Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Akhirnya Israa' dapat sedut air pakai STRAW!

$
0
0
Berjaya!!!

Israa' pada 19 April yang lalu berusia 3 tahun, 7 bulan dan 17 hari. Pun begitu, kami masih mencatat setiap satu milestones dan meraikannya dengan penuh perasaan gembira. 

Contohnya, akhirnya  Israa' berjaya untuk sedut air menggunakan straw!!! Yeaaaaayyyy!!! Another achivement unlocked. Kami yakin lepas ini Israa' akan boleh waive goodbye, boleh flying kiss dan serba boleh lah!!! Hahhahaha



Secara purata, seorang bayi dan kanak-kanak akan mampu menyedut air menggunakan straw pada usia lingkungan 9 hingga 15 bulan. Abang-abangnya juga begitu. Sekitar setahun sudah pandai menggunakan straw.

Tidak pada Israa'

Lama sudah kami terus cuba memperkenalkan Israa dengan straw. Lebih 2 tahun! Tetaplah tidak dapat disedut airnya. Kami pegang straw. Picit. Menggalakkan.

Israa' hanya akan gigit sahaja.

Akhirnya kami rasa biarlah dia ambil masanya sendiri. Sampailah beberapa minggu lepas, saya perhatikan ada dua kelainan yang mungkin jadi penyumbang kepada kejayaan ini. Satunya kerana Imran sudah membawa recorder ke sekolah. Dirumah pun ditiup-tiup dan membingitkan. Israa' cuba sesekali meniup dan akhirnya berjaya menghasilkan bunyi! Israa' sangat happy.

Selepas itu ketika main belon, biasanya Israa' hanya pegang atau lambung. Namun kali ini Israa' cuba meniup belon juga, seperti abang-abangnya. Mungkim dari situ ada kekuatan dan dia berasa ingin mencuba straw pula barangkali.

Apapun, kami happy

Pagi ini, saya beri susu dalam bekas kecil dengan straw dipotong dua. Walaupun berkali-kali disedut dan kadangkala tidak sampai ke mulut, Israa' sangat persistent. Tidak give up!

Ini sudah masuk hampir setengah jam, baru separuh bekas susu habis. Bila dia penat menyedut, dia cabut straw dan teguk. Menghilangkan haus barangkali. Kemudian meletakkan straw ke dalam bekas dan mencuba lagi dan lagi dan lagi.

Sesekali bila susu berjaya masuk ke mulut, dia akan senyum dan ketawa seolah-olah berjaya menawan dunia!!!

Hahahahhahha
U go boy!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles