Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

Panduan lengkapkan kursus eUsahawan Online

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Pernah hadir kursus eUsahawan? Lepas tu nak refresh sebab macam tak ingat sangat?
Saya suggest u ols ambil course online ni.

Course ada 7 modules semuanya:


  1. Asas pemasaran digital
  2. FB for business
  3. IG for business
  4. Whatsapp Marketing
  5. Email Marketing
  6. Asas Laman Web
  7. SEO


Semuanya dalam bentuk video dan mudah di fahami dan dihadam. So firstly pegi ke laman web www.malaysiadigitalacademy.com

Lepas tu boleh lah ikut step di bawah ye!










Tutorial dalam bentuk PDF boleh download di sini: 
Cara lengkapkan kursus eUsahawan secara online



Semoga berjaya!

Love,
Coach Salwa




Dia sentiasa ada - Untuk Aku, Kamu dan Semua

$
0
0

​​
​2 November -

Jam sudah menunjukkan pukul 7.05 malam saat aku mengheret kaki yang sudah teramat penat ke dalam WORQ Space. ​Gila. Pemanduan yang patutnya tidak sampai 1 jam bertukar lebih dua jam akibat hujan lebat di petang Jumaat. Aku dari Putrajaya ke Glo Damansara kerana sesi latihan untuk BootCamp keesokan harinya.

"Hi akak. Sesat ye?" sapa organizer. Aku mengangguk.
"Dah macam balik kampung penatnya!" , aku masih mengomel. Sudahlah jem, sesat pula tu.

Aku mencari kerusi sambil melihat beberapa trainer lain sibuk menguruskan slides masing-masing sebagai persiapan akhir. Aku letakkan beg galas di atas meja, menyorong keluar kerusi putih, duduk dan hanya memandang tepat pada skrin utama.

Beberapa minit. Selepas habis lelah, aku bangun.
"Akak nak maghrib. Barang semua letak sini takpe kan?" aku pinta kepastian kemudian melangkah keluar dan mencari surau.

Aku ambil wudhu dan dirikan solat 3 rakaat.
Ruang surau yang kecil tapi selesa dan hanya beberapa orang sahaja ketika itu turut sama menghadap-Nya.

Usai solat aku hitung jemari. Menyelesaikan zikir yang biasa dilazimi.

Dan aku teringat peristiwa pagi tadi.
-----------------------------------
Baru seminggu yang lepas aku up satu status. Aku cerita betapa tidak murahnya kos belanja membesarkan 3 anak istimewa. Status yang aku tulis dalam kegusaran hati yang amat dengan situasi ketika itu. Mana nak cekau hampir RM2000 extra sebulan dengan komitmen yang memang sudah banyak tersedia di depan mata?

Gelora jiwa aku dan suami memang besar tapi aku juga tahu saat itu, apa terjadi biar aku kerja tak berhenti sekalipun, aku tetap akan cuba adakan wang itu, demi Israa' dan yang lainnya. Dalam pada itu aku dah berkira-kira, mana peruntukan bulanan yang patut diberhentikan untuk beri laluan bajet untuk persekolahan Israa'. Malah sampai rasa nak jual rumah!

Macam mana tak runsing, selepas diagnosis diterima, dan suami aku hantar permohonan Ogos lalu, Israa' hanya dimasukkan ke dalam waiting list untuk penempatan di Pusat Dalam Komuniti (PDK). Sejak dari itu aku cuba cari satu persatu tempat yang sesuai tetapi kosnya bukan calang-calang. Aku mohon doa sebanyaknya. Datangkanlah rezeki dari arah yang tak dijangka walaupun ketika itu nampak seperti jalan buntu.

Kerana itulah juga, bila aku dapat tahu dari suami minggu lepas, PDK panggil kami untuk suai kenal, terdetik harapan besar agar Israa' diterima di sana. Amat besar rahmatnya dan tidak terhitung rasa syukur kalau betullah diterima. Cuma pada hari ini, suami aku sudah ada sesi temuduga untuk satu program penting yang juga mampu mengubah hidup kami sekeluarga.

Dua agenda besar pada hari yang sama. Jumaat penuh berkah, aku harap pada keajaiban terindah.

Kami hantar Imran dan I'jaaz terlebih dahulu ke sekolah, kemudian singgah mengalas perut (atau mengurangkan debaran sebenarnya kerana perut tidak rasa lapar) dan menuju ke tempat temuduga. Suami aku turun dari kereta, sambil aku mengingatkan buatlah yang terbaik walaupun dia sudah tahu apa yang harus dilakukan. Aku pesan tetap tersenyum dan confident walau ridiculous mana sekalipun soalan yang ditanyakan. Dia angguk dan senyum. Kami bersalaman dan aku meneruskan perjalanan bersama Israa' dan Iyaad ke PDK ***** (lokasi dirahsiakan.)

5 orang anak-anak kelainan upaya yang dipanggil pagi itu. Aku bersama parents lain di bawa ke ruang atas untuk mendengar taklimat dan mereka dibiarkan di ruangan bawah bersama cikgu-cikgu di sana. Aku masih blur sebenarnya dan hanya bersedia menadah telinga. Sempat pula menghantar mesej kepada keluarga dan kenalan rapat, mohon doakan kebaikan. 

Aku lihat ada 5 file bersusun di atas meja. Satu file tertera nama Israa' dihulurkan kepada aku selepas aku menandatangani borang kehadiran taklimat. Aku duduk di barisan paling hadapan, menyelak file dan di dalamnya penuh borang. Jantung aku sudah berdegup kencang.

Sesi taklimat bermula. Minit-minit pertama, kata-kata aluan keluar dari mulut dari penyelia. Memberitahu sejarah itu dan ini dan aku tidak mengedipkan mata. Mengamati setiap butir bicara. Hinggalah bila diminta membuka file dan menyemak satu persatu borang, aku sudah tidak keruan. Mujur ada seorang ibu yang bertanya soalan yang bermain difikiran aku;

"Maaf Puan, saya nak tanya. Ini kiranya memang anak kami start tahun 2019 ke?"
"Tak Puan. Start bulan ni terus. Minggu depan dah boleh hantar"

Aku macam tak percaya. Aku pandang lagi pada muka penyelia.
"Kiranya anak kami dah diterima la ni ye?" aku pula menyoal minta kepastian.

"Ya. Betul tu"

Ya Rabb
Jantung aku lebih kencang!

Aku berpaling ke barisan belakang. Ibubapa lain mengangguk-angguk. Dan aku kembali merenung muka penyelia tadi dengan mata berkaca-kaca.
Hampir sahaja gugur air mata aku berderaian tetapi aku tahan. Sebak hingga dadaku sesak.

Saat itu mahu sahaja rasanya aku sujud syukur dan berteriak memuji Allah atas nikmat paling besar yang Dia berikan. Tapi Iyaad sedang lena dalam pangkuan aku.

"Allah..apa yang aku dan keluarga aku dah buat sampai Kau beri kami sebesar-besar kurnia?"

Selama ini yang aku minta dalam doa, biarlah Israa' dapat masuk ke PDK ini kerana belanjanya minima, malah urusan pengangkutan juga boleh diuruskan ayahnya. Biarlah tahun 2019 Israa' dapat belajar, kenal dunia, mampu makan dan minum dengan baik, mampu bermain dengan kawan, mampu uruskan diri sendiri dan dapat intervensi setiap hari. Biar pakar dan ahlinya yang lakukan, berbanding sekelumit ilmu yang aku tahu dan lakukan dengan terbatasnya waktu di rumah.

Sekarang bukan sahaja penempatan tersedia, malah boleh pula dimulakan segera. Masalah aku yang satu lagi juga turut selesai sama!

Allahu Allah.

Selesai taklimat, aku pulang ke rumah. Aku dirikan solat dua rakaat tanda syukur namun sayang belum sempat aku berterima kasih sepuasnya lagi kepada Tuhan, aku bergegas untuk mengambil suami yang sudah selesai temuduga. Keputusan hanya diketahui beberapa minggu atau mungkin beberapa bulan lagi. (Terus doakan kami ya.)

Selesai semuanya, selepas solat Jumaat dan makan tengahari, kesemua mereka beristirehat. Petang itu aku memandu ke Glo Damansara untuk sesi latihan dalam hujan lebat dan padatnya kenderaan di atas jalan. Aku keletihan. Setelah dua bulan, belum pernah sehari pun aku tidak bekerja. Tidak kira sabtu atau ahad, cuti umum atau cuti peristiwa. Sentiasa di hadapan telefon dan komputer riba. Menguruskan pelbagai kerja dan pelbagai keperluan rumahtangga.

Hingga aku tiba di sana jam 7.05 malam


-----------------------------------------
Aku masih menghitung dengan jari. Selepas solat Maghrib tadi, rasa sedikit lega. Mungkin kerana dapat bersila dan sujud pada-Nya. Hampir sempurna hitungan, jam azan di dinding surau berbunyi.

Serentak dengan itu aku berpaling kerana aku kenal amat surah ini.

الرَّحْمنُ...
عَلَّمَ الْقُرْآنَ...
خَلَقَ الْإِنْسانَ...

Kau memang tahu isi hati aku, bukan?
Kau tahu, aku tak mampu luahkan kerana kepenatan dan Kau beri bila aku sudah sedia.
Kau tahu, aku tak ada tempat lain untuk bergantung, hanya pada Kau sahaja.

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ

Berulang lagi, berulang lagi dan lagi

Aku sudah tak peduli orang di kanan atau kiri
Saat itu tiada nikmat paling agung selain sujud padaMu
Air mata aku tumpah bagai bah
Aku rasa hangatnya Engkau memelukku
Memujukku dan menunjukkan sifat Rahman dan Rahim-Mu
Dan saat itu sekali lagi aku mengakui aku hanya hamba dan apa sahaja tindakanku tidak mampu membeli syurgaMu malah secalit pun tidak berupaya menebus rahmatMu
Hanya Kau pemberi teragung!!

Maka, nikmat Tuhan yang mana satu yang kau dustakan?

Nota: Gambar Israa' pada hari kejadiaan. Terima kasih atas doa semua. Kerana Israa' tidak sihat minggu ini, in sya Allah minggu depan baru dimulakan sesi persekolahannya. Terima kasih kerana selalu mendoakan. Terima kasih

Salwa di FB Live untuk eUsahawan MY!

$
0
0
Assalamualaikum wbt


Fuhhh, what a day!
15 November 2018. Gigih drive ke Bangsar tengah-tengah orang nak keluar lunch tu kan. Sebab kena be there at Co Working Space by 2pm. After drop Iyaad kt umah Kak Mimie, terus pecut. 

Sampai-sampai di sambut dengan bus eUsahawan. Menariknya! Walaupun dah tiga tahun buat, ni la first time nampak bus eU. Hahahaha. Lepas tu dengar taklimat ringkas from producer DBilique then tunggu pukul 3 untuk Live.

Tengah membebel bebel bebel Hahahahahahaha
Dengan sebahagian watak-watak penting yang menjayakan sesi LIVE nih

Alhamdulillah dapat buat dengan baik. Lega sangat. Bila kita yang tak berapa nak biasa atas pentas ni gabung pulak dengan 4 orang artis yang semua terer bercakap, cuak la jugak kan..But they were all sangat nice tau. Sempat jugak lak beri senaskah dua buku Drama Wonder Emak dan terus ajak posing kan. Hahahahahaha

Wonder Emak rocks!!!
Apapun terima kasih eUsahawan atas banyak kenangan manis yang tercipta dan salah satunya yang live semalam lah.


Kepada yang terlepas sesi LIVE di page FB eUsahawan semalam, boleh tonton sesi saya bersama FBi, Fafau, Nana dan Haze di sini:

Ada banyak tips utk komunikasi di sosial media as buyer dan seller yang saya kongsikan semalam.
Kejadian ketika LIVE. Ni session 2

Ni lah busnya, comel kan? 
Oh ye, ramai tanya macam mana nak buat ecommerce punya web. 
Then camne pulak nak link kan ke Fb supaya senang nk buat iklan?

Jika berminat untuk tahu lebih banyak tips, sila hadir saya punya special 100% HANDS ON workshop 8 dec ni untuk membina laman ecommerce dan membuat FB Ads, hubungi Ms Yati dengan click link berikut:
Okeh?

See you!

Love,
Salwa

4 tips berbelanja ketika YEAR END SALE

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Memandangkan sale 11.11 haritu ramai yang bermasalah nak jaga poket masing-masing kan, jadi saya kongsikan la sikit tips kalau nak beli time year end sale ni sebagai panduan. Percayalah, sila la cuba tips ni semua, berbaloi! 
Tips 1 - Always compare
Jangan ingat satu platform je murah. Tak. Kene selalu compare dengan tempat-tempat lain. Ada platform yang official store akan choose utk buat sale pada certain time. So kene bijak la tengok benda yang sama tapi di tempat berbeza. Sebagai contoh, tahun lepas Skecher pilih 11st untuk promo but this year diorang pilih Lazada. Ni contoh lah ye.

Tips 2 - Always know the real value
Korang tayah nak tertipu sangat dengan 95% off la amende la. Kalau tak buat survey at least 2 or 3 weeks before sale, taayah la gatal beli. Probability untuk kene kena tipu tu sangat tinggi especially utk newbie. Usually i will take a few months ahead sebelum sale. Aim produk tu siap-siap (sebab betul-betul nak) then follow rapat-rapat. Diorang biasa akan bagi hint seminggu lebih awal if ade sale. Contohnya malam tadi crazy midnight sale Lazada memang betul-betul kaw punya. 2 hours only tapi midnight sale Zalora yg sampai 3 pagi tu sendu gila. They just repeat the same discount and offer.

Tips 3 - Get the coupon
Ni korang boleh tengok kat mall tu punya description. Kadang dia tak tulis kat items tapi kat mall ade macam code lah. so can get Rm10 off. Sometimes RM20 off if spent sekian sekian amount. So check that out too. Cuma kalau pkl 9 pagi ni korang baru nak redeem, memang mostly abes dah kalau branded stuff or hot stuff.

Tips 4 - Tengok description. Jangan tengok gambar sahaja
Kadangkala memang ada seller yang menipu dalam letak size dan dimension. Ataupun dia letak tak lengkap dalam description. Sebab tu harga murah dari seller lain. Contohnya dia jual pasu bunga dengan rak. Maybe seller lain semua memang jual satu set, tapi dia letak gambar satu set cuma kat description dia cakap pasu only. Sebab tu ramai mudah tertipu dan ended up kecewa sebab dapat satu item sahaja tak seperti yang dalam gambar.

Tips 5 - Tengok review dari customers
Kita boleh tau items tu worth it atau tak dengan tengok komen daripada buyer lain. Kadang nampak cantik sangat la items kita nak beli tu, ye la dah berkenan sangat kan. Sekali tengok review daripada pembeli lain, kecewa la, 1 star la especially kalau barang2 elektrik. So kene hati-hati. Gambar dan harga murah sahaja tak cukup menjanjikan kepuasan membeli. Baca dan tengok rating. Oh satu lagi, kalau setakat review or komen sepatah dua pastu letak 5 stars semua, jangan percaya sangat. Tu boleh jadi sangat rating yang dibeli atau disuruh untuk letak.

Tips 6 - Beli dari official store atau preferred store
Sistem rating ni bagus sebab kita boleh tengok mana satu store yang boleh jual dekat kita dengan baik dan tak banyak songeh. Postage pun laju. Paling kena amalkan adalah beli dari official store. Dia ada logo OFFICIAL STORE dan yang tu tayah ragu la dah. Tentu tentu barang ori dia jual. Yang lain-lain tu kalau harga tak munasabah, jangan la percaya sangat.

Tips 7 - Ko tutup je hp kau tu. Layan anak-anak
Sekian

Pembeli, penjual, pemerhati dan pengajar marketing online
Hahahahahahahahahha
Nota 1 : You don't want to know how much online shop account i have, like seriously.... seriously
Nota 2 : I only buy stuff that i needed and value for money.
Nota 3: Yes, i started online shopping in 2002. That was like 16 years ago? So u might want to take my advice
Emak,
Online shopping guru

Projek Cuti 1 : SIFIR CHALLENGE

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya banyak projek Emak dah sediakan untuk budak bujang berdua ni. Baru nak execute properly.

Yang Projek Sifir ni actually dah bermula sejak minggu lepas tapi tak berapa nak serius. Kejap ingat kejap lupa kejap buat-buat tak reti. Memang diorang ni pun ada isu dengan fokus.
Jadinya Emak buat dalam bentuk jadual begini. Supaya siapa yang dapat hafal terus boleh dapat tanda tick.

Mula-mula Emak cakap, kalau both tak hafal; selagi tu takkan dapat redeem hadiah untuk berkubang dekat Bangi Wonderland. Ingatkan akan jadi ok.

Rupanya awal lagi I'jaaz dah buat hal. Cari sharpener nak sharp pensel dia pun dekat setengah jam. Lepas tak jumpa mengamuk. Terus tak nak tulis sifir dan hafal. Katanya biarlah. Nanti Imran taj dapat pergi jugak.



Selaku Emak yang ohsem (baca: diktator), Emak terus tukar rules berkuat kuasa serta-merta. Siapa hafal, dapat mandi. Siapa tak hafal, rugi lah tinggal seorang diri.
Hasilnya?
Pkl 2 dah buat 'tasmik' bacaan sifir
😅😅😅

Projek 2: Kitar Semula Extended!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Minggu ni kita proceed dengan Projek 2 pulak. Yang ini pun sebenarnya dah lama dalam rancangan Emak nak buat waktu cuti sekolah. Dekat dua bulan dok plan dalam kepala, nak ajar budak berdua ni tentang kitar semula. 

Aktiviti bermula pagi tadi. Emak basuh dua tong sampah yang dah rosak penutupnya dan keringkan. Kemudian Emak suruh diorang pakai topeng sebagai langkah keselamatan dan reduce risk walaupun actually mask yang betul bukanlah mask kain sepatutnya. Huhuhu. So Imran spray warna oren, I'jaaz nak spray warna biru. 


Spray jangan tak spray!

Menujukkan skill masing-masing nampaknya


 Kenapa nak spray dua tong sampah tu?

Sebab selama ni kami buat recycle dalam rumah aje. Kiranya mode individu. So dengan menyediakan dua tong besar, kami nak letak depan rumah sekaligus memudahkan jiran-jiran jika ada nak letak gelas dan plastik. Bolehlah menggalakkan kitar semula. Haaa, gitu.

Yang keduanya, biasanya lori sampah akan datang 3 kali seminggu. Diorang memang akan sort manually.Sebab dekat Selangor belum wajib sort sampah ikut kategori lagi. So dengan adanya tong sampah recycle ni, diharapkan dapat memudahkan kerja mereka dan diorang pun dapat jual untuk duit poket mereka.

Best kan?

Ok. So bila dah siap spray, Emak suruh jemur. Sementara tunggu spray kering, Emak minta diorang tolong angkut barang-barang masuk kereta untuk dijual di Pusat Kitar Semula Presint 9 . Dekat sini macam-macam boleh dijual sebagai produk kitar semula. Suratkhabar, tin, gelas, botol, alatan eletrik dan elektronik. Minyak masak pun boleh tau. RM1.10 sekilo. Hehehe.
Di depan Pusat Kitar Semula P9

Sekitar jam 11 kami sampai di sana. Ramai orang hari ni. Ada dua tiga pekerja dah standby. Bukak aje kereta diorang dah siap amik barang-barang dan timbang. Begitu efisien sekali. Imran dengan I'jaaz sempat posing aje. Hahahaha.

Scanner yang dah berzaman rosak
Kipas pun boleh jual


Botol tu la isi minyak masak terpakai


So selepas timbang semua, dan tulis resit, Emak suruh Imran dan I'jaaz yang sign resit. Kasik fefeeling sikit lah kan. Bukan main bangga nya. Dapat 7 ringgit tau! Paling banyak dapat minyak lah. RM5.50 sebab 5 kg. Itupun jenuh kumpul setengah tahun baru dapat 1 tong.

I'jaaz sign resit


Imran sign resit


Ada orang tu kira duit nampaknya. Hahahahaha

Dah habis tu, kita balik rumah. Petang Emak sambung kuliah. Kepentingan kitar semula. Walaupun muka sorang-sorang macam blur tapi part dapat duit tu angguk-angguk. Amboi. Dah lepas Asar, Emak gigih pegi kedai untuk print logo recycle, then potong then spray. Walaupun tak kemas sangat, jadi lah.

Hasil kejadian. Hehehehe


Memandangkan hari hujan, tak dapat letak luar hari ni. Esok lah kita letak. 
So projek 2 , done!

Oh ye, perkembangan PROJEK 1: SIFIR , dah 60% complete. Kita anggarkan by end of December complete. Hehehehe.

Orait, bye!

#WonderEmak


Projek 3: Angkasawan Cilik!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya trip ke Planetarium Negara ni tak termasuk dalam senarai projek pun. Terdetik nak hantar ke kem atau program tapi tak ada yang match antara kesesuaian dan masa. Ditakdirkan Allah classmate dulu ada mesej di group whatsapp tanya siapa nak temankan anaknya. So secara impromptu nya Emak offer dan terus mendaftar.

Hari kejadian Emak tolong bake cookies je buat bekal. Aunty Wani yang datang dan ambil kat rumah untuk ke kem Angkasawan Cilik ni. Emak hanya memerhati melalui page organizer iaitu Apa Di Langit untuk tengok perkembangan mereka.

Menarik juga. Ada sesi penerangan, kemudian dapat tengok pakai teleskop. Untung sesi mereka haritu sebab dapat tengok dengan baik Corona (Sun Atmosphere) guna Hydrogen Alpha Telescope!


Imran meneropong sepenuh hati

Beratur ikut group masing-masing
I'jaaz pun teropong jugak. Penuh bergaya nampaknya


Tunggu giliran guna telescope

Ape tu? Emak sampai Google okeh. Ye lah, Emak pun tak pernah dapat tengok apa-apa pakai teropong tau. Setakat sampai teropong hati Ayah dan anak-anak aje la. 😅
Then ada sesi buat matahari, buat roket. Lukis-lukis. Ada kuiz juga katanya. I'jaaz bersedih hati sebab tak dapat jawap dengan betul dan dapat 0 markah. Begitulah hidup nak, bukan semuanya indah dan pelangi tak sampai ke petang.

Di sebelah kapal angkasa. Abes hatinya
Dalam auditorium
Sesi kuiz. Berebut nak jawab!
Sijil penyertaan selaku angkasawan cilik
Ingat senang balik Emak dapat 2 matahari, 2 bulan dan 2 bumi?? Hahaha

Apapun they had a very enjoyable moment i guess.
Balik bercerita macam-macam. Dan bawa buah tangan roket dan matahari bumi bulan semua ada! Hehehehe

Yuran pun sangat berpatutan. Hanya RM60 termasuk sijil, makan tengahari dan bahan-bahan. 
Jika berminat boleh lah tengok page Apa Di Langit dan mendaftar bersama mereka untuk next program ya!

Thanks aunty Wani yang sudi bawak dan berkawanlah mereka dengan Iman dan setiap hari tanya bila nak pi mandi umah Iman. Hahahahha

Esok kita tunggu apa nak jadi ya..
Jeng jeng jenggggg

Projek 4: Misi Kembara Sayangi Negara!

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Pernah tak pergi 4 negara dalam masa lebih kurang 4 jam sahaja? Haaa unik kan? Hehehhe. Minggu lepas bila Emak upload video misi KSN ni, ramai betul teruja dan excited lepas tu mintak Emak buatkan jadi modul. Wah, doa la Emak jadi rajin ye.


Siapa yang nak tengok video tu, boleh tengok kt sini: Video Misi KSN
So basically kembara ni bermula dari Istana Negara (lama) menuju Tugu Negara, kemudian ke Muzium Negara dan akhirnya Masjid Negara. Fokus utama adalah untuk mereka beraktiviti ala-ala treasure hunt bagi mengasah skill, dan rasa fun disamping memperkenalkan monumen kebangsaan pada diorang.

Lebih thrill sebab kene kumpul 50 points sepanjang misi untuk melayakkan mereka menebus beg sekolah! Haaaa mesti la kene lengkapkan misi kan?

Gambar-gambar ni boleh lah rujuk untuk u ols buat misi masing-masing. Overall memang seronok la cuma penat sebab panas dan bawak dua orang adik kecik. So macam-macam ragam. Mulanya memang cadang Emak yg bawak mereka berdua je, tapi semangat kekeluargaan lebih utama. Hehehe. So angkut je lah semua.
Matlamat: Nak tebus beg sekolah!

Di Tugu Negara

Mula-mula mendung lepas tu panaaaasss

Menjawap soalan

Soalan untuk Tugu Negara

Haa tau tak Tugu Negara pernah kene letup? Hehehe

Ni dah sampai kt Muzium Negara pulak

Ayah menerangkan tentang zaman-zaman dulu

Habis floor 1, rehat dulu. Jawap kuiz sifir

Soalan Muzium Negara

Senang aje depa cari pasu nih. Isyk isssykkk

Time Out: Ingat tak sifir semua?

Muka lebih bercahaya lepas solat Zuhur hahahahha

Soalan tambahan. Adakah Emak kelihatan gemuk?

Soalan Masjid Negara

Yang kapasiti tu diorang tanya Pak Guard

Suai padan gambar

Imran nak lukis logo ATM sebenarnya tapi tak sempat dan tak pandai katanya

I'jaaz macam buat 3D plak.

Yang last sekali tu tak tahaaaaan

Tapi ini paling WIN. Nampak tak nampak tak?

Akhirnya selepas tamat semua, dapatlah tebus beg dengan points terkumpul sebanyak 58 points. Beg diambil di rumah mak ngah di hujung misi.



Tapi kan korang kene tgk page paling last; where we want to travel yg tuh. Kelakar sangat! Hahaha
So, ape pulak projek menjelang nak bukak sekolah nanti?
Tungggguuu

Raising the Perfectly Imperfect Child - Review

$
0
0

I got to be honest here
I don't know how to summarize what i read. Everything seems so important!

A few days ago when i spontaneously walked into Borders, i thought of buying a simple small 50 pages kinda book to freshen up my mind as the current book that i read was too 'serious' and too thick. I ended up feeling contemplating; to buy GRIT by Angelina or this book. Both are more than 200 pages and exceed my initial budget by twofold.



Raising the Perfectly Imperfect Child - as the title suggest, is looking at Nick's family life from the perspective of a father. Yes. It was written by Boris Vujicic which made me think, i (eventually we) may be able to relate some of the content with our current circumstances.

True enough, i find every single bit of phrases and sentences very much meaningful and to some extent; prompt us with future challenges we might face.

It's tough to make a list of takeaway thoughts (too much really) but i am jotting down a few that i rephrase using my own words; what i wish to remember and look back whenever it is necessary to do so:

1. Glass is not hall full or half empty; it is always full from the very beginning. Why only look at water that fill in the glass when you have oxygen that fit in too?

2. Every single kid is unique; able or disable is just a label. You could nurture them to the highest point possible if you believe on their strength and purpose of life.

3. Count your blessings. There must be a reason for whatever happened. Always. Always

4. Love is the most powerful tool, gift, skill, things you could ever shower your kids with. As written by Nick in his foreword; those who growing up without loving and supporting parents has far more overcome than he did.

5. Believe in your child. Let them be our teacher. But never make them a superior. They have responsibilities and need to be counted for their actions.

6. Raise all children equally. Strong foundation will help to stir all situations and everyone must first learn value of fairness, equality, justice and setting boundaries.

7. Sometimes we as parents ask for a miracle without realising that the journey itself is a miracle path paved for a special family. Treat it with honour and try to inspire as many people out there and never loose faith in Allah.

8. Each father and mother has major influence in a child's life. Take charge, be adaptive, working together with style that suits the family and stay together as a family.

9. Keep your love alive as a husband and wife. You may get too stress and ovewhelmed with some situations, but remembering the affection that brought us together is important. Go out for a date. Try to get a few minutes daily as a couple without discussing about challenges, bills and expenses.

10. Faith. Faith will keep you alive. Know what is the purpose of your life. It helps you manage everything else. Even at the lowest point of your life, keep your faith to your heart. Time will heal.

I strongly suggest parents, i mean any parents. If you could, please read this book.

And you know what, it is somehow inspire me and ingnites the spark to continue writing my third book which i have abandoned for almost a year!!

Love,

#WonderEmak

Mesti bawak anak-anak ke KIDZANIA!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Waaa dah lama tak post pasal tempat jalan-jalan kan? Tu la, asyik busy aje. Hahahahaha. Tapi kan dalam busy tu pun sebenarnya still we ols akan spent time untuk beraktiviti dengan anak-anak.  Cumanya kena plan dan bawa diorang ke tempat yang berfaedah so that diorang boleh belajar sesuatu.

Zaman sekarang ni kat luar makin lama makin mencabar, dengan ekonominya dan teknologi yang makin canggih. Makin ramai rakyat Malaysia kat luar sana, so nak bersaing antara sesama kita untuk menambah income pun agak makin susah. Sebab itu le pentingnya nak educate anak-anak kita.

So kali ni saya nak ceritakan ada satu tempat di KL yang boleh tolong untuk didik anak kita supaya jadi independent, tau kepentingan teamwork, develop skill, dan kesedaran tentang pentingnya duit. Hahahahaa. Duit jugak la yang di letakkan sudahnya kan, but yeah. Reality nya camtu la. Duit memang nak kena pakai.

Nampak macam berat kan. Dont worry guys, tempat ni actually untuk budak-budak je. So of course apa yang diorang ajar untuk budak-budak senang faham.

Nama tempat ni ialah Kidzania Kuala Lumpur, pernah dengar tak? Best wooo. Kidzania ni located berdekatan dekat Mutiara Damansara, korang boleh google macam mana nak ke sana. Ok la, kalau untuk mak-mak, mesti pernah dengan Ikea kan? Haa dia dok sebelah menyebelah aje tu.



Kidzania ni bukak setiap hari kecuali Isnin. Korang boleh tengok timing dia dekat website dia, and ada jugak kalendar so korang boleh plan awal-awal. Nak buat school trip untuk cikgu-cikgu yang sudi baca ni pun no problem. Harga tu berbeza untuk setiap umur, korang boleh beli kat kaunter dia atau nak senang kat online je. Tekan tekan dah dapat tiket. Settle.
Ni nak cerita sikit apa dia Kidzania, ni and apa aktiviti yang ada. Dalam ni ada 60 tempat yang korang boleh buat lebih kurang 100 aktiviti. Banyak kan? Haa and setiap aktiviti tu budak-budak akan experience role playing umpama macam dalam dunia sebenar. Contohnya la kan, dalam dunia pekerjaan sebenar macam doktor, bomba, pilot and banyak lagi. Diorang sebenarnya dalam role playing tu diorang dapat belajar banyak benda dalam keadaan seronok. Sambil tu diorang boleh jugak learn social skill sebab setiap aktiviti tu diorang akan bercampur dengan budak-budak lain. Sebenarnya ramai gak orang luar negara yang bercuti kat Malaysia ni hantar anak-anak diorang kat sini untuk experience apa sebenarnyakat tempat Malaysia attractions ni.

Don't worry guys sebab untuk mak bapak budak yang dah cukup umur ni, korang pun boleh join aktiviti gak. Dia ada aktiviti yang perlukan khidmat parent dalam role playing. Ada Talent game juga yang melibatkan menyanyi, thats why korang dah boleh start practise dengan anak korang untuk nyanyi duet. Haha silap-silap ada orang amek video masuk dalam youtube terus jadi famous. Tu la kalau suara sedap la kan. Kira rezeki tu. Kalau tak sedap, viral jugak kot hahahahahaha

Ada juga game yang perlukan korang untuk berfikir macam Get Out, diberikan masa untuk setelkan masalah, dan ada juga aktiviti ala-ala treasure hunt tapi moden sikit sebab pakai QR code untuk korang scan. Bawak anak korang sini adalah salah satu cara untuk bonding dengan anak gak. Setuju? Kalau setuju bawak la anak korang pergi sekarang.

Ada jugak mak ayah yang dah pening kepala nak cari venue nak celebrate birthday anak kan? Jangan risau, korang takde masa nak pening kepala so tak payah makan panadol tapi bawak lah anak korang ke Kidzania ni. Sebab kat sini korang boleh organize birthday party. Tapi apa yang korang kena buat ialah book awal-awal sebab takut fully book. Sudah semestinya bukan korang je yang nak celebrate birthday anak kan. Hihi.

Yang special lagi kat sini bukan untuk budak-budak je tapi untuk company yang ada staff kalau nak build teamwork atau nak buat program latihan kat sini pun kira okay. Sebab Kidzania ada offer untuk corporate program yang boleh customize ikut kehendak korang. Korang pun boleh jugak role playing, kot-kot korang dulu ada cita-cita nak jadi pilot ke, bomba ke, doktor ke. And korang boleh jugak dapat benda yang positif, dari segi teamwork, have fun to release the stress.


Haaa panjang dah ni cite pasal Kidzania nih. So rumusannya, Kidzania ni sesuai untuk semua. So plan lah untuk bawak anak korang ke Kidzania ni sebab dengan experience yang diorang dapat berbaloi dengan harga. InsyaaAllah tak menyesal ok?

Last but not least, kalau nak tengok dan rasa sikit pengalaman macam mana la dok kat Kidzania tu, korang boleh tengok video ni. Enjoy!



Yang melaporkan,

Emak

Filem Tiada Tajuk: Berkesankah dakwah santai?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ini, 4 April, naskah sulung arahan Mawi akan mula berada di pawagam. Lama dia tulis skrip dan arahkan Filem Tiada Tajuk ni. Sejak 5 tahun lepas.
Dan memang tukar judul filem menjadi Tiada Tajuk. Apa istimewanya bila tak ada tajuk? Sebab nanti penonton yang boleh cipta tajuk. Hadiahnya lumayan tau. Sesiapa yang ada tiket wayang, dan masuk contest boleh berpeluang menang kereta, motor dan pakej umrah/percutian.

review filem tiada tajuk, filem tiada tajuk trailer, trailer filem tiada tajuk, filem tiada tajuk review, filem tiada tajuk, tiada tajuk film, tiada tajuk, tanpa tajuk, filem tanpa tajuk, tarikh tayangan filem tiada tajuk
Saya mendapat jemputan hadir ke Malam Gala Tayangan Filem Tiada Tajuk di e-Curve Kota Damansara



Ok, mari kita bercerita tentang filem ni.

1. Plot

Bagi saya susunan ceritanya simple, bersahaja, straight forward dan senang difahami. Jika anda tidak suka cerita berbelit dan masuk wayang untuk rileks, memang sangat sesuai lah untuk datang tengok. Pun begitu, tetap ada adegan-adegan yang melucukan, menyeramkan, buat kita rasa sentap dan banyaknya sebenarnya menayangkan realiti hidup yang sebenar. Cuma kurangnya adalah di akhir filem, saya merasakan endingnya tidak solid. Seperti tergesa-gesa ditamatkan begitu.

2. Watak dalam filem Tiada Tajuk

Kata Mawi waktu menulis skrip pun dia dah bayangkan pelakon-pelakonnya. 90% dapat pelakon yang dia nak. Menurut saya, memang sesuai sebab nampak natural. Tak ada watak yang overshadow watak lain. Bermula dengan kisah sebuah kampung dikembangkan ke bandar dengan watak-watak kesemuanya masuk pada masa 'tepat' dan tak bercelaru. Watak paling perlu diberi perhatian adalah Bo. Kenapa? Lihat point 3. Kalau watak paling cool kalau bagi saya, jenazah di surau. Tak percaya, pergi tengok dan balik nanti komen sini semula. Hehehhe

3. Skrip
Di sinilah bagi saya datangnya aura filem ini. Meskipun plotnya ringkas, pengisian yang diletakkan ada makna-makna yang cuba disampaikan. Meski ada dialognya sudah kita lihat atau baca di whatsapp dan social media, di dalam filem ini diberi sentuhan semula dan menjadi. Bo bagi saya adalah antara tunjang kepada dakwah dalam filem ini. Dialog yang diucap, meskipun agak tinggi laras bahasanya tetapi itulah yang sering buat kita bertanya, adakah kita pun serupa?

"Kiamat sudah dekat! Mustahil makin jauh!"


Review Filem Tiada Tajuk, Filem Tiada Tajuk, Pengarah Tiada Tajuk
Bersama dengan Mawi, pengarah Filem Tiada Tajuk, isteri beliau Ekin dan rakan blogger, Puan Suraya

4. Cinematography

Saya bukan pandai sangat. Apatah lagi bukannya banyak movie saya lihat. Tetap juga satu perkara yang saya perasan, angle camera nya ohsem. Berbeza dan kualitinya pun berbeza. Macam super HD gitu. Tak tahulah camera apa dipakai krew. Transition babak ke babak lain juga mostly smooth. Macam real sahaja watak di depan mata. Rasa dekat

5. Mesej filem Tiada Tajuk?

Bagi saya jika melihat movie ini hanya untuk ketawa, gagal lah kita mencari kebaikannya. Dalam hal ini, saya rasa akan ada pelbagai resepsi. Mereka yang dapat menangkap maksudnya, akan merasa perlu ada sesuatu untuk dilakukan supaya kita bersedia dengan kematian yang entah bila. Namun boleh jadi juga, ramai yang sedar mesej-mesej yang disampaikan disebalik kata lawak jenaka, sinis dan dialog nasihat; namun memilih tidak berbuat apa-apa kerana merasa diri ok sahaja.

Antara babak yang bagi saya sangat menarik dalam filem Tiada Tajuk
Akhirnya berbalik juga kepada diri sendiri
Bagi saya ianya satu percubaan dakwah yang berani dan menjadi.

Jika tonton mungkin akan dapat pengajaran
Jika tak tonton, memang tak dapat apa yang disampaikan!

Saya beri 7.5/10 kepada filem Tiada Tajuk!

FB Live Coach Salwa

Review buku: Autism - Pelik atau Unik?

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Untuk memahami apa Itu Autism, saya fikir buku ini sesuai untuk dibaca kerana penerangan secara asas tentang Autism, sedikit tips untuk cuba menyelami mereka yang mempunyai autism dan apa yang boleh dilakukan, ada diceritakan di dalam buku ini.

buku autism, buku panduan autism, autism book, buku tentang autism, autism, autism di malaysia, ciri-ciri autism, tips anak autism, anak ada autism, anak autism, tanda anak ada autism, autism spectrum disorder

Misalnya, salah faham yang paling kerap berlaku seperti menganggap autism sebagai satu penyakit dan ada ubat. Atau dengan menganggap autism disebabkan penggunaan gajet yang berlebihan.

Virtual autisme diketengahkan oleh Dr Marius, dan bukanlah sejenis autism. Istilah ini diperkenalkan untuk anak yang disyaki menghidap autism tetapi sebenarnya tidak dan hanya mempunyai simptom sementara sahaja.

Contohnya, kekurangan penggunaan anggota melibatkan skil motor halus yang tidak mencapai perkembangan sepatutnya kerana banyak menggunakan hp, bukanlah autism. Anak ini dapat dipulihkan dengan terapi cara kerja dan akhirnya dapat pulih.

Adapun autism yang sebenar bukanlah boleh diubat dengan supplement atau makanan atau ubat segera. Itu semua membantu dari sudut mengurangkan simptom dan mengawal tingkahlaku. Dan jenis autism juga berbeza, ada tahap nya dan setiap individu autism berbeza antara satu sama lain.

Satu lagi yang paling berbeza adalah antara tantrum dan meltdown. Tantrum kerana inginkan kawalan terhadap sesuatu misalnya ingin makanan, ingin mainan dan seterusnya. Meltdown pula adalah hilang nya kawalan diri kerana ransangan yang overloaded. Yang ini saya rasa nak huraikan di masa lain in sya Allah.

Apapun,
Saya berpendapat, buku ini dapat diperbaiki dengan menambah lebih banyak isi kandungan dan tips yang boleh diaplikasikan oleh ibubapa dan guru khas terutamanya.

Seperti yang saya katakan, ianya memadai sebagai introduction dan awareness kepada autism sedangkan potensinya adalah lebih besar dengan mengambil kira latarbelakang penulis.


Penggunaan font yang besar dan margin yang begitu luas menyebabkan banyak ruang terbazir dan memberi ilusi yang mengaburkan dari sudut halaman buku yang sudah sememangnya nipis. Mungkin untuk lebih berbaloi dengan harganya, penerbit boleh menambah isi kandungan.

Wallahu'alam

Konsep Affirmation - LoA dan Visualisation

$
0
0
Visualisation - LUA - Affirmation


Lihat kad kecil di tapak tangan saya. Tertera tempat, tarikh dan butiran selanjutnya. Semua ini saya catat pada hujung tahun lepas sewaktu saya menulis VB (Vision Board) untuk tahun 2019.

Dan ketika menulis status ini, saya dan keluarga sedang menikmati udara segar, putih pasir pantai dan kebiruan air laut Pulau Perhentian yang buat pertama kali dalam hidup saya, akhirnya tercapai impian untuk melihat superbly  'Crystal Clear Beach' sehingga di jeti tadi, kami melihat ikan berenang seolah-olah di dalam akuarium.(Perhatikan gambar di bahagian kanan di bawah, ikan ada di sana)

Entah berapa kali agaknya saya mengucapkan Subhanallah.

Bukan kerana saya alim atau sentiasa berzikir orangnya (mudahan di masa hadapan begitu) tetapi kerana mengenangkan betapa baiknya Allah yang memberi nikmat untuk mata saya menatap pemandangan sebegitu cantik yang berpuluh tahun lama saya idamkan. Moga percutian kami selanjutnya selepas ini terus dalam redha-Nya.

Berbalik kepada VB tadi, sewaktu menulis kita sememangnya menulis impian. Impian boleh sahaja dalam short, medium atau long term. Untuk tahun 2019, beberapa perkara specific saya tulis dan design dan print dan tampal supaya sentiasa saya Visualise 'saya akan dapat'. Dengan melihat dan sentiasa mengenang, subconscious mind kita akan berusaha keras menggerakkan anggota selebihnya ke arah matlamat yang sama.

Tidak bolehkah matlamat duduk di dalam kepala sahaja?

Boleh tetapi kurang efektif. Kerana kita tidak di ingatkan selalu malah mungkin akan lupa terus berbanding meletakkan di tempat sasaran dan berusaha keras menuju ke situ. Dengan banyak masalah , dengan pelbagai tugas harian, bagaimana kita nak gerak kan otak memikirkan impian setiap hari? Maka, menulis dan menampal dan melihatnya, dapat membantu.

Oh ya, impian tidak juga dicapai kalau menempek di dinding kemudian bergoyang kaki menunggu rezeki. Salah. Begitu juga bila visualisation hanya 'sendiri', kadang boleh jadi goyang.

Contohnya kerana kekangan masa dan budget, percutian ke Pulau Perhentian hampir tidak pernah saya fikirkan tetapi tidak pula saya tinggal kan. Dengan menggunakan Affirmation 'saya pasti akan pergi' dan tarikan LUA (Law of Universal Attraction) dalam doa yang memang meminta , dengan aturan cantik Allah, akhirnya sampai juga kami di sini.

Cubalah.
Bukan hanya pada percutian atau barangan atau kewangan. Malah paling penting untuk kesihatan, untuk kemenjadian anak-anak, untuk  bahagianya rumahtangga. Dan paling penting, untuk syurga-Nya!

Love,

Wonder Emak

Mega FB LIVE - Usahawan terlajak PEDAS!

$
0
0
Menjadi usahawan yang berjaya ataupun untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya adalah satu perjalanan yang jauh.

Program pedas mdec, mdec pedas, usahawan pedas,


Jika diumpamakan sebagai satu aktiviti sukan, ia seumpama menyertai satu pertandingan marathon larian sejauh berpuluh-puluh kilometer.

Menjadi usahawan berjaya seumpama melatih diri menyertai pertandingan Marathon
Bayangkan jika anda berazam untuk turut serta dalam pertandingan marathon larian sejauh 20 kilometer, apakah persediaan yang perlu dilakukan?

Yang paling mustahak sekali, anda perlu tahu bahawa, sebelum menyertainya, latihan yang panjang perlu dimulakan terlebih dahulu. Anda perlu mengumpul stamina dan kekuatan serta pengalaman berlari tanpa henti dalam jarak yang jauh.

Itu adalah perkara asas. Tanpa adanya latihan, anda memang sengaja mencari masalah untuk mengambil bahagian terus dalam pertandingan marathon sebegitu.

Kalau tidak pengsanpun, anda hanya akan membuang masa berlari sekerat jalan dan memalukan diri sendiri sahaja.
.
TIPS hanya ada ESOK sahaja.yes hanya dalam FB LIVE TAKE OVER pada
.
Date : 30 Ogos 2019 (jumaat)
Time : 12 tengahari
LIVE FB :
https://facebook.com/eUsahawan.my
https://facebook.com/eUsahawan.my
https://facebook.com/eUsahawan.my

Siapa Makan Cili Dia Terasa PEDAS

Review filem Wangi : 3 perkara anda mesti tahu sebelum tonton filem Wangi

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni, 5 September, akan muncul di pawagam seluruh Malaysia satu lagi filem horror (seram) atau thriller yang namanya pun macam suspen, FILEM WANGI 

Filem Wangi, filem Wangi sinopsis, review filem Wangi, trailer filem Wangi, trailer filem Wangi official,  sinopsis filem Wangi,
Penulis a.k.a Emak Salwasaleh di depan poster utama filem Wangi


Memula waktu dihubungi oleh syarikat produksi, saya dengar tajuk filem ni rasa macam eh, filem ape mende ni? Lepas tu tengok pulak poster nya. Uih, ni bukan biasa-biasa ni. Keseramannya agak terserlah. Mereka kemudiannya share media kit , so saya pun baca la sinopsis filem wangi ini dan saya diberikan trailer filem ni.

Lepas tonton, waaaaaa teruja nak tengok!
Tak percaya? Cuba tengok kat sini:


Macam mana? Suspen tak?
See, told you!

Sebab tu lah saya bila di jemput untuk ke malam gala tayangan perdana Filem Wangi ni, saya terus bersetuju nak hadir dan tak sabar rasanya. Sebelum menonton filem Wangi ni, kita selfie sikit la dengan pelakon-pelakon dia kan. Hehehehhe. Untuk entry ni saya belanja selfie dengan pelakon utama, primadona Erra Fazira kita. Gambar-gambar selfie lain hangpa tengok kat FB dan IG saya ya.

Abaikan muka i ols yang nampak tembam gila sebelah NOR


Orait. Now back to filem Wangi.

Saya ada 3 points utama yang memang u ols kena tahu sebelum pergi tengok filem ni. Kalau tak, keluar pawagam sure blur gila. Serius. Sebab itulah yang exactly kitorang rasa selepas menonton filem Wangi ni hari tu. Cumanya sebab petugas media ada sesi temuramah, so we ols dapat la korek-korek dan bertanya. Hasil pertanyaan tersebut barulah terjawap kenapa la jadi gituh. 

Bukti sebagai petugas media. Hahahahahah (belagak gila)


One of the main reason, sebab pengarah kata LPF memang delete a few scenes yang super ganas dan tak sesuai. Sedangkan scenes tu semua sangat penting untuk memahamkan filem ni. Pengarah dia, Yeop Hitler begitu kecewa tapi mereka tak ada pilihan lain kerana it's a no or a go dari LPF. Jadinya macam ada kecacatan lah dalam penceritaan. 

Sebab tu korang kena baca sampai habis, apa 3 points utama ni nanti. Tapi sebelum tu, korang boleh baca review saya yang sungguh jujur untuk filem ni.

SINOPSIS FILEM WANGI


Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sederhana. Yang typical Malaysian family tapi bukan B40 lah hahahah. Ni macam T20 gituh, ada kereta ada rumah boleh tahan besar tapi rumah tu sendiri pun dah seram. Aiseh. Ada Ayah (Sharnaaz) dengan Emak (Erra) dan dua orang anak. Anak lelaki sulung (Mika) nama Khiri, yang baby tu baru lahir tapi takde pulak dia cakap namanya apa. 

Nor dan Khuzairi menghantar anaknya Khiri ke sekolah


Keluarga diorang ni bahagia aje la. Tapi episod-episod mistik tu bermula selepas si Emak ni balik umah lepas selamat bersalin anak kedua diorang. Jeng jeng jeng. Waktu ni ada flash back la memperkenalkan watak lain iaitu adik angkat Emak tu (Nabila Huda) dengan pakwe kepada adik angkat dia tu (Syazwan). Diorang ni rapat waktu sama-sama belajar kat UK.

Kat sini la plot bermula

PLOT DAN JALAN CERITA FILEM WANGI


Ok. Sebenarnya saya ni tak sabar-sabar nak tengok apa keunikan plot cerita ni yang akan membuatkan ianya jadi seram nak mati based on the thriller.

Sejam pertama, plot masih ok. Nampak teratur dan kita mula faham jalan cerita dia. Apa hubungan mereka ni antara satu sama lain. Kenapa keadaan jadi gituh bla bla bla. Tetapi selepas tu, plot mula jadi slow dan saya sehingga ke akhirnya sangat-sangat mengharapkan terjadinya plot twist seperti kebanyakan filem thriller lain. You know, kind of unexpected scene ke outcome ke.

Unfortunately, it did not happened. Hanya ada 1 kejutan sahaja di akhir filem sedangkan yang lain-lainnya dapat 'di baca' sejak awal lagi. Unsur suspen hanya pada 'jump scare' dan latar runut bunyi tetapi tidak pada penceritaan. You know the ending before it ends pun. 


MUTU LAKONAN FILEM WANGI


OK. First waktu memula baca senarai barisan pelakon tu, rasa macam hmmm memang kena nih cuma I ols rasa yang tak berapa nak seram tu heroin dia la. Hahahhaha. Jujur betul. Rupanya Erra sendiri cakap dia pun tak jangka filem tu actually filem seram hahahah. Dia kena game dengan produksi. Boleh tengok kat sini cerita macam mana heroin kita kena game tu: Erra tak tahu kena berlakon watak seram 

Overall, not bad at all la. Boleh tahan juga dia berlakon cite suspen. Sharnaaz pun ok. Tak over sangat dan pembawakan dia sesuai sangat dengan apa yang dia perlu 'jadi'. Saya puji di situ. Watak Mika, sebagai anak sulung tu, macam kadang tak kena tempat, tapi dia berlakon bagus la. Nabila Huda dalam filem ni tidak begitu menyerlah. Mungkin sebab watak dia tu atau tatau la macam mana. Not like her role dalam Munafik la. Macam tak puas tengok. Syazwan, just nice.


Bella dengan pakwenye Azlan. Time ni kt UK


SOUND EFFECT & SINEMATOGRAFI FILEM WANGI


Saya rasa ini yang paling patut dipuji. Angle camera semua ohsem dan tepat dan memang kena dengan setiap scene. Takde yang melayang tetiba tak tentu arah ke. Takde yang tetiba nak buat shoot ngarut-ngarut ke. Semuanya perfectly placed at the right position at the right time. Kredit to pengarah and the team on that! Clap clap clap. Cuma bunyi agak over. Scene yang tenang pun pasang bunyi macam nak runtuh. Hahahahah

3 POINTS KENA TAHU SEBELUM TONTON FILEM WANGI


Akhirnyaaaaa, dah membebel membebel baru nak cerita. hahahahahahha. Jangan marah. Filem suspen kannnnnn.

1. Anak angkat

Ini adalah key yang penting untuk memahami filem ni. Kitorang memula memang blur habis, apsal si Khiri ni macam ni. Ni plot mana ni, ni kenapa jadi gini. Mana datangnya pulak nih? Haa gitulah. So bila tanya kat pengarah, dia cakap Khiri ni actually anak angkat. Bukan anak kandung diorang. 

Oooooo. padan lah! Masalahnya dalam filem tu, dialog yang kata anak angkat tu takde! Yeop Hitler pun mengaku ada kelemahan di situ dan mereka harap penonton nanti boleh faham. So that's why i ols bagi tahu ni. Khiri tu anak angkat, okeh!!

2. Penderaan

Salah satu watak utama filem ni memang korang akan macam 'ehhhhhh, ko dah kenapa?" Dia pun twist perwatakan tu macam dari setan jadi malaikat pastu jadi setan balik. Saya takmau la cakap sapa sebab tak suspen la kan. Jadi spoiler pulak nanti. Tapi korang akan faham totally bile tengok filem ni. 

Apa yang korang perlu tahu, watak tu actually telah didera dengan teruk ketika kecik. Sebab tu dia jadi psiko gituh. Malangnya scene scene yang explain kenapa dia jadi gitu tu telah dibuang kerana tak lepas LPF. Haaa camtuh la ceritanya. Sebab tu la dia jadi gitu, so korang jangan pelik la eh

3. Timeline

Banyak flashback akan menyebabkan korang boleh jadi keliru dengan timeline. Eh ni kat Uk ke? Eh ni bila plak depa balik Malaysia? Eh ni kenapa tetiba ada beranak? Eh eh eh. Pertamanya rujuk point satu saya tadi tu, then akan faham better. Keduanya, korang kena dengar dialog-dialog especially yang Erra cakap sebab disitu key untuk faham timeline filem Wangi ni. Dialog dia nampak bersahaja simple je tapi ada info penting terutamanya yang part awal-awal. So kene pay attention. Once u dengar baik-baik, memang akan faham sampai ke sudah.


Haaa gitulah. I hope it helps.
So, jangan lupa tayangan filem Wangi di seluruh negara mulai hari ni
Kalau dah tau 3 points tadi tu, then should be ok

Byeeeee












Safiy - Taubat dan Kita

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Beberapa minggu yang lalu, sewaktu sibuk memotong kangkung dan menyiapkan sup ayam, saya mengikuti secara sambilan wanwancara di Wanita Hari Ini yang menjemput ustaz, artist Nora dan Safiy. Saya kurang pasti ada atau tidak ahli panel lain kerana jarak TV agak jauh.

Yang saya tahu, sejak Safiy umumkan hijrahnya kembali buat kali kedua, kita semua terpecah. Ada yang syukur, ada yang sangsi dan tak kurang yang mempertikaikan sama ada ini gimik terbaru mungkin untuk melariskan produk jualannya.
Saya fikir, biarlah kita jadi bijak.


Soal niat dia, serahkan pada Allah. Ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan Rabb. Besar harapan saya, dia tidak berhijrah hanya kerana ibubapanya. Khuatir jika kelak kedua ibubapanya telah tiada, no more pushing factor untuk dia istiqomah. Nauzubillah.
Cuma, satu yang saya pegang.

Selagi mana dia dan golongan seangkatan dengannya melakukan apa sahaja kemungkaran dengan privacy, peribadi dan tidak menayangkan secara umum; saya akan terus mendoakan mereka pulang ke pangkal jalan.

Namun, jika mungkar Itu dibuat secara nyata, dihebohkan pula di social media, di canang di hebah semegahnya, saya akan doakan juga tetapi saya akan terus bangkang dan kritik.
Silalah berbeza pendapat jika mahu.

Di zaman Rasulullah s.a.w, mereka yang bersembunyi di sebalik kebenaran; mengaku Islam tetapi munafik; mereka ini diketahui nabi tetapi tidak pernah diceritakan. Hanya seorang sahabat yang teguh memegang rahsia yang diberitahu kepadanya; Hudzaifah Ibnul Yaman.

Setelah kewafatan Rasulullah, Saidina Umar sangat takut jika-jika beliau adalah sahabat yang munafik. Beliau bertanya kepada Hudzaifah. Hudzaifah menafikan tetapi tidak menjawab atau menyatakan sebarang nama. Sahabat hanya tahu siapa yang munafik apabila berlaku kematian dan Hudzaifah tidak turut sama solat jenazah.

Kenapa sampai begitu Rasulullah merahsiakan?
Kerana mereka masih menyorok. Tidak menzahirkan. Dan Rasulullah menjaga aib mereka.

Dan ini juga sebegini rupa dilakukan para pemandi dan pengurus jenazah ketika mana kematian seorang yang menukar jantina tetapi secara rahsia.
Urusan dosa pahala di tangan tuhan. Aib nya tetap kita simpan.

Indah sungguh agama ini. Janganlah lagi wahai sahabat atau sesiapapun yang terang terangan mengaku membuat dosa. Meminta pula diiktiraf dan diberi ruang kekal membuat dosa. Hatta dosa sedikit manapun
Malulah kamu pada tuhanmu yang menutup aib kamu dan aku. Janganlah kamu pula bermegah dan menayang aib dengan mudah

Kita semua pendosa
Bertaubatlah sementara masih bernyawa!

Tales of Mothers Vol. 2

$
0
0
There were 9 stories
As the title suggest, it's about the love and courage of mothers. 

Which I think the only way I could write about this book is by telling you, my story upon completion of reading it.

Initially I was looking for an inspiration, more like reading stories of how other mothers successfully cope in certain situations just like the volume one precisely. It was however, quickly changed after I read the introduction by the editor, that these anecdotes focus more on mothers with special kids. 

Voila!



I felt the gush of urgency to read it. A bonus perhaps. After all it somehow connected what I've experience all this while. 

A few stories are somewhat a combination of what we've been through all these days, how they dealt with a son with GDD, a son with autism, a daughter with hearing problem. Yes. We've been through the same thick and thin for years. 

One particular story made me worry. It somehow further sparks my curiosity on the future of my kids. Will they get married? How do they cope with a family life? Do they have what it takes to raise a child? What the author shared was exactly the traits that one of my son had. A dyslexic with ADHD. Just that it was written in a different perspective; it was not her son but her husband. Which is why, it makes me worry but I shall embrace this as a challenge. A challenge to do better, a challenge to stick together. 

Two stories on the other hand moved me in a way that makes me wanted to pursue my childhood dream that has long been forgotten; but this time it wasn't for me. 

When I was about 10 years old, I dreamt of pursuing my study at UK. When I was 14, I aimed to finish my doctorate before I turn 36. After the SPM, I got an offer to pursue my undergrad in UK. To cut short the story, I finally opt for a degree in New Zealand, worked in a multinational company for a few years, resigned and became a WAHM which makes me too busy that I could not pursue my postgraduate study. 

Only recently that everything was in track again and I got the chance to do my Masters. Back to those 2 stories in the book, they shared on how studying abroad (basically both of them were at UK) gave them and their special need child the experience that they never had back in Malaysia. I was extremely overwhelmed with the details and yearn to experience the same situation. 

My husband had the opportunity to apply for a PhD abroad but I wasn't ready at that moment. Not me literally but I was worried with our sons condition. So he settled down with a local uni offer. 

But reading those stories makes those questions spark again:

Can we do something better if we went abroad? 
What does it takes to give them opportunity to shine further in a more conducive environment? 

And now I'm stuck with this idea
I'm 35. In less than a month time. (hint, birthday is coming soon) I felt my age has defeated me in someway. Most of the recent scholarship in PhD is either require you to be less than 35 or if they don't, it will only cover your expense, not the family. 

Conclusion

Motherhood is indeed a very powerful drive and source of unexpected acts. Now I am thinking of getting my second masters and PhD not for myself but for the fact that I know the area of the research will bring a huge benefit to my sons and millions of kids around the world. And the idea of going abroad is no longer to fulfill my dream but to create the future dreams for my kids. 

Somehow
Somewhat
I know Allah is looking at me and my little family
There will be a way
Always 

To those who contributed to publish this book, I thank you.

Berhenti salahkan diri sendiri

$
0
0
Wanita, berhenti salahkan diri sendiri!

Ramai kenalan dan wanita berkerjaya bertanyakan pendapat saya tentang kerjaya vs. surirumah. Majoriti selalu rasa bersalah kerana tidak dapat berhenti kerja dan menjadi housewife. Dan nasihat saya masih juga sama;



Setiap dari isi rumahtangga ada ceritanya. Tak semua orang sama. Ada masalah tersendiri. Ada cabaran tersendiri. Berhenti kerja bukan juga jalan keluar bagi semua orang. 

Jika kita berkerjaya kerana ingin keluarga lebih bahagia dan sempurna dan atas sebab-sebab lainnya, kenapa benarkan rasa bersalah?

Jangan fikirkan soal mulut orang lain. Mereka tidak menyuapkan nasi ke mulut kita. Mereka juga pandai cakap tetapi amat kurang yang akan membantu. Belajar untuk tidak mendengar cakap orang dan tidak bandingkan kehidupan orang, in sya Allah lebih bahagia.

Paling unik, kebanyakan yang menjatuhkan wanita ini adalah wanita juga. Tendency untuk katakan 'aku paling baik' sangat menebal walaupun kadangkala ucapan tu nampak tersembunyi atau disudahi dengan perkatan 'hehehehe'.

Tiada siapa yang lebih baik daripada yang lain.Kita berada dalam kitaran. Saling memerlukan dan saling melengkapkan.

Apakah nilaian paling utama dalam neraca amal?
Adapun nilai taqwa adalah neraca sebenar

"Sesungguhnya yang paling  mulia  di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)

Sudahlah. Jangan sedih-sedih.
I'm sending a bouquet of loves to all women out there

Love u!!!!

wonder emak

8 perkara menarik tentang office Facebook Malaysia. No 6 dan 8 paling Wow!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Semalam dan harini saya bersama beberapa orang rakan trainer yang terpilih amat bertuah kerana dapat menjadi kelompok pertama bagi pilot project yang diperkenalkan FACEBOOK iaitu 'Trainer Network' project. Dalam entry kali ni, gambar saya pakai tudung coklat tu hari pertama, yang tudung geometry tu hari ni a.k.a hari kedua.

Buat masa ini terdapat 6 lokasi di seluruh dunia yang telah dipilih untuk latihan buat fasa permulaan dan Kuala Lumpur adalah salah satu dari nya. 

Facebook Malaysia, Facebook office Malaysia, Facebook Malaysia office, office Facebook Malaysia, Facebook Malaysia hq, Facebook Malaysia headquarters, headquarters Facebook Malaysia
Menyengih di depan rumah Facebook Malaysia

Saya sebenarnya pernah hadir ke Pejabat Facebook yang 'lama' pada tahun 2018 dan kagum dengan teknologinya walaupun saiz k'comel lote'.Kali ini bertabah kagum dengan pejabat baharu yang dirasmikan oleh Tun M pada 28 Mei  yang lalu. 

Ada 10 sebab kekaguman dan hari ini saya bawa korang semua ke pejabat Facebook Malaysia

1. Security sistem Facebook Malaysia yang ketat


Nak masuk ke pejabat FB Malaysia sangat susah. Selain hanya 'by invitation', anda perlu lapor diri di kaunter security utama. Selepas tinggalkan IC atau lesen memandu, baru akan dapat pass untuk naik lif. Sampai ke tingkat **, ada pintu utama seperti di bawah ini. Dan pass tadi tak boleh dipakai untuk masuk pun. Kena ada staff FB yang bukakan.
Pintu pertama yang perlu di tempuhi

Pintu utama dari sebelah dalam, warna warni gituh
Selepas masuk pintu utama, anda perlu register dulu di kaunter pendaftaran dengan memilih kenapa anda datang ke pejabat pada hari itu. Contohnya ada meeting ke, ada event ke, ada discussion ke . Dah pilih tujuan datang, kena masukkan email dan nama penuh, kemudian sistem akan check betoi dak depa ada invite datang. 

Kalau email tidak dijumpai, dia akan tanya ada tak alternate email. Kalau takde juga, sendiri pempaham la. Hahaha. Ok, in case validation berjaya, u ols kena sign agreement then akan diminta ke receptionist untuk dapatkan pass. Kemudian ada laluan berpalang yang hanya boleh dibuka oleh staff. Lepas tu ada satu lagi pintu yang hanya staff juga boleh buka. Haa, nampak tak berapa banyak tapisan!!

Lepas masuk pintu utama, kene pi kaunter untuk register dan pastikan ada nama dalam senarai 

Ruangan menunggu sebelah receptionist. Oh ye, gambar staff FB tak boleh di upload

I ols mendaftar dengan tangan penuh kegemokan

Checkpoint kedua, palang. Checkpoint ketiga pintu beso lepas palang tuh. Berapa banyak security points daaaa


2. Sentiasa kena pakai pass


Tidak dibenarkan dalam mana-mana masa untuk tanggalkan pass. Walaupun ke tandas etc selagi mana berada dalam lingkungan kawasan office. Semalam saya pergi tandas, betulkan tudung. Tak teringat nak pakai lepas tu. So during lunch hour, saya baru nak ambil makanan ketika seorang security berkejar ke arah saya dan meminta saya tunjukkan pass. Aiseyh man. Kalut saya pergi ke tandas dan nasib lah ada lagi pass saya. Suspen betul.

Kene pakai mende ni all the time. Ada nama kita, date dan time kita masuk

3. Bilik meeting teknologi tinggi


Setiap bilik meeting di lengkapi sistem untuk indicate sama ada room tu dah di booked atau tak, tengah pakai atau tak dan sebagainya. Kemudian ada nama la untuk setiap room tu. Kemudian dalam bilik pula screen semua canggih yakmat dengan speaker, camera bla bla bla. You ols kalau nak buat video conference kat seluruh dunia pun akan clear sebab speaker atas siling pun ntah berapa ntah then screen dia boleh paparkan dari segenap angle dengan HD punya screen. macam training room saya, screen je 6 bijik yang beso beso bagak tuh. Kalau tak nampak juga, tatau la kan

Kalau warna hijau gini maksudnya bilik ni tengah vacant in 29 minutes. Comey tak nama bilik ni 'Hikayat Sang Kancil' hahahahaha
Kalau merah gini maksudnya tengah dipakai. Haa ni bilik i ols

Ni pulak bilik video conference, sambil lepak-lepak kat sofa boleh bervideo dengan orang

I ols tengah buat-buat sibuk study exam! (Jangan cayer)

4. Ruang game


Kot la tetiba rasa nak main congkak ke, or ada rasa nak main board game ke, atau foosball game ke, ada disediakan di beberapa tempat. You can chill and relax and enjoy the game
Ada game room yg besaaaaarrr

Nak main game ape pun boleeeee



Elelelele main congkak kononnnnn
Kot nak main foosball kan




5. Ruang santai


Yang ni kot la nak baca buku, orang just nak lepak-lepak chill minum latte or mocha or apekemende yang nak diminum, boleh juga buat sambil enjoy the KL view. Kerana office agak tinggi so macam-macam bangunan u ols boleh nampak. Antaranya ariel view Masjid Negara, Taman Burung, Muzium Negara dan macam-macam lagi la

Haaa bukan senang dapat peluk emoji FB di pejabat FB!! Hahahahah

Mengkopi dan meng sandwich ketika tea break

6.  Banyak makanan!!!!


Sebijik macam office lama dulu, mereka provide unlimited access untuk staff makan dan minum tapi nampaknya office baru ni lagi banyak food. Hahahaha. Kalau air tu dari yang panas, yang sejuk, yang beku, yang sehat, yang bergas, bersusu eh ape aje yang takde. Yang dari luar negara pun ada. Jajan pun macam-macam. Korang tengok gambar pun tau la kan kan

Macam-macam adeeeee
Nak buat air panas pun ade. Nampak tak kat rak tu segala mak nek teh ade. Dekat berbelas jenis. Kopi tayah citer la. Tekan tekan aje keluar semua

Cekedis pun ade. Paling banyak makan coklat saya la!!!

7. Toilet pun boleh tahan


Toilet per se taklah canggih sangat. I mean pernah je jumpa yang lagi canggih. yang ni tkda bidet pun. Tapi harus diberi pujian sebab semua mende pun dia provide. Berus gigi, ubat ketiak, sabun, ubat gigi, pad dengan tampon pun ade. So kalau terdesak datang meeting tak mandi lagi, in sya Allah selamat! Hahahaha

Untuk mencukupkan point entry blog, toilet pun jadik!!!


8. Korang tatau exact lokasi


Ce tengok kt FB Malaysia or kat Google or kat mana-mana, ada tak dia bagitahu full alamat? Takde kan? kan? Jeng jeng jeng. Itulah keunikannya. Even sokkabar buat liputan pun tak kabo kat mana opis nih. It was designed to be that way. Good luck finding it!!!




Rahsiaaaaa... rahsiaaaaa!!



I ols doakan u ols pun satu hari dapat meeting or training or melawat opis nih. Okeh?

Selamat berjaya!!

P/s: Kepada web web dan page viral, sila minta izin dahulu sebelum amik gambar dan post ke page u ols ye. Ini content blog i ols, jangan la buat keje mudah sangat. (sob sob sob)

Sekian






Viewing all 277 articles
Browse latest View live