Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Hadiah selepas puasa penuh Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Akhirnya!!!
Setelah sebulan berpuasa penuh, hari-hari kalau bangun sahur kene ingatkan pasal 'reward' kasut roda, lepas tu raya pertama dah ajak ke kedai nak beli kasut roda, baru-baru ni impian budak berdua ni tertunai. Dah janji dengan Mak Ngah untuk tunjukkan kedai nak pilih-pilih rollerblade idaman. Dua tiga hari sebelum pergi pun bukan main lagi mengingatkan.

Hari Ahad lepas, sebelum beraya, singgah la ke kedai nak membeli. Kedai baru je bukak, baru nak display mainan kat luar pintu, kami dah serbu! Hahahaha. Tolong bukak kedai la hari tu.

Kedai pertama pergi, takde pulak saiz untuk budak berdua ni. Pergi la kedai sebelah dia. Haaa, banyak lagi design dari kedai tadi tu. Macam-macam saiz ada. Apa lagi, rambang la mata!

Sorang masih keanakan lagi. Ye la. 7 tahun kan. Pilih kaler hijau stricking ya Rabbi. Siap lampu lip lap. RM70. Tambah helmet dgn knee elbow guards RM30. Ok la.
  
Sorang lagi dah makin matured. Tak mahu sama. Pilih pulak kaler hitam. Tak main la lampu-lampu ni. Helmet pun pilih warna hitam je. Murah RM10.

Jadi dua pasang set lengkap semua jd RM190. Not bad la. Boleh test. Boleh pilih warna dan corak. Macam pegi Bata plak hahaha.

Yang nombor tiga walaupun sehari pun tak puasa (faktor usia hahahhaha) tetap dibelikan basikal roda tiga. Ini untuk motor skill dia. Nak bagi dia belajar coordination hand and foot. Kiri kanan kiri kanan kiri. Dah boleh bantu dia untuk focus.
Yang nombor empat tu tumpang bergambar je. Hahahhaa. Tayah membazir. Dok la dalam SSC tuh sampai lena. Kalau penat dukung, masuk stroller. Walaupun sebenarnya emak dah lama ngidam nak beli mende alah ni, tapi tadi tak dapat approval, makanya pasrah la.

Tak nyempat nyempat. Pegi raya pun dah siap pakai semua. Haih. Layan aje la. Sebbaik umah tok opah sedara belaka.
-face palm-
Oh ya
Kedai ni kat jalan Chow Kit. Bersepah. Pepandai la nego kasi jadi. Kalau beli banyak satu tempat lagi senang dan ada chance dapat lagi murah. Basikal israa' tu jatuh harga jadi RM90 je okeh.. hehehe.

Maka bermulalah episod ayah emak kene bertabah...
Sob
Sob
Sob

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles