Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

4 BAHAYA jika makan tepung gandum biasa

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Kalau kita cuba puasa gandum, memang jenuh. Macam-macam tak boleh nak dimakan. Roti, biskut, segala mak jenis kek, manisan, desserts memang banyak yang pakai tepung. Walaupun ade yang tkde tepung tapi kebanyakannya memang pakai tepung lah.

Dan akibat selalu makan, kita kene lah hati-hati dalam memilih tepung yang nak digunakan. Saya katakan disini bahaya tepung gandum biasa sebab kebiasannya di Malaysia ni, tepung yang dipakai adalah yang telah di lunturkan!



Yang ni sumber dari Harian Metro, saya petik:

"Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Sekarang, mari kita lihat kenapa bahaya.

Bahaya 1: TELAH DILUNTURKAN

Kita pakai baju then clorox habis jadi putih berseri. Sama la dengan tepung yang kita nampak putih tu. Dilunturkan belaka. Ini sebab mereka tak mahu tunggu proses putih semulajadi kerana lambat dan menyebabkan kos operasi meningkat.

Lagi teruk, ada yang amik bekalan tepung terpakai yang dah kekuningan dan kehitaman kemudian lunturkan balik supaya dapat jual balik. Aiyooooo

Bahaya 2: BAHAN KIMIA MERBAHAYA

Tahukah anda, tepung yang dilunturkan dengan salah satu bahan dipanggil Benzoyl Peroxise adalah sangat bahaya? Selain tu ade lagi bahan lain seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin yang memutihkan tepung tu.

Sanggup kita nak makan? Benzoyl Peroxide ni antara bahan yang digunakan untuk ubat jerawat. Sedangkan ubat jerawat tu pun boleh dapat efek sampingan dan sampai diharamkan penggunaanya, ini kan lagi buat jadi makanan. sob sob sob. Tamaknya manusia!

Bahaya 3: Tiada Nutrisi

WHO menetapkan tepung gandun kene ade 13% nutrisi jadi pengimport akan memambah nutrisi ni dari luar. Sebab tu ade nampak Vitamin B1 la ape la. Sedangkan ianya tidak signifikan dan hanya ditambah sebab ianya dari sumber yang murah. 

Bahaya 4: Menyebab Penyakit

Negara lain banyak dah haramkan klorin dan Benozoyl Peroxide dalam tepung gandum sebab nak jaga kesihatan penduduknya. Pengambilan bahan merbahaya ni boleh menyebbakan barah, penyakit kencing manis, arthistis dan gout.

Malah ada efek sampingan lain seperti:

– Kulit kering
– Iritasi
– Kemerahan pada kulit
– Kulit mengupas
– Peradangan
– Nyeri (sumber dari Amazine)
Rasanya cukup dah kot saya berceramah Huhuhu
Bukan apa, kesian kat anak-anak generasi kita. Makin tak sihat. Dengan kita juga yang tak sihat.

Abes tu saya makan tepung apa?

Saya pakai Tepung Faiza, atau Baker's Choice. Dengarnya ada lagi dua jenama iaitu Tepung Bidara dan HPA tapi yang dua ni saya tak pernah jumpa dan tak pernah beli lagi.

Kalau Faiza ade di Giant, Aeon.
Kalau Baker's Choice biasanya kat kedai bakery.

Dan satu lagi, Gardenia adalah lulus untuk saya sekeluarga. Selain halal, tepungnya adalah dari hi-protein unbleached flour. Tanpa peluntur!

Selamat membuat keputusan!

Love,

Salwa

Aiskrim SIHAT berkhasiat dengan hanya 3 langkah

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Oleh kerana dah dua minggu viralkan tentang aiskrim, saya suka nak berikan 1 resepi ala-ala aiskrim yang viral tu tapi yang ini bahannya semua segar, selamat dan tiada kandungan gula tambahan atau bahan yang tidak baik


Haaaaa, mudah sahaja. Hanya ada 3 langkah sahaja.  Pertamanya kene beli ...


Bahan-bahan:

  • 1 kotak besar susu segar
  • 1 botol air yogurt segar tanpa pewarna atau perisa 
  • Buah-buahan pilihan anda
  • Plastik/acuan aiskrim


Sikit sahaja kan?

Langkah 1: Potong buah-buahan mengikut potongan dadu sampai kecil
Langkah 2: Masukkan buah ke dalam mangkuk besar dan campurkan susu dengan Yogurt hingga sebati
Langkah 3: Masukkan berhati-hati ke dalam plastik aiskrim dan ikat


Siap!!

Tips tambahan: Boleh masukkan apa yang anda suka seperti kismis atau chia seed. Cuma saya tak pasti macam chia seed tu akan kembang atau tidak. Boleh la cuba kalau nak

Sejukkan dalam peti sejuk bahagian beku dan boleh dinikmati dengan enak tanpa rasa bersalah sebab ianya memang penuh khasiat!
Selamat mencuba

Love,
Salwa

Gambar Gerhana Separa Matahari di rumah saya

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Seronok juga sebenarnya berada dalam ke 'excited' an nak tengok gerhana matahari. Walaupun dah beberapa kali mengalami peristiwa ni, tapi ianya tetap lah sesuatu yang mengujakan sebab bukan senang nak tunggu gerhana datang.

Saya nak kongsikan gambar-gambar gerhana yang saya ambil melalui kamera telefon saya yang diambil secara lansung tapi gerhananya dapat dilihat melalui pantulan




Saya juga berpeluang untuk Solat SUNAT GERHANA yang digalakkan di dalam Islam.
Untuk maklumat lanjut tentang solat ini, boleh layari laman ini yang telah disediakan oleh JAKIM: Khaifiat Solat Sunat Gerhana

Apa itu gerhana separa matahari?

Sumber ini saya ambil dari Planetarium Negara


 

      

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA
9 MAC 2016


PENGENALAN
Pada 9 Mac 2016, Gerhana Matahari Penuh akan berlaku di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik (Rajah 1 dan 2).  Lintasan bayang umbra Bulan akan merentasi Indonesia dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku di timur sebelum ia memasuki kawasan Lautan Pasifik.  Tempoh Gerhana Matahari Penuh pada kali ini ialah 4 minit 9 saat dengan magnitud gerhana 1.045.  Gerhana Matahari Penuh ini berlaku 1.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi atau kedudukan “perigi”. Gerhana Matahari Separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas (kawasan di atas dan di bawah daripada laluan tengah Gerhana Penuh Matahari yang diwarnakan merah seperti di rajah 1) meliputi Asia Timur, Australia dan Lautan Pasifik termasuklah juga Malaysia yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang hanya setakat 70% - 90% litupan ke atas keseluruhan permukaan Matahari. 
Rajah 1: Lintasan Gerhana Matahari Penuh Merentasi Bumi pada 9 Mac 2016 (laluan tengah -berwarna merah)
Sumber: NASA Eclipse Website
Rajah 2: Lintasan Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 Melalui Indonesia

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 a.m. hingga 9:30 a.m.
Secara amnya, Gerhana Matahari berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam Rajah 3.
Rajah 3: Geometri Gerhana Matahari
Catatan:
Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa bermula pada jam 7:24 a.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari.  Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati sukar mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan mulai menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit tua sehingga litupan maksimum tercapai pada jam kira-kira 8:24 a.m.. Ketika sentuhan akhir pada jam 9:31 a.m., bayangan Bulan mula hilang secara perlahan.  Keadaan Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1.  Rajah 4 menunjukkan apa yang akan kita lihat dari Kuala Lumpur.

Nota:
Litupan – Peratusan Keluasan Matahari ditutup oleh Bulan semasa gerhana maksimum
Altitud – Ketinggian Matahari ketika gerhana maksimum
Rajah 4: Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016.


5 tips layan anak SEPERTI KAWAN

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Beberapa ketika dulu saya pernah kongsikan sedikit nasihat, supaya kita menjadikan anak sebagai kawan, bukan TUAN. Boleh baca di sini:  Jadikan anak RAKAN, bukan tuan

Hari ni saya kongsikan tips dari kisah peribadi saya ber body guardkan 3 orang hero Malaya yang saya buat seperti kawan belaka. Moga ada yang boleh di ambil pengajaran dan dijadikan manfaat


TIPS 1: RAIKAN PERTANYAAN 
"Jangan banyak tanya lah!"

Jika anda selalu gunakan perkataan dan ayat ini, minta untuk dihentikan segera. Kanak-kanak di awal usia ni sifat ingin tahu dia membuak-buak. Sangat banyak dan curious dengan pelbagai perkara. Di mata dia semuanya unik dan perlukan jawapan. Pernah tak kawan kita tanya kita, kita herdik semula? Tak pernah dan tak patut kan?

Sama juga anak kita. Saya kadangkala dapat berpuluh soalan dalam masa 2-3 minit. Tak sempat pause pun kadang tu. Tapi raikan.  Jawap semampu dan sejujur mungkin

TIPS 2: SEBUT 'TOLONG'

Kita kalau nk mintak tolong kawan, kemain lagi berbudi bahasa, melapikkkan kata-kata manis supaya dia dapat tapaukan lunch ke, atau dapat belikan air untuk kita ke, tapi kenapa dengan anak susah nak sebut baik-baik?

"Tolong Emak siramkan pokok tu"
"Amikkan air utk Israa', please"

Bila kita ajar, boleh jadi dia macam susah nak ikut atau selalu lupa, tapi kita dah ajar mereka untuk berbudi bahasa. Tak kasar, minta dengan baik dan lembut dan ini yang anak kita akan tengok dan pegang sampai mereka besar nanti. Proses ini ambil masa, sabarlah ye

TIPS 3: JELASKAN

Kalau perkara tu tak baik, katakan tak baik. Kalau perkara tu baik, katakan juga perkara tu baik. Contohnya, kenapa tak boleh makan makanan ringan? Beritahu ianya tidak baik kerana banyak perasa dan pewarna dan boleh merosakkan kesihatan.

Kenapa tak boleh mandi hujan lebat? Khuatir akan terkena kilat di tanah lapang sebab kilat boleh menyambar kita. 

Kenapa tak boleh kawen dengan Emak? Kerana Emak adalah mahram, dan haram untuk nikah. Kalau nak kawen, dah besar nanti cari wanita yang solehah dan ajaklah kawen

Semua penjelasan buat dengan baik dan level yang mereka boleh terima. Tak semestinya kene guna perkataan yang biasa, saya sendiri terangkan tentang klorofil, proses fotosintesis, electromegnetic field dan segala mak nek jargon asalkan maksudnya sampai

TIPS 4: JANGAN TIPU

Ini big NO!

Apa pun yang cuba kita sembunyikan, jangan tipu anak. Anggap dan layan mereka seperti orang yang perlu dihormati dan di berikan haknya. Penipuan tidak baik dari segenap sudut

SALAH: Mak nak keluar kejap. Jumpa kawan ramai-ramai. Nanti Emak balik
BETUL: Mak perlu pergi mengajar di bengkel kerana kita perlu lebih sumber pendapatan. Mengajar orang juga baik dan bagus kerana beri ilmu

SALAH: Tak boleh pergi berenang situ. Ada buaya!
BETUL: Imran tak boleh berenang seorang diri sebab Imran masih kecik. Sangat bahaya dan mungkin boleh lemas, nanti siapa yang yang nak tolong?

SALAH: Coklat takde. Dah habis
BETUL: I'jaaz makan coklat banyak sangat. Nanti boleh rosakkan gigi. Kalau gigi rosak, maca mana nak makan lagi? Cukup makan sikit sahaja


Tips 5: TUNJUKKAN KASIH KITA

Susah sangat nak peluk anak? Buatlah sesuatu. Dan ubah. Anak-anak ni waktu ni lah yang nak peluknya, dah besar sok, kita susah nak peluk.

Beritahu mereka, kita sayangkan mereka.
Biar mereka tahu kita pentingkan keselematan dan keselesaan mereka.
Akhirnya mereka juga akan pandai luahkan kasih sayang kepada kita.

Percayalah!

Saya harap tips ni membantu anda.
Selamat mencuba!

Love,

Emak

Imran dan I'jaaz masak mee goreng!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Harini dah masuk hari ketiga cuti sekolah. Emak rasa dah tiba masanya diorang ni buat sesuatu yang lebih praktikal pulak di dapur. Biasanya baking muffins aje kan, sekarang nak suruh memasak pulak

So hari ni cabarannya adalah...

MASAK MEE GORENG!

Of coz la hero-hero Malaya ni excited sangat kan.
Dah lama mengidam nak masak nih. Selalu tolong masak nasi je.

Makanya emak pun bagi la dan setelah semua step dibuat, adalah di nyatakan bahawa Mee Goreng diorang sedap dan lulus!

AMARAN: Emak bagi mereka menggunakan Steak Knife sahaja. Dapur gas pun atas pantauan. Dan Emak telah memberi nasihat supaya memasak hanya bila Emak ada dan pantau buat masa ni utk langkah keselamatan

Enjoy the photos everyone!!!

Memula potong dulu fish cakes...

Lepas tu potong sawi dan daun bawang
Tumis bawang dan ready nak masukkan fishcakes
Masukkan sos tomato, sos cili, kicap pekat
Time to add the mee!
Boh Sayur

Tadaaa! Dah siap pun

So siapa kata orang lelaki tak boleh di ajar?
After all memang lebih ramai kaum lelaki pun yang jadi Chef kan? Emak tak kesah if drg decide nak jadi Chef beso nanti, in fact sangat berbangga! (plus tayah la Emak masak hahahahah)

Anyways,

Saya ada kongsikan juga tips untuk ajar anak lelaki buat kerja-kerja rumah di dalam buku Bila Emak Berdrama.

Hanya RM23 dan anda akan dapat banyak tips serta beberapa DIY projects untuk dicuba. 

Berminat nak beli? 

Boleh beli di sini: BELI BILA EMAK BERDRAMA

Selamat bercuti!

Love,

Emak 




Review UNIK tentang Filem Munafik 2016

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sure u ols terkejut kan, sejak bila plak Salwasaleh ni pandai nak review review filem nih. Sebelum ni tak pernah ade pun? 

Well, kali ni memang rasa nak sangat review dan share pasal filem ni walaupun saya ni bukanlah kaki pawagam (seumur hidup tak sampai 10 kali kot masuk wayang). Tapi semalam cerita nya berbeza. Saya decide untuk tengok Munafik selepas baca pelbagai komen dan response menarik tentang filem ini.

Dan malam tadi siap mimpi hokeyh! Sob sob sob
Power betoi la.




Anyways, saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Part paling penting adalah dihujung sekali

P/s: Gambar-gambar saya ambil dari laman Myinfotype dan Tv14


PART 1: SINOPSIS DAN JALAN CERITA

Ustaz Adam (Syamsul Yusof) ada keistimewaan untuk mengubat pesakit yang kene gangguan. Dipanggil Ruqyah dalam istilahnya. Tapi selepas kemalangan maut yang menyebabkan isterinya meninggal, dia jadi macam tak boleh nak terima hakikat tu. Dia tak boleh maafkan orang yang langgar lari dan sebabkan kemalangan tu.

Dia berkurung aje la dalam rumah walaupun jenuh dinasihatkan kawannya (Fizz) , Imam ape ntah tak ingat namanya (A Galak) dan ayahnya sendiri (Dato Rahim Razali)

Sampai la suatu hari Imam ape tak ingat namanya (A Galak) minta bantuan dia untuk ubati Maria (Nabila Huda) yang teruk disihir. Dari sini lah bermulanya segala cerita yang terungkai satu persatu

Jalan cerita bagi saya ok. Senang difahami walaupun ade loop holes sedikit contohnya macam babak Adam tetiba sedar yang dia sebenarnya bukan ber'cakap' dengan Maria dan Zati, endingnya habis begitu sahaja dan terus jump ke scene lain.

Dan kesudahan beberapa watak yang 'hilang' begitu sahaja. Tak tahulah kalau sengaja buat gitu utk ada sekuel ke lepas ni. 





PART 2: LAKONAN

Memang betul la. Nabila Huda saya rasa  boleh menang Aktres terbaik kot nanti sebab lakonan dia real gila. Serius dengan matanya, dengan tenung dia tu. Part yang rasuk tu tak boleh tahan punya. Nasib baik la saya ade pop corn ketika tu. So kira macho juga la. Tkde jerit ke ape ke tapi memang di akui keseramannya.



Part paling seram orang banyak kata kat bilik mayat. Bagi saya sebab dah jangka, so tkde la seram sangat. Tapi part dia bersiul dan berpaling waktu nak cakap dengan mak tiri dia tuh, huiiiihhhh tegak bulu roma hokeyh.

Syamsul pulak bagi saya ini lakonan terbaik dia. Walaupun tkde la follow sangat tapi yg ni memang different. Baru seminit start, adik sebelah saya dah sob sob tersedu. Kira power la kan.

Yang watak tambahan lain semuanya cukup perasa. Tak over sangat, tak tenggelam sangat. Saksama gitu


PART 3: PLOT TWIST

Haaa ni memang tak duga lah. Tak bole cerita kat sini sebab kang tak dapat la suprise kalau korang pegi tengok kan? Cumanya saya pun tertipu.

Cheh..ingatkan mamat ni.. tapi bukan rupanya. Cumanya saya memang takde syak Pekin atau mak tiri maria tu sebab rasa macam memang bukan depa yang buat.



Kalau nak tau, kene tengok la ye. Saya puji cara Syamsul olah sampai buatkan orang rasa macam

"Alah...aku tau dah ni..mesti dia ni punya angkara"

Sekali memang tak diduga beb! Tipah tertipu!!


PART 4: ELEMEN SERAM

Banyak sangat jump scare sampai saya pun tak terkejut. Well, saya lah yang tak terkejut tapi kalau orang lain terkejut tatau la. Kita bole agak dah based on bunyi dan keadaan. Bab sound effect, thumbs up. Walaupun tak terkejut tapi takut dan seram nya masih ada. Kira menjadi la

Dengan malam je, umah malap je, tau dah jin nk keluar. Dan jinnya tu bagi saya menakutkan bukan sebab dia macam hantu bese, make up mmg real la tapi sebab dia tu real dari sudut memang banyak orang kita yang pakai sihir, saka, penjaga dan sebagainya. so dia punya feel tu lain sikit.



So betoi la Syamsul cakap, kalau ade sakit jantung ke, pregnant ke, jangan tengok la kak weh, satgi merbahaya..mendatangkan kekacauan


PART 5: DIALOG

Bukan biasa-biasa. Saya kagum Syamsul sanggup guna bahasa Arab dalam dialog dengan iblis. Dan ayat ruqyah diambil semuanya yang betul dan dapat approval JAKIM. 

Even dialog sesama pelakon pun banyak yang deep. Contohnya walaupun si Pekin tu macam ganas je huha huha, tapi bila dia kata;

"Banyak je orang cari makan dengan kopiah dan jubah" 

Ayat tu banyak yang betulnya. Ramai sangat memperdagangkan agama.

Kemudian bila Ustaz Adam kata "Memalukan bangsa atau agama? Mana lebih utama?"ketika merujuk perbuatan sihir yang telah lama diamalkan masyarakat Melayu. Sampai sekaran masih ramai berpegang dengan ajaran ni sedar atau tidak.


Dan ketika Zati mak tiri Maria di pulangkan kotak 'penanggal' nya, dia tak sedar pun perkara tu adalah SYIRIK dan KHURAFAT. Sama seperti ramainya orang islam harini yang sekutukan Allah dengan bergantung nasib pada ayat pelaris, tangkal kebal, atau ramai yang nk lakukan bisnes sanggup buat ape sahaja supaya jualan laris hatta terpaksa menjual agama sekalipun

Saya rasa paling terkesan dengan ayat last Syamsul

"Jangan biarkan urusan ku di tadbir oleh ku sendiri, hatta sekelip mata sekalipun ya Allah"

Ini sebenarnya doa yang diajarkan kepada kita. Allah lah maha Mengetahui dan Maha mengurus apa juga yang terbaik untuk kita. Tawakal kita hanya pada Allah


PART 6: SIAPA YANG MUNAFIK?

Di akhir jalan cerita ni, walaupun bagi saya agak cepat cara ditamatkan (tak pueh tengok), akhirnya orang yang munafik yang sebenarnya diketahui semua orang.

Macam saya kata, walaupun tak dijangka tetapi kita akan sedar kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Munafik ini tandanya:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قالَ: أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا 
خَالِصًا، وِمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَة ٌمِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،
وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجََرَ (رواه البخاري ومسلم)


Ertinya: “Dari Abdullah ibn ‘Amr bahwa Nabi Saw bersabda: “Empat sifat yang barang siapa mengerjakannya, maka ia menjadi munafik tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifak sehingga ia meninggalkannya, yaitu: (1) apabila dipercaya, ia berkhianat, (2) apabila berbicara, ia dusta, (3) apabila berjanji, ia tidak menepati, dan (4) apabila bertengkar, ia curang (mau menang sendiri) (HR al-Bukhari dan Muslim) 

Cuma soalan saya, ketika kita dengan penuh rasa kagum dan terkesan dengan filem ini, sejauh mana kita bawa ke realiti?

Solatkah kita? Puasakah kita? Berzakatkah kita?
Jauh mana tawakal kita pada Allah?

Benarkah kita ini mengaku beriman hanya kepada Allah? Tapi ketika susah kita minta tolong dari yang selain dari Allah?

Benarkan kita mengaku beriman kepada Rasulullah sedangkan banyak ajarannya di ketepikan?
Kita kata kita yakin ketentuan Qada Qadar Allah tapi kita sering mengeluh dan sering pula rasa berputus asa?

Berapa ramai yang solat terlebih dahulu sebelum tayangan terutamanya ketika waktu Asar sudahpun menjengah? Atau berapa ramai yang sanggup keluar solat Magrib ketika di tengah-tengah tayangan?

Benarkah kita bukan pendusta agama?
Siapa yang munafik sebenarnya?

4 Langkah buat DIY APRON kanak-kanak

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Kelmarin rasa nak pegang balik mesin jahit mini comel tu. Sebabnya weekend ni nk sambung 'Masak Challenge' untuk Imran dan I'jaaz. Setelah berjaya masak Mee Goreng semangat nak masak membara so Emak rasa kalau padankan dengan apron mesti lagi cool kot.

Emak pun decide buat la. Sebenarnya tak susah pun untuk dapatkan hasil apron cute macam ni
Okeyh, mari kita tengok cara nk buatnya.

Langkah 1: Potong kain.

Mula-mula ambil sedikit kain dan lipat dua. Kemudian potong ikut ukuran macam yang kt bawah ni


Ini rupanya bila kita buka lipatan kain tu

Langkah 2: Jahit Bahagian tepi

Sebab amatur macam kita ni mana ade mesin jahit tepi kan (kalau ade pakai la ye), so selain layurkan atas lilin, apa yang saya suka buat adalah jahit bahagian tepi dia tu dengan lipat dua kali. Macam dalam gambar kt bawah ni


Ini hasil bila dah di lipat dua dan di jahit

Langkah 3: Sediakan poket

Yang ni saja la tambah aksesori. Takde pun takpe. Untuk size poket, boleh potong kain yg berlainan warna seperti saiz berikut



Langkah 4: Sediakan tali

Menggunakan riben ke, atau kain ke. Macam saya, saya pakai cotton jugak. Sama warna dengan poket. Untuk bahagian leher yg kt atas tu, potong kain yg ukurannya 44cm x 5cm kemudian saya jahit dengan teknik sama iaitu dua kali lipat.



Sambung pada bahagian atas apron. Untuk tali tepi boleh la potong ikut kesesuaian anda.

Siap!

Mudah kan?
Boleh la mak-mak di rumah cuba buat!

Berminat dengan projek-projek DIY dan tips berkenaan parenting masa kini? Dapatkan buku Emak dengan klik link di bawah:

Order buku Bila Emak Berdrama

Love,

Emak


Resepi homemade NUGGET paling sihat!

$
0
0
ASsalamualaikum wbt

Rasanya memang ramai di kalangan anak-anak kita yang gemarkan nugget. Terutamanya nugget ayam. Cuma, yang di jual di pasaran dalam keadaan sejuk beku atau yang dh siap digoreng tu sedikit meragukan saya.

Kita tak pasti bahagian ayam mana yang digunakan, berapa banyak perasa tambahan yang bercampur MSG, pengawet dan pelbagai isu lain. Saya menkategorikan ianya sebagai makanan tidak sihat dan termasuk dalam makanan yang harus dijauhi dalam Kempen No Junk Food

Jangan risau

Hari ni saya akan ajar satu resepi menarik yang sedap dan berkhasiat tanpa apa-apa pengawet atau perisa tambahan. Jika anak anda sukar makan sayur, ini juga bagus untuk dicuba supaya meraka dapat khasiat sayur!

Langkah pertama: 

Sediakan bahan-bahan. Saya gunakan isi ayam yang dipotong kecil. Sayuran boleh mengikut citarasa anda. Saya gunakan lobak merah, cendawan Shimeji, Brokoli, Anak jagung (tatau la betul ke tak ni hahaha) dan sedikit cili  merah


Langkah kedua: 

Masukkan semua bahan  dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar. Dan kisar hingga halus

Langkah ketiga: 

Campurkan sedikit tepung jagung dan gaulkan hingga boleh dibentuk. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit

Langkah keempat:

Bentukkan nugget. Dalam mangkuk berasingan, pecahkan dua biji telur dan kemudian pukul hingga sebati. Sediakan juga satu mangkuk serbuk roti (bread crumb). Saya pakai yang saya buat sendiri :)


Langkah kelima:

Gaulkan nugget ke dalam telur dan kemudian ke atas serbuk roti. Kemudian goreng atas api sederhana atau boleh juga sejukkan dalam ruangan beku selama 2 jam dan goreng menggunakan air fryer.


Selamat mencuba!

Love,

Emak



3 nasihat untuk orang yang suka main HP!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Harini sedih la jugak. Dulu viral kisah pasangan bercerai kerana Whatsapp, semalam viral kisah suami main kayu tiga kerana isteri asyik pegang handphone

Ini kisah nyata. Bukan drama
Saya menasihati atas kapasiti kawan, isteri, Emak dan stranger

Untuk suami-

Itu bukan tiket anda untuk curang apatah lagi membuat dosa di belakang isteri. Jika betul isteri anda asyik memegang hp, berbincang dan nasihati. Jika masih tidak berjaya, bawa lah berjumpa pakar untuk menghilangkan ketagihan gajet kerana ini bukan sahaja masalah kepada rumahtangga, tapi membabitkan sama soal kesihatan emosi dan fizikal. Masih ada ruang dan peluang untuk berbincang, gunalah semua pilihan yang ada

Untuk isteri-

Jika anda berbisnes online, harus mencari nafkah bersama, perlu banyak kerja kerana komitmen kewangan, saya nasihatkan pandailah urus masa. Jika anda letakkan customer sebagai tangga teratas, malah melayan pula sepanjang waktu, jangan pula terkejut jika keluarga menjauhi.

Mulakan dengan step simple seperti rules 'no hp while eating'. 20 minit yang seharusnya di isi dengan borak santai anak isteri sewaktu makan malam itu manfaatkan sepenuhnya. Jangan kerana mengejar rezeki, kita juga lupa BERKAT rezeki yang Allah akan beri dengan memenuhi tuntutan hak suami dan anak. Utamakan yang paling utama barulah rezeki anda akan datang dengan senang.

Jangan takut mohon maaf kepada pelanggan atas kelewatan respon. Nyatakan sebabnya dan mereka selalunya faham. Jika mereka tidak faham dan beralih kepada peniaga lain, itu bukan rezeki anda dan rezeki anda adalah waktu yg anda penuhi haknya bersama keluarga tadi. Cubalah, anda akan rasa perbezaannya!

Untuk kawan-

Jangan cepat jatuh hukuman. Tapi tidak bermakna pula tidak boleh diberi teguran. Jika bersama kawan, menghabiskan waktu yang baik yang jarang sekali dapat (catch up session, reunion etc) , ketepikanlah gajet anda. Mereka sudah tahu apa juga aktiviti anda di FB, IG atau Twitter. Ini masa untuk menjadi 'nyata' dan nikmati masa gembira bersama. 

Jika anda bertandang ke rumah saya, mohon tidak membelek gajet sepanjang waktu. Jika saya ke rumah anda, dan anda buat sebegitu, itu rumah dan hak anda tapi ketahuilah saya takkan ke rumah anda lagi!


Kesimpulan -

Isu ini nampak simple tapi sebenarnya luka yang bernanah
Ketagihan gajet lebih parah di kalangan orang dewasa
Bukan ke atas kanak-kanak sahaja
Gajet umpama nasi, penting dalam hidup, tapi bila banyak sangat, boleh buat jadi diabetis!

Bertaubatlah
Jangan sampai pasangan anda sudah failkan penceraian di mahkamah, baru anda menangis kesal
Jangan sampai anak-anak tidak menghormati baru anda rasa kecewa.

Kalau rasa sukar, deactivate FB, tutup akaun IG, uninstall Whatsapp. Itu jalan penyelesaiannya

Berkahwinlah dengan orang, bukan dengan gajet
Berkeluargalah dengan orang, bukan dengan gajet
Berkawanlah dengan orang, bukan dengan gajet
Bertuhanlah dengan Allah, bukan dengan gajet!

Bengkel Penulisan Blog #2 di Johor Bahru

Kerana kita juga tidak SEMPURNA!

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah

Semua orang nak jadi sempurna walaupun hakikatnya takde siapa dalam dunia ni yang boleh sempurna. Setiap orang ade kelemahan dan masalah yang tersendiri. Dalam kita cuba membaiki kesalahan dan kelemahan itu, kita berlapang dadalah dengan apa yang terjadi supaya tidak menambah stress diri sendiri.

Entri kali ini saya nak ceritakan tentang betapa normalnya saya. Supaya anda juga rasa perasaan yang sama.

"Rumah saya pun bersepah-sepah"
"Saya masih marah dan jerit kat anak"
"Saya pun tensen juga kadang-kadang"

Ini semua ayat yang saya ungkapkan kepada ibubapa yang hadir Parenting Chit Chat pada hari Ahad tempohari. Jemputan dari Ummi Playkids kali ni istimewa sebab ianya santai dan bersahaja. Hadirin yang dengar saya nampak senyum dan lega belaka!!!

Kalau anda pernah mendapatkan nasihat dari saya, tentu anda perasan saya biasanya akan cakap ianya perkara biasa!
Saya nak semua orang tahu, saya juga Emak biasa yang hidup penuh huru-hara melayan karenah 3 orang hero yang lain peel nya. Kerana itu jugalah sewaktu saya menulis di blog dan buku BEB, saya beritahu apa yang terjadi tanpa sorokkan fakta sebenar. Mungkin sebab itu juga ramai yang lepas baca BEB kata macam baca kisah sendiri pulak. Hahahaha



Saya pun tidak sempurna. Saya juga ada emosi dan marah jika terlalu penat dan kecewa. Saya juga seperti anda yang tak pernah sudah mengemas rumah dari pagi sampai malam dan kadangkala saya biarkan aje bersepah.

Ini dipanggil 'let go' kemudaratan kecil untuk mengelakkan kemudaratan lebih besar. Jika stress sangat nanti lebih merbahaya. Adapun emak yang rumahnya sentiasa kemas berkilat walau anak berderet belaka tu, itu saya puji dan wajar sangat dicontohi!

Pokok pangkalnya, buatlah yang terbaik
Jika akhirnya ianya tidak sempurna, ketahuilah hanya Allah yang paling layak memiliki sifat Maha Sempurna!

Loooooooveee

P/s: Jangan lupa temujanji kita di PBAKL pada 30 April jam 12 tenghari di booth Deen Prints ye... more to come...more to come...

Kenapa VIVIX pelaburan kesihatan paling BERBALOI?

$
0
0
Assalamualaikum warah matullah

Saya jarang bercerita tentang ini kerana mungkin ada yang skeptikal. Saya pun termasuk lah yang skeptikal dengan testimoni yang sangat indah dan ajaib belaka.

Cuma saya tergerak mendalami lebih tentang produk Vivix ni. Sebelum ni saya ada kongsikan banyak INFO VIVIX yang boleh di nilai sendiri oleh pembaca.

Yang menariknya adalah kerana VIVIX bukan produk ciptaan di kilang dengan semberono!
Vivix telah menjalani pelbagai ujian SARINGAN, ujian MAKMAL dan ujian KLINIKAL sebelum di keluarkan untuk jualan kepada orang awam.


Kenapa saya katakan ianya adalah pelaburan paling berbaloi dan baik untuk kesihatan? Cuba anda lihat kos rawatan penyakit yang kronik dan selalu wujud di Malaysia




Anda boleh tonton video ini yang menerangkan mekanisma cara VIVIX bertindak ke atas SEL secara terus dan bagaimana proses penyulingan PROPREITARI membantu VIVIX untuk memberi kesan tindak balas ke atas sel tubuh badan kita




Jika anda baca entri ini pada 28 April, bermakna anda hanya ada 3 hari sahaja lagi untuk tawaran SUPER ISTIMEWA ini.



Mari, saya kongsikan pengalaman pengguna VIVIX yang telah mengambil Vivix dan merasa keberkesanannya.

AMARAN KERAS:


1 - Vivix bukanlah UBAT. Vivix tidak menggantikan ubat dan tidak bertindak seperti ubat. Vivix adalah makanan tambahan (supplemen). Dapatkan nasihat doktor jika anda bergantung kepada ubat sebelum mencuba Vivix

2 - Kesemua testimonial ini adalah hak milik group iReach yang telah dikumpul dengan bersusah payah. Sebarang tindakan mengambil testimoni ini tanpa izin adalah di larang.

KOLEKSI TESTIMONI VIDEO DARI SUPERMOM DI BAWAH IREACH





 






KOLEKSI TESTIMONIAL DARI PELANGGAN DAN PENGGUNA VIVIX

GOUT


JANTUNG

STROK





DIABETIS







TIRIOD



BUAH PINGGANG


BELLY PALSY



KANSER



AWET MUDA






BERHENTI MEROKOK




FIBROID


CARA PEMBELIAN


SMS/WHATSAPP SALWA DI TALIAN 019-5558027 DENGAN KATA KUNCI VIVIX

3 HARI LAGI SEBELUM TAWARAN ISTIMEWA BERAKHIR!

CEPAT DAPATKAN HARI INI!







Kenapa Salwa bukan seorang doktor?

$
0
0
Kenapa Salwasaleh bukan seorang doktor?

Sewaktu saya pelajar lagi orang selalu ingat saya doktor. Seingat saya selepas SPM pun orang dah mula ingat saya doktor.

Pernah saya melawat ibu saudara di HKL, baru saya nak bertanya khabar, tiba-tiba waris katil sebelah meminta saya memeriksa pesakit. Terkedu saya.

Belum lagi cerita kalau di kantin-kantin hospital. Selalu sangat di sapa dengan panggilan doktor. Penat nak nafikan.

Kalau di wad pula, hingga harini masih ada lagi yang memanggil saya doktor walaupun saya dh maklumkan saya ni surirumah.




Jadi kenapa saya tak jadi doktor aje?

Tanya ramai orang hingga sekarang. Mereka tak puas hati kenapa saya tak ambil medical course dan jadi doktor agaknya.

Saya minat subjek sains terutama berkaitan biologi. Saya tak takut darah atau rupa ngeri mayat. Tapi saya memang memilih aliran sastera/seni sewaktu memohon masuk ke SBP di tingkatan 4!




Saya dulu cita-cita nak jadi peguam. Kalau tak dapat saya nak jadi Sasterawan Negara (no kidding, I mentioned that during orientation week). Apakan daya, hanya selepas setengah tahun belajar di aliran sastera saya dapat tahu abah tak suka saya jadi peguam. Uhukkkkkk

Saya pun teruskan niat nak jadi Sasterawan negara. Mungkin sebab aura pantun saya sangat kuat, tak ramai tahu saya pernah jadi johan deklamasi puisi di sekolah dan mewakili sekolah pula ke peringkat negeri Selangor. Puisi yang saya menang tu saya tulis sendiri dan kemudian ketika di Auckland, saya hantar ke Berita Harian dan tersiar sempena bulan Kemerdekaan.

Saya menulis banyak puisi selepas itu tapi hanya untuk simpanan peribadi. Allah takdirkan akhirnya saya berkahwin dengan seorang doktor yang meminati sastera.

Selepas kahwin, saya menjawat jawatan doktor pertama dalam keluarga dan sibuk urus hal rumahtangga. Saya tidak lagi menulis sebarang puisi atau bahan bergenre sastera dan beralih ke arah penulisan kekeluargaan (baca: Blog emak emak)

Nampaknya cita-cita saya mungkin direalisasikan suami saya. Tapi ok la tu, ada la juga kesinambungan.

Yang pasti, saya masih ada azam kuat untuk sambung belajar hingga peringat PhD dan bergelar doktor suatu hari nanti!

Salwa sebagai Pemidato Khas di AMK KISAS 2015

$
0
0
Assalamualaikum warah matullah

23 April yang lalu adalah sesuatu yang sangat mengujakan saya kerana hari itu saya kembali ke pangkuan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) kerana telah dijemput sebagai Pidato Khas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan KISAS 2015.

Sewaktu menerima jemputan menyampaikan pidato ini bulan lepas, saya terkejut dan terharu kerana ianya penghargaan yang tinggi buat saya yang tidak seberapa.
KISAS ada tempat yang unik di hati saya.
Mengimbau kembali kenangan sewaktu di sana, dengan guru-guru yang sudah seperti ibubapa sendiri dan umpama rakan baik, kawan-kawan yang saling membantu dan segalanya yang istimewa membuatkan saya setuju dengan pelawaan tersebut.

20 minit bukanlah senang untuk saya menceritakan kisas suka duka di bumi Waqafan. Saya cuba memberi makna kejayaan dalam hidup bagi seorang mukmin dan saya berharap hadirin semalam dapat sedikit manfaat dari apa yang cuba saya sampaikan.



Hatta ketika menulis saat ini saya masih kehilangan kata-kata yang terbaik untuk menyampaikan betapa bertuahnya saya menjadi sebahagian warga KISAS.

Terima kasih kepada semua AK perlaksana AMK atas kepercayaan ini, terima kasih kepada keluarga terutama suami tercinta yang juga satu batch dengan saya di KISAS dahulu Dr. Khairil Idham Ismail yang sudi menemankan, terima kasih kepada semua guru dan warga kisas yang meraikan.







Saya mohon maaf atas kekurangan dalam penyampaian atau apa yang tersalah dan silap
Kerana saya lupa dan terhutang pula serangkap pantun, saya sertakan disini sebagai ganti

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh tepian taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mekar ingatan sepanjang zaman.

Salam mesra,
Salwa

Cabaran DETOX 7 hari bersama Salwasaleh!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Lama pulak rasanya dah tak menulis. Hari ini nak cerita satu konsep paling best dan seronok dalam mengurangkan berat badan.

DETOX SIHAT

Yang bestnya, mende ni tak lama. 7 hari je! 
So kiranya minggu ni saya ada misi baru lah. Misi cabaran Detox sepenuhnya badan sempena persiapan nak masuk Ramadhan.


Oleh kerana tahap determination saya yang sangat tinggi, saya dengan penuh confidentnya buat sorang-sorang misi ni walaupun dah ramai yang kecundang dan sarankan buat beramai ramai untuk motivasi.


Takpe, saya try dulu. Nanti dah berjaya saya akan kumpulkan semua orang yang nak buat utk duduk dalam satu group dan cuba.


Saya menggunakan konsep Detox yang diformulasikan oleh pakar-pakar diet (dieticians) Shaklee dan siap dengan MEAL plan seminggu. Takde nak tipu Ye. DISIPLIN ADALAH WAJIB!

Okeh..ini menu breakfast Emak pagi tadi. Day 1 is all about fiber dan mencuci usus.



Makanya hari pertama harini, sesubuh lagi saya dah timbang berat, amik kiraan BMI, fat %, water % dan semua yg timbang tu boleh kira. Well, semua normal dan healthy tapi saya rasa elok la buat detox ni sebab bacaan dah nk border line dah.

Ape beza Detox dengan program diet yang biasa orang buat tu?
Haa, tengok kat sini



Sangat teruja dengan banyak feedback positif yang dapat selepas orang buat detox full satu badan ni. Bulan lepas saya dah try soft detox 5 hari je actually, itupun dah rasa best sangat. Takde craving benda manis dah. 

Tak percaya?

Tengok ni


So tunggu la ye keputusannya selepas 7 hari
Kalau rajin saya up la gambar hari-hari


Jangan lupa nanti join saya! Hehehehe

#SalwaSaleh
#SalwaDetoxPlan

Turun 4kg dalam masa 7 hari? Dapatkan combo e-book ini!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ingat tak lagi saya cerita nak buat CABARAN DETOX 7 HARI?

Haaaa, akhirnya dah berjaya tau! 

Betul, turun 4kg secara sihat adalah tidak mustahil dengan DETOX dengan cara yang betul. Bukan diet membuta tuli atau ikut-ikutan sahaja. Dan pentingnya, mesti dengan ILMU yang lengkap.

Jadi, saya telah sediakan 2 e-book yang sangat ohsem ni untuk membantu anda dalam proses DETOX!



Untuk e-book Cerita SALWA Turun 4kg dalam masa 7 hari, saya menceritakan secara ringkas catatan peribadi pengalaman saya Detox dengan set ini. e-book sebanyak 21 halaman ini hanya berharga RM10sahaja. Isi kandungan sila rujuk gambar di bawah.




Untuk e-book 35 cadangan menu DETOX secara sihat pula, ianya lebih terperinci dengan contoh menu, supplemen yang saya ambil, jadual pengambilan, action plan dan sebagainya. E-book setebal 55 muka surat ini berharga RM30


Jika anda ambil kedua-duanya serentak, hanya RM35 sahaja ye.

Tapi... boleh dapatkan secara PERCUMA, ya PERCUMA jika anda beli set FULL DETOX daripada saya. Sila PM jika berminat untuk tahu lebih lanjut

Saya harap ianya bermanfaat
Semoga lebih sihat!!!

Love,

Salwa


Tips khatam Quran di bulan Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya tahu memang ramai sini sebelum start bulan puasa dah memasang niat untuk khatam satu Al-Quran. Bagus betul niat tu dan biasanya awal-awal puasa tu sangat rajin dan bersemangat nak khatamkan, betul tak?

Tapi selepas beberapa hari, semangat tu dah makin hilang dan lama-lama terbengkalai la azam tu.
Tahun ni jom ubah!

Kalau anda ada masalah seperti ini, meh saya nak bagi satu tips paling ohsem.

Tattaraaaaa



Kalau anda jenis yang selalu buka IG, then tukar je kepada IG
Kalau selalu bukak Whatsapp, tukar kepada Whatsapp

As long as dapat habiskan 1 juzu' Quran sehari

Deal?

Bengkel BDJ#3 Di Ipoh, Perak

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah diberi satu lagi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada kepada orang-orang Ipoh pulak. Kali ni bengkel siri Blogging Dari Jiwa (BDJ) yang ketiga lah selepas KL dan JB tempohari.


Waktu kami sampai di Ipoh, hujan lebat juga dan kemudian renyai-renyai sepanjang bengkel berlansung. Tapi yang menariknya, peserta semua walaupun sejuk dan 'nyaman' untuk tidur, takde mengantuk dan tak sempat pun nak rasa mengantuk!

Sebab memang utk setiap sesi BDJ dipenuhi dengan 'hands on' yang sangat banyak dan sentiasa memerah otak peserta untuk menghasilkan jawapan-jawapan luar biasa!

Tamat seisi di Ipoh hampir jam 2 petang. Saya bersyukur kerana pihak Shaklee Corporation di cawangan Ipoh juga berbesar hati menaja pek Collagen Shaklee Powder kepada setiap peserta dan memberi pula minuman air yang boleh dibancuh bersama Performance Drink atau Milk Shake.

Bertuah sungguh orang Ipoh!

Jika anda berminat, ikut perkembangan BDJ di blog saya ini ataupun di FB saya Salwa Mohd Saleh untuh mengetahui lokasi BDJ seterusnya

Atau boleh juga membeli E-BOOK BLOGGING DARI JIWA dengan harga diskaun hanya RM30 sahaja. 

Semoga bermanfaat!

7 tips berpuasa dengan sebaiknya di bulan Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Masih belum terlambat rasanya nk kongsi dengan pembaca semua beberapa tips yang telah saya himpunkan untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan

Tips ni istimewanya sebab saya buat kebanyakannya memang berdasarkan pengalaman saya. Setakat ini memang menjadi la. Ada juga yang dah bagi feedback positif setelah cuba tips ni. Jadi saya pun decide nk buat dalam bentuk poster supaya mudah di ingati.

Jom tengok, apa tips-tips yang boleh anda praktiskan!









Ok ke?

Hehehehe. Saya harap ianya membantu ye. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang lepas-lepas. Mudah mudahan.

Ramadhan Mubarak!

Love,

Salwa

Fridge magnet card yang CANTIK sebagai hadiah!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Buat julung-julung kalinya nak memperkenalkan produk yang comey ni yang di buat khas dengan kuantiti yang terhad. Jeng jeng jeng


FRIDGE MAGNET CARD!


Didatangkan dengan dua set. Satu khas utk di hadiahkan kepada diri sendiri atau emak-emak, dan satu lagi set puasa untuk mengingatkan kelebihan sahur dan mengejar Lailatul Qadar




Seperti yang dimaklumkan tadi, ni memang tempahan sendiri. Saya harap, dalam pada saya puas hati tengok produk sendiri ada di peti ais di rumah, kawan-kawan lain turut dapat manfaat sama.

Tak mahal pun, hanya RM6 utk setiap set. Kalau nk pos, tambah hanya RM4 (Sem) atau RM7 (SS)
Boleh bank in ke akaun Maybank 158060573304 atau CIMB 7613533419 dengan ref FM Puasa atau FM Emak atau FM Both

Deal?
Terima kasih atas sokongan!

Love, 
Salwa
Viewing all 277 articles
Browse latest View live