Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Perlu ke hantar ibu bapa ke pusat jagaan warga emas?

$
0
0
"Nama pengantin lelaki tu Zafran. Itu sahaja yang saya tahu"

Mak Yah (bukan nama sebenar) tidak mahu baju yang lain. Dia mahukan baju pengantinnya. Katanya majlis dah nak bermula dan dia dah bersiap untuk dinikahkan. Mak Yah menegaskan sekali lagi.

"U all semua kena beritahu my brother. Because he's my wali. Lagi satu, kalau tak bagitahu dia, i nak nikah, nanti dia temper. So u please ya, call him and tell him"

Kata-kata yang keluar lancar, teratur malah sangat bersopan santun dalam penegasan yang dibuat Mak Yah. Saya masih di hujung bilik, mengamati butir bicara Mak Yah. Usianya bukanlah muda mana. Sudah hampir 70-an mungkin pada pengamatan kasar saya. Matanya tidak berapa nampak.

"Kemudian can you please call Dee (dan beberapa nama lain yang saya tidak ingati)." kata Mak Yah kepada pemilik Laman Khaira sambil jarinya mengira satu persatu.



"I think that's all. Yang important. Bagitahu saya dah nak nikah ni hari ni"

Walaupun ketika itu sudah melepasi jam 5 petang, cahaya matahari yang menembusi melalui lapisan langsir siang sudah cukup menerangi ruang bilik tempat Mak Yah ditempatkan. Ada 3 katil di bilik paling belakang. Ada katil yang biasa, ada juga katil khas seperti katil hospital di ruangan tersebut.

"Takpe Mak Yah, nanti saya beritahu ya. Mak Yah rehat dulu. Nanti nak makan malam pula" kata Datin Intan menenangkan. Mak Yah mengangguk-angguk dan melihat Datin Intan mengiringi saya keluar dari bilik.

Saya tak dapat menahan rasa ingin tahu. Sebelum saya bertemu Mak Yah, saya telah terlebih dahulu berbual dengan beberapa orang penghuni di sini yang semuanya baik belaka. Mereka ketika itu sedang diperiksa tekanan darah oleh jururawat bertugas. Setiap hari bacaan suhu dan tekanan darah di ambil secara berkala dan direkodkan. Segala pengambilan ubatan dan makanan tambahan juga direkodkan mengikut keperluan setiap penghuni.

"Saya tengok Mak Yah tutur katanya teratur dan begitu professional sekali", kata saya.

Benar telahan saya. Mak Yah dahulu seorang yang berjawatan tinggi di Bank ******, tidak pernah berkahwin. Mak Yah mempunyai sedikit masalah kesihatan dan pernah melalui pembedahan namun pembedahan tersebut gagal dan menyebabkan Mak Yah mengalami tekanan perasaan yang teruk. Keadaan menjadi lebih memburuk sehingga Mak Yah berhalusinasi.

Kerana itulah kerap Mak Yah berada dalam situasi yang berlainan yang kadang tidak dapat diduga. Mak Yah beruntung kerana mempunyai adik-beradik yang sangat sayangkan Mak Yah, meneruskan rawatan secara berkala agar tekan an perasaan Mak Yah sedikit terkawal melalui ubatan yang dibekalkan pakar. Mak Yah tidak mencederakan diri dan tidak juga membahayakan orang lain. Kerana itu Mak Yah dihantar ke Laman Khaira, agar setiap masa ada pemantauan dari jururawat berkelayakan.


Pemandangan sekitar Laman Khaira


Betul juga pada amatan saya.

Kata Datin Intan, persepsi masyarakat tidak membantu apabila anak-anak atau ahli keluarga mempunyai masalah untuk menjaga warga emas di rumah mereka. Bukanlah bila menghantar mereka ke Laman Khaira bermakna mereka ini derhaka atau lupakan jasa.

Kadangkala ahli keluarga terpaksa berkerja jauh atau offshore misalnya. Tidak ada pula ahli keluarga terdekat yang dapat membantu saban waktu. Bila ada maid yang diupah, mereka tidak tahu adakah jujur melaksanakan tugas. Betulkah sukatan ubatnya, betulkah mereka menjaga dengan baik setiap masa? Kadang sampai perlu letak kamera di setiap sudut rumah, itupun belum tentu dilihat jika terlalu sibuk.

Sedangkan warga emas ini perlukan perhatian setiap waktu, dipantau dengan baik, disediakan makanan-makanan yang bersesuaian dengan tahap umur dan kesihatan mereka. Malah waktu makan malam juga awal, supaya dapat berehat segera. Sebelum tidur diberikan susu suam jika mahu supaya tidur lebih lena dan selesa.

Di sini, anak-anak boleh sahaja datang sepanjang masa. Tiada sekatan. Terletak di kawasan emas di Presint 16, Laman Khaira tenang dan dikelilingi pelbagai kemudahan berhampirannya. Kawasan untuk warga lelaki dan wanita juga berbeza. Ada disediakan aktiviti seperti tazkirah, mengaji malah aktiviti seni untuk yang boleh menguruskan diri. Kini, pusat jagaan warga emas seperti Laman Khaira juga sudah menjadi satu keperluan dan amat membantu terutama untuk mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat jururawat peribadi di rumah atau tidak dapat pula untuk menjaga sepenuh masa warga emas yang tidak dapat menguruskan diri mereka.

Saya fikir, tidak ada salahnya jika semua telah ditimbang rata dan sempurna, saksama baik dan buruknya.

Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh lihat video Laman Khaira seperti yang disiarkan Harian Metro di bawah ini:



Laluan masuk ke pintu utama Laman Khaira
pusat jagaan warga emas, pusat jagaan laman khaira, laman khaira, laman khaira putrajaya, pusat jagaan orang tua, pusat jagaan orang tua puchong, pusat jagaan orang tua kajang, pusat jagaan warga emas klang, pusat jagaan warga emas putrajaya, pusat jagaan orang tua putrajaya, pusat jagaan orang tua selangor, pusat jagaan shah alam, tempat tinggal warga emas
Saya dihadapan pintu masuk Laman Khaira
Bergambar kenangan dengan orang kuat di sebalik Laman Khaira, Datin Intan




Boleh juga ke laman web mereka di www.lamankhaira.com.my atau FB Laman Khaira. Hubungi talian 011-26245662 atau email ke info@lamankhaira.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut

Saya harap ini membantu!

Love,
Salwa


Review Filem Maleficent: Mistress of Evil - Kenapa kena tengok!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Akhirnya dapat jugak pergi tengok filem Maleficient yang kedua a.k.a latest punya. Memang saya dah lama aim dah sejak keluar trailer filem Maleficent dia lagi haritu. Cumanya let me be honest, saya cuak juga bila filem filem ada sequel ni sebab biasanya yang kedua tak best.

Oh if nak tengok trailer dia, tekan ni:



But since hari ni memang rasa tertekan hahahhaha dan banyak keje nak buat tapi rasa perlu me time kejap, so lari lah sebentar melihat filem Maleficient: Mistress of Evil. 

Maleficient: Mistress of Evil ni ni as you know adalah sambungan kepada filem Maleficent sebelum ni. Seperti filem first, keunikannya adalah bila legend yang kita 'tahu sejak kecik' tu, sebenarnya terjadi atas sebab seseorang punya kerja yang u ols akan find out bila tengok filem ni nanti. Konflik timbul bila penyatuan dua kerajaan ni sebenarnya tidak di'restui'. 

Here's my review. No worries, saya jenis tak letak spoiler.






First thing, ya Allah dia punya cinematography memang ohsem. I mean, if minus the CGI pun still cantik lah. Babak memula tu pun dah rasa kita macam ada kat situ sekali. Dan saya sangat enjoy the 'water bubble' scene. Weeeee.

OK then flow cerita dia smooth you see. Takde tetiba nak flashback tak tentu hala. Or babak babak tak perlu. Takde. Semua macam on point and just nice. I like it bila Maleficient berubah ubah karakter ikut keadaan semasa dan apa yang memerlukan dia act that way. She's the core of this story again.

Lakonan wise, semua orang pun memainkan peranan yang tepat. Watak tambahan takde over shadow watak utama. Princess Aurora pun terserlah kematangannya dan ada karisma sebagai ratu Moor dispite kecomelan wajahnya itu. Angelina memang superbly ohsem. Antara babak lakonan dia yang betul-betul saya rasa menonjol waktu scene dia pi makan malam. Fuhh, aura dia tuh tatau nak habaq weih. 


Still cun, menakutkan, sweet, considerate dan sebagainya

Dan saya perlu puji watak protagonist iaitu **** yang memainkan peranan dengan jayanya sampai korang akan rasa nak hempuk hempuk dia dengan botol kaca. Cuma satu la sayang, Prince Philip kurang menjiwai peranan. Rasanya macam ramai lagi mamat hensem dan lebih berkarakter yang boleh dipilih. So, kurang sikit markah kat situ.


Princess Aurora lebih matang dalam sequel ni

Korang juga akan dapat kejutan demi kejutan. Yang nicely disusun babak demi babak. Yang paling saya suka kemunculan 'saudara' Maleficient yang juga menjadi asbab kenapa cerita ni bertukar haluan. Siapa? Kena tengok la hahaha.


Siapakah yang menjadi onar yang sebentar? Jeng Jeng Jeng 


So, basically saya kalau tengok wayang dan rasa sekejap je, maksudnya cerita tu baguih la. So utk Maleficent : Mistress of Evil saya bagi 8 bintang!!

Rumusan secara ringkas:

1. Sebesar mana pun api kebencian, tetapi dapat bertukar atas siraman cinta
2. Jangan takut berubah kearah kebaikan tapi takutlah jika kita berubah sebab kebencian. 
3. Cinta  mampu memadam ketakutan menjadi cahaya bahagia. 
4. Unconditional love does exist
5. Put the past behind you before it consume you
6. Baju Aurora semua cantik especially dua scenes terakhir. Abang, I want dress like that please!!!

P/s: Kalau hati jenis cepat koyak, sila bawak tisu. I ols takpe. Hati besi 😅

Love,
Salwa

Tips: Cara saya handle social media

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Haa harini just nak kongsi a very simple tips macam mana saya spent time setiap hari dengan social media platform. Mana tahu mungkin berguna untuk ols juga kan.. 

1. Pertamanya kena tahu why you use it. Ada orang memang meniaga di sm, so banyak masa akan spent kat situ (untuk meniaga la harapnya). Ada orang just nak bersosial tapi biasanya terbabas berjam-jam tanpa arah tuju (baca: menghabiskan masa). Saya? Untuk berkongsi. Jadi saya spent masa mostly menulis dan reply komen di post yang saya tulis. Bukan untuk menerawang sesuka hati.

2. On average saya spent about 30 mins to 1 hour per day on sm. Yes. Tak banyak. Sebab saya selalu nak share dan update apa saya buat. That' all. Since saya mainly kt fb, so ig kadang tu seminggu tak bukak pun ada. Twitter langsung tak pakai. Again, u have to know kenapa you use any social media then baru tahu berbaloi ke tak spent time.



3. Sebab tu saya kadang boleh terlepas pandang orang tag, orang komen, lupa reply, lupa nk like, tak jenguk wall orang. Jangan kecik hati. Sometimes I do read randomly whatever yang terlintas dan sy akan like or komen ketika itu. Biasanya kt traffic light or waktu tengah beratur beli food. Bukan sombong, tak. Sy just have other priorities in my life.

4. Abes tu nampak saya mcm selalu je ada? Haa itulah kelebihannya. Hahahhaa. Sy post je. Tengok komen or reply tu sy buat ketika macam point 3 tu. Sebab tu nampak macam sentiasa ada. Sebenarnya tak.

5. Sebab tu la kalau setakat beribu notification on activities ke or friend requests ke or pm ke jadi lambat nak reply. Tak dan. Jangan marah or kecik hati. Mesej je semula dan tanya

6. Ada pun ketika ini saya tengah tunggu peserta Forum untuk sampai ke Dewan conference yang di jadual kan bermula jam 10. Saya panel, dan jam 8.30 dah sampai. So saya buat keje opis dulu sikit. Then 15 minit ni sy main la sm. Hahahhaha.

Haa cenggitulah urus masa.

Perlu tahu prioriti dan bijak atur.
Afterall , u know urself better!!

Facebook Blueprint's Trainer Network : Pilot Project

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Satu lagi pengalaman baru beberapa minggu lepas.

Saya bersama beberapa orang lagi rakan trainer mendapat peluang menjadi sebahagian peserta pilot project untuk Facebook Blueprint's Trainer Network.

Projek ini adalah untuk menggalakkan pengajar-pengajar yang mahir dalam menggunakan FB sebagai alat pemasaran dan strategi pemasaran untuk berkongsi ilmu yang diperoleh dengan orang awam terutamanya bisnes-bisnes kecil. Kelebihannya, pengajar ini akan mendapat FB Trainer Network Badge sebagai certification dan pengenalan. 

Sebelum ini ada juga satu lagi dipanggil Facebook Community Trainer Network yang menghimpunkan trainer professional perseorangan yang akan berkolaborasi dengan FB dan partners untuk mengajar bisnes kecil dan SME. 

Boleh cuba tengok kat sini: Community Trainer Australia & NZ

Buat masa ini, bagi program Blueprint's Trainer Network ada 6 lokasi yang terpilih - KL, London, Mexico City, Lagos, Gurgaon dan Tel Aviv. Dan hari ini serta esok saya dalam sesi di KL, cuba mendapatkan badge khas dari team 'Mark Juki'. Badge ini umpama cop mohor yang membolehkan saya boleh mengajar tentang FB di seluruh dunia.


facebook trainer network, facebook trainer, facebook trainer code, facebook community trainer network, facebook blueprint, facebook blueprint trainer, facebook trainer

But the journey itself bukan lah semudah itu.
Tanyalah sesiapa sahaja di dalam bilik ini, banyak kisah dan ujian tersendiri.

Saya harap anda dapat doakan yang terbaik untuk kami semua dan dapat lulus dengan baik untuk menjadi batch pertama Trainer Network!!

😉

Love,
Salwa

Kisah Emak ajar anak mengaji di rumah

$
0
0
"....bila ada budak kecik, kami rasa terganggu. Bagi la ruang untuk kami yang dah tua ni nak belajar dengan aman .."

Lebih kurang begitu lah mesej yang saya terima di suatu pagi awal tahun lepas. Kami hantar Imran dan I'jaaz ke kelas mengaji, dengan hasrat mungkin jika mengaji dengan guru terlatih, mereka lebih berdisplin.

Tidak pula saya tahu rupanya kelas tersebut untuk orang dewasa. Masalah komunikasi pengusaha. Akhirnya saya putuskan untuk tidak lagi menghantar kerana obviously mereka akan menggangu.

Tips mengaji, tips mengajar mengaji, tips mengajar anak mengaji, cara mengajar anak mengaji, ajar anak mengaji, teknik ajar anak mengaji, kaedah ajar anak mengaji, bagaimana ajar anak mengaji
Rekod sebegini memberi semangat kepada anak-anak dan Emaknya juga!
Ketika saya masih bujang lagi, saya sudah memasang niat ingin ajar anak-anak mengaji sendiri. Biar lah mereka kenal huruf dari emak nya. Dan saya dah lakukan pun. Sejak bayi di kenalkan dengan flash card, di beli soft book, malah di buatkan buku custom made khas berserta gambar mereka.


Bila usia menginjak 4 tahun, di belikan iqra, muqaddam, jom pintar, buku dengan bantuan audio malah pelbagai lagi bahan bacaan mengaji (dan bacaan rumi) telah saya sediakan. Pun begitu, mereka masih tidak dapat membaca malah gagal mengingati huruf-huruf walaupun sudah lebih dua tahun. Ketika itulah saya tahu ada yang tak kena. Cut short story, akhirnya diagnos GDD, disleksia dan ADHD.

Mencabar?

Tentulah. Boleh bertukar jadi hijau. Kadang satu muka boleh jadi berminggu sebab terlupa. Kemudian saya dan suami juga kadangkala terlalu penat. Kemudian belum lagi buku rosak tertumpah air, dibawa ke sekolah dan hilang. Dugaan betul!

Malah saya sendiri berekperimentasi berkala-kali dengan bahan. Anak dengan disleksia sensitif dengan bahan. Kertas tidak boleh shining. Yang anak dengan GDD font tak boleh kecik.

Tahun lepas nampak mereka selesa dengan muqaddam upin ipin tapi masalah bila masuk modul ketiga. Silibus nya berubah mengejut sampai mereka tak dapat nak cope. Saya mencari pula yang lain. Terjumpa pula buku iqra yang nampak kemas dan bagus di Borders. Setelah beberapa bulan pakai, mereka pun happy. Dah nak masuk iqra' tiga ketika kedua-dua buku hilang pula!

Adoi lah anak. Nak mencari stok satu hal pulak. Tak ada. Bercuti mengaji lama juga. Sampai lah emak jumpa di MPH Bangi Gateway ketika cari file, dan yang ini hampir sama dengan yang hilang tempohari. Alhamdulillah lepas uji cuba, betul telahan saya. Sebagai denda, julai haritu mereka kena ulang semula dari iqra satu hingga habis iqra dua.

Tips mengaji, tips mengajar mengaji, tips mengajar anak mengaji, cara mengajar anak mengaji, ajar anak mengaji, teknik ajar anak mengaji, kaedah ajar anak mengaji, bagaimana ajar anak mengaji
Inilah muka depan Iqra yang sesuai untuk mereka tu


Alhamdulillah Oktober masuk iqra tiga. Pemahaman dan ingatan makin kuat. Sekarang dh pandai baca baris atas pendek dan panjang. Juga baris bawah.

Lega!!!

Tipsnya:

1. Jangan berputus asa bila anak tidak dapat memahami dengan segera apa yang kita ajar. Kena bersabar
2. Sentiasa cuba material dan buku yang sesuai untuk mereka gunakan kerana anak-anak ni lain-lain pembawakannya.
3. Explore juga teknik yang sesuai. Ada yang jenis ulang sekali dua dah ok, ada yang kena selalu ulang. Macam saya biasanya akan suruh mereka cuba ulangkaji sendiri. Dan tahu mereka faham ke tak bila next session tu dia lancar ulangannya.
4. Doa lah. Kita ni emak ayah mereka, kalau tak doakan, rugi. Doa kitalah yang mereka perlukan juga.

Biar lah bertatih, tapi saya rasa puas hati kami dapat ajar mereka sendiri. Saya sangat yakin, suatu hari mereka akan pasti dapat membaca quran seperti rakan-rakan yang lain dengan tajwid dan bacaan yang betul.

Kami akan terus cuba !!!

😍😍😍

Review filem Pusaka :

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Semalam dah keluar satu lagi filem seram yang
Saya ingat lagi waktu keluar dengan husband saya, tengok filem Maleficient harituh, ternampak poster filem Pusaka ni, then dia cakap, eh orang kata best!

Aik, sejak bila pulak dia ni care? Hahaha. Saya buat carian. Alamak, penerbit sama dengan Dukun haritu. Saya tak la berapa nak enjoy Dukun. So saya keep in the list je lah. But tetiba hari ni tadi rasanya nak jugak la spent time tengok. Otak dah tepu buat kerja. So nak kasi relax.

So saya search Official Trailer Filem Pusaka.

Wow, not bad at all. Ce tengok kat link bawah ni:





Then saya pergi
Ok, ini review saya tentang Filem Pusaka. Jangan risau, as usual takde spoiler.

1. SINOPSIS FILEM PUSAKA

Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle baru je pindah pi Kedah pasai dia nak dekat sikit dengan kembar dia Nur (eh eh eh mcam Nur Ustaz Adam) lakonan makwe dia, Mimie Lana. Nur ni terjebak dengan dadah so asyik keluar masuk pusat pemulihan.

Nak dijadikan cerita, baru je start keje udah dapat satu kes berat bila dia pergi ke satu rumah terbiar kerana ada orang buat panggilan aduan kes bunuh. Di situlah bermulanya misteri demi misteri bila salah seorang pasangan kembar yang juga anak jutawan kuari kat situ ditemui sudah mati beberapa hari.

Jeng Jeng Jeng. 

2. PLOT

Kalau korang bese baca review saya, memang saya sangat tekan kan bab plot ni. Macam nyawa filem jugak lah. Untuk filem Pusaka ni, plot ringkas permulaannya. Nampak macam OK lah. Lepas tu jadi makin saspen. Then kengkonon saya dari awal perhatikan setiap nanak supaya tak termiss dan dapat tangkap 'pelaku' sebentar.

Dia punya saspen korang tak rasa pun dah sejam lebih. Hahhaha. Macam, eh habis dah eh? Majoriti babak perlu dan ada relation. Dia punya plot twist, mak aih, lain macam. Saya harus mengaku yang saya ada la dah bajet dua orang ni mesti 'suspek utama' nih, rasa pandai gila time tu konon terer sekali hampeh. Salah sama sekali!

Hahahha. Good job pengarah dan penulis skrip. 
Memang cool. Cuma ending tu kalau kemas sikit pun OK kot. Sikit je lagi. Sebab rasa kurang umphh plak 5 minit terakhir tu.

3. LAKONAN

Okeh. Yang ni I ols kene bagi 5 Bintang penuh kepada pelakon semua terutama adik Capik kita. Fuhhhh tak sama langsung dengan Ustaz Adam okeh! Saya tak boleh komen lebih sebab itulah watak dia yang paling menonjol selepas tanah kubur dulu. Hehehe. Tapi Inspektor nuar BERJAYA diji

Sindorm Sekolah Berasrama – Sudut pandang seorang Emak Gen Y

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hati siapa sahaja yang tidak luluh dengan berita anak sekecil 7 tahun, mati kerana cemburu rakan-rakannya. Dihantar ibubapa untuk mendalami agama, namun diterima kembali dalam keadaan tidak bernyawa.

Saya mengerti ramai yang marah dan kecewa. Namun, saya bersetuju dengan pendapat Mufti Kelantan yang meminta masyarakat tidak terus menghukum ibubapa yang menghantar anak ke pusat tahfiz atas alasan 'Escapism'– anak tidak ‘menjadi’ lalu dihumban ke tahfiz. Bukan semua begitu. Masih banyak yang benar-benar menghantar anak untuk mendalami agama namun tidak menyedari tindakan tersebut MUNGKIN boleh membawa bencana; sama ada jangka masa yang pendek atau jangka masa yang panjang.

Kerana itu saya menulis. Untuk awareness. Untuk membuka mata dan memberi ilmu. Bukan untuk menghukum dan menunding jari kepada mana-mana pihak.

Saya juga bukanlah seorang pakar perubatan, pakar psikatari atau pakar apapun. Hanya seorang Emak kepada 4 orang anak lelaki yang masih kecil-kecil dan sangat terkesan dengan pelbagai peristiwa membabitkan masalah di asrama terutamanya untuk anak berusia 12 tahun dan ke bawah.


Saya juga lepasan sekolah berasrama malahan kesemua adik-beradik saya juga bersekolah asrama ketika sekolah menengah. Tidak ada masalah yang serius alhamdulillah namun saya menulis dari kacamata generasi muda untuk zaman yang berbeza. Dulu tidak sama seperti sekarang.

Tidak ramai yang tahu tentang Sindrom Sekolah Berasrama. Dalam bukunya Boarding School Syndrome: The Psychological Trauma of the 'Privileged' Child, Dr. Joy Schaverien menulis bagaimana ‘terkeluar dari sistem rumah’ memberi kesan jangkamasa panjang kepada seseorang sehingga beliau dewasa antaranya depresi, tidak dapat memahami emosi dan tidak mampu untuk membina hubungan yang serius (seperti berumahtangga misalnya).

Dalam bahasa mudahnya, jika di rumah, mereka membesar dengan pengawasan dan penjagaan ibubapa, di sekolah berasrama, mereka perlu mengadaptasi pelbagai perkara dalam sekecil-kecil usia. Mereka tidak mendapat ‘bimbingan’ sepenuhnya. Di sinilah wujudnya ‘gap’ atau jurang bilamana ibubapa merasakan guru-guru dan warden boleh mengambil alih peranan mereka sebagai ibubapa dan merasakan itulah yang sebaiknya.

Salah!

Tiada pelukan sehangat pelukan seorang ibu setiap pagi dan setiap malam. Tiada kelegaan yang amat apabila seorang anak diusap dan ditenteramkan ayah ketika dia dalam kekecewaan. Itulah fungsinya ‘parent-child relationship’ iaitu Hubungan ibubapa-anak yang tidak dapat diganti lagi.
Inilah yang tidak dapat dirasakan sepenuhnya oleh anak-anak di asrama. Apatah lagi yang begitu kecil dan masih perlukan bimbingan setiap masa. Mandi pun masih harus diingatkan, tuala pun masih disepah merata-rata, makan pun masih kadang tidak berselera.

Kerana itulah, hasilnya apabila terlalu lama berada di dalam sekolah asrama, perhubungan antara seorang anak dan keluarganya tidak rapat dan mesra. Lebih buruk lagi, sesetengah daripada mereka ini akan menghadapi masalah dikemudian hari selepas keluar dari asrama.

Dr Joy turut menyatakan pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan psikatari yang pernah bersekolah di asrama bawaha mereka ini cenderung mengalami trauma samada jelas atau tersembunyi. Mereka juga boleh mendapat kemurungan, panik (anxiety disorder), tidak mampu meluahkan perasaan, tidak mampu menangis, sentiasa sibuk, tidak mampu memahami orang lain.

Saya fikir kerana itulah semakin hari semakin banyak pasangan yang bercerai berai walaupun hakikatnya bijak pandai. Semakin ramai yang hilang kemanusiaan kerana rasa kasih dan cinta mereka ditarik seawal usia. Belum lagi kita bicarakan tenatng masalah buli, masalah penderaan fizikal dan seksual, nauzubillahi min dzalik. Memikirnya sahaja boleh buatkan kirta rasa sakit jiwa.

Rumusan yang dapat saya simpulkan:

1.Timbang taralah sewajarnya ketika ingin menghantar anak ke asrama. Tidak ada seorang pun yang lebih faham dan tahu tentang kesediaan dan keperluan seseorang anak itu dihantar melainkan penjaga sepenuhnya (boleh jadi ibubapa, datuk nenek atau orang lain).

2.Jika dapat dielakkan, usahlah menghantar anak yang kecil seperti 12 tahun ke bawah ke mana-mana institusi sekalipun. Anak tempatnya di dalam rumah bersama ibubapa.
Renunglah kembali hadis Rasulullah s.a.w ” Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.” (Sahih Muslim, Buku 033. No. 6426). Kitalah yang mencorak dengan warna yang sewajarnya.

3.Adapun bagi kes-kes unik seperti kematian salah seorang atau kedua-dua penjaga, kes kesihatan/psikitari, kes kemiskinan tegar dan sebagainya, mestilah diambil mengikut konteks kes. Benar, tidak semua boleh dipukul rata. Pandangan saya ini untuk masyarakat secara am nya baik di Malaysia mahupun di mana-mana negara di dunia.

4.Jangan kita meletakkan tanggungjawab mendidik baik sudut akademik atau agama kepada bahu orang lain sepenuhnya. Jika tidak pandai, hantarlah bersekolah dan mengaji, asalkan anak pulang setiap hari. Jika terlalu sibuk, ingatlah anak hanya membesar sekali.

Mereka tidak akan kembali semula kepada keadaan dimana kasih sayang kita ditagih sebanyak-banyaknya. Nanti jika sudah dewasa, lambat laun mereka akan keluar dan meninggalkan rumah, dan kita nanti akan kesunyian dari gelak ketawa dan gelagat manja.

Sekali lagi, ini hanya sebagai perkongsian. Awareness. Untuk kesedaran bersama. Saya yang menulis juga masih banyak khilafnya.

Moga Allah jaga saya dan keluarga saya.

Love,
Emak

Imran yang patah hatinya

$
0
0
Imran yang patah hati (sedangkan Emak hancur hatinya)

Awal minggu lalu, ketika dalam kelam kabutnya jadual kami berdua, saya membelikan dua pasang persalinan superhero untuk Imran dan I'jaaz pakai ketika majlis sambutan hari kanak-kanak. Sengaja saya sorokkan dari pengetahuan mereka. Saya dan suami berpakat, malam sebelum itu baru nak berikan sebagai hadiah hari jadi.

Lucu juga mulanya bila mereka tak putus-putus merancang 'apa nak pakai'. Nak pakai baju taekwondo lah, nak pakai jaket lah, nak pakai bedak putih jadi Joker dan macam-macam lagi. Saya biarkan mereka berimaginasi.

Pagi itu juga baru saya teringat untuk membeli kek kerana ada sambutan hari lahir juga. Saya hubungi jiran, minta kek coklat moist tetapi sudah habis, yang ada hanya red velvet. Saya setuju kerana sangka saya jika potong kek sudah cukuplah buat Imran nanti.

Malam itu dengan penuh seronoknya mereka menerima 'surpise' baju Spiderman. Memeluk dan mengucap terima kasih beserta 'I Love You'. Hampir tak tidur malam mungkin kerana excited. Saya pula menjahit serba sedikit accessories untuk dikenakan sebagai Wonder Woman. Dan subuhnya, mereka bangun jauh lebih awal, siap-siap mengenakan custom, saya juga berbuat yang sama sebagai tanda sokongan.

Makanya pergilah kami bertiga ke sekolah. Seperti biasa, ada perhimpunan dahulu, sedikit ucapan dan kemudian tibalah waktu sesi memotong kek beramai-ramai. Biasanya kek akan di letakkan di atas kerusi panjang dan setiap kelas dihadkan boleh membawa sekitar 3 biji kek sahaja bagi mengelakkan pembaziran.Saya berserta dua orang lagi ibubapa kelas yang sama dengan Imran menangkap gambar mereka berbaris untuk memotong. Imran kelihatan bangga dan seronok.

Sehinggalah ketika ingin dipotong keknya, saya perasan pisau kek tidak ada. Hendak tak hendak, kena tunggu kawan yang lain habis potong dahulu. Saya minta dia bersabar. Terlupa pula nak check di kotak kek semalam.

Ditakdirkan, kek sebelah Imran adalah kek Choclate Indulgence dari Secret Recipe. Di sebelah satu lagi kek coklat. Makanya ramai yang memandang ke arah situ. Setelah kawan Imran habis memotong kek coklat, saya pinjam pisaunya dan minta Imran potong.

Imran potong dan meletakkan sepotong di atas piring kertas. Kemudian Imran mempelawa seorang kawan untuk merasa kek Red Valvet tersebut. Kawannya menggeleng. Saya masih memerhati. Imran mempelawa kawan yang di belakang pula, masih menggeleng. Dan begitulah seterusnya. Mereka semua beratur di barisan kek 'chocolate indulgence' dan tidak mahukan kek Imran.

Imran sangat sedih, meluru ke depan semula, meletakkan pinggan dengan sepotong kek tersebut, dan berlari menjauhi tempat perhimpunan. Saya tahu, Imran pastinya sangat kecewa. Hatinya yang lembut dan mudah terguris mesti sudah luka. Dia cuba. Saya tahu. Dan dia kecewa bila pelawaannya tidak bersambut.

Saya yang memerhati kesemua gelagat tadi, lebih tersiat-siat hati. Saya faham benar rasa Imran ketika itu. Saya ambil pinggan dengan sepotong kek tadi, dan kemudian berlari cuba mencari Imran.

Saya cari di ruangan koridor, tiada.
Saya cari di kantin, tiada
Saya cari di kelas Imran, juga tiada
Saya pusing sekolah, pun masih tidak jumpa.

Akhirnya saya putuskan untuk kembali ke kerusi panjang, menghadap kek yang langsung tidak sentuh sesiapa. Saya tercegat disitu, menunggu jika Imran kembali semula sambil memerhatikan alas kek chocolate indulgence yang tinggal alas sahaja.

Hampir sepuluh minit, Imran muncul kembali dengan air mata masih berjuraian di pipi. Saya terus merapati, memeluk dan mengusap belakang badannya. Imran terus menangis.

"Imran nak kek coklat yang neni buat."

"Imran jangan sedih. Ini semua salah Emak. Emak tak sempat nak beli kek coklat yang macam neni selalu buat. Yang macam Imran selalu suka. Nak balik seremban pun tak sempat. Salah Emak beli kek yang orang tak nak. Nanti kita cuba lagi, minta Neni buatkan ok?"
Apa lagi yang saya boleh buat. Anak-anak ini ada preferance, mereka tentulah mahukan kek yang lebih menyelerakan bagi mereka. Dan saya belajar hari itu, red valvet bukanlah keknya.

Imran pula sedang kecewa dan saya pula sudah remuk hatinya. Mengaku bersalah dalam situasi ini, lebih memenangkan dan menenangkan.



Mujurlah selepas itu, semuanya kembali OK. Dan tengahari selepas pulang dari sekolah, saya barulah memberi nasihat kepada Imran.

"Bukan semua yang kita ada, kita berikan, akan orang terima. Ada masa kita akan ditolak. Direject, dipersenda mungkin. Tetapi tetaplah berikan kebaikan. Jika tak ada yang nak, mesti ada orang lain yang nak. Imran kena terus kuat"
Dan itu nasihat untuk diri sendiri juga.
Hati Imran sudah mula bercantum, dan hati Emak berbunga sekuntum!


Jom support Projek Happy Box!!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak kenalkan kepada korang semua satu lagi projek sukarelawan yang terbaru. Uniknya kali ni, konsep yang kita guna pakai adalah Social Entrepreneurship di mana kami akan menjalankan sebuah perniagaan, dalam masa yang sama 100% bahan yang terjual akan diberikan kepada komuniti dan 100% keuntungan akan digunakan untuk program keusahawanan kami.

Projek Happy Box ni actually daripada idea saya sendiri untuk salah satu subjek Sem 2. Dalam Happy Box ni nanti ada soft toys, buku cerita atau buku warna, alatan menulis dan mewarna dan satu tuala kecil. Kita akan pack cantik cantik dan hantarkan kepada pesakit kanak-kanak terutamanya yang sakit kritikal seperti barah, jantung, AIDS dan sebagainya.



Kenapa kena support Happy Box?

Sebab kita semua akan dapat win-win situation! 


  • Orang yang derma dapat bagi hadiah dan dapat pahala
  • Pesakit kanak-kanak yang dapat hadiah akan sangat-sangat gembira
  • Kami student Masters dapat jalankan program usahawan, penuhi KPI dan dapat grad! Yeay!


Kan semua orang happy tuh? Hehehehehe

Macam mana nak beli Happy Box?


Senang sangat. Follow sahaja step bawah ni dan bingo!! Dan boleh menderma. 
Jangan lupa pakai code: BOX SALWA dalam ruangan reference ketika bank in ya. Sebab kami ada KPI yang perlu dicapai untuk setiap pelajar.

Kami akan maklumkan lokasi hospital-hospital yang akan dihantar dan upload gambar serahan/bukti dan sebagainya di laman rasmi FB dan IG  Happy Box Project okeh?

Thanks again for supporting us!!!


Review filem IP Man 4: The finale

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Teruja ketika membuat liputan di Sidang Media Filem Ip Man 4 di St Regis pun tak habis lagi.  Kemudian dapat pulak  tengok filem Ip Man 4 semalam!! Dengan pas media, saya dan rakan-rakan media lain berpeluang duduk betul-betul di hadapan pentas utama. Mengujakan!



review filem ip man 4, review filem ip man 4.0, filem ip man 4,Ip man 2019, ip man 4.0, filem IP Man, ip man the finale, review filem IP Man 2019, review filem IP Man 4.0, filem IP Man, donnie yen ip man, filem IP Man 2019, ip man 2019
Bertugas sebagai media untuk gala premier filem Ip Man 4

Ribuan peminat membanjiri The Starling Mall malam tadi untuk bertemu sendiri dengan Ip Man, dan tentulah mereja juga tak sabar nak tengok filem terakhir lakonan Donnie Yen ini yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Disember nanti. 

Saya dengan tiket gala premier dihadapan pentas utama



Seperti yang dijanjikan, selepas Malam Gala Premier Ip Man 4 di Starling Mall malam tadi (12/12/19), saya akan bagi review untuk filem ni.

Dan seperti biasa, jangan risau. No spoiler at all!!

Ada dua review. Satu yg ringkas dalam YouTube utk yang tak Rajin membaca hahhaha 
Dan satu lg yg bertulis dan lebih details, baca terus sampai bawah OK? 

Version video, click sini:





1. Plot filem Ip Man 4


Smooth, tak susah nak faham. Penceritaan tentang Ip Man yang dah tua dan menghadapi masalah kesihatan dan merisaukan anak nya Ip Jin yang tidak minat nak belajar. So Ip Man mencari peluang untuk hantar anak nya ke USA.

Di situlah perkembangan cerita berlaku bila Ip Man menghadapi masalah demi masalah. Cerita masih berkisar ketidakadilan layanan dan sebagainya.

Pada permulaannya saya merasakan ianya agak slow kerana ternanti-nanti babak perlawanan namun selepas setengah jam pertama, semuanya jadi lebih baik dan pace makin menarik. 

2. Aksi dan lakonan


Sudah tentulah kita ingin melihat bagaimana mahaguru Wing Cun beraksi dalam setiap filem Ip Man bukan? Bagi saya, ianya di chareography kan dengan baik, setiap babak perlawanan ada perbezaan jurus-jurus dan teknik yang digunakan. 

Pun begitu, trademark utama dalam perlawanan adalah tumbukan bertubi-tubi Ip man dengan pantas dan laju yang sering menjadikan kita terbukak mulut nganga. So puas hati la ada dua tiga babak perkara tu berlaku dan siap satu babak tu, penonton dalam pawagam tepuk tangan sebab rasa puas hati gila! Hahahahahaha

Watak-watak utama dibawakan dengan baik sekali. Tiada yang overshadow atau over. Just nice. Walaupun watak antagonist dan protagonist nampak macam sedikit terlebih side dia, tapi masih boleh diterima.

Kredit kepada kawan Ip man, Bob dan anakya Ip Jin kerana walaupun sedikit sahaja wataknya, ianya membawa makna dalam jalan cerita. Nak tahu, kena tengok la kan baru faham

We love you too Ip Man!

3. Sinematography


Ok, ni filem aksi kan. So takde la nk expect gambar pemandangan lawa-lawa plak kan. But angle kamera semua ok, not bad. Waktu babak aksi pun, boleh rasa la puas hati tu

4. Keunikan?


Bagi saya secara generally nya ada dua. Yang pertama kemunculan istimewa Bruce Lee yg dibawakan oleh Danny. Dia tak over shadow, tapi jadi penghubung kepada jalan cerita. Seperti yg kita maklum, Bruce Lee memang anak murid kepada Ip Man dan lagenda dalam dunia seni bela diri. 

Danny lakonkan dengan baik watak Bruce dari segi mimik muka, pergerakan, kelajuan, kungfu, cara sebut perkataan; eh semua sama lah! Memang terer la dia. Dan jangan risau, ada jugak disajikan satu babak Bruce berlawan. Puas hati weih!!

Muka pun dah nak dekat dekat dah
Keunikan kedua adalah sebab sentimen perhubungan anak-bapa diketengahkan. Bukan setakat anak yang belajar, tetapi bapa nya juga dapat belajar sesuatu. Yang ini ada satu scene, ramai penonton mengesat air mata, saya bergenang la menahan sebak juga kan. Datuk Yusof Haslam juga, waktu sembang-sembang dengan dia mengakui dia menitiskan air mata pada babak tersebut sebab touching.


5. Rumusan


Ok, sesiapa peminat Ip man, wajib tengok!
Sesiapa yang tak pernah tengok, boleh je paham, no problem.
Tapi kan, hujung hujung tu, bila dia imbau kembali perjalanan Ip man dari mula filem satu sampai filem last, memang sebak habis. Dan sebagai die hard fan dan tau ini finale, memang tatau nk kata macam mana perasaannya. Dia macam mixed emotion tau tak? Fuhhhh, sebab kita tau lepas ni tak ada dah Ip man lagi.

Dan Donnie Yen pun ada bagitahu, ni filem Kungfu dia yang terakhir. Dia pun dah 56 tahun (sumpah tak nampak 56 u ols, tegang gila muka dia).

Btw, Ip Man meninggal sama sebab macam isteri dia, akibat kanser. Dia dapat kanser leher dan tekak. Meninggal ketika usia 79 tahun.

Tak lupa, thanks to Lotus Stars, Skop Production dan Empire Filem Solutions sebab jemput i ols as media.
So guys, jangan lupa, terjah pawagam 20 December ni!!

Sekian,

IP Emak

Dapat selfie dengan isteri Donnie, Cissy Wang
Saya dan rakan blogger bergambar kenangan



Ditemubual oleh Skop Production

Bersama peminat yang setia menunggu 

Bersama rakan-rakan blogger yang lain



Eli, pegawai pemasaran Empire Filem Production

Rakan media





Sidang media rasmi Filem IP MAN 4: THE FINALE

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya bersiaran dari The St Regis KL Hotel untuk majlis Sidang Media bagi filem IP Man 4.0: The Finale!

Kepada semua yang mengikuti filem Ip Man, tentulah tak sabar nak tengok filem terakhir lakonan Donnie Yen ini yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Disember nanti. Saya pun salah peminat setia filem-filem Ip Man sebabnya filem ni genre autobiography, dari kisah benar dan keduanya sebab filem aksi yg best tak mengarut dan ketiganya sebab ke 'cool' an watak Ip Man itu sendiri.

So dapat lah kan bayangkan betapa terujanya saya bila dapat jemputan untuk hadir harini sebab ada Donnie Yen, Danny (yang berlakon watak Bruce Lee), pengarah dan penulis skrip sekali. Dan ini pulak first time saya dapat cover untuk filem antarbangsa dengan pelakon Hollywood kot.

Cumanya lah kan, sebab taraf tinggi sangat, tadi kami tak dapat peluang pun nak selfie ke, sign autograph ke. Sesi singkat dan ada beberapa sesi tapi kawalan ketat. Maybe atas faktor keselamatan lah kot. Dan maybe sebab genre dia Cina, so sidang media utama tadi memang cakap cina,sepatah haram kami tak paham.

Percubaan i ols selfie mengejut di depan pentas utama

Dan lepas tu ada close session so dpt lah kami masuk untuk sesi bahasa Inggeris. 

Gigih tau cuba dapatkan shot terbaik untuk bubuh dalam blog. Pro tak? Hahahaha

Puas hati la jugak sebab dapat tanya soalan direct kepada idola, Donnie Yen. 
You ols boleh tengok video kat sini:



Oh ye, kalau belum tengok trailer lagi, boleh la tgk kat sini:





Lusa nanti boleh la singgah blog ni balik sebab saya akan tengok in sya Allah tayangan perdana dia kat Malam Gala Filem Ip Man 4.0 malam besok di The Starling Mall.


Haa ni Ip Man tengah jawab soklan i ols tau!

Fuhh fuhhh, hopefully dapat la selfie hahahaha

See you guys again!!



Sidang media yang rasmi.


Bawak encik ini utk merasa pengalaman jadi Media


Ok sebbaik nampak kurus sikit



Whatsapp tak boleh pakai dah tahun 2020? Check hp anda!

$
0
0
Whatsapp tak boleh pakai dah tahun 2020?

1. Baca baik-baik ya, sebab ini memang betul.
2. Mulai 1 Februari 2020, semua pengguna hp android yang pakai version 2.3.7 ke bawah , pengguna Windows 10 ke bawah dan semua pengguna Ios 8 ke bawah, tak dapat lagi pakai whatsapp.
3. Ini kerana whatsapp akan sekat sistem sistem ini dan tidak lagi aktif untuk update sistem operasi dengan version yang disebutkan di atas.
4. Jadi macam mana nak check? Senang sahaja. Pergi ke 'setting' telefon dan boleh tengok di bahagian 'System' atau 'About Phone'. Di situ akan di paparkan butiran termasuklah version Android hp anda. Untuk hp terkini, kita sudah pakai version 9.
Ni contoh lah saya punya HP setting

5. Jangan risau. Version 2.3.7 ni sebenarnya dari tahun 2011 lagi. Saya akan kagum amat jika ada yang masih dapat pakai hp selama lebih 8 tahun. syabas. majoritinya saya rasa tak perlu risau.

6. Antara model yang terbabit adalah seperti Sony Xperia Go ST27a, Huwaei Activa 4G M920, Motorola Atrix, Samsung Galaxy S2, LG Optimus 3D max P720 , HTC Velocity dan banyak lagi. 

Senarai lengakap boleh tengok di sini: HP dengan Android 2.3.7

7. Jadi, semak dan tengok ya. Untuk keselematan dan kesejehteraan anda. nanti tak dapat pakai whatsapp pulak! hehehe








Special Parenting with Wonder Emak!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Happy new year 2020 dari kami dan Didi and friends!!

Hahahhaha.
Okeh.




Untuk tahun ini, antara resolusi baru nombor satu adalah buat satu hari satu gambar. Ni takde dalam list tapi tetiba he husband cadangkan. Macam menarik kan.

Then yang kedua memang dah lama teringin.Nak mewujudkan channel Telegram khas untuk ibubapa terutama yang ingin mengetahui tentang masalah pembelajaran dan anak-anak istimewa!

In sya Allah saya akan berkongsi tips, cerita, pengalaman dan informasi tentang keibubapaan yang boleh diikuti dengan mudah dan praktikal untuk semua.

Saya harap dengan berkongsi tentang special needs parenting, masyarakat akan lebih peka dan mengetahui tentang masalah pembelajaran.

Nak tahu lagi kenapa Special Parenting? Boleh tengok video dan subscribe YouTube berikut ya:




So boleh ajak kawan-kawan dan keluarga follow di t.me/wonderemak dan boleh juga subscribe YouTube Wonder Emak.

Meh Meh meh

Love,
Wonder Emak ❤️

Apa itu Piagam Rumah?

$
0
0
Piagam rumah kami untuk 2019

Nampak simple. Ringkas dan mudah pada mata kasar, tetapi amat 'challenging' untuk kami sekeluarga laksanakan. Sebab itulah di jadikan piagam. Di frame kan dan digantung supaya sentiasa cuba diamalkan.

Bukan mahu 100% sempurna. Kalau dapat separuh pun syukur alhamdulilah. Bukan kesempurnaan yang dikejar, tetapi usaha ke arah itu.

Bila lagi mahu berubah kepada kebaikan
Dan sampai bila kita mahu tunggu?
Tahu-tahu anak sudah besar dan tidak seperti yang kita mahu.

Apa kepentingan piagam di rumah?

Pembatas.
Penyambung.
Penentu.

Membataskan apa yang perlu. Berapa kadar gadget, berapa jam tidur, bila perlu tidur. Ini menghasilkan habit. Dan habit membentuk natural body clock tanpa perlu alarm dan snooze alarm berkali setiap hari.

Alhamdulilah kami sekeluarga termasuk bayi, (memang rutin sejak mula kahwin hingga kini) akan bangun pagi-pagi tidak kira di mana, bila , dengan siapa. Subuh mesti bangun dan bersiap walaupun cuti atau pergi bercuti.

Piagam juga menyambung apa yang terputus antara anak dan ibubapa . Terputus ketika sekolah dan kerja, balik rumah di sambung dengan riadah dan sesi bercerita. Gotong royong juga perlu untuk membentuk rasa tanggungjawab terhadap rumah walaupun saya rasa ini part paling perlu dilebihkan lagi heheh.

Dan piagam ini undang-undang.




Menentukan nilai yang ingin diterapkan. Bukan mudah bagi anak mengaku membuat kesalahan tetapi kerana nilai kita terapkan agar jujur, tetap harus bercakap benar . Bukan mudah juga ibubapa memohon maaf atas kesilapan kerana ego, tetapi kerana nilai nya menghormati orang, anak juga dihormati.

Begitulah

Jika ada kesempatan, memang di mana-mana bengkel dan acara, saya akan bercerita sedikit tentang piagam ini, kerana pentingnya membentuk generasi. Saya hingga kan membuat modul khas, untuk ibubapa kembali pada tanggungjawab yang paling penting namun selalu diabaikan. Saya mahu anak rasa dekat dengan ibubapa.

Marilah
Kita cuba bersama ya
Mulakan dengan yang sedikit
Nanti hasilnya pasti membukit!



Nak lebih tips keibubapaan dan Special Parenting?
Jom join kami di Telegram Channel t.me/wonderemak
untuk Special Parenting with Wonder Emak

Jangan lupa tekan video ni dan click subscribe jugak ye
Thanks!



Wonder Emak

Quran Tag yang lengkap dan murah: AlQuran Tag Mujam

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya ada berita baik untuk pembaca setia dan semua followers. Tapi sebelum tu saya nak cerita sesuatu yang baik dulu. Kiranya semuanya terbaik la hari ni in sya Allah hehehe.

Ingat tak dulu, waktu Nuzul Quran dua tahun lepas, saya ada kongsikan satu video di mana saya tunjukkan kesemua koleksi Quran kegemaran saya dan sebab-sebab saya suka setiap satu dari koleksi tu. Dan kalau perasan, carta pertama diungguli oleh sebuah quran saya yang penuh dengan tag!

Saya buat sendiri tag tu, mula tahun 2003 macam tu lah. Beli sticker sendiri, lepas tu tulis ikut kategori yang saya sendiri cipta misalnya tauhid, feqah, akhlak, hokum, favourite verse dan sirah. Setiap kategori tu tag warnanya berlainan supaya senang nak buat reference dan cross-reference. Haa gituh. Gigih la tulis satu persatu dengan marker pen dan memang penuh quran tu dengan tag.
Add caption

Pengalaman peribadi saya, dengan adanya tag tu, sangat mudah nak rujuk surah-surah dan ayat apa untuk sesuatu perkara. Malah boleh pulak saya tengok sekali imbas sahaja untuk cari mana satu ayat berkaitan sesuatu peristiwa, misalnya pembukaan kota mekah, kisah nabi khidir dan sebagainya.

And to be honest, kita akan rasa lebih sayang dekat Quran (dan agama kita) dan rasa ‘dekat. Susah nak explain macam mana feeling tu tapi itulah rasanya.




Berita baiknya, sekarang ni lebih mudah dan dimudahkan urusankan kita untuk dekat dengan quran. Tak perlu lagi susah payah nak tulis comot-comot atau nak kena pulak cari pen marker dan make sure tag tu kat tempat yang betul.

Now kita dah ada Quran Tag dah.

So, apa istimewanya Quran Tag Mujam tu?


Quran Tagging Mujam ni macam yang saya cerita kat atas tu. Ada tag pada ayat-ayat yang telah letakkan mengikut kategori dan apa yang dimaksudkan. Yang bestnya sebab Quran Tag Mujam ni ada terjemahan per kata. Maksudnya setiap satu kalimah Bahasa arab tu, kita tau apa terjemahan dia dalam Bahasa Melayu. Jadinya secara tak langsung kita dapat juga belajar Bahasa Arab yang tinggi (Bahasa Quran) sedikit demi sedikit.


Bukan itu sahaja, Quran Tagging Mujam ni ada sokongan tambahan seperti Hadis Sahih, ada Asbabun Nuzul, ada Riyadus Solihin jadi sambil kita baca tu, kita boleh tahu juga maklumat tambahan untuk ayat-ayat tu.

Jangan risau, Quran Tag Mujab disertakan dengan indeks. Indeks dia versi Tematik. Maskudnya nak tengok topik apa, just pergi je topik yang dikehendaki kemudian bpleh tengok mukasurat mana yang ada topik tu. Makanya, sangat sesuai lah untuk kita bertadabbur dengan kawan-kawan kita, dengan keluarga kita , ahli kejiranan, kawan satu surau untuk satu satu topik pilihan.

Contohnya kan, kitab oleh pilih untuk discuss pasal peristiwa perubahan kiblat, pasal doa agar diterima taubat, pasal haji, pasal kewajiban berpuasa, pasal silaturrahim atau tentang pembahagian faraid misalnya. Banyak yang kita boleh baca bersama-sama. Oh ya, pemberitahuan, ini tidaklah pula bermaksud kita sudah boleh bertauliah untuk beri kuliah. Tidak. Hanya perkongsian. Untuk yang sebaiknya, di jemput para ahli agama bagi membahaskan topik-topik berkaitan hukum dan sebagainya.


Add caption

Berapa jenis Quran tagging yang ada?


Oh, ada tiga jenis semuanya. Dan semua bersaiz A5. Mudah sangat untuk dipegang

174 tag + 30 tag Juzuk
198 tag + 30 tag Juzuk
396 tag + 30 tag Juzuk

Warna pun banyak, boleh pilih nak warna :

1-Hijau
2-Pink
3-Merah
4-Biru
5-Turqoise
6-Hitam
7-Coklat 
Macam-macam warna ada

Kenapa kena beli Quran Tag Mujam?

Sebab pertama, kita nak dekat dengan Quran lah kan. Kita nak tahu lebih lanjut dan dalami maksud serta info tambahan pasal ayat-ayat yang kita baca. Kalau dah suka, kita boleh juga jadikan sebagai hadiah untuk keluarga dan kawan-kawan kita. Bungkusannya kemas, jadi boleh dijadiakan hadiah istimewa. Tagging nya pun kemas dan tersusun, siap ada indeks dan berwarna-warni.

Malah paling penting sekali, size dia mudah pegang. Senang nak pegang dan letak dalam handbag atau beg-beg yang kita pakai sebab tak berat dan very handy.


Add caption

So, macam mana nak beli Quran Tag Mujam ni?


Harganya sangat-sangat berpatutan. Dibawah ini ada kod diskaun untuk anda tebus ya.

Untuk buat pembelian, boleh ke Instagram KAFE QURAN atau FB KAFE QURAN untuk order dan lihat infromasi lanjut atau whatsapp sahaja terus ke talian Whatsapp 011-13020359 untuk buat pembelian.


Harganya?


174 tag + 30 tag Juzuk : RM115
198 tag + 30 tag Juzuk: RM135
396 tag + 30 tag Juzuk: RM205

NAMUN, TAWARAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA FOLLOWERS SAYA, GUNA KUPON INSPIRASIKQ20 DAN ANDA LAYAK TERIMA DISKAUN SEBANYAK 20%!!!

HANYA VALID SEHINGGA HUJUGN FEB 2020 SAHAJA!!

Jadinya, quran tag anda boleh miliki dengan harga tidak sampai RM100 pun!
Jangan tunggu lagi, segera Whatsapp dan order, dan jangan lupa kupon code anda ya!

Love,
Emak Salwa


Jom beli tanjak melayu murah secara online dari Tanjak Momazing (Usahawan PeDAS)

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Kalau korang dah biasa follow saya dekat blog or dekat FB, pastinya akan tahu saya punya keluarga yakni husband tercinta dan anak-anak semuanya bertanjak kecuali saya la kan.

Idea tu datang tahun 2017 kot bila tengok surat khabar ada seorang tu dia berpakaian lengkap pahlawan Melayu zaman dulu kala dan saya rasa smart betul. Kebetulan time tu tengah mengandungkan anak ke-empat yang juga lastnya boy jugak so saya berazam raya taun depannya tu nak buat satu set lengkap la semua kan. Jangan memain dengan orang mengandung punya mengidam! Hahahahah. Buktinya korang tengok la gambar laaaaast sekali kat hujung entry ni.

Sekarang ni saya nak cerita dulu mana korang boleh beli tanjak melayu yang asli dan sahih dan homemade yang berkualiti tinggi dan murah pehtu boleh pulak tu beli online.
Peegghhh, pakej lengkap okeh.


beli tanjak momazing, beli tanjak melayu, beli tanjak murah, beli tanjak online, beli tanjak kuala lumpur, beli tanjak di pekanbaru, nak beli tanjak, mana nak beli tanjak, beli tengkolok murah, jual beli tengkolok, mana nak beli tengkolok
Model comel tidak disertakan dengan pembelian hahaha

You ols boleh cari Tanjak Momazing kat merata-rata media sosial dia ada. Kat FB :Tanjak Momazing, kat Instagram: Momazing Baby Tailor or kat Shopee : Momazing Store or nak mudah, Whatsapp terus je ke Momazing Whatsapp 

So basically, sangat mudah nak beli. Click je mana-mana medium yang rasa selesa then buatlah tempahan ikut apa yang u ols nak.


Kenapa kena beli tanjak dari Tanjak Momazing?


Satu sebab tanjak murah online yang boleh beli anytime. 

Kedua sebab tanjak di jahit kemas satu persatu. Custom. Dijahit guna benang dengan kain berkualiti. Dia punya dawai tu dijahit kat tanjak jadi takde la senget benget herot by the time sampai kat korang still tegak terletak gitu. Pehtu nak pakai pun tayah susah nak gaduhkan penyek ke apa ke, sebab dia akan kekal tegak.


Teguh, tersusun, kacak bergaya

Ketiga, kalau korang beli tanjak dari Momazing Tanjak ni, dia akan beri sekali tips penjagaan supaya tanjak korang tu takde la mudah rosak atau kainnya pudar. Katakan lah beli beli pehtuh terpijak le pulak. Naya punya kes kan. Jangan risau, korang boleh je baca tips yang dibekalkan untuk ejas balik tanjak tu.

Keempat, sebab tanjak ni untuk baby, budak-budak sampai lah bapak budak semua pun ada. Dan ada macam-macam jenis kain korang boleh pilih. Nak songket? Nak kain hitam cotton? Nak kain denim pun ada tau! Jangan mintak kain kapan sudah lah ye (mood insaf)


Nak tanjak mini untuk cenderahati pun ada!

Kelima, dan paling penting sebab ni untuk kebaikan poket korang jugak. Tanjak ni boleh laras. So takde isu baby dah membeso pehtu tak boleh pakai nanti rugi. Nonnoonono. Takde isu tu sebab boleh je ejas ikut kepala dia. Nak ketatkan ke nak longgarkan ke. Boleh je.

Keenam, owner dia baik. So ada siap bagi tips macam mana nak tahu cara kita pakai tu betul ke tak dan adakah kita secara tak sedar pakai kemudian menderhaka kepada sultan! Haaaa, penting tu. Yang ni korang boleh baca kat sini: 

Tips pakai tanjak dengan betul dari owner Tanjak Momazing

Ketujuh, trusted seller. Siap featured kat dalam video eUsahawan okeh. Tgk kat bawah ni:




Kenapa pulak nak pakai Tanjak Momazing?


Dah kenapa tak nak pakai? hahahahaha
Tanjak sekarang dah jadi fesyen tapi saya harap bukan sekadar fesyen lah. Jadikan ianya kebanggaan kita selaku orang Melayu yang penuh budi bahasa dan tinggi pekerti serta kesopanannya.

Ok la, seperti yang dijanjikan, ni pulak gambar i ols sekeluarga pada tahun 2018 punya rasa, lengkap sepersalinan baju Melayu tradisional dan bertanjak.




Cool tak?
Sapa cakap tak cool, nanti tanjak korang penyet! Hahahah



Tips cara pakai tanjak dengan betul dari Owner Tanjak Momazing (Usahawan PeDAS)

$
0
0
Assalamualaikum semua

Ini siri kedua dalam pengenalan kepada bisnes tanjak yang ohsem by Tanjak Momazing.  Kepada yang terlepas siri pertama, jangan risau. Boleh je pegi link ni untuk belek-belek dan kenal Tanjak Momazing dengan lebih mesra gituh.

Mari beli tanjak melayu murah secara online!

Ok, so sekarang katalah korang dah beli dah pun tanjaknya, lepas tu dah unbox atau nak buat video unbox bagai, sekalinya tak reti nak pakai, agak tragis la juga kan? Hahahaha

So jangan risau, saya nak kongsikan terus macam mana cara nak pakai tanjak Momazing ni dengan betul. Jangan tatau, ni tips datang turun dari petala langit ketujuh dari owner Tanjak Momazing sendiri tau! 


cara pakai tanjak dengan betul, cara pakai tanjak kanak-kanak, cara pakai tengkolok, cara pakai tanjak jebat derhaka, cara pakai tanjak pengantin, cara pakai tanjak mahkota alam, cara pakai tanjak nakhoda trong, cara pakai tanjak dendam tak sudah, cara pakai tengkolok silat cekak, cara pakai tengkolok pengantin
Owner Tanjak Momazing - En Zulqarnain bersama anaknya

Dengan tips yang ada kat bawah ni, kompem hensem dan bergaya kalau korang ikut tips nih:

Tips 1:
Letak tanjak di atas kepala dengan tenang dan pastikan terletak.

Tips 2:
Korang kene laraskan saiz Tanjak Momazing tu mengikut kesesuaian saiz kepala korang supaya rasa selesa di pakai. Kalau hensem tapi menaggung derita pun tak guna jugak kan? Hahahaha. So, korang dah letak tu, korang kene ejas la. Tolak atau tarik bahagian simpulan tanjak. Simpulan tanjak tu btw kita panggil PUCUK ye.


Yang menegak tu kita panggil Pucuk.

Tips 3:
Pastikan simpulan  berada di kedudukan kanan kepala atau betul² berada di belakang cuping telinga kanan. Kenapa penting? Sebab ini ada maksud dia tersendiri ikut gaya pemakai okehhhh.

So contoh, if pucuk tu ada kat sebelah kanan atau belakang cuping telinga kanan, maksudnya pemakai tu benar² selari dan seiring mengikut arahan Pemerintah ( Sultan) , taat dan
setia kepada Raja & Negara (haa jangan main-main)

Kalau la korang pakai tetiba Pucuk tu berada belah belakang kepala maksudnya dia nak derhaka, memberontak dan takmau ikut pemerintah waktu tu. Fuh deep ok. Sebab tu ada orang memang yang cari juga cara pakai tanjak Jebat Derhaka. Sebab cara pakai memang lain daripada cara yang biasa.

Kalau pakai belah kiri cuping telinga kiri pun dikira pemakai tu tidak selari dengan pemerintah/Sultan pada masa itu. Dan dianggap tak 'ngam' lah a.k.a derhaka.

Abes, kalau Pucuk dia tu kat dahi depan kepala jadi maca mana? Haa yang ni maksudnya dia ni tekad dan sanggup bertarung dengan musuh dan sesiapa pun. Macam Adi Idop Agi Ngelaban jugak lah kiranya. Sebab tu kalau u ols tengok pesilat ke kan, contoh macam orang pakai tengkolok silat cekak, dia pakai Pucuk tu betul-betul depan kepala.

Menarik kan ilmu ni?

Tips 5:
Sentiasa pakai molek. Letak pun tempat yang elok dan bersih dan bukan atas lantai. Tanjak ni adalah simbolik juga kepada penghormatan kita. Macam kita buat kat kopiah dan songkok takde suka suka nak letak merata, macam itulah juga tanjak.


Apa beza Tanjak /tengkolok/ destar?

Dah alang-alang cerita ni kan. Hmm actually semua tu adalah benda yang sama secara kasarnya, tapi bezanya adalah:

1) Tanjak ni keras dan tak boleh dilipat
2) Tapi Tanjak yang boleh dilipat,lembut tu di panggil tengkolok
3) Tanjak yang keras,Tak boleh dilipat Dan di tambah dengan kerongsang jata negeri,pangkat di
Tanjak ia dinamakan Destar. ( Contoh : Agong Dan sultan negeri²)


Ni contoh yang siap ada kerongsang

Haaa, okeh?
Nanti kita letak video pulak lepas ni. 

Kalau ok, korang baca pulak sambungan dia kat siri ketiga Tanjak Momazing dekat sini untuk melengkapkan pengetahuan korang pasal Tanjak okeh?

---

Love,
Emak

FB Live Coach Salwa

e-Book Sifir Challenge untuk anak-anak anda! Pasti akan suka sifir selepas ini

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Jadikan latihan sifir untuk anak-anak suatu aktiviti yang FUN!




Dengan ebook Sifir Challenge, anak-anak akan lebih seronok untuk menyudahkan latihan kerana terdapat gambar dan ikon menarik, susunan yang mudah, soalan rawak dan 'reward' jika latihan berjaya disiapkan. Ibubapa juga boleh mencetak latihan-latihan yang disediakan berkali-kali.

NOTA: Mulai 18/3 sehingga 31/3, ebook ini adalah PERCUMA kepada semua. Download di sini:


e-BOOK SIFIR CHALLENGE
Berminat untuk mengetahui tips parenting dan pelbagai bahan menarik lagi?

Join channel t.me/wonderemak ya!

Nota: Setiap satu ebook adalah untuk kegunaan satu keluarga sahaja. Tidak dibenarkan untuk memberikan salinan ebook kepada keluarga/individu lain. Terima kasih kerana menghormatilah hak cipta dan tenaga kami :)


DIY Cat Air Homemade yang sangat mudah!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Macam mana keadaan sekarang? Makin tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak-anak di rumah? Jangan risau. Untuk beberapa hari ini, Emak akan membawakan beberapa aktiviti DIY yang sangat simple dan bahan yang mudah didapati di dalam rumah supaya parents semua boleh cuba.

Kredit juga diberikan kepada publisher Emak, DeenPrints yang berbesar hati dan sudi mengizinkan content-content ini diedarkan secara percuma kerana yang sebenarnya adalah sebahagian daripada buku pertama Emak, BILA EMAK BERDRAMA. 

Hehehehe

Ok, untuk hari pertama ni, boleh cuba buat CAT AIR HOME MADE


Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.
Oh ye, jika berminat untuk mendapatkan tips parenting dan informasi berkisar kekeluargaan, boleh follow Channel Telegram emak di sini t.me/WonderEmak

Selamat mencuba!





Viewing all 277 articles
Browse latest View live