Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Cukup ke?

$
0
0
Bila kita dengar remaja ambil dadah dan terlibat dengan jenayah, kita kata bangsa dah punah. Generasi tak boleh diharap sampai ibubapa mereka pun kita sumpah seranah kerana tak pandai menjaga anak. Sedangkan kita balik rumah lebih banyak pegang hp bincang soal semasa dari jenguk dan bermain dengan anak. Apa lagi nak ambil tahu kerja sekolah atau ajar anak mengaji sebaris dua.

Bila kita dengar kebakaran di sekolah agama dan tahfiz, macam-macam kita kata dan cerita hingga kalah pihak media. Semua tak kena belaka tapi kita sendiri amat susah menyantuni mereka. Bantu tidak, tanya khabar pun tidak malah kadang pandang sebelah mata.

Bila kita dengar kisah haruan makan anak dan kes sumbang mahram berleluasa, kita kutuk lagi separuh mati. Semua kata kesat dan keji keluar tapi dalam whatsapp group yang sama, bila ada yang hantar gambar atau lawak lucah, kita yang gelak paling lama kerana terlalu suka.

Bila kita dengar pembuli dera rakan sampai mati, berbakul-bakul kita maki. Dalam tak sedar kita pun sendiri banyak membuli. Potong barisan, potong giliran. Bila anak mengadu, kita suruh anak berani dan pukul kembali supaya jadi lelaki sejati.

Kadang Allah turun ujian bukan sebab apa, tapi untuk kita buka mata.
Mata kita sendiri sebenarnya

Dalam seronok kita canang sana sini cerita orang, kita sendiri sebenarnya yang terlepas pandang, hal-hal keluarga, jiran dan masyarakat kita tak ambil peluang untuk turut sama turun padang.



Berhentilah kecam
Mari sinsing lengan, mula dari dalam
Ubah mana yang salah
Sama-sama bertanggungjawab
Bukan sesiapa.

Salwasaleh
Emak yang sedang muhasabah juga

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles