Assalamualaikum wbt
Apa khabar? Harini ini saya nak bercerita tentang salah satu ciri anak dengan ADHD
Anak yang mempunyai masalah Attention Deficit and Hyperactivity Disorder (ADHD) boleh bertindak mengikut emosi dan tindakannya bukan biasa-biasa. Untuk ciri lain, boleh juga semak secara ringkas di sini:
Kadangkala membahayakan diri sendiri atau orang lain.Mereka akan tunjukkan emosi mereka secara jujur, direct tanpa selindung. Jika ada sesuatu yang trigger emosi mereka, perlakuan ini akan datang terus tanpa difikirkan akibatnya.
Ini antara ciri I'jaaz yang paling susah kami nak uruskan.
Dia bijak. Petah dan pandai beri macam-macam justification dan pandai bercerita. Tapi bila ada sesuatu yang tak kena, hatta sekelumit pun, semuanya berubah.
Contohnya, semua kertas lukisan dia perlu sentiasa kemas tanpa keronyok. Kadang dari dia balik dari sekolah sampai malam dia akan pegang supaya tak ada orang boleh pegang kerana dia risau kertas tu akan berkedut atau keronyok.
Ada beberapa kali Imran dan Israa' tanpa sengaja terlanggar kertasnya sampai terkelepet sedikit. Mengamuknya macam kena dera. Paling risau bila yang terbuat tu Israa'. Kadang ketika saya dalam bilik air atau solat, dan Israa' terlanggar sedikit, dia boleh bertindak sampai tendang dan tumbuk Israa' sebab bagi dia waktu tu, akibat perbuatan dia tu dah tak difikirkan.
Pagi ni pun dia cakap pada saya.
"Sorry la Emak. I'jaaz pasang seterika malam tadi. I'jaaz seterika kertas I'jaaz bagi elok balik. Sekarang dah elok dah"
Itu baru satu perkara.
Selain itu, yang paling ketara dia sangat sensitif jika ketika dia cakap, ada orang lain bercakap atau ada bunyi lain. Sikit pun tak boleh. Dia akan hentak kaki, berguling-guling sampai ke dapur, panjat pintu/kerusi/rak/alamari dan terjun tiruk sambil menangis dan menjerit histeria.
Semalam, selepas dia balik sekolah, baru sahaja dia masuk ke pintu rumah, belum buat apa-apa lagi pun, dengan kertas lukisan di tangan, dia cuba beritahu saya tentang waktu persembahan dia nanti. Baru separuh ayat, Imran menyampuk dan cakap sesuatu.
Dan seperti yang kebiasannya...
I'jaaz menjerit, menangis kuat, marah-marah pada Imran, berlari ke dapur dan pukul Imran. Kemudian duduk di lantai hentak-hentak kaki. Saya ketika itu baru sudah Zuhur. Biasanya saya akan minta I'jaaz berhenti dan kalau tak berhenti, saya juga sama akan tinggi suara.
Tapi kali ini saya diam. Saya hanya perhatikan. 5 minit tiada orang beri response, I'jaaz berlari ke ruang tamu depan dan menjerit-jerit lagi.
Saya hanya bagi arahan pada Imran untuk senduk nasi hidang di meja makan. Lepas saya, Imran dan Israa' dah siap untuk duduk makan tengahari, saya ajak I'jaaz makan tapi dibalas dengan jeritan lagi. Jadi saya diam balik dan mula makan bersama.
Lepas 5 minit, saya buka hp dan cari kartun kegemaran terbaru Imran dan I'jaaz. Namanya Boing the Ranger kalau tak silap. Kartun ni lulus dalam list saya sebab bagus juga, dia menggalakkan anak-anak berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Saya buka kuat-kuat. Lepas tu saya ajak semula I'jaaz makan. Tak sampai 3 saat dia dah berlari ke meja makan, muka innocent tak bersalah lansung, terus ok je. Saya suruh dia senduk nasi sendiri, dan duduk makan sambil tengok kartun tu.
Semua jadi normal seperti biasa...sebelum insiden lain pula berlaku. Dan jadi putaran.
Apa saya nak kata, bukan mudah nak handle. Walaupun secara teorinya mudah untuk orang kata, abaikan perlakuan dia, tapi kadangkala perlakuan tu merbahaya. Bila dah capai gunting, pisau atau yang lainnya. Bila dah tumbuk atau pukul orang.
Bukan mudah nak sabar. Kalau macam semalam, ketika sedang tenang dan baru sudah solat, bolehlah bertahan. Kalau ketika dia buat hal waktu orang rushing macam pagi-pagi nak ke sekolah, azabnya tuhan yang tahu.
Saya tahu mesti ramai terkejut dengan cerita ini sebab saya pun tak pernah reveal sisi lain I'jaaz (dan anak-anak lainnya). Dan menariknya cikgu dia terkejut juga sebab di sekolah dia antara pelajar paling dengar cakap dan sopan. Mungkin juga sebab kawan-kawan dia lain lagi hero tahap ADHD dan masalahnya kot (huhuhu).
Apa yang boleh dibuat, keep berdoa semuanya akan bertambah baik. Keep membaca buku dan artikel yang sesuai supaya ada banyak lagi idea nak handle dan try lah mana yang sesuai dengan dia.
Well,
Life is never a smooth journey kan?
Ngeeeeeeeeee