Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

FB Live : Bagaimana post content anda di 4 tempat percuma di FB

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Jangan lupa saksikan saya pada hari ni jam 4 petang di laman page FB eUsahawanMY ye!



Special dibawakan dengan kerjasama daripada Facebook Malaysia X eUsahawanMy 

Topik ni sebenarnya agak simple tapi mungkin ramai lagi yang tak tahu sebenarnya ada banyak benda tak payah nak bayo pun kalau nak pakai

Jadi, petang nanti silakan beramai-ramai tengok ye. Ajak la anak-anak sekali kot sok lusa dia nak meniaga senang.
Jika minat nak dapatkan voucher bernilai USD45 untuk Blueprint Certification, jangan lupa komen dan tinggakan email anda di bawah ya

Hehehehe
See u!!!!

FB Live: Urus masa versi Covid-19!

$
0
0
Assalamulaikum wbt

Hari ni Emak akan kembali lagi ke pentas FB Live di page eUsahawanMY dengan satu lagi topik penting ketika zaman zaman PKP ini.

Duduk rumah terperap
Anak-anak bersimpang siur lari-lari
Nak kena masak
Nak kena kemas
Nak urus bisnes
Nak urus kerja-kerja opis yang WFH

So,
Bagaimana nak uruskan masa versi Covid-19?




Makanya malam ini beramai-ramai tonton Emak membebel dan memberi tips bagaimana nak urus masa versi Covid-19 okeh?

Jangan lupa. 
9malam di https://www.facebook.com/eUsahawanMY/ 
Okeh?

See u tonight in sya Allah!

Carta emak-emak ketika musim PKP Covid-19

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Diam tak diam dah dua minggu rupanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah berlangsung. Jika ikutkan keadaan semasa, ada dua minggu lagi menjelang tarikh 14 April.

Macam mana keadaan dekat rumah sekarang ni?
Hehehe

Emak saja la buatkan poster nih, tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang mati ye.
Simply just untuk kenangan bersama 

Tapi kalau betul tu, nasib la!! 
Hahahahaha















DIY Pasir Pelangi Homemade versi Emak

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Macam mana keadaan sekarang di rumah?
Makin get use to all those stuff? Heheheh

Emak nak kongsi satu lagi aktiviti DIY yang ada dalam buku Bila Emak Berdrama yang semua parents boleh cuba buat di rumah masing-masing. Bahannya ringkas dan mudah didapati.

Oh ya, tips penting kalau nak buat pasir ni, pastikan buat pagi atau petang ketika matahari agak terik supaya dapat keringkan pasir dengan cepat. Tapi kalau tak dapat jemurkan kat matahari, dalam rumah pun boleh cuma lebih lama, sekitar 24jam baru ready dengan sempurna

Boleh cuba, ikut steps berikut ya!






Simple dan mudah kan?
Ya, jom la cuba!!!

Love,
Wonder Emak

Nak tips dan informasi tentang parenting?
Boleh subscribe channel Telegram emak di t.me/WonderEmak ya!

Cara Import Multiple Contacts ke HP dan Google Contacts anda

$
0
0
Assalamualaikum wbt



Kepada yang ingin mendapatkan template contact CSV untuk digunakan bagi meng import contacts dari Excel Sheet ke dalam Google Contacts dan HP anda, boleh download di sini:

CSV TEMPLATE

Kepada yang belum menonton tutorial, boleh tonton di sini ya:




Review filem: Tully - Kisah tragis ibu anak tiga

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua?

Saya dah lama nak tengok movie ni setelah baca beberapa tulisan rakan-rakan. After a few attempts for the past 2 years, finally i made it.

Doesn't take me long to relate. Baru 5 minit pertama saya dah masuk ke dalam situasi Marlo, yang sarat mengandung anak ketiga (yang tidak dirancang).


review filem tully, filem tully, download filem tully, cerita filem tully, film tully explained, film tully review


Dengan Sarah yang masih muda pada usia 8 tahun dan Jonah yang merupakan anak istimewa, babak seperti 'rutin brushing' dan siri-siri meltdown memang melelahkan.

Suami Marlo?
Dew seorang lelaki biasa dan watak ayah yang kebiasaannya ada dalam sebuah keluarga. Menyayangi keluarga tetapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu bertindak seadanya. Asal cukup makan pakai tempat tinggal, semuanya dikira ok walaupun dalam diri sendiri berperang dengan tekanan dalam ketidak-tahuan.

Suatu hari, Marlo ke rumah adik atau mungkin abangnya yang kaya, serba serbi lengkap dan kelihatan sempurna dengan 3 cahayamata. Selepas makan malam, abangnya tadi ingin menghadiahkan sesuatu, iaitu 'night nanny'. Penjaga bayi ini hanya datang pada waktu malam, menjaga dan menguruskan semua perkara berkaitan.

Jika dilihat dari sudut konteks masyarakat Malaysia, seumpama Confinement Lady yang tinggal sementara waktu untuk membantu ibu yang baru melahirkan. Tradisi ini makin berkembang sejak beberapa tahun yang lalu malah ketika melahirkan anak ketiga dan keempat, saya juga mengambil CL untuk membantu. Dengan bajet terhad, saya hanya dapat mengupah untuk seminggu dan itupun hanya di waktu siang sahaja. Namun seminggu itupun sudah saya rasa lega kerana membantu saya menguruskan emosi terutamanya, apatah lagu dari sudut fizikal dan penjagaan bayi.

Menariknya, Marlo ini seperti sebilangan wanita Malaysia dan saya juga. Bila melibatkan soal tidur dengan bayi, bayi di jaga orang lain, kita menjadi skeptikal. Kita sebenarnya lebih rasa khuatir cakap-cakap orang. Khuatir apa kata orang jika benarkan orang asing yang nenidurkan bayi yang masih merah mukanya. Kita takut dilabel tidak kompeten. Kita tidak percaya malah kita rasa seharusnya semua itu kita yang perlu lakukan.

Marlo selepas melahirkan, begitu penat menguruskan semuanya. Babak demi babak beliau menyusukan, menidurkan, menukar lampin dan pelbagai hal hingga banyak lagi dikompromi. Semua dilakukan seorang diri kerana suami tidur dan 'penat bekerja'.

Sarah dan Jonah diberikan gajet ketika makan malam. Makan juga sekadar menghangatkan frozen pizza. Malah ingin menukar baju juga jadi begitu melelahkan. Kita juga begitu bukan? Bila terlalu penat dan hanya ingin berehat tanpa tangisan.

Hingga satu tahap, Marlo tidak lagi dapat bertahan. Sekolah Jonah tidak lagi mampu menawarkan pendidikan yang sesuai kerana Jonah istimewa.

Babak-babak tentang 'kelas yang tidak sesuai', bantuan shadow aid, ketiadaan wang kerana kos menguruskan anak istimewa yang tinggi, berhenti buat terapi dan sebagainya, saya boleh katakan sangat sinonim dengan kebanyakan ibubapa yang mempunyai anak istimewa.

Amat melelahkan

Akhirnya Marlo mengambil keputusan menghubungi night nanny seperti yang dicadangkan abangnya. (Abangnya janji nak bayar waktu dinner tempohari)

Maka datang lah Tully yang masih muda sebagai pembantu. Itulah kali pertama Marlo dapat tidur dengan selesa. Bangun hanya apabila dikejutkan Tully untuk menyusukan Mia.

Selepas Tully hadir setiap malam, semuanya jadi bahagia. Rumah kemas tersusun. Anak-anak dapat diuruskan dengan baik. Tidur lebih berkualiti dan lena.

Kita disajikan dengan babak demi babak yang menunjukkan transisi kehidupan Marlo yang menjadi bahagia, SEMPURNA dan cukup semuanya. Kita akan tumpang gembira sambil berharap akan perkara yang serupa.

Banyak dialog diantara mereka berdua berkaitan perasaan, hubungan malah banyak sekali persamaan. Marlo rasa bahagia. Suaminya juga merasakan perkara yang serupa melalui perubahan yang ditunjukkan Marlo.

Hinggalah pada suatu malam, Tully mengajak Marlo keluar ke kota untuk berhibur. Me time istilahnya. Marlo pada mulanya menolak namun setelah didesak, dia bersetuju dan kemudian memandu ke tempat tinggalnya sebelum berkahwin.

Mereka minum, menari, berpesta sehingga secara tiba-tiba Tully mengatakan dia tidak lagi dapat bekerja dengan Marlo. Terkejut dengan berita itu, Marlo merayu Tully agar terus bekerja lagi tetapi Tully sudah tekad untuk berhenti.

Dan di sinilah plot twistnya. Jika dalam kesemua review movie saya secara professional selaku wakil media atau review suka-suka, saya tidak pernah menulis spoilers apatah lagi ending movie, namun kerana matlamat penulisan ini berbeza, saya akan menceritakan endingnya.

Kerana mabuk dan kepenatan, ketika memandu pulang, kereta Marlo terbabas lalu menjunam ke dalam sungai. Marlo diselamatkan Tully.

Di hospital, Dew melihat isterinya yang lebam sana sini, kemudian dipanggil doktor dan doktor bertanya tentang depresi.

Marlo sebenarnya mengalami sleep deprivation dan extreme exhaustion. Terlalu kepenatan dan tidak cukup tidur. Malah mungkin mengalami Postpartum Depression sehingga berhalusinasi seolah-olah mempunyai night nanny.

Nama penuh Marlo?
Marlo Tully!

Diakhir cerita, Dew memberitahu dia tidak sedar Marlo sebenarnya depresi kerana melihat isterinya 'baik-baik' sahaja. Dan dia tidak memilih sempurna, dia hanya mahu Marlo bahagia dengan menjadi Marlo yang sebenarnya.

Saya fikir, kita sendiri boleh menilai situasi masing-masing. Bertindaklah sebelum terlalu lewat. Banyak ibu ibu di luar sana yang penat menjadi Marlo, sama ada atas pilihan 'memaksa' diri sendiri atau terpaksa malah lebih teruk dipaksa.

Bina rumahtangga yang semua orang berfungsi, bukan hanya ada seorang raja atau seorang ratu.

Marilah sama-sama membina syurga dunia dan syurga di sana

Love,
Emak

Berakhirnya Master Emak di UKM!

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Jika diikutkan, banyak benar yang ingin saya luahkan sejak saya secara rasminya memperolehi keputusan terakhir untuk pengajian Sarjana saya dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi di UKM.

Setelah setahun setengah bergelumang dunia akademik yang telah di tinggalkan lama, akhirnya secara rasmi semalam saya menerima keputusan semester terakhir.

4 flat sekali lagi, Alhamdulillah.

Sepanjang 40 kredit yang di ambil dengan 11 mata pelajaran, rezeki saya agaknya mendapat straight As kesemua subjek (9A,2A-)
Dengan itu, cgpa juga adalah dalam lingkungan angka yang saya sasarkan.

Hadza min fadhli rabbi
Ini semua atas kurniaan Ilahi
Dan saya amat amat mensyukuri

Sepatutnya saya lah yang melompat gembira!

Namun kata-katanya tenggelam.
Justeru, ketika suami saya yang jauh lebih gembira dan terharu ingin menulis terlebih dahulu, saya berikan laluan. Walaupun yang habis belajarnya itu saya.

Unik bukan?

Kami memang begitu.

Jika dilihat pada perbezaan, banyak yang jauh seumpama langit dan bumi. Dari perwatakan, cara pemikiran, makanan kegemaran malah destinasi percutian juga semuanya tidak selari.

Namun apakah lagi yang lebih manis bila perbezaan itu diraikan (dengan banyak siri pergaduhan, masam muka dan merajuk semestinya) seiring pertambahan usia perkahwinan.

Selebihnya kami suka mencari titik persamaan malah kadangkala berusaha menukar haluan agar kiblatnya sama. Seiring apa tuntutanNya.

Kami bahagia dengan diskusi artikel atau topik journal seawal pagi. Atau membongkar teori demi teori di dalam kereta sepanjang lebuhraya. Malah sibuk membentangkan hasil bacaan ketika percutian.

Bahagia cara kami sekeluarga

Bahagia itu juga datang dengan ada banyak yang dikorbankan.

Dan pengorbanan bukan atas dasar kemahuan sendiri, tetapi untuk kesejahteraan seluruh famili. Sukar untuk saya ungkapkan betapa kami saling berusaha untuk menaikkan semangat ketika lelah teramat.
Mungkin panjang benar untuk kami terangkan, cukuplah tuhan yang menjadi saksi dan keluarga yang membantu kami.

Dahulu,
Ketika suami saya bergelumang dengan kesibukan tugas di hospital,dengan oncall yang rapat kerana weekend pula padat dengan jadual kelas Sarjana, banyak yang dikorbankan. Bukan sekadar perasaan, kewangan, cita-cita serta impian,malah 7 kematian di sebelah keluarga saya, juga tidak dapat dihadiri suami. Sayalah yang mengheret anak-anak, memandu ratusan kilometer untuk urusan seumpama dengannya. Dan dia juga turut berkorban dengan cuba sedaya upaya memberikan seadanya dalam dia berjuang dengan pergelutan masa, kewangan, kerjaya dan pelajaran.

Bukan senang, bukan senang.

Saya yang berada di dunia korporat dan kemudian memutuskan untuk berhenti kerja bagi menjaga keluarga bukanlah paksaan. Tetapi juga satu bentuk pengorbanan. Saya menjeruk perasaan bertahun lamanya dirumah kerana serba serbi asing dan sukar apatah lagi saya ini ligat dan extrovert orangnya.

Dan suami saya tidak pernah memaksa. Malah sentiasa sahaja menyokong saya dari segala sudut terutamanya ketika saya mengambil keputusan membuat aktiviti kesukarelawan seperti projek beg sekolah. Dia akan cuba memberi idea, membantu apa yang dapat dalam sela masa yang terhad.

Dan ketika Allah mengaturkan perjalanan keluarga kami yang amat istimewa, dengan ujian ujian kecil sebagai peringatan dan tanda syukur, kami tidak memadamkan impian.

Tabik tertinggi saya buat suami yang saban tahun terus mencuba sehingga akhirnya pada tahun lepas, beliau menerima biasiswa hadiah latihan persekutuan bagi meneruskan PhD dan dalam masa yang sama, saya telahpun memulakan sarjana.

Dan ketika inilah suami saya pula memainkan peran.
Dia sentiasa ada di sisi.

Mengorbankan waktu dan hari-hari tertentu ketika saya dihambat pelbagai tugasan kerja dan tugasan sebagai pelajar.

Dia yang membawa keluar semua anak-anak sebentar jika saya perlu menyiapkan assignment. Dia juga lah yang sabar menenangkan ketika saya beremosi dan tidak nampak jalan.

Dan bila saya renungi kembali, pengorbanan saya selama ini sebenarnya telah lama terbalas ketika saya mempunyai seorang suami yang menghargai, dan tidak pernah menyekat apa yang saya impi.

He never clip my wings!
He let me fly and trust me to come back where I belong.




Sampai bila pun saya tidak dapat pergi jauh, tanpa sokongannya yang tidak berbelah bahagi.

Terima kasih syurgaku
Dan terima kasih anak-anak Emak yamg sentiasa ada saban waktu

Perjalanan kita masih jauh.
Moga ada kebaikan atas setiap jalan yang kita pilih nanti. Moga semuanya atas nama Ilahi.

P/s: I love you
P/s/s: I love you and the kids too
P/s/s/s: Terima kasih Emak dan Ibu, semua adik beradik dan ipar duai, ahli keluarga sanak saudara, rakan taulan yang mendoakan. Terima kasih pensyarah yang sentiasa memberikan yang terbaik, dan adik-adik satu jurusan yang sentiasa happy dan happening.

Terima kasih semua!!!

Love,
Emak
 

Power couple live di JustBeYou (JBU) Talk Show

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah , baru-baru ini saya dan suami diberi peluang bersiaran langsung dan berkongsi tips bagaimana kami menguruskan keluarga istimewa.




Bukan senang juga kami nak dapat sekali duduk begini. Alhamdulillah semuanya agak lancar dan anak-anak pun behave kat dalam bilik depan hehehe.

Dari cerita belakang tabir, bagaimana menguruskan masa, bagaimana kami cope, cara kami de-stress dan macam-macam lagi lah, semuanya ada.

😉

Boleh tengok di sini ya:
https://bit.ly/34vn5n9

Pentingnya libatkan anak dalam meeting keluarga!

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Hujung minggu lalu, seorang rakan menghubungi saya, bertanya pendapat tentang anaknya yang berusia 7 tahun namun selalu dikatakan sedikit 'lambat'.

Saya, seperti biasa, bukanlah doktor bertauliah. Hanya mendengar dahulu dan cuba menyelami apa sebenaranya perasaan rakan saya. Kebanyakan ibu (dan bapa) sebenarnya tahu potensi dan apa yang perlu dilakukan, tetapi kurang keyakinan diri. Risau kerana cakap-cakap orang.

Anak rakan saya ini, perlu diterangkan satu persatu, dan kemudian dia faham. Kesusahannya di sini adalah, di dalam kelas yang banyak murid, cikgu tidak dapat buat 'one-to-one' approach jadi mereka yang sebegini tertinggal dan dilabel 'lambat'.

Kasihannya.
Jadi peranan ibubapa lah untuk catch up dan jadi tutor pada anak ini. Rakan saya tadi sudah pun buat perkara ini. Which is good lah. Cuma bila orang bercakap, rasa goyah juga kan? Sampai dia terfikir nak tukarkan sekolah.

Bagi saya itu tidak menyelesaikan banyak masalah. Mungkin juga silap-silap menambah masalah. Pengangkutan, kebiasaan, rutin, penyesuaian dan sebagainya.

Dan paling merugikan jika akhirnya nanti anak pula rasa dia betul-betul lambat, slow, tak bagus. Jangan!!! Ini lah racun yang lagi merosakkan. Jadi, kita yang kena yakin dia, dia ok dan boleh lakukan (Nota: tetapi jika anak memang ada masalah, dapatkan bantuan ya!)

Saya mencadangkan jika mahu berbuat demikian, libatkan anak dalam perbincangan. Jangan kita berbincang suami isteri kemudian ambil keputusan tanpa tanya anak kerana ini juga soal masa depan dia.

Kami selalu akan mempertimbangkan beberapa cadangan, di bawa ke 'meeting' keluarga dan semua anak juga ada hak untuk bersuara. Jika mereka setuju, senanglah approve. Jika tak setuju, mereka di beri ruang untuk memberikan sebab dan apa yang ingin diluahkan atau dikatakan tanpa prejudis.


Meeting informal sambil main-main pun ok hehe


Maka ada juga perkara-perkara yang kami usulkan akhirnya tidak dilaksanakan kerana menghormati perasaan dan cadangan anak.
Ada juga perkara yang kami putuskan untuk terus lakukan kerana selepas perbincangan, anak tidak berupaya memberi alasan kukuh (baca: malas, tak yakin, malu etc) maka yang itu kena guna kuasa veto juga sesekali.

Saya cadangkan, cubalah

Tak semestinya kena formal. Waktu main-main pun boleh sebenarnya.
Jadikan meeting keluarga satu rutin. Ianya ruang perbincangan. Banyak manfaat bila kita tidak menjadi diktator sebenarnya!

😉

P/s: Minat untuk dapatkan tips parenting? Subscribe channel telegram - https://web.telegram.org/#/im?p=@wonderemak

Love,
Wonder Emak

How to write the winning Chevening essays?

$
0
0




Hi there!

We know writing for Chevening essays can be tough but hey, don't worry! It can be done

Altough this ebook is a beta version and was compiled in a rush, we still think it can help you to start and complete your essays.

So gear up, and start now!

Download your ebook here:

TIPS ON WRITING CHEVENING ESSAYS






Neraka di Aston Hall & Balderton Hospital

$
0
0

Sukar untuk saya bayangkan apatah lagi menahan perasaan ketika menonton satu dokumentari yang dihantar pensyarah tempohari.

Sebuah filem pendek, menyelak kembali lembaran sejarah di United Kingdom satu masa dahulu, yang tidak menerima adanya orang-orang istimewa disekeliling mereka.
Perfect People
Itulah tajuknya.
Hanya yang sempurna di terima masyarakat pada suatu ketika.
Jika anda mempunyai walau sedikit kelainan, neraka dunia akan menjadi tempat kediaman.
Cuba bayangkan jika anak kita sekecil usia 6 tahun, diambil dari keluarga lalu ditempatkan di sebuah hospital mental hanya kerana mungkin memiliki down syndrome, autism, adhd atau masalah pembelajaran yang lain, dapatkah dibayangkan perasaannya?
Sejak undang-undang gila diluluskan pada sekitar 1930-an, anak-anak ini ditempatkan antaranya di Balderton Hospital. Di hospital pula, terdapat sel-sel umpama penjara. Ada yang dipukul, ditempatkan di bilik pengasingan kerana tidak 'mengikut peraturan', dibogelkan, di cucuk segala macam ubat.
Kata Kevin, salah seorang penghuni selama lebih 40 tahun, mereka tidak tahu apa yang terjadi. Hanya ditangkap dan ditempatkan dan dilayan seumpama penjenayah.
"We were freightened, angry, sad, miserable, upset, worry...", kata beliau.
Menyentuh perasaan apabila ketika dokumentari tersebut, Kevin dan rakannya Jonathan di bawa ke hospital yang kini telah dirobohkan dan beliau meluahkan segalanya menerusi ucapan 'goodbye'. Segala kepahitan dan episod duka di selamat tinggalkan!



Dan beliau mengambil seketul bata lalu mencampaknya jauh, supaya tidak ada lagi tempat seumpamanya. Untuk sesiapa pun didunia.
Diskriminasi yang amat teruk, dipropagandakan oleh Francis Galton yang mencipta terma Eugenics, sambil melaungkan genetik yang baik sahaja berhak wujud. Malah tanpa bukti saintifik, mereka melobi parlimen untuk meluluskan akta bagi menghalang mana-mana orang kelainan upaya untuk mempunyai anak atas alasan mereka tidak berhak!
Kemuncaknya, bukan setakat dilarang mempunyai anak, malah mereka di 'sterelize'kan agar tidak akan pernah punya keturunan!
Di USA, akta diluluskan bagi 27 negeri untuk mewajibkan strelization kepada orang yang mempunyai masalah pembelajaran. German pula di bawah pemerintahan Nazi, membunuh 250,000 orang yang mempunya masalah pembelajaran.
Sejarah memang pahit untuk dikenang. Jika saya di zaman itu, saya akan kehilangan 3 daripada 4 orang anak. Amat kejam. Amat memualkan.
Dan diakhirnya, soalan dari pensyarah saya yang perlu dijawab sebaiknya,
"Adakah kita, sudah mengubah perspesi ke atas orang-orang istimewa? Adakah kita, sebagai sebuah komuniti, sudah peka dan dapat menerima mereka?"
Soalan saya,
Sudahkah anda?
Nota: Mari bantu saya kongsikan, supaya lebih ramai cakna dan tahu, lalu membuka mata

Aktiviti untuk anak yang OHSEM di Naluri Online School

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Apa khabar? Macam mana dengan cuti Maulidurrasul semalam? Saya harap semua orang dapat berehat dan bernafas sebentar dalam kekalutan kita menguruskan kerja dengan urusan anak-anak dan keluarga. Lagi-lagi yang tengah dalam fasa PKPB ni. 

Saya faham sangat! Kalau anak-anak sekolah rendah ni kita sibuk dok tengok kerja sekolah dia, yang kecik-kecik ni pulak sibuk berlari ke sana ke sini ke sana ke sini. Punya la susah nak memikirkan apa aktiviti nak bagi pada anak-anak yang 1 meter dan ke bawah ni.

Yang paling tak best kalau sepanjang celik mata tu, menghadap gadjet aje kerjanya. Kita tengok pun sesak nafas kadang-kadang tu. Betul tak?

Mungkin parents macam kita ni nak buat aktiviti tapi kadang takde idea. Kalau ada pun, kadang diorang pulak main-main bila dengan emak ayah dia. Tak mau ikut arahan (hahahahah). Selalu tak jadi macam tu? Awal-awal Emak bukan main lembut bersopan sediakan bahan, sekali bila dah semua pakat mengingkari arahan, bertukarlah sang Emak menjadi seekor naga jadian!

So tayah la serabut-serabut bagai. Ni ha, ada pilihan untuk kita menyediakan anak-anak kita dengan aktiviti. Haaaa jangan risau. Duduk pelusuk muka bumi mana sekalipun, as long ada ada internet, boleh je join sebab kelas kreatif ni semua buat secara Online!

Wohoooo

So, meh nak introduce u ols semua dengan NALURI Online School (NOSH), specially brought to you time PKP PKP ni!

Okeh, macam ni.

Diorang ni ada pengalaman lama dah urus tadika. Then kan sejak awal tahun hari tu ada limitation, lockdown semua ni, diorang dah tukar cara belajar untuk pastikan anak-anak di bawah NOSH masih dapat belajar walaupun duduk rumah masing-masing.

Ini antara ciri-ciri menantu solehah, belajar memasak! Hahaha

Konsep dia pakai Project-based Learning buat memang khas untuk anak-anak yang umur 4 sampailah umur 6 tahun. Depa ni bukan tahan lama pun duduk atas kerusi nak menghadap muka cikgu. (Macam kita juga la hahahahha) So satu sesi tu sejam aje. Tapi buat hari-hari macam pegi tadika jugak lah kiranya. 

So sebab successful (korang tengok gambar-gambar kat hujung entry ni), diorang pun sekarang nak open sesi yang sama untuk orang lain juga!

Yang bestnya, selain buat hanya 1 jam sehari secara konsisten dari Isnin sampai Jumaat, parents boleh pilih nak daftar untuk slot yang dirasakan sesuai sebab ada 3 slot sehari! So dia macam ni secara ringkasnya:


📆 Sesi selama 1 jam, 5 hari seminggu

⏰ 3 pilihan slot (9.30 Pagi, 11.00 Pagi & 3.00 Petang) 

🧮 3 pilihan pakej (1 Minggu, 2 Minggu & 1 Bulan)

💻 Sesi dijalankan dengan aplikasi ZOOM


Lepas tu pulak, aktiviti-aktiviti semua lain-lain setiap hari. Tak sama punya sebab diorang ada team yang design program ni yang dah berpengalaman luas bertahun-tahun mengajar anak-anak pra sekolah. Kiranya anak akan excited dan tak sabar nak tengok muka cikgu kesayangan mengajar.


Apa aktiviti yang ada? Banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!!


📖 Story telling

🔢 Counting

📚 Writing & Reading

🎨 Crafts

✏️ Doodling

🧪 Experiments

🍳 Cooking

🎤 Singing

🎲 Games


Oh ye, cuma satu la nak pesan. Ibu bapa kena tolong anak set up laptop or hp or pad or apa-apa gadjet lah untuk belajar. Sebab ONLINE. Lepas tu bahan-bahan cikgu akan beritahu awal-awal, parents just sediakan aje waktu sesi, ok?

Easy peasy. 

Dan paling bestnya, esok ada sesi trial tau! Boleh cuba. Esok kan hari cuti. Sabtu. Seluruh Malaysia cuti secara generalnya, jadi boleh la cuba.

Mesti cuba SESI TRIAL sebab harganya RM5 sahaja untuk seorang anak! Ya Allah mana nak dapat harga macam tu, so jom la try sekarang!!! 

DAFTAR SESI TRIAL


Tapi kalau serabut nak fikir panjang-panjang, daftar aje la sekarang. Pun boleh juga. Pilih je nak pakej 1 minggu ke, nak pakej 2 minggu ke atau nak amik yang 1 bulan terus.

DAFTAR AKTIVITI NOSH SEKARANG!



So, jom kita tengok contoh-contoh aktiviti yang telah dijalankan oleh NOSH sebelum ini.


Mula-mula duduk depan camera dulu....


Selain cikgu, dapat juga jumpa kawan-kawan lain lepaskan rindu!


Lepas tu ikut arahan satu persatu

Haaa lukis jangan tak lukis... kita cuba!!!




Bukan setakat melukis, depan komputer pun boleh masak tau!!!



Kalau macam ni silap-silap sayang nak makan!


Wah wah wah, nak buat apa tu dik?

Terserlah kesedapannya!!



Cantik betul lukisan kreatif ni!

Kraftangan pun ada!! Waaaaaaa



Punya la happy dah dapat siapkan satu hasil seni!



So parents again harga hanya RM5 sahaja untuk seorang anak! Lekas booking untuk TRIAL session esok! (Sabtu , 31 Oct)

DAFTAR SESI TRIAL


Kalau rasa nak terus join Naluri punya Online School, tak payah tunggu, terus je daftar dan klik ni ni OK?

DAFTAR AKTIVITI NOSH SEKARANG!


Have a good day people!!!


Love,

Emak Salwa

















Jangan BERCAKAP waktu makan?

$
0
0

 "Waktu makan, jangan bercakap!"

Pernah dengar tak? Atau mungkin kita dulu-dulu waktu kecik pun selalu diberitahu begini, kan? Ianya salah satu 'adat' dalam beradab orang-orang dulu. Mereka begitu menghormati waktu ketika makan dan komunikasi amat terhad untuk sesetengah ahli keluarga.
Jangankan bercakap, nak pandang pun takut. Kadangkala, makan waktunya berasingan antara anak-anak dengan ibubapa.
Namun zaman sudah berubah. Bukanlah kita menidakkan tindakan orang dulu-dulu tetapi lebih kepada menyesuaikan keadaan demi kebaikan anak-anak kita.
Zaman dulu, tiada banyak distractions. Anak-anak di luar waktu makan, mereka berseronok, bercerita dan bermain dengan kawan-kawan. Live interactions, face to face. Menghadap la cerita kawan kita tu, walaupun entah betul entah tidak. Melopong kadang tu!


Sekarang, sudahlah parents bekerja dari pagi sampai ke petang (kadang sampai larut malam), anak-anak sibuk dengan taska, tadika dan sekolah. Bila lagi waktu nak bercakapnya?
Kerana itu saya suka mengajak membudayakan 'meeting' keluarga walaupun santai ketika makan. Cuba tengok orang-orang dewasa pun, ketika makan kenduri kendara, jamuan, berbuka puasa, semuanya tentang makan dan BERCERITA!
Waktu itulah kita tidak rushing, sambil menjamah makanan kita membuka apa sahaja topik yang perlu. Jadi kenapa bukan dengan anak-anak kita?
Kajian daripada Australian Parenting Website pernah meletakkan 3 kategori keluarga.
(1) Highest Talking Family (Keluarga Paling Bercakap)
(2) Lower Talking Family (Keluarga Kurang Bercakap)
(3) Lowest Talking Family (Keluarga Paling Kurang Bercakap)
Anak-anak didalam lingkungan keluarga (1) mendapat pendedahan sebanyak 40 juta perkataan dalam masa 36 bulan pertama hidupnya berbanding hanya 10 juta perkataan bagi keluarga (3).
Akibatnya?
Ketika usia 3 tahun, anak-anak dari keluarga (1) mampu menuturkan 1100 perkataan berbanding hanya 750 perkataan bagi anak keluarga (2) dan 500 perkataan bagi anak keluarga (3).
Impaknya jelas.
Makin kurang bercakap, makin kurang pendedahan kepada anak-anak. Bila kurang, makin sukar anak bertutur dan ini berkait rapat dengan penguasaan Spoken/Oral Language sebagai asas kepada Reading Skill (kemahiran membaca)
Jika anak tidak mahir menguasai kosa kata (Vocabulary), maka makin sukar untuk belajar membaca secara teorinya kerana antara komponen utama adalah pengecaman kata (Word Recognition) dan pemahaman bahasa (Languange Comprehension).
Mudahnya, kalau bercakap pun tidak, anak pun tak tahu perkataan dan bila tak tahu, macam mana nak bercakap dan seterusnya membaca.
Kajian dari University Oxford Press tentang masalah 'word gap' telah membuat survey ke atas 1300 guru dan 85% mengatakan masalah kurang penguasaan perkataan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan memberi impak kepada keyakinan diri murid.
Paling menyedihkan, satu lagi kajian dijalankan Dr Claire Forrest tentang 'Oral Language in Socially Disdvantaged Setting' mendapati anak-anak yang kurang pendedahan tentang perkataan ini datang dari keluarga yang susah dan socially disadvantaged. Mereka ini mempunyai masalah untuk berkongsi rasa, memahami situasi, susah untuk berkawan, tertekan dan rasa diketepikan.
Begitulah.
Setelah saya belajar tentang ini minggu lepas, makin kuatlah saya mencadangkan agar ibubapa mesti, MESTI sekurang-kurangnya makan bersama sekali sehari.
Bincanglah, berbual lah, ambil lah masa untuk duduk bersama.
Jangan sia-siakan usia kecil mereka atas dasar KESIBUKAN kita.
Jika saya dapat beri satu cadangan, janganlah ajar "bila makan, diam" kepada anak-anak kita ketika kita yang dewasa ini bukan main lagi berborak ketawa terbahak-bahak berbual di semua keadaan di luar rumah sambil makan.
Ingat, anak juga memerhatikan!

P/s: Mahu tips parenting? Jom subscribe channel Telegram Wonder Emak dan Youtube Wonder Emak

Love,

Emak

Bilingulism – Writing system – Disleksia: Apa yang perlu kita lakukan?

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Sepanjang minggu ini, bagi subjek modul Disleksia yang saya pelajari, saya meneliti beberapa ‘kerja rumah’ dalam bentuk literature reviews yang begitu rumit dan pelbagai. Namun ada beberapa yang menarik perhatian saya terutamanya tentang seputar isu bilingualism dan multilingualism – mereka yang menguasai lebih dari satu bahasa.
Saya juga tertarik dengan kepelbagaian writing systems yang wujud dan kami kemudiannya mengupas dalam ruang perbincangan, bagaimanakah Bilingualism ini memberi kesan kepada kemahiran membaca terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah disleksia.
Antara mitos yang ‘dipecahkan’ adalah kerisauan sekiranya anak-anak didedahkan dengan lebih dari satu bahasa sejak kecil, ianya akan mengganggu keupayaan mereka untuk belajar dengan baik. Ini tidak benar sama sekali. Banyak kajian telah dilakukan misalnya Beavillain dan Grainger (1997) yang menunjukkan mereka yang menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan Perancis mengaktifkan kedua-dua bahasa pada masa yang sama.
Satu kajian menggunakan teknologi imbasan FMRI menunjukkan penguasaan lebih dari satu bahasa membuatkan otak bekerja lebih keras seterusnya menghasilkan struktur berbeza kerana lebih neurons bekerja di bahagian pemprosesan bahasa (Mechelli et al, 2004) malah MR-DTI scan menunjukkan menjadi Bilingual seawal usia 8 hingga 10 tahun memberi perubahan kepada connectivity di antara beberapa bahagian otak (Mohades et al, 2012)
Sekarang mari kita lihat perbezaan di antara writing systems pula.
Terdapat 3 writing systems yang biasa di jumpai. Sebenarnya pecahannya lebih banyak lagi dengan melihat adakah ianya meaning-based atau sound-based tetapi untuk penulisan ringkas saya kali ini, kita letakkan pada 3 kategori ini dahulu ya.
Pertama, Alphabetical System di mana huruf mewakili phonemes seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang menggunakan Roman Alphabet dan Bahasa Arab yang menggunakan Arabic Alphabet dan sebagainya. Kedua, Logographic System di mana simbol digunakan untuk mewakili keseluruhan makna kata (whole word) seperti Bahasa Mandarin dan tulisan Kanji dalam Bahasa Jepun misalnya. Ketiga adalah Syallabic System di mana symbol mewakili syllables seperti tulisan Hiragana dan Katakana dalam Bahasa Jepun. Boleh sahaja system ini bercampur seperti Bahasa Korea yang menggunakan ‘alphabetic syllabary’ yang menggabungkan ciri-ciri alphabetic dan syllabic systems.
Keadaan menjadi lebih menarik bila kita melihat pula sama ada sesuatu bahasa itu dikategorikan sebagai Transparent atau Opaque.
Sebagai contoh walaupun keempat-empat bahasa ini; Melayu, Inggeris, Arab dan Hebrew menggunakan Alphabetical Writing Systems, ianya mempunyai kategori berbeza.
Contoh bahasa transparent adalah Bahasa Melayu yang mempunyai shallow othography. Apa yang dibunyikan (phonological) boleh dipetakan dengan tulisan (orthography).
Berlainan dengan bahasa Inggeris yang mempunyai ciri pemetaan letters dan phonemes tidak mempuyai one-to-one correspondence menyebabkan ianya menjadi opaque language (deep orthography).
Manakala Bahasa Arab dan Hebrew boleh menjadi kedua-duanya bergantung kepada cara bahasa tersebut ditulis. Jika ditulis tanpa baris dan simbol, ianya menjadi opaque kerana amat sukar untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan hanya melihat kepada perkataan tersebut. Pembaca perlu melihat keseluruhan konteks dalam satu ayat barulah dapat memahami perkataan-perkataan. Namun jika ditulis menggunakan baris, ianya menjadi transparent kerana dia membawa one-to-one correspondence antara phonemes dan letters serta vice versa.
Kenapa saya rasa perkara ini begitu menarik perhatian saya?
Kita di dalam ruang linkungan Malaysia, anak-anak seawal kecil usia sudah belajar sekurang-kurangnya 3 bahasa dengan 3 jenis system berbeza! Sama ada rangkuman Melayu-Inggeris-Arab-Jawi, Melayu-Inggeris-Cina, Melayu-Inggeris-Tamil dan pelbagai lagi bahasa lainnya.
Dan bagaimana pula dengan kanak-kanak dengan disleksia?
Di dalam kepelbagaian jenis bahasa dan struktur yang ada, disleksia sebenarnya merentasi bahasa. Maksudnya? Jika seseorang itu mempunyai masalah disleksia di dalam bahasa Inggeris, sebagai pengguna dua bahasa atau pelbagai bahasa (bilinguals and multilinguals) beliau juga mempunyai masalah disklesia pada bahasa tambahan tersebut (Dulude, 2012).
Walaupun pernah suatu ketika pada tahun 1999, terdapat satu kajian yang menjumpai seorang kanak-kanak bilingual menggunakan bahasa Jepun-Inggeris dan mendapati disleksia tersebut ada pada bahasa Inggeris tetapi tidak dalam bahasa Jepun, ianya akhirnya dibuktikan tidak benar. Masalah disleksia terjadi akibat kurang upaya dalam menganalisa syllables menjadi komponen bunyi.
Di dalam bahasa Inggeris yang menggunakan alphabetic writing system, seseorang perlu mempunyai kemahiran untuk memecahkan syllable ini menjadi phonemes dan memetakan huruf-huruf menjadi bunyi. Tetapi ini tidak berlaku di dalam bahasa Jepun kerana ianya adalah syllabic writing system dan tidak memerlukan pemetaan huruf. Kerana itu, disleksia tidak ‘muncul’ dengan mudah di dalam bahasa Jepun.
Teori ini kemudiannya disokong dengan dua kajian selepasnya. Kajian pertama ke atas Bilingual dalam bahasa Cina-Inggeris yang menunjukkan kesukaran penguasaan pembacaan dalam kedua-dua bahasa (Chung & Ho, 2010) dan Bilingual Kanada-Inggeris yang mempelihatkan kelemahan penguasaan pembacaan dalam kedua-dua bahasa (Joshi et al, 2010)
Soalannya bagaimana kita dapat membantu anak-anak disleksia ini?
Kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai disleksia dan mempelajari lebih dari satu bahasa akan menggunakan strategi berbeza bagi membaca setiap bahasa yang dipelajarianya bergantung kepada keadaan alphabetical ortography (saya telah nyatakan dalam point writing system di atas) bahasa tersebut. (Oren, 2012). Malah Siegel (2016) mendapati Bilingual dalam bahasa Itali-Inggeris mempunyai phonological literacy skills yang lebih baik berbanding monolingual Inggeris.
Antara cadangan yang di ketengahkan oleh Dulude (2012) berdasarkan kajian-kajiannya, yang mana kami (pelajar-pelajar dan pensyarah) kupas di dalam perbincangan secara langsung pada Rabu kelmarin adalah dengan menggalakkan penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) dalam bahasa pertama terlebih dahulu. Sekiranya bahasa pertama anak kita adalah Melayu, kuatkan penguasaan kata dalam bahasa Melayu begitu juga sebaliknya jika bahasa pertama adalah Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain.
Cadangan kedua beliau adalah, jika seorang kanak-kanak disleksia ingin mempelajari bahasa tambahan, carilah bahasa yang mempunyai writing system yang sama dengan bahasa pertama supaya lebih mudah untuk dikuasai. Saya kira ini sememangnya sukar dilakukan di Malaysia kerana kita mempunyai system berbeza antara Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Cina, Tamil. Kelima-lima ini keemuanya menggunakan writing system dan kategori yang berbeza.
Bagi saya, walaupun baru sedikit yang saya pelajari, ini sudah cukup sebagai spark kepada Langkah-langkah seterusnya. Saya dapat mengesan kelemahan anak-anak saya dan memahami kenapa mereka mempunyai masalah dalam beberapa sudut struktur kata seperti imbuhan dan lemah penguasaan kosa kata (anak pertama mempunyai intellectual difficulties dan yang kedua mempunyai Disleksia + ADHD).

Inilah orangnya hehehe

Saya amat berbesar hati untuk diperbetulkan. Apa juga yang tersalah atau tersilap, mohon tunjuk ajar. Silalah komen diruangan ini. Malah jika ada cadangan-cadangan, atau ruang untuk perbincangan, saya yang begitu kerdil ini amat menghargainya.
Salam mesra,
Salwa
Emak 4 anak lelaki.
Student fulltime MA Special & Inclusive Education, UCL

8 pesan ketika PKPP bersambung lagi

$
0
0

Nombor 1:

Marah? Ya, kalau nak marah, luahkanlah. Kita ini umpama kancil tersepit dicelah-celah Lamborghini dan Ferrari. Bukan calang-calang cabaran. Yang diberhentikan kerja, yang tutup kedai berhenti meniaga, yang terpisah keluarga. Dah rasa lapang sikit kepala, baru sambung baca nombor dua.

Nombor 2:
Dah lega sikit? Ok, susun balik apa yang perlu. Belanja, jadual, keperluan, kerja. Semuanya. Bukan suruh jadi sempurna. Tapi cukuplah untuk sambung hidup, dapat sediakan yang basic (inipun ramai yang struggle) dan teruskan mengikut apa yang kita dapat lakukan untuk tahun ini dan tahun depannya.

Nombor 3:
Kalau mana yang ada duit, silakan membeli dan beri sokongan pada peniaga. Ramai yang susah nak cari makan. Saya tak suruh membazir. Tidak. Beli seperlunya dan sokong seikhlasnya. Mana-mana sedara,kawan, jiran yang jual, benda tu kita boleh pakai/guna, maka kita tolong. Membeli ni bantu naikkan ekonomi juga, stimulate perbelanjaan. Saya tak nak ulas pasal monetary policy pun. Just a simple thing, ada duit lebih sikit, bantulah dengan menyokong perniagaan.

Nombor 4:
Yang sangat terkesan bila sekolah dan nursery tutup semua, jangan tambah tekanan. Buat apa yang dapat dulu. Saya sendiri kadang tak terkejar dah dengan tugasan diri sendiri, tugasan anak. Dengan kerja dengan urus rumahtangga. Take one step at a time. Buat aktiviti untuk anak sendiri. Simple pun takpa. Makan bersama pun aktiviti juga. Sambil bercerita. Kalau buntu sangat, untuk anak umur 4-6 tahun, boleh hubungi
Naluri Parenting
. Depa ada solution terbaek punya

Nombor 5:
Kalau bab belajar dah jauh ketinggalan, elok la ajar anak bab lain. Inilah masanya didik anak masak nasi, kemas rumah, beradab, berakhlak. Lepas magrib, ajar anak mengaji. Kenal alif ba ta, kenal apa agama. Tak perlu jauh-jauh. Dari dalam rumah semuanya mula. Dia tahu adab, dia tahu dunia dari kita.

Nombor 6:
Boleh berhenti dah follow orang-orang yang tak perlu. Bukan takat orang negative je kena tendang, kalau yang terlampau ‘maha perfect sempurna positive’ nya sampaikan semua menda kita aja lah sebenarnya yang tak kena, boleh unfollow jugak. Kalau susah, mengeluh, sedih, tertekan semua tu depa tak acknowledge, ini positive toxic. Tak boleh kawan pasal depa malaikat.

Nombor 7:
Yang berkawan, waktu ini lah lagi kena jaga kawan. Bukan takat ekonomi tapi emosi. Saling bercerita. Saling meluahkan. Saling mendamaikan. Bukan cari kawan waktu nak sesuatu dan waktu perlukan bantuan. Kawan biar waktu susah dan senang.

Nombor 8:
Apa juga jadi pada kita, itu ujian. Dia ada, Maha Mendengar. Susah macam mana pun jangan lupa Dia. Mintak. Dia bagi jalan. Kadang mungkin jalan tu tak clear. Mungkin bukan yang kita nak pun, tapi Dia tahu. Sebab tu Dia bagi.

Oke?
I always pray semua orang akan sentiasa OKAY

Photo by Firdaus Latif - Malay Mail



Love,
Emak

eBook - Top Tips to Nail Your Chevening Interview

$
0
0

 





Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high commission in your country or territory is already seeing something special in your essays.

To be invited to speak more about your experience and future plans over an interview is certainly a great milestone for your Chevening application and something you should not take lightly.

In this e-book, Chevening scholars and applicants from Malaysia will share some tips and interview experiences which can help you to better prepare yourself for the interview.

Please note that some of the interviews were conducted online due to the pandemic and lockdown restrictions in 2020.

Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?

$
0
0

 Assalamualaikum wbt

Hi, apa khabar korang semua? Hopefully sehat la hendaknya di zaman-zaman PKP yang tak habis ni. Tu lah, saya pun rasa macam sangap betul dah duduk dekat rumah ni. Tak sabar nak tunggu semua virus ni surut dan keluar bercuti nak bagi release stress sikit.

Ape orang cakap tu,STAYCATION gituh...

Tak perlu pun tempat-tempat extravaganza atau mahal. Asal hati tenang. Kan?

Eh, cakap pasal cuti-cuti staycation ni kan, tengah mood nak throw back gambar lama ni, nak cerita kat korang tentang satu tempat yang kitorang satu family akan pergi every single year! Yes. Except tahun ni je lah tak dapat pergi lagi sob sob sob.

Dan tempat nya adalah.....

PORT DICKSON!!!


Ni nak cerita sikit, kenapa kitorang suka pergi PD dan jalan-jalan sini.


1. Dekat dengan rumah


Oh well, saya ni sangat suka pantai. Dan anak-anak saya pun menurun sama perangai jenis suka dok pantai dan bermandi manda. Jadi untuk orang Lembah Klang memang inilah port pantai paling dekat nak lepak-lepak yang sesuai untuk family sebab ada banyak pantai kan. Tak la berebut hahaha. Tapi kitorang basically suka stay area pantai Teluk Kemang sebab dah biasa. Lepas tu food pun tak susah nak cari area sini. Dan disebabkan lokasi PD ni sangat dekat, kadang-kadang takde angin takde ribut, tiba-tiba je weekend decide nak pergi PD, terus je packing dan cari hotel on the spot.


2. Destinasi percutian dengan harga bersesuaian

Cerita pasal hotel ni kan, tak susah pun nak dapatkan bilik kalau time tak peak. Setakat ni kitorang dah cuba macam-macam jenis hotel yang ada kat PD ni. Dari yang ada pool dalam bilik, pool luar bilik, yang ada sauna, yang atas air, yang chalet, yang macam homestay. Amboi boi boi. Hahahaha. Ikutlah kan kupon apa ada time tu, or sale apa ada. Kalau takde, ikut je budget yang termampu time nak pergi. Jangan tatau, kalau kena dengan masanya, ada yang bawah RM100 tau siap breakfast. So, if korang nak book nanti, tayah susah-susah cari je kat sini okeh : Hotel in Port Dickson . Adalah sangat dinasihatkan book awal-awal kalau korang rasa nak pergi time cuti sekolah atau time cuti perayaan sebab biasanya time tu hotel-hotel area sini memang agak penuh dan susah nak dapat walk-in punya hotel.


                                           Memang susah nak ajar keluar kalau dah masuk pool


3. Makanan tak susah nak cari

Memang tak susah lah nak cari makanan kat sini.  Dan yang paling penting dan senang nak kata, semua yang kita biasa makan ada. Kadang kalau susah sangat tu, haa pegi je KFC tu. Tak pun, macam kitorang wajib akan pergi pantai yang dekat bandar tu. Yang tepi tu angin kuat pehtu bawak belon. Depan McDonald dengan Starbucks. Situ best sebab boleh rileks sambil tengok kawasan bandar yang agak luas dipesisir pantai. Ni kira port wajib kitorang lah especially time-time petang. Mesti akan lepak sini dengan anak-anak. Kalau malam, macam biasa ada seafood di merata-rata tempat. Dan sini ada satu restoran glamour Kue Tiaw King. Korang sure tau lah kan. Tapi penuhhhhhhhhh kalau nak pi situ. Kena datang awal.

Tempat main belon

4.  Sesuai untuk kanak-kanak

PD ni pantai dia kat ceruk mana pun memang boleh mandi manda in sya Allah. Takde hal punya. Lepas tu tempoh air pasang dan air surut dia tu ngam lah untuk kita bawak anak-anak ke 'tengah' laut sikit, dok tengok siput la kerang la. Jadi anak pun tak takut nak explore. Then kita tahu dia punya air akan pasang sikit demi sikit dan boleh budget timing sesuai untuk bawak depa mandi. Hat ni yang saya paling suka tentang PD jugak lah. Setakat bawak satu dua pelampung dan tikar sehelai dipadankan dengan jajan sikit, settle dah. Mau la berjam-jam nak tunggu depa habis mandi. Tu belum kira lagi buat istana pasir bagai. 


 Buat istana pasir plak depa

Kesimpulan, 

So, kalau ada keboringan dan keresahan tu, jangan la tunggu lelama lagi lepas ni. Habis je PKP or bila dah selamat sikit keadaan dan dibenarkan rentas negeri, kami akan consider staycation kat sini dulu. Paling penting pastikan dah dapat vaksin dan semuanya selamat. Last kitorang pegi adalah last year lepas kelonggaran untuk rentas negeri diberikan. 

  Ni last year, June 2020. Lepas tu dah tak dapat pi PD sob sob sob


Hope this entry help you guys!

Stay safe and take care


Love,

Salwa





Viewing all 277 articles
Browse latest View live