Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Melawat Galeri Arkeologi di Tapak Warisan Sejarah Lenggong

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ok hari ni nak sambung pulak pasal trip kami. Haritu kan ade cerita tentang kami pergi menziarahi Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. Alhamdulillah sempat solat di sana juga. Selepas turun dari Bukit Chandan, kami kemudian melawat kawan suami di SMK Temenggong, Kati.



Sewaktu dalam perjalanan ke Kati tadi, ada nampak signboard 'Galeri Arkeologi' di Lenggong. Sangat teruja. Sebabnya saya dah lama dengar pasal Perak Man ni. Dan teringin pula nk pergi lihat sendiri. Dah terlanjur ada di Kuala Kangsar pulak tu yang sebelah aje dengan Lenggong.


Bila tanya Cikgu Suhami, katanya dah tak jauh. Dalam 15 minit dari Kati. Dan rangka sebenar Perak Man ada di sana.  Tahu tak Orang Perak atau Perak Man adalah merupakan rangka manusia tertua yang dijumpai kat Malaysia. Tulang rangka Perak Man ni ahli arkeologi gali dan jumpa pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh . Gua ni terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak.



Dan sekali lagi, dengan spontannya kami ke Lenggong untuk melawat Perak Man. Dalam perjalanan tu ade la nampak Tasik Rebana la, jalan ke Air terjun la. Rasa mmg nak singgah lawat semua tapi tk cukup masa la kan. Kalau anda ada banyak masa, ni ade beberapa tempat boleh di awat di Lenggong
Tempat-tempat menarik di Lenggong

Sampai di Galeri Arkeologi, cuaca agak panas dan bahang. Hampir jam 12 tengahari ketika itu. Mujur mood anak-anak masih ok. Cuma yang bongsu sudah tertidur kepenatan.



Bangunan utama di Galeri Arkeologi
Bergambar kenangan di pintu masuk



Setelah masuk dari pintu utama, kami mendaftar dalam buku tetamu. Oh ye, masuk adalah percuma ye. Di tepi pintu ada pula peraduan. Jadi kami pun tumpang la masuk peraduan kira siput pulak. Hahaha, takde keje betul. Ye la mana tahu betul pulak tekaan kan?



Dah tak ingat hari tu Imran dan I'jaaz teka berapa siputnya! Haha


Then mula tengok-tengok semua jenis batu dan peralatan zaman-zaman dulu kala sampai la ke satu ruangan yang menempatkan Perak Man. Dup dap dup dap. Macam berdebar aje masuk gua tiruan dalam bilik pameran tu. Mula-mula ada sedikit info tentang Orang Perak yang di paparkan. Siap ada My Kad!


Info tentang Orang Perak






Sungguh saya tak tahu yang rangka asli telah di letakkan semula. Katanya sirih pulang ke gagang. Sejak 15 Februari 2014.Bila nampak yang asli tu rasa dia lain macam. Waaaaa. Saya tengok takde larangan amik gambar jadi saya snap la gambar. Harapnya tindakan itu tidak bersalah. Huhuhu


Rangka asal!




Alhamdulillah dapat juga tunaikan hajat untuk lihat sendiri Orang Perak. Sama perasaan macam tengok sendiri Mumia Firaun di zaman Nabi Musa a.s beberapa tahun lepas di Mesir. Benarlah setiap dari itu ada pengajarannya jika kita berfikir

Sempat juga dua hero ini bertandang di wakaf yang disediakan. Cuba main dam batu dengan congkak. Bagus la, emak pun ade rasa nk beli congkak la 1. Mainan tradisi ini kalau bukan kita yang hidupkan, siapa lagi?





Selepas tu semua dah kepenatan dari kami pun berangkat terus ke tol Kuala Kangsar untuk teruskan perjalanan ke destinasi utama, Prai!

Nantikan cerita kami di Prai pula ye :)


Love,


Salwa



Nak tahu cara boleh menderma sebanyak RM5760?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Tahukah anda, bahawa anda boleh dan mampu untuk menderma sebanyak RM5760 malah lebih banyak dari itu?

Tak percaya?

Mari dengar cerita saya

Sejak tahun 2007, saya mula mengisi borang untuk menjadi penderma tetap secara bulanan di dua organisasi bukan kerajaan yang sangat dikenali.

MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan UNICEF (The United Nation Children's Fund)

Saya mulanya didatangi oleh seorang sukarelawan ketika mahu makan di kedai selepas menghadiri satu program. Setelah mendengar penerangan tentang MAKNA ketika itu dan saya pula pernah merasa kehilangan anak saudara saya akibat leukimia, saya nekad untuk menderma. 

Cerita tentang anak saudara kesayangan saya ada dimuatkan di sini: Semoga Bahagia Sayang!

Setelah beberapa ketika, saya menderma pula untuk Unicef kerana pada saya keperluan pendidikan adalah asas yang sangat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak

Jadi, macam mana pulak boleh derma beribu riban ni?

Saya hanya enrol utk sumbangan RM30 sebulan sahaja untuk setiap satu organisasi.
Jumlah jadi RM60 sebulan

Apa la sangat RM60 tu. 
Bahagi 30 hari, sehari saya derma RM2 sahaja. Bukan banyak mana,. Malah mungkin kebanyakan orang, belanja sekolah anak pun lebih daripada itu

So RM2 x 30hari x 12 bulan x 8 tahun = RM5760!

Inilah yang dikatakan orang dulu-dulu,
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Gambar hiasan adalah kad ucapan hari lahir yang dihantar mereka setiap tahun

Anda juga boleh lakukan perkara yang sama
Jom mula hari ini juga!

Untuk menderma di MAKNA, klik link berikut : DERMA MAKNA



Untuk menderma di UNICEF, klik link berikut: DERMA UNICEF




Sumbangan yang sedikit jika dihimpun akan memberi sejuta erti buat mereka
:)

Love,

Salwa

Telekung Cinta Madinah dari Telekung Esklusif Al-Kauthar

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini saya berpeluang merasa satu jenis telekung keluaran Al-Kauthar
Ianya antara telekung ekslusif yang makin mendapat tempat di hati umat islam di Malaysia


Telekung yang saya cuba ini adalah Cinta Madinah yang dikeluarkan khas utk koleksi umrah dan haji. Ini kerana ianya tidak didatangkan bersama kain dan hanya telekung sahaja. Jadi kurang sesuai utk di pakai di rumah kerana anda perlu padankan dengan kain yang lain.

Ni gambar model ye, bukan saya

Kainnya memang tebal. Cuma mungkin kesilapan penghantar, saya tidak dapat fit sepenuhnya bahagian muka kerana saiz yang saya berikan adalah L tetapi mendapat saiz M.  Saya nasihatkan anda buat ukuran yang betul dan kemudian padankan dengan saiz yang bersesuaian dengan muka anda



Antara ciri lain telekung Esklusif Al-Kauthar  Cinta Madinah adalah

  • MATERIAL : PLAIN COTTON
  • 1ST GRADE TANPA SULAM
  • DIHIASI DENGAN RENDA DARI MATERIAL ENGLISH COTTON BERKUALITI TINGGI
  • TELEKUNG DIJAHIT 2 LAPISAN HINGGA PARAS PINGGANG
  • UKUR LILIT MUKA TERSEDIA DALAM SAIZ XS – XL.
  • LABUH TELEKUNG : 138 CM
Jika anda berminat untuk mendapatkan telekung ini, sila layari laman web berikut:



Selamat hari lahir! : 31 tahun menghitung nikmat

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Dalam hidup ini tentu ada pasang surutnya. Tak terlepas dari ujian dalam bentuk suka duka. Jika kita tahu tujuan yg pasti,tentu diri dapat dididik agar berbakti seikhlas hati tanpa mengharap apa pun balasan selain redha - Nya. 

Ada banyak peristiwa kebelakangan ini yang saya alami. Saya cuba kongsikan yang baik baik sahaja kerana itulah yang cuba dididik. Saban tahun dan saban waktu kerana detik kematian hampir pasti lebih dekat seiring bertambahnya usia

Alhamdulillah hari ini penggambaran seisi kedua di Kids Gym, Main Plaza Mall dan di rumah sendiri selesai. Mencabar juga rupanya bila sehari suntuk shooting. Wah,ambil mood memjadi artis kononnya. In sya Allah rakaman ini untuk satu rancangan tv berunsur keibubapaan yang bakal ke udara di RTM awal tahun depan.


Dan saya juga dalam fasa akhir menyimpulkan kontrak dan manuskrip untuk buku pertama saya yang bakal diterbitkan in sya Allah. Akan saya umumkan publisher yang telah sudi membuat tawaran kepada insan kerdil seperti saya setelah semuanya selesai kelak.

Kedua-dua rezeki ini datang tanpa pernah sedikit pun saya duga. Bukankah rezeki adalah rahsia Allah yg wajar kita syukuri bahkan diteladani?


Team produksi Tribution yang superb, ohsem dan dedikasi. Terima kasih atas ruang dan peluang!

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas doa, ucapan dan salam Selamat yang diutus semua. Akan saya usahakan membalasnya satu persatu.

Kerana doa kalian saya masih teguh cuba mengisi ruang kosong di hati. Berbakti bukan untuk nama atau puji, cukuplah sebagai perkongsian dan kewajipan menyebar ilmu. Kita berkongsi supaya lebih ramai yang tahu.

Be extraordinary!

Adakah kismis makanan sunah?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni tadi sambil saya mengemas dan buat kerja rumah, saya buka rancangan Book Cafe di TV3. Tetamu hari ni adalah Dr Danial Zainal Abidin yang mengupas buku beliau tentang Perubatan Islam & Bukti Sains Moden.

Ada satu bab dimana saya terkejut. Dr Danial mengatakan bahawa kismis bukanlah makanan sunah yang dimakan nabi sedangkan kita sangat sinonim dengan kismis yang dikaitkan dengan amalan nabi.

"Makan kismis tu bagus, tak haram pun tapi janganlah dikaitkan dengan sunah kerana ianya tak benar"

Begitulah lebih kurang ayatnya. Makan kismis adalah baik. Seperti kita makan buah yang lain. Katanya kismis ni selalu dipergunakan dengan mengaitkan dengan nabi sedangkan ianya tidak benar.

Setelah perbincangan dengan beberapa rakan, dan di tambah pula dengan kitab lain karangan Yusof Qardhawi, kami bersependapat mengikut kata mereka bahawa selagi makanan tersebut halal dan suci, maka ianya adalah sunah dan boleh dikatakan sebagai makanan sunah.




Waaah, ini ilmu baru. Terdapat beberapa kitab yang Dr Danial petik saya tak sempat salin. Jadi saya teruskan dengan membuat sedikit pencarian tentang isu ini.

Oh, rupanya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) juga pernah menegur perkara yang sama!

"..banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!"
Dipetik dari post beliau di FB dari page DrMaza.com

Saya juga jumpa video Dr Danial dari Youtube tentang perkara ini:




Saya harap kita lebih maklum selepas ini. Bukanlah tujuan posting ini menjatuhkan apa-apa perniagaan. Nauzubillah. Bukan itu tujuannya. Saya berkongsi agar kita tahu ilmu yang betul dan dapat pula menyebarkan ilmu yang betul kepada orang lain

Wallahu'alam

Kempen BERHENTI makan JUNK FOOD

$
0
0
Assalamualaikum warah matullah

Kesihatan adalah aset dan nikmat dan rezeki yang sangat penting buat kita. Untuk kita syukuri. Tapi tak ramai dikalangan kita yang telah sedar tentang kepentingan menjaga makanan.

Ini bukanlah untuk membuatkan mana-mana ibubapa rasa bersalah atau rasa tidak pandai dalam menjaga anak. Bukan begitu maksudnya. Saya lancarkan kempen ini sebagai langkah kesedaran supaya lebih ramai yang tahu tentang bahaya makanan ringan dan betapa penuh dengan racunnya setiap makanan ringan yang kita beri kan kepada anak-anak kita

Pernah saya lihat seorang anak sekecil usia 2 tahun diberi kan minuman soda dari dalam tin. Ingin sahaja rasanya saya merangkul anak itu dan tukarkan minumannya. Allahu. Minuman berkarbonat yang layak dan mampu mencuci tandas tersebut diberikan pada anak sekecil itu adalah satu kezaliman jika kita tahu bahayanya. Jika kita belum tahu, ayuh lebih cakna dengan masalah ini


Selain makanan ringan seperti keropok, mee segera dan air berkarbonat (bergas), makanan yang telah di proses juga adalah sangat merbahaya. Antaranya kentang goreng, nugget dan sosej. Selama ini kita tidak sedar bahayanya kerana kita mungkin tidak nampak kesan pada masa ini atau mungkin tidak perasan akan bahayanya.

Saya menyeru supaya semua lebih berhati-hati dan elakkan makanan ringan agar tubuh kita dan anak-anak lebih sihat.




Saya kongsikan juga dari laman HealthLine yang telah saya terjemahkan tentang bahaya makanan ringan kepada kesihatan kita


Kesan makanan segera kepada tubuh kita

Makanan segera adalah makanan yang telah di proses, dan penuh dengan gula tambahan, lemak tidak sihat dan garam berlebihan. Ianya tinggi dengan kalori tanpa ada nutrisi baik didalamnya.

Menurut National Institutes of Health, terdapat makanan segera yang dapat memberi kalori yang diperlukan dalam seharian tetapi ianya tidak disertakan dengan nutrisi yang sihat. 

Risiko diabetis
Makanan segera sarat dengan kalori dan lemak yang tidak diperlukan. Pankres anda akan bekerja juat melepaskan insulin supaya gula dapat disalurkan keseluruh sistem darah. Apabila gula diserap dan paras gula menurun, pankread akan melepaskan satu lagi hormon iaitu glukagon. Apabila anda mengambil karbohidrat berlebihan, ianya menyebbakan paras gula tinggi dan pelepasan insulin terganggu. Dan ini akhirnya menyebabkan diabetis.

Sistem pernafasan
Kegemukan melampau atau obesiti dikaitkan dengan masalah pernafasan yang kronik dan menyebabkan komplikasi lain. Obesiti juga menyebbakan terjadinya lelah dan masalah untuk tidur. Kajian jurnal dari Thorax mendapati kanak-kanak yang mengambil makanan segera 3 kali seminggu mempunyai risiko tinggi untuk mendapat sakit lelah dan rhinitis. 

Kesihatan otak

Kajian daripada Public Health Nutrition menunjukkan mengambil makanan komersial seperti donut, croissants, kek serta makanan segera mempunyai kaitan dengan depresi (tekanan perasaan). Mereka yang mengambil makanan seperti ini adalah 51% lebih terdedah dengan risiko kemurungan. 

Kulit dan tulang

Karbohidrat berlebihan adlaah punca sebenar masalah jerawat. Menurut Mayo Clinic, makanan tinggi karbohidrat menyebabkan paras gula naik dan meransang pertumbuhan jerawat. Risiko ekzema juga meningat dengan kanak-kanak yang memgambil makanan segera. Lebihan garam juga akan menyebabkan risiko osteporosis meningkat.


Masalah gigi

Apabila anda mengambil makanan yang tinggi paras gula, bakteria yang ada kana menghasilkan asid didalam mulut anda seterusnya menyerang gigi. bakteria ini mampu memusnahkan teras gigi dan menyebbakan kaviti.




Kesimpulan

Kesihatan adalah amanah. Jika kita punya rezeki lebih tetapi tidak sihat juga dalah masalah yang sangat besar. Makin ramai yang sakit dan bekerja akhirnya untuk menanggung beban bil rawatan.

Elakkan ini terjadi. Ubahlah sekarang sebelum terlambat!

Love,

Salwa

Kenapa minum air terlalu banyak adalah BERBAHAYA?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Selalu kita dengar orang beri nasihat, 

"Banyakkan minum air"
"Kurang air tu, banyakkan lagi minum air kosong..."

Ya, nasihat tu memang betul
Badan kita ni 70% terdiri dari air. Bila kita minum air, kita dapat singkirkan toksin (melalui peluh, kencing dan buang air besar), dapat bantu lancarkan peredaran darah dan tolong kita untuk kurus

Saya sendiri pernah menulis artikel untuk memberi panduan TIPS CUKUPKAN KEPERLUAN AIR SETIAP HARI

Dalam sesuatu perkara, kita ni disarankan bersederhana. Maknanya jangan berkurangan dan jangan pula berlebihan. Benda yang baik pun jika di ambil berlebihan membawa mudharat. Contoh nasi yang beri tenaga jika ambil banyak sangat jadi obesiti. Madu ambil terlalu banyak boleh membawa kepada diabetis

Jadi,

Apa la yang masalahnya kalau minum air banyak?





MASALAH 1: FUNGSI BUAH PINGGANG

Buah pinggang kita adalah penyaring kepada semua toksik dan kotoran yang ada dalam darah kita dan kemudian di ubah menjadi air kencing. Air pula ada kandungan natrium yang membantu untuk menjaga keseimbangan cecair di dalam badan kita. Bila kita minum banyak sangat air, kerja buah pinggang bertambah! 

Kenapa? Sebab buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menyaring air melalui glomerulus. Malah glomerulus boleh rosak apabila terlalu kerap menyaring. Tubuh kita pula mungkin jadi tak seimbang sebab terlalu banyak cairan dan jumlah natrium yang wujud


MASALAH 2: WATER RETENTION

Juga dikenali sebagai fluid retention. Terjadi apabila terlalu banyak air berlebihan dalam sel dan tisu badan. Bila air terlalu banyak, sel-sel kita yang menyerap akan bengkak dan boleh pecah

Jika kita minum terlalu banyak air walaupun air kosong yang tanpa kalori, tubuh badan kita akan terdedah kepada WATER RETENTION



MASALAH 3: OTAK

Pembengkakan di Otak boleh berlaku bila terlalu banyak air masuk ke otak dan situasi ini sangat bahaya. Badan juga boleh menjadi kejang dan pandangan menjadi gelap seketika. 

Dalam situasi lebih buruk, boleh terjadinya pendarahan otak – Saat akibat beberapa sel di dalam otak yang rosak kerana cairan yang berlebihan dan kesan daripada pendarahan otak adalah terjadinya koma dan boleh mengakibatkan MAUT!


Kesimpulan

Bukanlah pula artikel ini bertujuan menakut-nakutkan. Tidak. Minumlah air kosong dengan secukupnya dan tidak pula berlebih-lebihan. Bersederhana dalam setiap perbuatan akan membuatkan badan kita menjadi sihat dan hidup lebih aman!


Love,

Salwa

All Blacks is the RWC 2015 Champion!

$
0
0
CONGRATULATIONS ALL BLACKS!

What a game!

It's the first time ever the two most dominant rugby team in the world were fighting for the Rugby World Cup. Both were crowned as a champion for twice and looking forward for their 3rd title.


There were tremendous amount of unforced errors in the first half by wallabies especially those high tackles. Can't blame the ref for giving AB the penalties and I think he's kind enough not to put Kepu at the sin-bin

The second half was a different ball game. AB was playing a fast game and it went well for the first 15 minutes and awarded with a try from a solo run by Nonu. The Wallabies got their momentum right after that and AB were not getting their possession right and produced a few dropped balls.

Dan has been kicking like a dream! Magnificent and totally brilliant. He stepped up with the drop goal at the 69th minute and that was an exceptional move. He's named as the Man of the Match.


I was literally jumping on the air the moment Barret scored a try at the 79th minute and officially make it the biggest score in the history of RWC final.

AB has proved that they are indeed THE BEST TEAM ON EARTH.
The first team ever to defended the Webb Ellis Cup
The first team ever to be crowned as the champion for three times

Fulltime: New Zealand 34 - Australia 17


Some photos from Witty Images






#ProjekBegSekolah

$
0
0
Assalamualaikum wbt

PROJEK BEG SEKOLAH


Saya nak tubuhkan force khas untuk projek beg sekolah ini dan ingin menjemput sesiapa sahaja yang dapt memenuhi kriteria untuk turut serta dalam team ini



Objektif:

Membantu pelajar dari golongan keluarga kurang mampu/miskin bandar dan luar bandar untuk mendapatkan beg bagi musim persekolahan seisi 2016

Kaedah perlaksanaan:
Beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih

Syarat menjadi focal person:
1) Komited menerima beg untuk dikumpulkan
2) Bersedia mencari/mengagihkan kepada pelajar yang layak
3) Jujur dan amanah
4) Ada whatsapp


Projek in sya allah akan dimulakan minggu pertama November. Jika berminat, tinggalkan no hp di sini. Saya akan hubungi semula dan masukkan dalam team nanti

Mohon sebarkan utk kebaikan bersama.

Percutian ringkas ke taman tema air di Gold Coast Morib International Resort

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah

Hari ni nk cerita satu lagi tempat yang sesuai untuk anda pergi sebagai percutian tanpa di rancang atau short gateaway gitu. Terutamanya yang berada di lembah Klang dan persekitarannya, boleh la masukkan dalam list utk pergi 'balik hari' sebab tempat nya agak dekat iaitu...

Gold Coast Morib International Resort

Kami sebenarnya dah kesana dua kali. Kali pertama tahun 2014 tapi waktu tu pergi dengan anak-anak aje. Kali ini kami ke sana untuk menyambut ulangtahun kelahiran encik suami a.k.a Ayah pada 12 Jun 2015 yang lalu. Kami bertolak pagi 11 Jun dari Putrajaya. Jaraknya untuk kesana melalui pekan Dengkil dan Banting adalah lebih kurang 49.1km dan kami amik masa dalam sejam utk sampai.

Pakej-pakej yang disediakan

Di sini ada disediakan beberapa pakej sebenarnya. Anda boleh pilih untuk menginap dengan dinner dan breakfast atau breakfast sahaja. Ada pakej dengan beberapa pilihan bilik. Pakej biasanya dah termasuk tiket untuk taman tema air mengikut bilangan yang kita dah pilih. 

Kami pilih pakej istimewa utk Birthday. Ye la, nak sambut besday Ayah kan. Istimewanya selain daripada items lain yg biasa tu, nanti akan dapat kek harijadi, dapat sijil, dan dapat teddy bear! Hehehehe. Tatau plak time tu teddy tu warna pink! Cuma, anda kene berikan I/C sebagai bukti hari jadi anda adalah sehari atau hari tu atau sehari selepas anda check in. Done!

Bagaimana nak beli tiket?

Boleh terus ke laman rasmi Gold Coast Resort Malaysia atau jika anda rajin untuk membelek-belek pakej yang disediakan, boleh juga lihat di Groupon kerana kadang-kadang ada tawaran yang disediakan di sana yang juga menarik. Harganya bagi saya agak berpatutan selepas diskaun diberikan. Pastikan baca terma dan syarat bagi setiap pakej supaya anda tidak keliru kerana ada sesetengah keadaan mungkin bayaran tambahan dikenakan seperti tempahan ketika cuti sekolah atau public holiday dan sebagainya.

Taman tema air

Kat sini tarikan utamanya adalah taman tema air yang terletak di antara bangunan penginapan. Taman temanya bagi saya boleh lah tahan besar. Yang menariknya sebab tempat untuk kanak-kanak dengan paras air yang cetek adalah luas dan disediakan banyak gelongsor air yang boleh dinaiki kanak-kanak. 

Pemandangan dari bilik hotel kami
Kita kalau pegi dengan anak-anak ni tentulah anak yang terlebih seronok kan? Jadi bila tengok diorang dapat naik macam-macam gelongsor dan dapat berlari ke sana kemari tanpa risau sangat adalah bonus besar. Tapi pastikan juga mata anda sentiasa memerhatikan anak anda ye. Ye la, malang tak berbau kan

Saya tak turun petang tu sebab anak bongsu tak sihat waktu tu. Jadi hanya Ayah, Imran dan I'jaaz yang turun ke bawah untuk main air. Saya memerhati dari balkoni aje kemudian lepas tu layan TV hehehehe

Seronok bukan main nampak Emak kt balkoni!
Taman ni dibuka kepada yang menginap di hotel dan kepada orang luar juga. Setiap hari dibuka dari jam 8 pagi sampai la 7 malam.

Harga tiket: 

Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak: RM20.00

Perkhidmatan sewa loker dan sewa pelampung pun ada disediakan. Kalau dh masuk nanti ada diberikan tag utk kita pakai kt tangan. Kalau in house guest, boleh aje masuk sesuka hati sampai la check out nanti selagi mana tak cabut tag tu.

Ni la rupa bentuk tag nye ye.

Makanan dalam hotel

Yang ni disediakan ikut pakej. Kami dah amik yang siap dinner. Secara jujurnya tak berapa seronok dengan apa yang diberikan waktu buffet dinner. Tak sampai 4 jenis lauk pun. serius. Rasanya sebab tu tak ramai orang amik yang siap dinner kot? So elok la rasanya u ols pegi aje makan seafood sedap-sedap kat pesisir pantai Morib dan tentu lagi worth it. Huhuhuh. Kalau kitaorang nak pegi lain kali pun rasanya begitulah nampaknya pilihan paling tepat.

Harga bagi breakfast, lunch dan dinner

Kanak-kanak lebih 90cm kene bayar yer. Kalau umur 8 tahun tapi masih 86cm maka nya free. hehehe
Breakfast? Ok lah. Banyak juga menu dan macam-macam pilihan cuma sila la datang awal kalau tak mahu menunggu seat. Memang orang ramai sangat time breakfast. Masing-masing awal sebab nk masuk taman tema air tu awal kot? 

Keadaan hotel

Bilik nya selesa. Setiap bilik air ada jacuzi so budak-budak ni tak cukup main air kat bawah tu sambung lagi berendam dalam jacuzi. Siap bubble bubble lagi. Kebersihan bagus dan memang padan dengan harga yang ditawarkan

Toiletries semua ade, so tayah riso


Tarikan lain

Ada private beach or pantai yang privasi. Tapi tkde orang mandi kat sini. Air nya tak biru pun. Keruh gitu lah. Ada juga tempat nak main sukan pasir macam bola sepak pasir tu. Ada tempat nak lepak-lepak dan order air minuman. Macam pondok-pondok atas air. Sesuai utk function kecik macam birthday ke. 

Nampak tak bear pink tu? Ha tu la hadiah besday dari hotel! Hahaha


Waktu kami kesini, air tengah surut so ade jugak yang pi ke tengah laut amik feel cari siput kot. Kitaorang hanya duduk duduk makan angin (yes, tkde order ape-ape hahaha) 

Tatau la awat muka semua toye plak time ni

Kesimpulan

Jika anda inginkan percutian ringkas dan menarik yang disukai anak-anak, destinasi ini saya rasa berbaloi dan mudah utk di realisasikan. Saya bagi 3.5 bintang!


Selamat mencuba!

Love,

Salwa





Workshop Design Poster menggunakan Powerpoint

$
0
0
Atas permintaan banyak pihak, saya buka workshop design poster menggunakan PowerPoint
Tempat sangat limited

Kenapa?
- Supaya lebih mudah fokus dan pelajar dapat diikut satu persatu
- PowerPoint boleh dikatakan ada dlm majoriti semua komputer termasuk tab dan smartphones
- Tak perlu membeli software lain
- Mesra dan mudah digunakan

Apa yang perlu dibawa?
- Kemahuan belajar yang tinggi
- Laptop yang ada powerpoint
- Bateri telah di charge secukupnya kerana suis tidak mencukupi untuk charge
Perkhidmatan follow up selepas workshop disediakan. 
Berminat?
Hubungi saya melalui pm atau whatsapp 0195558027


Berkelah di Teluk Senangin, Lumut

$
0
0
Assalamualaikum warah matullah

Mungkin ramai yang dah kenal dan pernah berkelah di Teluk Batik, Lumut. Ada Teluk Batik Beach Resort, ada tapak perkhemahan dan dekat pula dengan Marina Cove Resort.

Kami pun sebenarnya dari kecik sampai la besar panjang ni selalu ke situ aje la untuk berkelah. Cumanya dulu lebih bersih dan seronok mandi di sana. Sekarang orang ramai, tempat jadi agak sempit dan pasir pun tak seputih dulu dah (chee, budget lari-lari tepi pantai kengkonon)

Anyways, baru-baru ni family buat trip ke Lumut tapi kali ni destinasi perkelahan nya lain sikit. Kita ke Teluk Senangin, juga di Lumut cuma jalan nak kesana jauh sikit. Kalau dari Teluk Batik tu dalam 15 minit juga lah. Boleh ambil laluan dari Seri Manjung, menghala ke Ipoh. Rasanya dari Seri Manjung around 20 minit begitulah. Jalan nak masuk tu macam ada kelapa sawit la, getah la jadi jangan pelik pulak ye

Tips 1: Sila pakai GPS. Waze ke Google Map ke kalau tak mesti anda akan cuak


Ni la pintu gerbang menyambut kita

Saya buat kerja gila sikit. Disebabkan suami oncall hari tu, jadi dah tau siap-siap la memang tak dapat datang ke sana. Tapi ntah apa angin kus-kus nya, subuh tu jam 4 pagi tetiba rasa nak balik dan buat suprise pi sana. Setelah diambil kira faktor kesihatan anak-anak yang baik, tempoh masa dan keyakinan diri, makanya ambil keputusan drive bersama anak-anak dari Putrajaya sampai ke sana. Jauh gila kot. 279km! Bila fikir balik, awat la buat keputusan gini. Hohoohohoh

Diorang siap-siap selfie dulu. Kami belum sampai time ni


Sampai sana dah jam 12 lebih. Bebudak dah lapar so diorang makan dulu. Oh, suprise tak menjadi sebab mereka berjaya 'menghidu' tindakan nekad tu. Atok la yang paling terkejut dan tak sangka. Anyways,  lepas makan Imran , I'jaaz dan emaknya join la orang lain terjun dalam laut. 

Tips 2: Jangan pilih tengah-tengah. Elok amik hujung pantai ke. Sebab sini ade plak banana boat jadi rasa seriau sebab diorang main dekat dengan kawasan orang mandi

Abam sado tidak dibenarkan mandi kerana risau kot ape-ape sebab dia agak sensitif. Makanya seronok lah dia di apit atok opah yang melayan sambil menikmati angin sepot-sepoi bahasa di tepi pantai yang indah.

Israa' bersama Atok dan Opah.

Hmmm pada pengamatan saya, tak lah seramai orang di Teluk Batik. Bersih dan ada kemudahan asas seperti tempat mandi dan tandas tapi pantainya agak cerun jadi kene hati-hati lah ye. Kalau nak berbarbeque pun elok amik wakaf yang dh disediakan. Dan elakkan asap berkepul-kepul sangat takut menggangu orang lain.

Udah macam hero hindustan shooting kt Hawaii je

Bersama adam dan babahnya

Nak dijadikan cerita, lepas aje kami abes bermandi manda, jerebu datang! waaaa, memang ngam-ngam timing. Syukur betul. Sebab lepas tu langit terus kelabu dan memang teruk la jerebu. Kami waktu tu on the way ke Pusat Bowling di sebelah Aeon Manjung. Terkejut juga. Sempat la main 2 games (saya tak main pun) dan kemudian baru balik ke rumah di Teluk Intan

Gambar kt podium Ocean Bowl

Jadi, jika anda nak berkelah di Lumut, boleh la letak Teluk Senangin sebagai option ye!

Selamat bercuti!

Love,

Salwa















gfdgf

Infografik

$
0
0
Kami menyediakan perkhidmatan untuk membuat poster dan infografik bagi bisnes, event, makluman dan sebagainya pada harga berpatutan

Tempahan boleh dilakukan dengan Whatsapp ke talian +6019 5558027.  

Harga bagi tempahan setiap unit Infografik adalah seperti berikut:

Infografik
- Harga bermula daripada RM120


Bagi tempahan POSTER, anda boleh melihat contoh di link berikut: Tempahan Poster

Berikut disertakan contoh-contoh  Infografik yang telah kami sediakan


Infografik 30 Juzu' Ramadhan



  Infografik 12 tanda bayi tidak cukup susu


Infografik Balik Kampung


Infografik Budget Raya



Infografik Derma Darah


Infografik Duit Raya

Infografik Jerebu


Infografik VitaLea Kids

Infografik 6 sunnah Rasulullah


                              Infografik Keistimewaan Vivix


Cara naik feri Pulau Pinang menggunakan kereta

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Nak sambung balik cerita perjalanan kami sekeluarga yang sebenarnya menemankan suami pergi conference di Prai, Pulau Pinang.

Hari kedua sampai tu, keadaan masih berjerebu di Penang. Dalam jam 4.30 petang, kami bergerak untuk ke sebelah pulau pulak. Hasrat dihati nak pi makan, melawat Bukit Bendera dan pi Muzium 3D Art (yang ni semua setelah mendapatkan pandangan dan cadangan dari kawan-kawan di Penang)

Kami memutuskan nak cuba naik feri dengan berkereta.


Dari tepi feri. Berhati-hati ye kalau ade anak kecil
Kalau nak tau, perkhidmatan feri kat Penang ni lah yang tertua di Malaysia. Start tahun 1894 dan sekarang ni ada beberapa jenis feri yang digunakan:


  • Pulau Undan
  • Pulau Angsa
  • Pulau Rimau
  • Pulau Pinang
  • Pulau Payar
  • Pulau Kapas
  • Pulau Rawa
  • Pulau Talang-talang

Bese lah kan, dah namanya mende baru, mesti la cuak first time nak try. Huhuuhu.
Perkara pertama adalah google nama terminal feri tu.

dan namanya adalah...

TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM

yang ni yang kt sebelah Butterworth (Tanah Besar) lah ye.

Tips 1: Pakai waze atau Google Map utk pastikan anda tak sesat sebab signboard kadang2 mengelirukan

Jarak hotel kami dengan terminal ni dekat aje rupanya. Dalam 4 kilometer aje. Good2. Kemudian kami pun masuklah ke kawasan tempat kereta beratur. Kene bayar lah. Untuk satu kereta pergi dan balik (return) berharga RM7.70


Pembuktian. Mana la tau boleh claim.. hahaha

Oh, disenaraikan juga harga-harga tiket yang saya ambil dari Wikipedia:


Pejalan kaki

  • Dewasa : RM1.20
  • Kanak-kanak (antara 5 hingga 12 tahun) : RM0.60

Tiket Semusim (pejalan kaki)

  • Dewasa : RM30.00 – sah dalam tempoh dua bulan sejak tarikh tiket dikeluarkan.

Penumpang istimewa

  • Kanak-kanak sekolah : RM0.60
  • Kad Orang Kurang Upaya : Percuma

Kenderaan bermotor

  • Basikal: RM1.40
  • Motosikal (termasuk pembonceng): RM2.00
  • Beca/pacuan tiga roda: RM3.00
  • Motokar (termasuk van, pacuan empat roda, kenderaan komersial pacuan tiga roda, motosikal dengan kereta sebelah): RM7.70
  • Lori (2 gandar dengan 4 roda): RM13.20
  • Lori (2 gandar dengan 6 roda): RM27.50

Selepas membuat pembayaran, maka kereta pun beratur lah sementara menunggu feri sampai di terminal. Sambil-sambil tu boleh la selesaikan urusan yang sepatutnya seperti memotong kuku, minum petang, update facebook dan tulis blog. hehehehe

Ok, setelah laluan dibuka dengan tak sabarnya kami pun masuklah.

Tips 2: Pastikan enjin dimatikan dan hand brake di tarik ye. Anda pasti tidak mau menggelongsor ke laut! :p

Dan seperti kebanyakan pelancong lain, kami turun kereta dan bergambar lah dengan keadaan jerebu yang tak berapa best. Sepatutnya boleh nampak jambatan pulau pinang dengan komtar tapi dah jerebu. Huhuu. Kami pun tk lama di luar sebab bahaya.
The boys


and we got the front spot.. (macam la ade beza kan)


Abaikan tudung selebet akibat tiupan angin tu

Perjalanan dalam 20 minit begitulah. Selepas sampai di Terminal Feri Raja Tun Uda (Georgetown) kami terus menuju destinasi seterusnya iaitu Muzium 3D Arts yang terletak tak jauh dari terminal. Cerita dan tips melawat muzium art ada disini: Tips melawat Muzium 3D Art

Tips 3: Pastikan anda juga tahu bila feri pertama dan feri terakhir . Karang terlepas pulak

Untuk memudahkan urusan anda, ini yang saya dapat infonya:

Terminal Feri Sultan Abdul Halim (Tanah Besar)

  • Operasi feri pertama : Jam 0600
  • Operasi feri terakhir : Jam 0100

Terminal Feri Raja Tun Uda (Pulau)

  • Operasi feri pertama : Jam 0530
  • Operasi feri terakhir : Jam 0030

Kami pulang kembali ke hotel dengan menggunakan jambatan Pulau Pinang. Hajat nak naik Bukit Bendera di batalkan sebab jerebu dan jem nak ke sana.

Sebenarnya nak naik feri sebab lagi dekat tapi dah terlepas lorong sebab time tu jalan jem (lepas magrib) dan kami terlepas lane. 

Tips 4: Rupanya lane yang kiri sekali yang panjang tu adalah orang beratur nak masuk terminal. So jika anda nak naik feri, pastikan sentiasa berada di lane paling kiri sewaktu menghampiri feri.

Ada juga hikmahnya. Sebab dapat bawa anak naik jambatan dan rasanya lagi cepat pulak naik jambatan daripada dok beratur tunggu feri tu. So kira ok lah. hehehe

Harapnya entri ini membantu anda. Selamat menaiki feri!

Love,

Salwa

Tips melawat Muzium 3D Trick Art Penang

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Mesti ramai pernah dengar tentang Muzium 3D Art ni kan?
Kami pun ade dengar banyak cerita menarik tentang Muzium ni.


So sewaktu menemankan suami conference di Prai haritu, kami mengambil kesempatan melawat muzium ni. Muziumnya terletak di Lebuh Penang. Dekat aje dengan Terminal Feri Raja Uda. Dalam 600 meter. Kalau tak jem, 2 minit sampai sudah.

Kalau tengok sekali lalu, eh, mcm terlepas pandang sebab dia bukanlah bangunan sebuah. Dia nya adalah kedai dua tingkat yang diubah menjadi muzium.

Tips 1: Parking memang susah nak dapat. So dropkan aje anak beranak then cari lah parking ye

Selepas tu anda akan beratur di kaunter tiket. Bayaran utk setiap pelawat adalah seperti berikut:

Kaunter tiket

Harga tiket setiap kategori

Kami hari tu dah agak lewat sampainya. 5 lebih dah. dan weekdays muzium ni tutup jam 6 petang. Makanya agak rushing la jugak nak habiskan tangkap gambar banyak tempat kan

Tips 2: Pastikan anda ada dalam 90 minit kalau masuk muzium ni. Baru la syok bergambar

Setelah bayar tiket, kami pun mula la explore muzium ni. Menarik. walaupun dari luar nampak macam kecik aje tempat ni, tapi bila dah masuk, eh mcm besar pulak. Nama pum 3D art trick kan.. u got me!

Ni namanya main gasing penuh kesopanan
Dalam ni ada ramai pembantu pembantu yg boleh tangkapkan gambar u ols. Diorang pun dah pro dah nak amik ikut angle (sudut) yang paling perfect. Cuma beselah kan, kalau korang bawa anak kecik-kecik lagi, jangan lah expect gambar tu jadi perfect sangat. Tentulah senget benget sorang ke sana sorang ke mari. Sila lah bersabar

Paling tak best sebab kitorang tak bawak camera and rely on smartphone semata-mata. Phone saya plak skrin dah pecah so bila tangkap gambar senang goyang. Blur aje. Sob sob . sangat rugiiiii

Tudung dah cantik dah tapi goyang plak! sob sob

Hujan teh tarik!!!

Jangan bagi jaws tu keluar.. (Imran rilex je muka)

Blur gambar ni. sian ayah penat je posing

Tips 3: Pastikan bawa kamera atau phone canggih mcm iphone ke. Nak bawak DSLR lagi baguih. Baru la berbaloi beli tiket.

Kitorang pusing sampai atas. Dan oleh kerana rushing makanya tak amik la semua 3D art. Mana yang dapat aje. Staff diorang sangat baik dan helpful. Layan dan borak-borak lagi walaupun dh pukul 6. Kitaorang aje dalam tu. Dah settle baru diorang close the museum. 

Sebbaik panda ni senyum je 3 hero dok belakang dia

Tips 4: Kalau boleh pakai la yang bright sikit supaya nampak outstanding dalam gambar tu

Anyways, mmg pengalaman yang best.
Tak sia-sia la naik feri sampai georgetown nk pi sini kan.

Will i recommend u to visit it?

OF COZ!

Love,

Salwa



Belajar tentang alam di Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Alkisahnya, disebabkan satu video anak-anak sedang mengejar ikan yang viral di fb, makanya saya menyeret (seret tuh...) satu keluarga untuk ke Pusat Penghayatan Alam yang terletak di Wetland Putrajaya ni. 

Bukannya jauh sangat pun tapi ye la, yang dekat tu la yang paling susah nak pegi, kan?


Jika anda masuk pintu gerbang utama Wetland Putrajaya, jalan terus dan di roundbout tu kene belok kanan. Tapi kadang-kadang laluan ke kanan ditutup sebab dah penuh jadi anda perlu parking di sebelah kiri roundabout.

Ni bangunan nya
Kami sampai jam 9.30 pagi. Ramai juga dah orang waktu ni. Tatau la nak expect ape kan tapi rasanya orang-orang ni pun macam saya jugak la mencari tempat ikan tu sebab beberapa kali dengar

"Mana tempat ikan tu ye?.. Ala tunggu la kejap lagi sampai la tu"

Hehehehe,. hebat betul kuasa media dalam bab memviral ni

Takde tiket. Jadi masuk percuma
Tempat ni ade 3 tingkat. Masuk je anda terus akan berada di tingkat tengah-tengah dengan ruang pameran yang bertemakan wetland atau paya. Menarik juga. Gelap aje masuknya tapi ade lampu. Kebanyakan binatang takde dalam tempat kaca tu. Actually rasanya macam tkde binatang pun lagi kot. Mungkin nanti baru diorang letak.

 Lepas tu kami naik ke atas dulu. Kat sini ade globe besar yang di kelilingi burung bangau. Eh betul ke bangau? Pakai teka aje ni. Kemudian ada tempat utk anak-anak bermain. Ade satu game interaksi yang saya pun tk berapa nak pasti kenapa cara mainnya pelik sikit.

Ni la game nya. Kita kene letak card tu kat tempat lalat muncul
Kemudian ade ruang santai untuk lepak-lepak dan ade juga disediakan mini library berkaitan alam sekitar yang kita boleh baca. Jangan bawa balik sudahlah ye buku-buku tu

Imran dan ayahnya membaca buku
Di tingkat ini juga ada ruang tinjau di bahagian luar. Jadi boleh la tengok pemandangan sekitar Wetland. Cumanya waktu tu tengah construction dan renovation so pemandangan tidak indah lansung. Huhuu. Tunggu setahun dua lagi cantik la kot

Tempat yang di tunggu-tunggu ada di tingkat paling bawah. Masuk je ruang interaksi tu mmg budak terus melompat la. Tayah di suruh pun. Tak percaya tengok aje la video bawah ni:



Dah lama baru la letih. Di sebelah ruangan ni ade bilik tayangan macam teater. Skrin melingkung. Besar dan gempak la sound system nya. Ditayangkan pasal paya, kepentingannya, ekosistem, alam sekitar dan ada juga diselitkan kemusnahan seperti tsunami.

Askar-askar keletihan berlari!
Overall,  saya rasa bagus bawak anak-anak ke sini
Biar mereka belajar sesuatu

So, jemput la ke sana ye!

Love,

Salwa

Kenapa saya sorok report card anak saya?

$
0
0
Kenapa saya sorok report card anak saya?
--------------------------------------------------

Selalu yang terjadi, anak-anak yang menyorokkan report card mereka terutama jika ada warna merah. Masing-masing kalut dan ada pula meniru tandatangan penjaga supaya rahsia tidak terbongkar

Lain pula halnya dengan saya. Sewaktu ramai ibubapa berbangga dengan kejayaan anak mereka, saya juga turut berbangga dengan anak-anak saya yang istimewa. Jadi kenapa sorok report card itu?

Anak sulung saya baru mencecah 6 tahun beberapa hari lepas. Anak kedua pula berusia 4 tahun. Pada bulan September dan Oktober, mereka hanya bersekolah beberapa hari kerana saya kuarantin di rumah akibat jerebu. Beberapa subjek eperiksaan yang tidak dapat dihadiri juga tidak dapat di ulang kerana akhir Oktober, mereka berdua membuat 'dental clearance'.

Dan ketika menerima report card tersebut, saya mmg sudah jangka apa yang akan diterima. Saya mungkin faham. Cikgu mereka juga mungkin faham. Tetapi anak sekecil ini tidak akan dapat faham jika mereka terjumpa laporan dengan kedudukan yang paling corot didalam kelas.

Sungguhpun jika mereka dapat menduduki kesemua peperiksaan dan masih juga mendapat kedudukan tercorot, saya tidak akan sesekali memberitahu mereka. 

Kenapa?

Usia yang begitu muda dan kemahiran yang masih banyak belum diteroka TIDAK PATUT sesekali di sia-siakan dengan ayat

"Tu la tak belajar lagi, kan dapat nombor teruk"
"Buat ape pegi sekolah kalau nombor corot"
"Malas lagi buat latihan, nanti tak pandai"

Ini semua RACUN!

Dan kemusnahan ini maha besar hingga buatkan meraka rasa mereka tidak bijak dan memperlekeh diri sendiri walhal BAKAT dan MINAT mereka belum habispun di keluarkan.


Berhentilah meracuni anak-anak kita. Duduk dan fikir. Jadikan pelajaran itu satu seni dan keseronokan. Jika hasilnya berbuah baik, raikan dan seronoklah dalam rahmat yang Allah beri. Pujian atas usaha dan bijaknya anak wajar dinikmati bersama

Namun jika hasilnya tidak sebaik yang diharap, jangan terus buang dan hukum. Ambil masa, baja dan siram kembali. Mereka perlu perhatian dan mungkin juga akademik bukan bidang yang mereka perlukan.

Bukan semua pokok hidup untuk berbuah
Ada yang hidup kerana menyerikan laman
Ada yang hidup kerana memberi perlindungan
Ada yang hidup kerana menjadi kediaman

Raikan semuanya kerana akhirnya semua pokok juga membebaskan oksigen yang membawa manfaat kepada segalanya!

P/s: Imran & I'jaaz, jika sekalipun suatu hari kalian membaca catatan Emak ini, ketahuilah sejak dalam kandungan lagi Emak sentiasa yakin dan percaya, setiap anak-anak Emak adalah mahluk TERISTIMEWA dan sentiasa dalam DOA. Love u forever!

5 tips naik Cable Car Langkawi

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya kat Malaysia ni mmg dah banyak juga lah cable car atau kereta kabel ni. Kita ada yang di Bukit Bendera, lepas tu di Genting Highland ade juga. Antara yang terbaru dan ramai orang suka sekarang adalah Cable Car Langkawi atau dikenali juga dengan nama SkyCab Langkawi


Dalam lawatan kami ke Langkawi ni, hari kedua kami ke sini. Selepas mendengar saranan kawan-kawan, selepas sarapan sahaja di tempat penginapan kami bergegas ke sana. Sebab khabarnya kalau lambat, nanti beratur sangat panjang dan ada kemungkinan tak dapat naik! uuuu scary

Tips 1: Memang kene gerak awal. Biar lah kita sampai sebagai tetamu first pun tkpe

So kami bergerak lah dari tempat penginapan di Tok Senik Resort. Ambil masa dekat sejam juga (or mungkin sebab drive dengan penuh lemah lembut kot). Jalannya agak belok belok sikit towards the end. Kami memula rely only on sign board jalan sebab kengkonon nk jimat bateri hp dan tak turn on GPS, malangnya sesat!

Tips 2: Memang kene pakai GPS la supaya tak buang masa sesat sebab papan tanda tak berapa membantu

Dipendekkan cerita, sampai jugalah kami di sini. Oh ye, parking dia limited sikit. Then korang macam akan pelik, eh betul ke parking kt sini. Jangan risau. Mmg betul. Sebab kita kene berjalan sedikit melalui dia punya kedai-kedai dan tasik sebelum sampai tempat beli tiket tu.

Ni la pintu masuknya

Kene lalu tasik dan perkampungan Oriental ni

Tips 3: Masa cable car buka berbeza mengikut tarikh. Pastikan check dulu kt laman SkyCab Langkawi utk tahu masa opening hari korang nk pegi tu

Sekarang ni bole beli tiket online dah so tkde mslh juga la nk secure tempat kot. Oh ye, diorang juga ade VIP dan Express Lane pass. Tiketnya adalah lebih mahal tapi korang tk perlu beratur panjang sebab ade laluan khas utk korang terus dapat naik cable Car

Nampak tak sebelah kanan tu Express Lane?

Kalau dh sampai jauh-jauh dan barisan panjang, beli aje la tiket VIP tu if SANGAT TERINGIN nak naik. Ni kes yang kalau tak naik dia bole termimpi-mimpi.

Berikut senarai harganya tiket :

BIASA: 
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM25

EXPRESS LANE:
Dewasa: RM85
Kanak-kanak: RM75

VIP PRIVATE GONDOLA
RM400 atau RM500 utk satu gondola (utk 4 orang)

Jadi decide lah nak yang mana satu. Hari tu kami amik yang biasa aje sebab mmg tk ramai orang pun lg time tu. Terus aje dapat gondola. Untung lah tak payah tunggu

Diorang berdua ni lansung tak gayat hokeh

Nanti akan sampai stesen pertama. Kat sini ade tempat macam deck bentuk bulat so kita boleh tangkap gambar dan selfie puas-puas. Kat sini jugak ade orang amik gambar dan drg letak frame atau keychain. Terpulang samaada kita nak beli atau tak.

Cantik kan pemandangan dari deck ni?

Kami kemudian naik kembali cable car untuk ke puncak. Jaraknya kali ni lebih dekat tapi tinggi tau! kalau rasa tk berani atau rasa malas nak naik, boleh aje terus amik cable car yang menuju kembali ke stesen kat bawah sana

Menghampiri stesen atas

Atas ni lagi macam-macam boleh dibuat. Ade Sky Cafe untuk makan dan minum yang ringan-ringan atau snek. Ada pulak seekor Mickey Mouse menunggu time kitaorang sampai so anak-anak memang happy lah. Boleh bergambar dengan Mickey ni dan nanti diorang buat la frame dan hiasan. Kalau anak dah bergambar memang hampir 90% ade chance korang kene beli. Pandai kan diorang

Encik Mickey Mouse yang di maksudkan

Tips 4: Kalau beli air siap2 pun lg bagus sebab atas ni mahal sikit ye

Ade satu lg deck yang besar dan lebih tinggi tapi kene panjat tangga la ye. It's worth it. Bila sampai kt atas tu rasa wah cantiknya. Kata orang boleh nampak Thailand dari atas ni tapi sebab saya pun tk sure jd tatau la yg mana satu dikatakan negara Thailand tu. View mmg superb!

Panjat jangan tak panjat!

Lepas amik gambar dan beli air mineral kami pun amik cable car utk turun. Turun sebenarnya lagi gayat dari naik. Again, hero berdua ni tk heran pun. Elok je. Sampai bawah tgk mmg ramai sgt org dah beratur sampai melimpah ruah. Huhuh. Sebbaik datang awal.

Tips 5: Jangan terus balik. Boleh jalan-jalan sekitar Oriental village ni

Kat sini pun ada macam2 aktiviti boleh cuba. Ada simulator utk F1 lah, ade 3D gambar lah. Semuanya kene bayar. Haritu kami dapat kupon tapi decide tk masuk sebab takut anak-anak dh letih sangat dan nanti bunyi dalam tu bising.

Kami memilih untuk ke tepi tasik untuk aktiviti memberi ikan makan. Ade dijual makanan ikan dengan harga RM1 sepeket. Seronok betul diorang ni dapat bagi ikan makan. Ikannya pun jinak belaka. Sebab dah bese kot orang asyik bagi makan

Banyak ikan dalam tasik ni
Ade juga deretan kedai menjual cenderahati dan coklat. Harganya berpatutan di bawah ni. Dapat la juga membeli satu dua coklat buat makan dalam kereta. 

Kami meninggalkan Cable Car Langkawi untuk ke destinasi seterusnya yang tidak jauh dari sini iaitu Taman Buaya Langkawi

Secara keseluruhannya, tempat ni mmg best!
Kalau pi Langkawi, datang sini tau

Hehehe

Love,

Salwa

Shopping di Johor Premium Outlets (JPO)

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari tu ada cerita tentang Tips ke Hello Kitty Town di Nusajaya. Kali ni nak cerita sambungan nya pada hari kedua di mana kami decide utk ke Johor Premium Outlets atau glemer juga di kenali sebagai JPO yang terletak di Kulaijaya



Pagi yang masih sunyi sepi. Kami bersarapan di kedai mamak yang berdekatan dengan hotel. Balik semula ke hotel untuk bersiap-siap dan check out

Kami dimaklumkan rakan yang duduk di JB utk keluar awal supaya sampai awal di Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya. Katanya, kalau tengahari keadaan disana panas terik dan ramai orang.

Tips #1: Sampai sebelum pukul 10 di JPO memang membantu juga

Kami sampai jam 10.10 pagi. parking masih kosong dan cuaca masih redup. Kami menyewa taxi utk Imran dengan deposit RM100 dan sewa RM30. Mahal dan ended up Imran berebut dengan I'jaaz utk naik.

Tips #2: Kalau anda ada anak lebih dari seorang, kami tak galakkan anda sewa taxi ini. Sumpah!

Banyak juga kedai-kedai disini. Emak dan Ayah keluarkan list Boycott Israel Products dan tak memeranjatkan bila hampir separuh kedai-kedai disini termasuk dalam list. Bagus, boleh berjimat juga.



Secara jujurnya, harganya sama sahaja. Kata kawan kami, ikut 'nasib' di JPO ini. Ada kalanya apa pun tak dapat beli. Ada kalanya sale yang sangat best hingga berguni-guni yang dibeli.

Jadi, kami datang pada waktu yang salah mungkin. Dapatlah beli seluar budak-budak sehelai dua dan beli coklat. Coklat whittaker's ini memang favourite Emak sejak student lagi. Kalau dulu satu bar dalam NZ4.50 atau RM11..tadi beli RM21..sebbaik Ayah yang belanja




Tips #3: Mungkin kalau anda betul-betul mahu shopping, sebelum ke JPO dapatkan risikan-risikan kawan yang duduk disekitar JB untuk tahu bila sale akan berlansung. Contoh Year End Sale, Sale raya CIna dan sebagainya

Kami kemudian makan di food Court JPO. Harganya oklah, berpatutan. Kemudian kami ke pasir Gudang (sesat di Kulai terlebih dahulu) untuk menziarahi seorang rakan yang baru dapat baby. Jam 5.15 baru kami keluar dari Pasir Gudang.

Faktor hujan dan kereta yang banyak membantutkan perjalanan. Hampir jam 10malam baru sampai di Seremban. Letih!

Apapun, moga perjalanan ini memberi pengajaran dan pelajaran dan mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga. terima kasih Ayah!

:)

Love,

Salwa

7 tips duduk dlm wad hospital kerajaan

$
0
0

Assalamualaikum wbt 

Sesuai dengan keadaan saya sekarang yg dah masuk hari ke-4 menjaga bayi di hospital, makanya saya nak kongsikan beberapa tips kepada anda semua di luar sana supaya keberadaan anda di hospital kerajaan menjadi lebih senang dan TENANG

Oh sebelum tu, memang semua ahli keluarga saya ada insurans perubatan dan anak-anak juga ada medical card. Tapi kami masih memilih hospital kerajaan kerana lebih yakin dengan mutu konsultasi, ubatan dan ketelusan mereka dalam diagnosis walaupun mengambil masa yang lebih lama dalam mendapatkan rawatan atau temu janji. Saya tidak kata swasta tidak baik. Saya kata kami LEBIH YAKIN mendapatkan rawatan di sini.

Sebelum melalut lebih panjang biar saya ke point sebenar entry ni. Hehehe. Tips wajar di praktikkan ketika masuk wad di hospital kerajaan.

Tips 1: Bekerjasama dengan semua kakitangan 

Memanglah masuk hospital mesti ada check berkala dari nurse. Setiap hari beberapa kali akan periksa tekanan darah, suhu badan, paras SPO2, ada kes yang kene amik darah. Jadi redhalah. Janganlah merungut dan marah mereka. Itu tugas mereka. Kalau anak jagaan anda susah nk tidur dan baru 0.005 saat tertidur waktu nurse dtg nk amik bacaan, berunding lah dgn nurse tersebut dengan berkata baik dan lembut minta ditangguhkan kejap. Biasanya tkde mlsh pun sbb nurse juga faham. Tp kalau kita buat muka masam tk puas hati, ingat org nak ke tolong?

Pakcik makcik cleaner juga kita kene bg kerjasama. Mana yang boleh diminimalkan sampah tu boleh dibuat sendiri. Contoh botol atau plastik jatuh ke lantai ,  boleh kutip dan masukkan dalam tong. Kalau mereka dtg nak sapu atau ambil sampah, jgn pula tak layan dan sibuk dgn hp. Cuba ucap terima kasih. Mereka ni dah bertahun kerja hospital dan silap silap lg banyak ilmunya dari kita. Saya selalu dapat tips best daripada mereka ni.

Tips 2: Houseman pun doktor juga

Nampak simple tapi sebenarnya ramai lepas pandang. Kalau waktu 'round' hanya pakar sahaja yang kita nak entertain. Kalau yang dtg housemen buat 'clerk' atau 'round' pagi-pagi tu kita jawab nak tak nak aje. Tak boleh gitu sebab mereka juga harus belajar dan tahu apa kondisi penyakit anda atau anak anda. Nanti mereka juga yg akan brief MO dan pakar jd mereka juga patut dilayan sama rata.

Semua pakar dalam dunia ni melalui proses yg sama. Mereka satu masa dahulu seorang houseman juga. Kenapa kita tak mau bantu mereka?Saya akui kdg ada juga terlepas layanan jika waktu tu busy anak meragam nak menyusu/makan. Yang tu tak dpt nak elak makanya jangan terasa hati ye. Kalau ada doktor or houseman yg baca, ketahuilah kalau baby dah meragam nak susu, emaknya mmg serabut!

Sama juga kalau ada medical students yang dtg nak interview. Layanlah dgn saksama kerana drg dlm proses belajar. Cuma adik-adik students ni kene pandai baca situasi ye. Kalau org tu tgh nmpk serabut toksah la pegi dekat dia time tu.

Tips 3: Bawa/Beli sambal, budu, tempoyak

Makanan hospital. Biasalah kan. Kalau kita tak makan membazir sangat. Tk elok membazir walaupun tekak kembang je tengok. Jadi apa yang saya biasa buat adalah turun ke kantin dan beli sambal belacan. Tiiinggg! ! Semuanya bertukar jd sedap...nyum2

Jadi utk elak pembaziran, anda bawa la apa sahaja yang boleh membangkitkan selera. Tapi ingat,  masukkan dlm tupperware kedap udara! Jangan kita dok sedap makan tapi baunya menusuk satu wad. Gangguan emosi kepada pesakit lain.

Tips 4: Bahan bacaan yang mencukupi

Walaupun sekarang ada smartphones dan tab, kdg2 mslh bateri ni isu sejagat juga. Bagi mengelakkan anda boring dan sunyi ketika bateri mati..bawalah bahan bacaan yg diminati 

Mcm saya mesti akan bawa beberapa buku kerana waktu inilah paling tenang nk baca buku. Tkde la teringat kain tak sidai lagi, lunch tak masak lagi, rumah belum sapu...u know all that stuff.

Tips 5: Penggunaan gadget minimal dlm wad

Kalau untuk anak elok juga bawa yg dia suka buat mcm buku mewarna, buku sudoku , crossword puzzles or ape2 je la yg dia suka utk kill the time. Jgn biasa kan sgt anak menghadap tab dan gadget. Tidak bagus .

Paling tak bagus kalau kita bg anak tgk movie or game or video lepas tu sound dia tk reti nak kecilkan. Tak kira la katil sebelah tu tgh tido ke tgh berperang nk bg neb kt anak ke..itu tidak wajar ok? So pastikan sound slow aje. Kalau dpt bwk headphone lagi bagus. Dan lepas isyak tu toksah la pasang video dh. Bawak bawak tido lg bagus.
Lagi pulak kt hospital. Minimum kan penggunaan nye

Tips 6 : Waktu melawat dan pelawat

Kita ni sakit mungkin setahun sekali je masuk wad. Bayangkan pak guard yang hari hari nak menghadap kerenah pelawat nak melawat kita. Saya pun tak faham juga kenapa lah sampai nak bergaduh. Kalau nak cuba minta izin, minta elok - elok.  Guard pun kdg2 kalau tgk tkde mslh dia akan izinkan tp kalau dh tk dpt kebenaran tu tunggu la.

Di wad pun mereka kelam kabut nk kejar pesakit, nak sediakan ubat, nak round. Kalau kita dtg sesuka hati kang menyusahkan ramai pihak dan ganggu pesakit lain.

Oh ye, hari minggu plg susah hati kalau saya jaga anak. Kenapa? Sudahlah sebatalion dtg melawat katil-katil disekitar,lepas tu borak kemain kuat. Di wad kanak-kanak, jgn la berlama-lama. Anak-anak yg sakit ni lebih mudah dpt kuman. Nak tidur, nak tenang. Mmg lah siang tu ok tp malam nanti demam dan meragam. Kalau bawa anak naik wad, pesan jgn lari-lari dan jgn buat mcm rumah sendiri ye. Bahaya! :) 

Tips 7: Alert ketika doktor round 

Yang ni penting. Sangat penting. Pasang la telinga dan dengar elok elok..kalau tk berapa nak faham tanya semula. Tkde mslh. Biasanya doktor akan happily explain balik dgn layman term pd kita.

Selalu juga jd pakar dah ubah paras ubat contoh neb daripada 3 hourly jd 4 hourly tapi doktor time tu tk dpt nk masukkan dlm sistem sebab tertinggal or time tu la dia kene panggil la etc. Nurse pulak tgk dlm sistem tak berubah. So just make sure kita pun ade buku nota dan catat sama. Then kita boleh betulkan. Biasanya mereka sentiasa double check dgn pakar/doktor balik.

Sama juga mcm appointment dan dos ubat atau details lain. Bukan drg sengaja nak silap. Ye la bayangkan berapa banyak pesakit drg ada so terkeliru pun boleh jd juga. Bukan malaikat ye tk? Jd tugas kita kene lah amik tahu sama. Jgn nak main hp aje ye :p

Kesimpulan

Rasanya dh banyak tu tips dikongsi. Jika kita jaga hak org, in sya Allah hak kita juga terjaga. Kan harmoni duduk dlm wad sama-sama. Rasa senang dan tenang dan lebih cepat sembuh insya Allah kalau dibandingkan dgn jiwa asyik merungut.

Aaa ok ke ok?

Selamat mencuba!

Love,

Salwa

Viewing all 277 articles
Browse latest View live