apa yang saya boleh kata, saya berazam untuk cuba perbaiki sesi mengaji anak-anak saya supaya lebih baik. Saya sudah  mulakan sejak malam semalam dan saya harap ianya dapat kekal dan anak-anak saya juga kekal gembira dengan pembaharuan ini.
Saya doakan anda juga dapat yang terbaik utk keluarga anda
Mari kita lahirkan generasi QURAN yang sebenar!

Everybody loves SALWA!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Well, kata orang malang tidak berbau. Kalau  bau senang le nk elak kan? kan?

Waktu menulis ni dah hari ke 6 merasa la menjadi oku sementara. Huhuhuhu
Well, me and drama mmg come as a package kot?

Kaki terpeleot hari Khamis. Ingatkan biasa2 rupanya tk berapa nak biasa

Oh sebelum tu, gambar ni over sikit sbb I modified the bandage so it covers the whole feet. Sebenarnya tk mcm gini




Berbalik kepada cerita jadi oku, yaaaa I can't walk or can walk with one feet while using scrutches. Paling menarik kejadian ni berlaku ketika my Hubby ade tugasan luar daerah yg agak lama. Nyum2

Memula mcm cool je. Sekali membengkak dengan jayanya. Sebbaik lepas tu xray tkde fracture but still kene dtg hospital balik utk check for ligament tear.

I have a very wonderful bunch of people who helps me a lot and shower me with loves.
Sooooooo touched.

My mil and sils came over with lunch so I don't have to cook. My friend sent some painkillers and gel and help me swept the floor. Another friend visited and bring dinner and insisted to bring me to hospital (she did) while her husband help with the kids.

My family came and bring all things including beras hahaha. My younger sis sacrificed her schedule to buy something that i want dearly (hahahaha) and older sis came with durian IOI and help with i'jaaz cake. Not to forget, my bro and sil yg belanja pizza.Tenkiu2 

My emak sekarang tgh stay with me to help me sampai jd driver to sent the boys to school. And lagi terharu another friend came with all the seafood range with veges yg siap potong dan basuh, tinggal masak je

Told ya..
My Hubby said i'm surrounded with beautiful people. Yeap.
I feel like everybody loves Salwa
I feel so blessed

Thanks Allah!
Viewing all 277 articles
Browse latest View live