Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

7 perawi hadith yg paling banyak meriwayatkan hadith

$
0
0

Sahabat Nabi Perawi Hadith Terbanyak

Diantara para sahabat, tercatat ada tujuh sahabat yang terbanyak dalam meriwayatkan hadith. Inilah profil mereka:

Dalam ilmu hadith dikenal sebuah istilah bernama isnad. Yakni, silsilah para perawi (orang-orang yang meriwayatkan) hadith mulai dari Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam hingga ke matan (isi) hadith. Abdullah bin al-Mubarak berkata, “Isnad itu termasuk dalam perkara agama. Tanpa adanya isnad, tentulah setiap orang bisa berkata semahunya sahaja. Diantara para sahabat, tercatat ada tujuh sahabat yang terbanyak dalam meriwayatkan hadith. Diantara mereka adalah:

1. Abu Hurairah (5374 hadith)

Nama penuhnya Abdurrahman bin Shakhr ad-Dausi. Rasulullah memberinya julukan “Abu Hurairah” sebab Abdurrahman seringkali menggendong kucing kecilnya ke sana ke mari. Ia juga pernah meriwayatkan hadith tentang seorang wanita yang masuk neraka gara-gara kucing.

Abu Hurairah mulai hidup bersama Rasululah di Madinah pada tahun 7H usai perang Khaibar. Meski demikian, Abu Hurairah berhasil menimba ilmu sebanyak-banyaknya dari Nabi. Hal tersebut tak lepas dari doa Nabi kepada Abu Hurairah. Suatu hari Nabi mendoakan Abu Hurairah agar memiliki hafalan yang kuat. Menurut Abu Hurairah, sejak itu ia tak pernah lupa sesuatupun yang ia dengarkan dari Nabi.

Layaknya Ahlu as-Shuffah (para sahabat yang hidup di beranda masjid), sehari-harinya, Abu Hurairah terkenal sebagai orang yang zuhud dan ahli ibadah. Tak jarang mereka harus menanggung rasa lapar dan haus hingga beberapa hari. Meski demikian, Abu Hurairah lebih memilih untuk terus menuntut ilmu sambil mengikat batu di perutnya sebagai pengganjal rasa lapar. Abu Hurairah wafat di kota Madinah pada akhir pemerintahan Muâwiyah.

Menjelang wafat, Abu Hurairah kelihatan menangis. Orang-orang di sekitarnya lalu bertanya sebab ia menangis, apakah kerana takut mati. Abu Hurairah menjawab, “Tidak, saya menangis karena saya tahu akan menghadapi perjalanan yang sangat jauh namun perbekalan saya sangatlah sedikit.”

2. Abdullah bin Umar (2630 hadith)

Sosoknya terkenal sebagai pemuda cerdas lagi rajin beribadah. Abdullah ikut berhijrah ke Madinah sedang ia masih berusia 11 tahun. Gelora keislaman Abdulllah semakin berkobar ketika umat Islam mulai berperang. Tetapi dia dibenarkan ikut berperang ketika berumur 15 tahun perang Khandaq (Ahzab) tercetus.

Dalam urusan ittiba’ (mencontohi Nabi), Abdullah sangat bersemangat mengikuti sunnah Nabi. Disebutkan, suatu hari Abdullah istirehat di bawah pohon dekat kota Madinah sebagaimana Nabi pernah singgah dan tidur di tempat tersebut. Aisyah, isteri Rasulullah sampai pernah memujinya, “Tak seorang pun mengikuti jejak langkah Rasulullah di tempat-tempat pemberhentiannya, seperti yang telah dilakukan Ibnu Umar.”

Meski kehilangan penglihatan di masa tuanya. Abdullah sama sekali tak mengurangi semangatnya menunaikan solat lail (malam) dan berdzikir. Suatu hari Nabi memujinya, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar, andai ia rajin solat lail.” Sejak itu Abdullah tak pernah meninggalkan solat lail hingga maut menjemputnya di usia 80 tahun lebih.

3. Anas bin Malik (2286 hadith)

Nama lengkapnya Anas bin Malik bin an-Nadhar bin Dhamdham al-Anshari al-Khazraji. Anas lahir di Madinah 8 tahun sebelum Nabi hijrah ke kota tersebut. Sejak umur 10 tahun, Anas bin Malik bekerja sebagai khadim (pelayan) di rumah Nabi.

Kedekatan Anas dengan Nabi sebagai sahabat sekaligus pembantu di rumah menjadikan dia sangat akrab dan tahu segala perilaku Nabi sehari-hari. Suatu hari Rasulullah mendoakan khusus buat Anas agar diperbanyak umur dan keturunannya. Serta keberkatan sepanjang hayatnya. Nabi bersabda, “Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya serta berkahilah apa yang Engkau berikan kepadanya.” Tidak hairan Anas menjadi perawi terbanyak ketiga dalam meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAW.

Berkat doa Nabi di atas, Anas menjadi seorang hartawan dari suku Anshar. Dia juga mempunyai keturunan yang sangat banyak hingga melebihi 100 orang dengan usia yang mencapai 1 abad lebih. Anas bin Malik meninggal dunia pada tahun 91H. Dia dimakamkan bersama sebuah tongkat kecil milik Rasulullah sebagaimana wasiatnya menjelang wafatnya.

4. Aisyah (2210 hadits)

Sebagai Ummu al-Mukminin, Aisyah memiliki sejumlah keutamaan dalam dirinya. Tidak hanya cerdas, sosoknya juga terkenal kuat menghafal. Dalam usia yang sangat muda, Aisyah mampu menguasai berbagai disiplin ilmu keislaman. Mulai dari ilmu tafsir, hadith, fiqh, faraidh (ilmu warisan), syair, hingga ilmu perubatan sekalipun.

Hal tersebut tergambar dari beberapa kesaksian para sahabat dan tabi’in. Suatu hari Urwah bin Zubair, seorang anak saudaranya berkata, “Aku tak pernah melihat seseorang yang lebih pintar dalam ilmu fiqh (agama), perubatan dan syair selain Aisyah.

Dalam riwayat yang lain, dia berkata, “Aku tak pernah melihat seseorang yang lebih pintar tentang Al-Quran, hal-hal yang difardhukan, halal dan haram, syair, cerita Arab, hingga urusan nasab (silsilah keturunan) selain Aisyah.” Wanita mulia ini wafat pada bulan Ramadhan tahun 57Hijriah dan dimakamkan di pekuburan Baqi’ Madinah.

5. Abdullah bin Abbas (1660 hadith)

Sejak kecil Ibnu Abbas, “demikian panggilan akrabnya" sudah menunjukkan kecerdasan dan semangatnya dalam menuntut ilmu. Olehnya, Rasulullah pernah mendakap Ibnu Abbas lalu mendoakannya, “Ya Allah, faqihkanlah ia perkara agama-Mu, dan ajarilah ia tafsir kitab-Mu.”

Sepeninggalan wafat Nabi, ghirah Ibnu Abbas menuntut ilmu tak menjadi surut. Tanpa bosan dia mendatangi satu persatu para sahabat sekadar bertanya pelbagai perkara yang belum diketahuinya. Alhasil, dalam waktu singkat Ibnu Abbas digelar sebagai faqih al-ashr (faqih di masanya) dan imam al-mufassirin (penghulu ahli tafsir). Ibnu Abbas juga berjuluk al-bahr (lautan ilmu).

Seiring perjalanan waktu, penglihatan Ibnu Abbas mulai berkurang hingga ia wafat di kota Thaif. Musnad Abdullah Ibnu Abbas mencapai 1660 hadith. 75 hadith diantaranya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim (muttafaq alaihi). Al-Bukhari meriwayatkan 120 hadith manakala Muslim sebanyak 9 hadith.

6. Jabir bin Abdullah (1540 hadith)

Jabir bin Abdullah meriwayatkan 1540 hadish, Ayahnya bernama Abdullah bin Amr bin Hamran Al-Anshari as-Salami. Meski masih berumur kanak-kanak, Jabir termasuk pelaku Ba’iat al-Aqabah bersama ayah dan 70 orang sahabat Anshar lainnya. Mereka berikrar setia turut membantu Nabi Muhammad menguatkan dan menyiarkan agama Islam.

Jabir tidak pernah tertinggal dalam semua peperangan bersama Rasulullah, kecuali perang Badar dan Uhud. Tak lain kerana ia dilarang oleh Nabi dan ayahnya kerana usianya yang dianggap masih kecil ketika itu. Abu az-Zubair bercerita, suatu hari Jabir berkata: Rasulullah turun berperang sebanyak 21 kali (memimpin peperangan) sedang saya cuma 19 kali berperang.

Sanad yang paling shahih dan termasyhur dari Jabir adalah melalui jalur Sufyan bin Uyainah, dari Amr bin Dinar, dari Jabir bin Abdullah. Jabir wafat pada tahun 74 Hijriah. Pendapat lain mengatakan tahun 73H.

7. Abu Sa’id Al-Khudri (1170 hadith)

Nama lengkapnya Sa’id bin Malik bin Sinan. Nasab al-Khudri berasal dari Khudrah bin Auf al-Harits bin al-Khazraj. Sedang ayahnya Malik bin Sinan, seorang sahabat yang syahid dalam peperangan Uhud. Abu Sa’id al-Khudri termasuk di antara para sahabat yang berbai’at kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam.

Dia meriwayatkan hadith dari banyak sahabat. Namun sumber yang paling terkenal adalah dari ayahnya sendiri Malik bin Sinan, saudaranya seibu Qatadah bin an-Nu’man, Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, dan sejumlah sahabat lainnya.

Abu Sa’id meriwayatkan 1170 hadith, termasuk 59 hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Abu Sa’id wafat pada tahun 74H di Madinah dan dimakamkan di pekuburan Baqi’ sebagaimana pesan Abu Sa’id kepada anaknya menjelang wafatnya.

[masykur/sahid/www.hidayatullah.com]


Aktiviti menarik di Taman Buaya, Langkawi

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Haritu saya dah kongsikan kepada anda TIPS NAIK CABLE CAR di Langkawi. Hari ini nk kongsi pulak dengan anda satu lg lokasi menarik yg boleh di kunjungi yang sangat dekat dari cable car iaitu Taman Buaya Langkawi.

Kalau nak tahu, Taman Buaya ni adalah yang terbesar di Malaysia!
Memang baaaaanyak sangat buaya dalam tu siap ade jenis yang boleh melompat tau.



WAKTU BUKA: Jam 9 pagi sampai 6 petang

So, selepas naik cable car dan pusing-pusing di Oriental Village tu, kami terus ke taman buaya yang lokasinya hanyalah 8.2km. Kalau mcm kitorang 15 minit lah sampai ke tempat tu. Ini kod GPS nye: GPS: 6.402281, 99.712047

Sampai sana dah agak tengahari. Kami bayar tiket dan terus dengar pengumuman ada show di salah satu kandang buaya.

HARGA TIKET:

Kanak-kanak dengan Mykid: RM12
Kanak-kanak tanpa Mykid: RM18
Dewasa dengan Mykad: RM18
Dewasa tanpa Mykad: RM25

Show nya menarik juga. Ada la dia tunjuk kebolehan buaya tu pusing lah, lompat lah. Pelatih pun selamba boleh duduk aje atas badan buaya tu. Tapi kemuncak nya adalah bila seorang dari pelatih tu masuk tangan ke dalam mulut buaya tu. uuuuuuu

Ni ketika show berlansung. Terkejut diorang uncle tu naik atas badan buaya!

 Selepas tu kami dengar pengumuman tentang siapa nak belajar pasal buaya boleh ke satu tempat khas. Kat sini ade replika buaya yg di letak . Kami sekeluarga aje ade di sana. Mungkin orang lain banyak yang orang asing jadi diorang tk minat nk belahjar kot. Just nk pusing-pusing. So kitorang pun tanya macam-macam soalan seperti kisah Bujang Senang lah, jenis-jenis buaya termasuk buaya darat lah (ok yang ni saya tambah hahaha).

Buaya dah mati boleh la masukkan tangan! Hahaha

Menarik info nya tapi banyak yang dah lupa. Oh oh, salah satu soklan cepu emas saya tanya:

"Macam mana orang yg bagi makan buaya tu nak tau semua buaya dh makan?"

"Buaya ni makan sehari sekali je. Jadi kalau yg dh makan pkl 11 tadi tu, bila bagi makan pukul 4 nanti dia tak datang pun"

Yang i'jaaz pegang ni buaya betul yang di awet. Selamba aje di picit-picit. Belakang tu la Cikgu Buaya nye

Oh gitu. Boleh plak mcm tu ye. Kemudian kami ke kolam paling besar. Sini ntah ade berapa ratus ekor buaya ntah. Dari sekecik alam sampai sebesar yang bapaknya. Feeding time u ols! Saya rasa yang di campak tu ayam. Tak tanya plak. Kami di atas 'jambatan' so boleh tengok dengan jelas lah

Memang berbondong-bondong diorang pi tangkap ayam tu dan ade yang buat bodoh aje. oooo betul la cikgu buaya tadi cakap, kalau dia tak lapar dia buat derk aje. Mungkin buaya yang kita tengok dalam movie tu semua lapar belaka sebab diorang asyik kejar je. Hmmm..menarik

Kemudian kami ke satu area di mana di letakkan beberapa kandang buaya dari usianya beberapa minggu sampai la ke beberapa tahun. Time ni comel aje la kan macam cicak beso aje. Ada beberapa jenis yang di pamerkan. Menarik sebab ade yang tk pernah jumpe. Dan anak-anak saya pulak teringat buaya-buaya beratur waktu sang kancil nak kira dalam cerita Pada Zaman Dahulu tu!

Abang-abang offer makanan buaya utk di bagi pada buaya
Oleh kerana saya mengandung dah 7 bulan time tu, kepancitan agak obvious dan sebab tu juga lah korang tkde nampak muka saya kan..hahahaha. tembam kot. Anyways, kitorang decide utk keluar mencari lunch dan anak-anak pun nampak penat.


Sempat la singgah kedai dan di paw utk membeli patung buaya seekor. Ok la sebagai kenangan. Sini pun mmg ade kedai khas barangan dari kulit buaya yang berjenama Porosus. Porosus rupanya sejenis buaya yang diternak di sini.

Okeh, lepas ni dengar cerita kami ke Padang Mat Sirat pula ye!

Love,

Salwa


Riadah di Taman Sri Empangan, Putrajaya

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ni entri santai sempena cuti sekolah. Dalam banyak-banyak tempat, kadangkala kita tak terfikir pun nak pegi tempat yang simple dan bagus pulak utk aktiviti keluarga. Tempat ni kalau pegi memang confirm la anak-anak suka;

Taman permainan!


Menariknya Taman Sri Empangan ni adalah bukan sekadar taman permainan. Macam-macam boleh dibuat di sini. Lokasinya sangat mudah, di Presint 5 berdepan dengan PICC dan seberang aje dari bangunan Kementerian Keluarga dan Wanita.  Ada jambatan yang cantik dan ada Empangan ditepinya. Sebab tu la kot namanya Taman Sri Empangan?

Lokasi utk GPS:  @2.896109604798026,101.6792231798172

Di sini, aktiviti paling biasa orang buat adalah berlari-lari anak a.k.a jogging. Nak berlari setempat pun tkde masalah, takde siapa akan gelakkan anda. Boleh juga berbasikal sebab track utk basikal di sediakan tapi mind you, ada tempat agak berbukit so bersiap sedialah kalau rasa nak berbasikal kat sini ye

Para atlet telah bersiap sedia memulakan larian
 Dan semestinya ada tempat permainan. Ade dua taman yang boleh dibawa dan awas, jaga lah anak-anak anda. Jangan main hp waktu anak-anak main sebab tempat ni open dan agak luas, kalau anak hilang jenuh nak mencari. Kita tak mahu ada masalah nanti.
Akhirnya para atlet memutuskan utk main sahaja
Selain tu, anda juga boleh berpicnic macam kami! Eeewah, amik feeling minum teh makan roti tepi tasik. Lain la sikit kan daripada weekend yang biasa. Kalau rasa malas nak menangkut semua mak nek roti dan teh tu, boleh je makan dekat sini sebab ade gerai menjual makanan tapi pagi tak sure ade ke tak. Kedai ni famous waktu malam dan dipanggil Medan Ikan Bakar Putrajaya.
Seronok je picnic walaupun makan roti je pun

Taman ni juga sering dijadikan tempat utk orang lepak-lepak, reunion secara mini atau buat aktiviti sukan kecil. Sebab ade banyak juga wakaf disediakan. Untuk perjumpaan berskala kurang 100 orang, sangat molek la tempat ni dijadikan venue.

Reunion batch sekolah menengah dulu kat sini. Seronok of course!
So, walaupun simple tapi ini tempat bermakna utk kami sebab kalau pegi aje anak-anak happy. Of course la kan. Dan tak jauh sangat dari rumah kami

So, siapa-siapa belum cuba tu, boleh la ye ke sini!

Love,

Salwa

11 poster WAJIB ada dirumah anda!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Agak lama juga tak update blog kali ini. Sedikit kesulitan dengan masalah kesihatan anak menyebabkan saya lebih memilih utk fokus kepada mereka sahaja.

Alhamdulillah pagi tadi sebelum subuh sempat pula membelek beberapa perkara dan terjumpa satu website yang memberikan beberapa prinbtable poster secara percuma

Saya sangat tertarik dengan poster-poster yang di kongsikan di laman ThirtyHandMadeDays kerana ianya berkait rapat dengan menyediakan anak supaya menjadi lebih berdikari

Saya kongsikan di sini supaya anda juga dapat manfaatnya

Nota: Seperti yang dinyatakan di website mereka, poster ini hanya untuk kegunaan PERIBADI sahaja















Adakah anda pernah mengalami kisah AJAIB?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

"Miracle happens to those who believe"


Berapa ramai dari kita yang pernah mengalami kisah ajaib? Saya pernah kongsikan bagaimana keajaiban berlaku ketika saya kekurangan 'dana duit raya' yang saya kongsikan kepada anda tempohari




Juga keajaiban dalam bentuk kesembuhan dari penyakit dalam tempoh tidak sampai 24jam.

Saya yakin, ramai dikalangan pembaca blog saya mempunyai kisah ajaib tersendiri.
Saya menjemput anda berkongsi kisah ini untuk dibukukan.

Ramai orang diluar sana akan berhasil memperoleh sesuatu dari kisah ajaib anda in sya Allah

Syaratnya:

1. Submit cerita anda selewatnya 25 Januari 2016
2. Panjang cerita lingkungan 200 hingga 300 perkataan sahaja
3. Profil diri lingkungan 30 perkataan
4. Kedua-dua ini di taip dalam word document dan dihantar ke salwamohdsaleh@gmail.com
5. Royalti hasil buku akan diberikan sepenuhnya kepada dana projek-projek amal saya seterusnya
6. Mempunyai Whatsapp
7. Bersetuju jika cerita harus diedit/diolah bahasa oleh publisher
8. Komited. Komited. Komited

Jika anda bersetuju dengan kesemua syarat di atas,  saya jemput anda mengisi borang di bawah ini:




Macam mana surirumah nak handle banyak kerja?

$
0
0
Macam mana awk handle banyak kerja ye?

Saya selalu ditanyakan soalan mcm ni. 
Ni bukan kes #2Kerja yang hangat diperkatakan tu. Ni kes surirumah yang bekerja dari rumah atau WAHM atau SAHM yang tak menang tangan uruskan rumah tangga

"Saya anak sorang pun kelam kabut dah kak"

"Aku dari pagi sampai petang sibuk hal umah je, aku pelik gila tengok ko macam-macam dibuat"

"Buat satu mende pun dh letih, camne ko buat keje lain?"

"Akak ni tido pukul bape? Bangun pukul bape?"

Saya rasa saya bagi jawapan yang sama je pada semua soklan yang drg dok Pm ni.

Jawapannya cuba lah merancang. Itu je



Rancang ni tak boleh dalam kepala. Yang tu bahaya sebab kita ni makin pelupa. Kalau ingat pun tak semestinya akan sentiasa register kt kepala sebab sentiasa di busy kan dengan sepahan mainan anak, nasi nak masak, kain belum sidai dan rumah tak sapu lagi.

So tulis la pelan-pelan, letak satu-satu. Semua letak sekali supaya senang kita nak perhati. Apa list nk buat bulan ni, minggu ni, hari ni. Apa budget nak di beli dan di spent kan. Apa nak di baca, apa nak ditulis. Apa nak disudahkan.

Paling penting, letakkan matlamat apa nak capai. Biarlah nampak macam gah gila dan rasa macam mustahil nak mati tapi

"Bukan lah impian tu betul-betul impian kalau orang tak cakap kita gila"

Contohnya lah, saya letak nak beli mesin robot vacuum tu. Itu bukan impian tu. tu wishlist je. Letak la dalam wishlist. atau nk beli kereta auto. Itu wishlist. Kalau impian letak

"Nak beli kereta auto pakai cash"

Deal?

Satu lagi, jangan la pandang saya ni supermom sangat.
Dey, rumah saya lagi banyak time bersepah dari kemas. OCD telah dikebumikan ketika dengan kelahiran anak-anak saya berlaku. 

Memang stress tapi saya learn to let it go. Saya cuba tak pakai hanger sama warna dah, atau penyepit mesti sama warna dengan baju yg disidai, atau susun kain ikut tona warna atau plastik mesti ikut size. Well, mana yang boleh di kurangkan tu dibuat lah kan.

Saya masih membebel dengan jayanya. Ingat saya robot or malaikat ke? Nampak cun dan cantik je tak selekeh kalau kt umah? Kadang-kadang teruk tau nak  mandi pun susah. So ade jugak la kene beralah.

Saya pun ade masanya amik time utk nap kalau dh penat sangat walaupun sangatlah jarang kan dapat nap. Saya dok hospital dalam wad jaga anak seminggu pun saya tk nap lansung sebab tk bese tido siang.

Memang nk ade me time tu sangat susah tapi nk buat camne. Try la kalau dapat. Dulu time keje kalau hari jumaat ade rehat dua jam tu dapat la pi spa sejam kadang2 tp skrg kim salam je. So pepandaila cari hiburan hati sendiri

Paling utama, jaga solat, jaga ketaatan, jaga maruah, jaga diri!

Settle!


Semoga 2016 lebih berkah dan bahagia. Muah!

Cara membuat DIY Gitar

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya saya tak membuat entry tentang DIY. Sedikit busy la dengan cuti sekolah hehehe (Alasan je tu sebenarnya). 

Harini nak kongsi satu lagi projek DIY yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak anda. Terutamanya anak lelaki lah kan. Mesti diorang suka sangat. Saya sarankan untuk anak yang telah berusia 4 tahun ke atas.



Jom kita tengok cara-cara nak buat

Bahan-bahannya:

  • Kotak yang tidak digunakan
  • Gunting
  • String/Getah panjang
  • Penutup bekas berbentuk bulat
  • Roll panjang dipotong dalam 30cm
  • Berus warna
  • Cat warna untuk lukisan poster (mcm Buncho ke)
  • Batang aiskrim
  • Pisau
  • Pensil
  • Sellotape
  • Gam
Ada bahan yang tkde dalam gambar sebab lupa nak letak. Hehehe

Langkah 1:
Mula-mula kene pastikan yang kotak telah ditutup rapat. Boleh pakai sellotape. Kemudian lukis bulatan di tengah-tengah kotak menggunakan tutup bekas plastik tu.



Langkah 2:
Tebuk lubang bulatan yang telah dilukis menggunakan pisau. Untuk hasil lebih kemas, gunakan gunting pun lagi baik. Selepas tu tebuk sedikit di bahagian atas kotak sebab kita nak masukkan roll panjang ke tengah lubang sampai menembusi kotak. 


Boleh letak sampai ke bawah roll tu ye
Langkah 3:
Boleh gam dasar roll untuk bagi lebih kukuh. Kemudian dengan menggunakan berus, warna dengan warna poster di setiap sudut kotak. Boleh ikut warna kegemaran atau campur-campur macam yang anak saya buat. Kemudian jemur di tengah panas ye


Part ni memang diorang paling suka la kan
Langkah 4:
Setelah kering, boleh mula buat tali gitar. Cara nya dengan meletakkan dua batang aiskrim dan ikat getah atau string di antara keduanya. Saya kehabisan string waktu ni so saya pakai benang bergetah. Hasilnya kurang umph tapi boleh lah dari tkde. Hehehe



Langkah 5:
Gamkan batang aiskrim tersebut di antara bulatan yang telah di tebuk. Pastikan kuat-kuat supaya tali tegang dan dapat di 'main'kan nanti.



Langkah 6:
Letak tempat adjust gitar. Batang aiskrim juga. Ni kira untuk hasil finishing lah


DH SIAP!!!
Sebenarnya yg atas tu terbalik. Patutnya batang aiskrim tu hadap ke depan. Hahahaha
Senang kan?

Memang tak susah. Dan seronok
Cubalah!

Love,
Salwa

Just DO it!

$
0
0

Orang yang paling tidak melakukan kesalahan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa tindakan. Bukan bermakna dia hebat kerana tidak pernah salah, tetapi tidak salah kerana tidak pernah pun mencuba

Setiap kali saya menimbulkan idea baru, musuh paling utama adalah bisik-bisik hati sendiri.

"Boleh ke kau buat ni?"
"Apa yang akan jadi kalau tak berhasil?"
"Kalau orang ketawakan macam mana? Tak malu ke?"



Itu baru bisik hati sendiri. Belum dikira lagi cakap-cakap meruntuhkan semangat dari orang sekeliling. Ada yang mempersoalkan mekanisma dan gerak kerja kita. Ada juga mengatakan idea kita ni terlalu asing dan belum pernah ada yang mencuba.

Itu baru nak mula tu. Belum mula pun lagi dah banyak halangan.

Orang biasa dan paling biasa akan 'quit' pada saat ini. Maka terkuburlah semua hasrat, impian dan cita-cita kerana terlalu mengiyakan kata-kata orang

Kan?

Kemudian ketika melaksanakan, tak kurang juga memberi cabaran. Luar dan dalam. Masalah kewangan, masalah keluarga, emosi, kesihatan dan macam-macam lagi gunung ganang nak didaki waktu membuat kerja.

Ada juga yang beriya berkata, telah dinasihatkan jangan buat, tapi degil nak buat juga. Kenapa pulak kita turut sama dengar cakap-cakap negatif orang begini?

Paling tak tahan, kalau dah berjaya pun ade juga lagi yang mengata. Konon nak publisiti. Mencari glamer utk diri sendiri. Sedangkan jerih perih kita minta simpati takde sape nk peduli.

SO,

Bayangkan kalau kita terlalu amik kira cakap orang, ape akan jadi? Tak terjadi la apa pun sebab kita dah give up.

Makanya kawan,
Kita tak perlu ambil pusing tentang banyak perkara sampai kita tak lakukan apa-apa.  

At the end of the day,  kalau beras rumah kita habis, atau kita nak beli buku sekolah anak atau kereta kita rosak, orang-orang tu ke yang akan hulur duit kepada kita?

#FikirlahSendiri

#JustDoIt

Cerita tentang nama anak-anak saya

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hangat isunya terutama sejak sekolah buka kembali. Dulu kalau nama panjang ni kira 'rare' lah. Sekarang ni terbalik. Nama sepatah yang 'rare' sangat.

Semua ada HAK masing-masing. 

Nak namakan yang macam mana sekalipun tidak mengapa. 1 perkataan, 3 perkataan, hatta 18 perkataan pun tidak ada larangan dari sudut agama, budaya mahupun pejabat pendaftaran negara.

Islam menggariskan nama itu seeloknya dengan maksud yang elok dan memandang berat perkara ini seperti yang di riwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Abu Darda yang membawa maksud:

"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu. Maka oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu."

Sebut pasal nama anak ni, macam-macam isu saya pernah ditanya. Paling latest semalam. Oleh itu sukacita saya nak memberi penjelasan sedikit (bajet retis gila nak explain bagai)



ISU 1: Kenapa nama anak-anak Khairil Idham Ismail​ dan Salwa ni 1 perkataan sahaja?

Kerana kami nak sesuatu yang ringkas dan mudah. Kami berpendapat, bagi nama dua tiga pun yang dipanggil satu juga nama. Kadang-kadang dah satu nama pun nak singkatkan lagi. Contoh Kamarulzaman lastnya orang panggil "an". Jadi kami nak anak kami di panggil dengan nama penuh yang hanya ada 1 perkataan dengan 5 huruf sahaja.

ISU 2: Kenapa I'jaaz dan Israa' ade ' tapi Imran tkde?

Pejabat pendaftaran Negara telah memutuskan melalui undang-undang terbaharu setiap nama tidak boleh dimulakan dengan aksara atau simbol seperti -,' +& dan sebagainya. Nama imran dieja dalam bahasa arab dengan huruf 'ain dan sebenarnya ada ' di pangkal nama. Tapi tak boleh letak. So hakikatnya 'Imran ada ' di depan, I'jaaz ada ' di tengah-tengah dan Israa' ada ' di hujung. (adakah ini bermakna kami hanya akan ada 3 anak sahaja? jeng jeng jeng)

ISU 3: Maksud yang terlalu berat

Ramai juga dah membangkitkan isu nama Israa' yang flexible ini. Israa' boleh digunapakai perempuan atau lelaki. Tak kisah. Orang Arab banyak pakai utk perempuan tapi ade juga yg pakai untuk lelaki. Sedang Nabi Allah Ya'akub juga di gelar Israa' dan kita maklum nabi adalah seorang lelaki. Memang kesihatan Israa' sedikit diuji. Ada juga mengaitkan kerana nama ini terlalu berat utknya dan elok ditukar. Saya pula berpendapat, ianya mitos semata-mata dan kepercayaan orang dahulu. Jika anda mempercayainya, silakan. Saya mohon anda juga menghormati kepercayaan saya. Maksud dan kenapa kami memilih nama Israa' ada di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152429073171775&set=a.10151705687576775.1073741825.688956774&type=3&theater

ISU 4: Siapa yang menamakan?

Nama Imran telah disepakati sejak dalam kandungan lagi. No big deal. Both mmg suka. Nama i'jaaz pula saya yang pilih dan Israa' dipilih oleh suami saya.

Okeh lah panjang pulak


Sekian terima kasih!

Pandangan tentang isu Selfie Breastfeeding

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Subuh ini baru saya berpeluang menghadam isu pertembungan dua 'clans' yg sangat berpengaruh namun pada saya amat merugikan banyak pihak.
Tentunya isu breastfeeding adalah sensitif dan 'delicate' yang apabila bertembung dengan fan page gergasi berkonsep 'troll' , kedua-duanya bergerak berlawanan arah dan makin tegang

Saya sendiri bukanlah peminat kepada page Amran Fans - Official. Bahkan mana-mana rancangan atau page troll kerana tidak meminati gaya bahasa maki hamun walaupun bersahaja. Itu pilihan peribadi saya.

Namun tidak pula saya menidakkan sumbangan besar mereka dalam beberapa isu dan gerak kerja kemasyarakatan dan betapa pengaruh mereka dalam media sosial ini mampu memberi impak besar.

Saya fikir isu ini sebenarnya hanyalah satu teguran yang baik namun disampaikan dengan bahasa yang kurang baik dan kemudian disalah erti kan pula beberapa ibu yang sensitif hati dan perasaan nya.

Saya menyusukan kesemua anak-anak lelaki saya. Saya juga melakukan penyusuan ini di tempat awam atau istilahnya NIP (Nursing in Public). Dalam kebanyakan group penyusuan ditekankan garis panduan NIP kepada ibu - ibu supaya tidak merasa kekok atau mengundang rasa tidak senang pula di kalangan masyarakat. Antaranya dengan mencari tempat yg lebih private (tandas tidak termasuk dlm saranan), memastikan bahagian yang perlu ditutup telah tertutup dan sebagainya.

Dalam isu ini, haruslah kita berbalik juga pada paksi agama dan budaya. Kerana kita ibu menyusukan yang beragama islam dan berbangsa Melayu yang kaya adab dan budi bahasa.
Aurat bukanlah sekadar fizikal yang tertutup rapi. Malu itu sendiri adalah bahagian daripada cerminan kita dalam menjaga aurat. Banyak lagi perbuatan yg mungkin telah pun mematuhi garis panduan menutup aurat secara fizikal tetapi tidak wajar utk didedahkan kepada umum seperti mandi atau membuang hajat (sekadar contoh) boleh sahaja dilakukan dengan sempurna penutupan auratnya tetapi tidak pula bermakna wajar di upload gambar seperti itu.
Agama kita begitu mudah. Teguran harus dengan berhemah. Umpama menarik benang dalam tepung, benang tidak terputus, tepung tidak berserakan. Bukan semua isu mampu di troll. Penggunaan bahasa kasar tidak dapat menyampaikan nasihat yg ingin dikata malah menjauhkan lagi orang yang ingin di tegur.
Islam juga mengajar umatnya bersikap pro - aktif dengan mencegah sebelum terjadinya sesuatu. Supaya tidak terjadi perzinaan, pasangan bukan muhrim tidak boleh duduk berdekatan. Supaya tidak memudaratkan, arak tidak dibenarkan.
Begitu indahnya islam. Maka pada hemat saya, sebelum terjadi bayangan nakal dan tidak wajar oleh mereka yang secara alaminya punya ransangan seksual, elakkan lah dari perkara yang boleh mencetuskan dan antaranya selfie ketika menyusukan. Manfaatnya mungkin ada namun kemudaratan lebih besar. Jika perlu mewar - warkan juga, lakukan dalam group tertutup yg private dan hanya wanita sahaja di dalam nya.
Dan itulah pendapat peribadi saya
Tidak pula menyebelahkan mana-mana pihak tapi pertembungan ini jelas merugikan.
Moga ada kejernihan antara dua group gergasi ini.
Mudah mudahan

Bagaimana 300 beg menjadi 3000 beg?

$
0
0
Ini laporan akhir Projek Beg Sekolah



Saya telah paparkan di page beserta ucapan penghargaan, terima kasih dan salam hormat atas segala bentuk sumbangan yang telah anda hulurkan. Budi baik yang Allah sahaja selayaknya membalas.

Jika pada permulaan, saya mensasarkan lingkungan 300 beg (dengan jumlah anggaran RM7500), jumlah ini mengembang dengan tidak terduga sehinggalah 3635 beg diedarkan keseluruhannya (anggaran nilai RM90,875)

Bagaimana?

1- Niat

Lebih dua bulan pasukan saya bekerja keras untuk ini. Tanpa ada imbuhan apatah lagi sebarang kepentingan. Semua dilakukan atas nama kemanusiaan dan ihsan. Kami tidak kenal sesama kami namun persaudaraan yang terjalin begitu akrab hingga seolah berpuluh tahun kami telah duduk bersama. Kami hanya mahu syurgaNya sebagai balasan dan cukuplah wajah kegembiraan penerima

2 - Tanpa alasan

Dalam kemeriahan sumbangan, banyak cerita manis suka duka dalam projek ini. Hatta sesama focal person sendiri, banyak rahsia yang tidak diketahui. Ada yang susah hingga tidak dapat membeli buku anak sendiri, ada focal person tanpa kenderaan namun sudi membantu dengan menaiki teksi, ada focal person yang turut kais pagi makan pagi. Cerita ini tidak akan didengar sesiapa, hanya saya seorang yang tahu kerana mereka ini berjiwa waja. Mereka tidak beralasan.

3 - Komited

Ketahuilah banyak cabaran telah saya dan team saya tempuhi, sikit pun tidak melunturkan semangat. Kesemua beg yang diminta oleh pelbagai pihak kami tetap usahakan walaupun telah melepasi tarikh akhir sumbangan. 

Pernah saya mesej di dalam group, minta 2 buah beg dihantar ke Bukit Jalil untuk 1 keluarga kurang berkemampuan, 4 orang focal berebut-rebut menawarkan diri untuk menghantar! 

Ada juga sanggup mengggunakan khidmat pos asalkan beg yg diminta dapat diberi walaupun pos guna wang sendiri. Ada yang mengangkut beg tak kira siang malam, penuh di depan belakang kereta asalkan sampai tujuaannya. Ada pula yang sanggup membelikan beg untuk focal lain, berkali-kali kemudian berjumpa pula di pertengahan jalan supaya sampai dan selamat beg kesemuanya. Honestly, u guys are THE BEST!

4 - Tidak putus asa

Saya menghantar mesej mohon mengiklankan kepada puluhan page. dari puluhan tersebut hanya 2 page yang memberi maklum balas. Dan saya menghantar email beberapa kali dan hampir ke semua stesen TV yang mempunyai rancangan bual bicara, dan hasilnya Astro AWANIAPA KATA WANITA...Zamzarina (TV1)MHI TV3 danAssalamualaikum sudi memberi ruang kepada projek kami. Jika saya telah putus asa, tidak akan ada apa-apa diwar-warkan di media.

5- Doa

Kerapkali kami saling mengingatkan, sumbangan adalah kerja Tuhan. Allah lah yang menjentik hati-hati penderma. Tugas kita menadah tangan, mohon Allah permudahkan dan lembutkan seramai mungkin hati supaya dapat memberi sumbangan kepada kita. Doa, solat hajat, setiap kali hujan turut terus diminta lansung kepada Allah tanpa fikirkan hijab. Tidak ada kuasa lain selain Allah

6. JUST DO IT

Ada idea? Terus buat. Jangan bertangguh. Jangan biar syaitan hasut dan merasakan tidak ada kaedah perlaksanaan. Ketepikan cakap-cakap orang. Just do it!

Saya sebak namun bangga dengan komitmen semua
Tak dapat di ucap berapa banyak terima kasih
Maaf juga atas segala salah silap sepanjang mengawal selia projek ini

Jumpa lagi di projek akan datang
Soon
Very very soon


Love,

Salwa
Pengasas Projek Beg Sekolah

Jadikan anak RAKAN, bukan TUAN!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya biasa mendapat pertanyaan dan kadangkala keluhan dari ibubapa tentang permasalahan sekitar hal keibubapaan. Saya kurang pasti kenapa tapi saya hargai pertanyaan mereka. Saya pula seronok berkongsi pengalaman sedikit sebanyak yang mana saya tahu.

Antaranya isu anak ketagihan gadget, anak sukar tidur awal, anak tidak mahu berhenti menyusu, anak gemar makanan ringan dan sebagainya.

Saya puji sikap mereka yang berusaha menyelesaikan masalah ini dengan meminta bantuan dan mendapatkan nasihat. Namun terdapat satu lagi halangan besar yang sering juga saya dengar dan mengakibatkan masalah ini akhirnya berlarutan.

"Anak saya tak boleh buat begitu, nanti dia menangis"
"Saya dah cuba tapi dia mengamuk, jadi saya bagi je tengok hp"
"Saya dah larang, dia nak juga makan keropok. Saya tak sampai hati"

Biasa dengar ayat sebegini?

Ibubapa sekalian, fahamilah peranan sebagai ibubapa. Kita mencorak, bukan dicorak dengan perangai anak-anak! Kenapa mereka yang mengarah sedangkan kita tidak berusaha memberi tunjuk ajar?


Ingatlah ketika salah satu tanda kiamat pernah disampaikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Malaikat Jibril yang datang dalam wujud laki-laki tampan.

أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا
“Jika budak wanita telah melahirkan tuannya” (HR. Muslim)

Sebahagian ulama mentafsir hadis ini sebagai kiasan ketika anak-anak tidak lagi menghormati dan memuliakan ibunya. Syaikh Musthafa Dieb Al Bugha dan Syaikh Muhyidin Mistu dalam Al Wafi menjelaskan makna ini,

“Banyak anak yang durhaka pada orangtuanya, mereka memperlakukan orangtuanya seperti perlakuan tuan terhadap budaknya.”

Bagaimana kita dapat betulkan keadaan ini?

1. Biasakan KOMUNIKASI yang baik dengan anak-anak. Mereka faham tetapi kita yang menyebabkan mereka tidak faham. Bercakaplah dengan anak secara lansung. Bukan menegah mereka ketika tangan kita juga sibuk memegang telefon. Bercakap dengan baik membuatkan mereka rasa dihargai.

2. Fahamilah mereka juga cukup besar untuk BERBINCANG. Kita perlu terangkan kesan baik dan buruk setiap perbuatan. Contoh, makan makanan segera menyebabkan penyakit dan kesihatan terganggu. Terangkan berulang kali. Mungkin akan mengambil masa. Teruskan. Jangan mengalah.

3. Kita meletakkan PERATURAN dan tanda aras. Beritahu yang mana yang boleh dan yang tidak boleh. Makanan, rancangan, game atau apa sahaja. Jangan lakukan secara diktator tapi secara diplomasi. Contoh saya katakan nugget segera tidak boleh dimakan dan saya larang mereka dari beli. Tapi saya sediakan pilihan nugget homemade yang saya buat sendiri. Saya larang mereka lihat ultraman tapi saya beri lihat Upin Ipin. Ini selalu berlaku dengan perbincangan dan mereka akhirnya faham. Anak-anak saya akhirnya sukarela bertanya adakah makanan ini elok atau tidak, adakah cerita rancangan ini elok atau tidak.

4. Mereka adalah kanak-kanak. Harus PERINGATAN diberi berulang kali, beratus kali malah, dan bertahun-tahun kerana mereka masih dalam proses memerlukan bimbingan. Saya mengambil masa bertahun-tahun mengingatkan tentang pakaian kotor harus diletak di dalam mesin basuh, pun masih tidak berlaku sempurna setiap kali. Tapi itulah hakikatnya. Jangan terus mengalah.

Saya mengaku. Bukan juga mudah tapi untuk berubah kita kena berkorban. Abaikan tangisan jerit pukul tarik mereka selama dua minggu kerana tidak diberi apa yang diinginkan. Biar sengsara sekarang dari merosakkan masa depan.

Saya juga bukan sempurna mana. Masih ada jeritan dan cubitan dan itu saya kira proses membesarkan anak-anak. Saya belajar dan belajar lagi bagaimana cara mendidik mereka dan saya harap mereka juga dapat belajar sesuatu dari saya

Salwa
27 Januari 2016

Adakah kita juga PENCURI sebenarnya?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Dulu waktu saya sedang mengembangkan blog dan berusaha membuat portfolio, saya selalu marah, kecewa, sentap, sakit hati bila entri blog saya di 'copy paste' atau poster saya di crop, di water mark, di guna jadi profil.

Saya rasa mereka ini sungguh tidak beretika. Penat buat semua tu tau. So saya pun masukkan code kedalam blog yg menghalang orang copy content saya. Poster pun saya letak watermark besar-besar. Jadi orang tak boleh nk crop dah.

Sekarang tak lagi. Saya dah buang code tu. Saya dah tk letak watermark besar-besar. Saya dah tak peduli.

Kenapa?

Sebab kesemua perasaan tu buatkan saya down dan berfikiran negatif. Saya bukanlah famous mana pun tapi jika ada orang yang nak copy dan tak bagi kredit, saya dah tk kisah. Belajar let go dengan harapan orang-orang macam tu baca post ini.

Poster saya pun masih kerap di ambil dan digunapakai tanpa letak kredit pun. Saya tak kata saya tk sakit hati tapi sekurang-kurangnya saya lebih positif sekarang.



Tahukah bahawa itu semua adalah mencuri?

Curi hasil orang. Curi design orang. Curi masa orang.
Tak kira la, poster ke, entri blog ke, post di FB (yg click share tkpe, ni yg copy paste bulat-bulat)

Kesemua itu adalah hak orang kecuali jika dia mmg izinkan utk share dan wakafkan hasil kerja dia tu.

Biasakan diri utk minta izin. Kalau nak pakai gambar Google pun, pakai lah yang ade 'license to reuse' atau ade beberapa web yang mmg boleh pakai gambarnya tanpa attribution.

Sama kes dengan photostat buku, download movie dan lagu, software cetak rompak.

Semua itu tindakan mencuri

Kalau kita baca surat khabar tentang kes curi, dan pencuri didakwa, kita setuju. Padan la dengan tindakan dia tu. Siapa suruh dia mencuri! Tapi sedar tak, kita kadang jauh lagi teruk dari orang tu sebab kita mencuri berkali-kali!

4 sebab kenapa saya hantar anak ke hospital KERAJAAN

$
0
0
Kenapa saya masih hantar anak saya ke hospital kerajaan?

Ini bil keseluruhan Israa' yang baru keluar wad. Bil ini merangkumi caj wad, rawatan, pemeriksaan, ujian makmal, xray dan caj lain-lain. Selepas subsidi anggarannya mungkin beberapa ratus ringgit namun kerana suami saya bekerja dengan kerajaan, kami tidak perlu membuat sebarang bayaran.




Sebenarnya kami sekeluarga mempunyai insurans perubatan, kad perubatan malah anak-anak juga dilengkapi dengan insurans yang datang dengan simpanan pendidikan.

Jadi kenapa masih memilih untuk ke hospital kerajaan?

Ada beberapa faktor utama. 

Pertamanya saya kira faktor penting adalah kepercayaan. Bukan pula saya menidakkan hospital swasta. Tidak. Tetapi kebanyakan pakar dalam bidang apa pun berada di hospital kerajaan. Kerap terjadi kes rumit atau serius yang ditolak dan ditransfer oleh hospital swasta ke hospital kerajaan akibat kekurangan kepakaran atau tidak berani komited dengan kes rumit. Di hospital kerajaan, pesakit yg mendapat rawatan akan diberikan rawatan terbaik walaupun anda berstatus perompak yang baru ditangkap. Pakar dan pegawai perubatan pula berusaha membuatkan pesakit sembuh dengan cepat dengan kaedah paling efektif. 


Mereka sebolehnya cuba discharge secepat mungkin dan tiada sebab untuk 'keep the patient'. Saya sendiri mulanya kerap minta pulang kerana pada mata kasar anak saya kelihatan ok namun setelah di terangkan pakar tentang situasi sebenar, saya akur. Kini saya belajar untuk faham dan setuju atas saranan kerana tahu mereka cuba buat yang terbaik.

Kedua, ubat ubatan juga sebenarnya adalah yang terbaik. Jangan sangka jika anda bayar sedikit, ubatnya tidak baik. Malah lebih kejam jika anda masih ambil tapi tidak berniat memakannya. Jika tidak mahu maka katakan kepada farmasi supaya anda tidak membazir dan boleh jadi mungkin mengambil hak orang yang lebih memerlukan. 


Pernah pesakit di katil sebelah anak saya menerima rawatan akibat virus Kawasaki. Katanya sebotol ubat untu virus itu sahaja mencecah rm1600. Untuk satu kali drip. Bayangkan jika perlu berbotol-botol? Akibat tidak mampu tanggung kos, ibubapanya memindahkan ke hospital kerajaan kerana ubatnya masih sama dengan kadar yang amat jauh berbeza.

Ketiga, saya lebih yakin untuk ke hospital yang sama kerana semua rekod perubatan dari waktu kelahiran hingga ke kali terakhir admitted disimpan ditempat yang sama malah doktor yang merawat juga kadangkala sama. Sebilangan besar dari kita tidak mampu mengingati jenis rawatan, jenis ubatan termasuk antibiotik atau hal yg lainnya. Disinilah pentingnya rekod dan juga menentukan rawatan seterusnya.

Keempat,
kerana suami saya bekerja di sana. Jangan salah sangka. Kami masih perlu ikut prosedur biasa. Kelebihannya adalah kerana suami mengenali beberapa pegawai perubatan yang merawat yang membuatkan kami rasa selesa.dan selalu apabila suami saya sibuk dan tidak sempat menjenguk, beliau masih boleh mengakses sistem bagi mengetahui perkembangan rawatan ke atas anak.

Saya dengan rela hati mengenepikan soal makanan hospital yang tidak sedap. Atau ketidakselesaan tidur di kerusi. Atau layanan yang bukan kelas pertama kerana sebab-sebab di atas.

Bukan pula prejudis. Setiap orang berhak memilih maka buatlah pertimbangan sewajarnya.Apapun, bila kita memilih hospital kerajaan, maka belajar bertolak ansur dan sabar dan beri kerjasama agar proses rawatan berlaku sebaiknya.

Oh ya, saya puji langkah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang menguatkuasakan kenaikan bayaran 100% bermula 1 januari lepas ke atas warga asing. Ini sangat wajar. Jika dapat diusulkan, biarlah rakyat malaysia mendapat hak rawatan tanpa bayaran. Walaupun ada yang tidak bekerja dengan kerajaan, namun masih bayar cukai juga. Yang tidak bekerja pula lagi wajar dibantu. Kan?

Emak,
10 Februari 2016

7 cara menggalakkan anak BERCAKAP dan BERKOMUNIKASI

$
0
0
Assalamualaikum warah matullah.


Hari ni saya nak bercerita tentang masalah yang selalu di hadapi oleh ibubapa dan saya dulu juga pernah mengalami masalah yg sama dengan anak sulung saya.

Masalah lambat bercakap!

Sesetengah ibubapa sangat lah risau hingga membuat pelbagai teori. Ada yang sanggup membeli ubatan dan makanan itu dan ini kerana khuatir. Ada juga yang hingga melaburkan sejumlah wang untuk membeli alatan dan gadjet yang di katakan mampu membuatkan anak bercakap. Isyk2

Sebenarnya tak perlu pun. Kita yang harus mula dahulu. Kebanyakan kes, mereka ni bukan tak boleh bercakap atau berkomunikasi tapi kita yang kurang latih dan kurang beri tumpuan bab ini. Makanya elok la sangat kita selidik dan lihat dahulu adakah kita dah buat 10 tips yang di bawah ini sebelum terus merasa risau..





p/s: Tidak dinafikan memang ada kanak-kanak yang memerlukan bantuan 'speech theraphy' atau seumpama dengannya terutama kanak-kanak kategori khas dan istimewa. Tips ini adalah untuk di gunapakai dalam membantu kanak-kanak secara am. :)


10 Cara galakkan anak bercakap

Cara 1: Kita sentiasa mulakan percakapan

Sesiapa juga boleh buat. Terutamanya ibubapa dan ahli keluarga. Bukan bila dia dah start 1 tahun ke atau 2 tahun, tapi mmg sejak dia dari dalam perut lagi kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Dah lepas lahir teruskan lagi. Waktu mandikan bercakap, waktu tukar lampin bercakap, waktu suap makanan bercakap. Terangkan satu persatu perbuatan kita tu.

"Emak tengah mandikan israa' ni. Pakai syampoo ni tapi tak pedih...bla bla bla"

Cara 2: No gadjet


Ok la, kalau kata no macam strict sangat. Jadi apa kata kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita dan anak. Ini memang perlu berjuang. Gadjet ni bukan sahaja mengurangkan dan menyenggangkan masa kita dengan anak, malah buatkan anak tidak menggerakkan mulut atau pergerakan bahagian wajah sebab dok terpaku je la tengok gadjet tu. Dia nk bercakap pun gadjet tu bukan bagi reaksi. Kan?

Cara 3: Banyakkan buat aktiviti dengan anak. 


Tak perlu pun yang fancy ke yang beriya nak bayar mahal ke. Simpe aje. Kalau umur 1 tahun tu dah boleh dah nak buat water bag ke. Nk main stick ke. Bila dah besar sikit boleh main sand art ke, buat cookies homemade ke, atau apa2 aje la. Perkara ni semua akan buatkan mereka ingin tahu, seronok dan tak takut untuk cuba sebut apa yang dilakukan. Macam kata la saya buat cupcakes dengan anak-anak, saya suruh mereka ulang bahan yang dimasukkan.

"I'jaaz, butter ni 200 gram. Apa yang kene masukkan 200 gram??"

Cara 4: Role play

Terlibat sama main role play. Tak kira la apa pun. Nak berlakon jadi doraemon ke, ultraman ke. Atau nak main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar

"Pada zaman dahulu...emak bertukar menjadi seorang puteri yang cantik jelita..." (jangan muntah)

Cara 5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. 


Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka dan pandangan mereka. Wujudkan satu persekitaran yang menarik dan buatkan mereka tak tertekan. Saya ajar anak-anak buat kerja rumah dari kecil supaya mereka juga tahu tentang tanggungjawab dan boleh berkomunikasi dengan mendengar dan memberi arahan

Cara 6: Ulang

Buatlah berkali-kali. Bukan sekali dua dan give up. Itu tidak mencukupi. Sentiasa ulang semua perkara di atas sehingga anak yang tak bercakap akhirnya akan bercakap. Kadang-kadang mereka memang mengambil masa untuk menyimpan semua 'data' yang ada dan kemudian keluarkannya. Anak sulung saya, Imran begitulah. Sampai 4 tahun tak bercakap. Selepas tu, macam peluru!

Cara 7: Anda juga perlu berubah

Pegang hp terlalu lama dan kerap sehingga anak pun rasa tersisih, itu tidak baik. Balik kerja terus hadap komputer dan gadget, malah siap marah kalau anak nak duduk atas peha, itu sangat tidak wajar. Berfacebook dan berwhatsapp bergelak ketawa sorang2 seperti hero alam maya tetapi menengking anak-anak yang berlari ke sana kesini akibat kebosanan tidak dilayan, itu melampau. Jangan tunggu anak berubah jika kita sendiri tak berubah. Maaf pedas sedikit



Anda nak banyak lagi tips dan nak pastikan anak anda dapat di beri perhatian terbaik?

Saya nak sarankan untuk pergi seminar parenting ini. Sebab apa? Sebab anak kita ni ada potensi luar biasa untuk di kembangkan. Jauh lebih dari apa yang kita lihat sekarang. Agar cabaran masa hadapan mampu diredah.

Mereka bakal memimpin diri, keluarga dan masyarakat. Corak didikan kita mempengaruhi gaya fikir dan hati mereka.

Raikan Potensi Anak anda dan sertai saya untuk kita sama-sama belajar lebih banyak tentang anak-anak kita. Yeay!

Jom hadiri seminar

“UNLOCK YOUR CHILD’S POTENTIAL”

Tarikh : 27 Februari 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi

Penceramah:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid 
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Pn Hjh Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
Consultant Clinical Psychology An-Nur Specialist Hospital

——————————-
Yuran :

RM 180 seorang
RM 350 Pakej suami isteri

Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45
# Seminar ini berbahasa Melayu

Sila klik link ini untuk maklumat lanjut

http://goo.gl/forms/AIdHNOq85U

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan

Cik Nadhrah : 0196916559
Cik Saadah : 0136435882

Pastikan anda tempah sekarang tau! Banyak testimoni yang begitu suka seminar yang di anjurkan team NLI ini. Ianya satu pelaburan yang dah tentu membawa keuntungan.

Jom, jumpa saya di sana!


Love,

Salwa


Pre-order buku Bila Emak Berdrama

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah akhirnya dengan izinnya dapat menghasilkan buku pertama. Jutaan terima kasih ke atas Deen Prints yang telah berusaha keras dalam menjayakan buku ini dan memastikan kami memberikan yang terbaik untuk anda.

Penuh drama (of course), aktiviti DIY yang berwarna ilustrasinya, tips keibubapaan dan pelbagai lagi yang saya sangat harapkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda
"Karya yang kreatif, disulami unsur humor.Sesuai untuk tatapan ibu bapa tidak kira peringkat usia!" - Pn Jamilah Samian, penulis buku Cool Mum Super Dad

"Buku ini membawa kelainan! Ia mengandungi tips-tips yang praktikal dan sesuai dengan gaya hidup ibu bapa di Malaysia"- Pn Lily maznah, Perunding Pembelajaran ALIMKids Playgroup Official
Harganya?

RM23 sahaja. Berbaloi-baloi. Dan paling best jika anda pre-order sekarang, ada 4 BONUS tambahan yang istimewa. Hanya untuk anda.

Berminat?
Option 1: Beli di laman Deen Prints dan akan di pos laju kan. Jika anda beli 2 buah ke atas, kos penghantaran Percuma! Klik sini untuk membeli --> http://goo.gl/ChfBhM

Pilihan 2: Jika anda lebih suka utk ambil sendiri, dan tak mahu bayar kos pos, boleh isi borang di bawah ini.

Saya sediakan 4 tempat untuk self pick-up iaitu:
- Desa Pinggiran Putra (5 minit dari PICC)
- Butik SailaSaleh BT, Taman Melur, Teluk Intan
- Hospital Serdang (masa terhad)
- KLCC ( masa terhad)

Pilihan 3: Jika anda nak beli buku dan nak request autograf ke, tulisan quote dari saya ke, nak request kasih sayang ke, sila borang dibawah ini juga dan letakkan request tu dibahagian nota ye

Semoga bermanfaat!

Semak langkah set nombor EMERGENCY mengikut model smartphone anda!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Semalam saya mendapat kiriman dari salah satu group whatsapp yang berkongsi Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan @ Perkara Yang Tidak Di Ingini.

Jika anda tahu siapa penulis asalnya, mohon maklumkan pada saya kerana saya ingin memberikan kredit atas tulisan beliau ini yang sangat bermanfaat dan PENTING untuk kita semua



--------------------------------------------------
Selalunya bila berlakunya kemalangan @ perkara yang tidak di ingini, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK.

Panduan untuk letakkan nombor telefon WARIS bila berlaku kemalangan – Dibawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah:

LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency
SAMSUNG
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

ASUS
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

XIOMI
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

IPHONE (APPLE)
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah diatas.
In shaa Allah ada kebaikannya.
Silakan SHARE jika info ini bermanfaat

Jadilah orang KAYA yang berkat dan bermanfaat!

$
0
0
Kaya yang berkat dan bermanfaat
Kita ni mungkin dari kecik sangat selalu di 'momok' kan dengan orang kaya yang seerti dengan kedekut, sombong, suka tindas orang bawahan dan kaut untung sorang-sorang
Disebabkan persepsi begitulah tak kurang yang seronok berkata:
"Duit bukan segalanya"
"Aku tak mahu jadi kaya, nanti lupa akhirat"
"Buat apa kejar dunia. Duit tu tak bawa kemana"
Namun tu semua tidak mematahkan impian saya dari kecik untuk menjadi kaya. Dulu-dulu waktu sekolah saya nk kaya sebab nak beli Red Ferrari, banglo siap lif dan heli deck dan ade tukang masak dan tukang urut peribadi. Fuiyoooo

Sekarang lagi saya nak jadi kaya dan berazam sungguh-sungguh supaya dapat la menjadi kaya.
Sebabnya?
Makin lama mata saya makin terbuka tentang pentingnya menjadi orang kaya. Perhatikan berapa ramai yang mampu menderma jutaan ringgit (tanpa publish nama pun). Mesti kene kaya dulu baru boleh derma. Kemudian tubuhkan yayasan (in my bucket list), rumah anak yatim, rumah orang tua, maahad taafiz. Semua tu pakai duit u olsss. Jadi saham gitu.
Lupakah kekayaan Saidina Uthman yang kalau nak pikul hartanya pun berbaris-baris unta. Billionaire. Siap jadi sahabat confirm masuk syurga lagi. Sebab hartanya tidak mengikat hatinya kepada dunia.
Dan, saya ade raaaaaaamai kawan yang kaya raya
Ada beberapa yang pakai beemer tapi humble ya ampun macam dia pakai kanch aje..
Ade yang pakai merc tapi kalau buat tempahan dengan saya sokmo nya bayar lebih. Siap dia plak bagi hadiah
Ada banyak yang kalau saya bukak aje projek ke ape ke, bank in paling koman ratus-ratus. Ribu pun ade
Ade yang rumah berderet-deret tersusun, tapi sembang rilex macam tkde ape. Merendah diri macam padi
So, kenapa nak teruskan persepsi negatif?
Bangkitlah
Usaha dan jadikan kaya itu suatu yg berkah!!!
Bukan duit yang salah
Dan saya tahu, jika saya tak kaya harta pun saya akan cuba dan terus berusaha untuk kaya jiwa, kaya budi bahasa, kaya sopan santun, kaya pengetahuan agama dan dalam peti ais ada sebotol kaya...
Kbai
Emak,
Yang bakal kaya

Kempen 10 minit pertama!

$
0
0
Bagaimana anda luangkan 10 minit yang paling PENTING?

Saya rasa kecewa. Saya belum cukup luangkan masa untuk Imran dan I'jaaz terutama ketika mereka baru pulang dari sekolah. 

Saya akan masuk kerumah dan mengarahkan Imran mandi dan solat sedangkan saya terus masuk ke dapur menyudahkan apa yang tidak beres. Baru setelah itu kami makan bersama.

I'jaaz lebih kesian. Dalam kekalutan dan kepenatan sebab dah petang pun, arahan yang sama diberi. I'jaaz akan lebih menunjukkan pemberontakan dengan gemar mengusik Israa'.

Adakah anda pun sama?

Jom, saya ajak anda bersama saya untuk berikhtiar.
Spend the first 10 minutes ketika sampai dirumah dengan berkongsi cerita, bertanya soalan dan berjenaka dengan anak-anak

Mereka sangat hendak PERHATIAN kita
Mereka hendak BERKONGSI cerita dan rasa
Mereka mahu KASIH SAYANG kita

Okeh, saya nak print dan tampal.
Harini jugak start!

Chaiyok2!!!!!

Emak,
Yang tak perfect tapi akan selalu cuba bagi yang terbaik





#SalwaSaleh
#BilaEmakBerdrama

4 langkah MUDAH buat DIY Topeng Muka

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Harini saya nak kongsikan satu lagi projek DIY yang sesiapa pun boleh buat. 

Kita pun sekarang ni musim panas yang sangat tinggi suhunya. Ramai yang mudah jatuh sakit terutama kalau anak-anak yang berada di luar rumah. Jadi, untuk mengelakkan dari mudah dijangkiti kuman, dan jimat pulak sebab boleh basuh topeng muka ni, makanya mari la kita buat sendiri



Takde mesin jahit pun boleh buat sebab mende ni sangat la simpe dan pantas!

Jom kita belaja 4 langkah paling Mudah untuk buat sendiri Topeng Muka supaya boleh pakai waktu jerebu, waktu tak sihat, waktu berjalan-jalan ke luar!


LANGKAH 1: GUNTING KAIN

Yang ni boleh pakai kain cutton ke, kain kasar sikit ke, ape2 yang sesuai la. cuma macam kain satin tu tak sesuai la kot. Licin dan tak serap peluh dengan efektif.

Untuk saiz dewasa boleh potong: 23cm x 13cm
Untuk saiz kanak-kanak boleh potong: 18cmx 11cm


LANGKAH 2: LIPAT KAIN

Yang ni untuk membolehkan topeng kita tu nanti berkembang. Macam yang kita beli kat kedai yang disposable tu kan ade lipat-lipat. Gitu la kekdahnya. Kita lipat bagi dua atau tiga lipatan.


LANGKAH 3: POTONG TALI

Tali ini boleh beli kat kedai jahit. Atau kedai macam Mydin pun ade jual. Pastiakan hujungnya tu di layurkan atas api supaya 'mati'. Jadi takde la berbulu-bulu. Ukurannya ikut la panjang mana yang rasa sesuai dan boleh ikat. 


LANGKAH 4: JAHIT

Mula-mula jahit di bahagian atas kain dan bawah kain. Saya sarankan lipat dua kali sebelum jahit sebab kita tak mahu tepi-tepi kain tu terkeluar nanti. Bila lipat dua ni nampak kemas sikit. Kemudian jahit bahagian tepi yang kita dah lipat tadi tu. Lepas tu ambil tali yang dah dipotong kemudian jahit di tepi kain tadi.


Dah siap!


Senang sangat kan? Kan?
Semua orang dalam dunia pun boleh buat!!!


Selamat mencuba!
Love,

Emak



Viewing all 277 articles
Browse latest View live