Assalamualaikum wbt
Rasa kene tampar pagi ni. Atau lebih tepat nak tampar diri sendiri. Sebaik mana pun kita dalam urusan merancang, boleh jadi ada perkara, se simple-simple perkara yang kita terlepas pandang, tapi impaknya besar. Kalau orang kata, kesalahan bodoh lah, bahasa kasarnya.
Biasanya, jika musim cuti sekolah, Imran sahaja yang bercuti. Sekolah I'jaaz akan berlansung seperti biasa dan cuti hanya pada cuti-cuti umum.
Minggu lepas, penyelaras sekolah telah mesej dan maklumkan tarikh cuti sekolah I'jaaz. Saya baca hanya sekali imbas dan balas 'noted' tanpa sebenarnya betul-betul baca isi kandungan mesej tersebut. Alasan cliche, busy dan tak sempat membaca dengan betul.
Setiap pagi kebiasaannya I'jaaz akan dihantar suami saya, menjadi antara kalangan orang pertama sampai di sekolah dan ditinggalkan di dalam pagar sementara menunggu cikgu dan kawan lain datang.
Cuma pagi tadi dia buat hal lagi. Dan kerana lewat, suami saya terus ke tempat kerja dan saya yang hantar dia ke sekolah. Tiba di sekolah, jam sudah lebih 8 pagi. Tapi tak ada kelibat sesiapa pun. Hanya pagar yang tidak berkunci seperti biasa. Saya semak kembali mesej dari penyelaras.
Sekolah I'jaaz pun cuti seminggu rupanya!
Ya ampun.
Saya forward mesej kepada suami memaklumkan. Katanya mujur dia tak hantar dan tinggalkan I'jaaz seperti biasa.
It sent shivers down my spine just imagining that happen. Bayangkan dia sorang-sorang di dalam pagar, menunggu sampai 12.30 tengahari tanpa sesiapa.
Aggggghhh
Syukur Allah tak benarkan itu terjadi dan tak hukum I'jaaz atas kesilapan saya. dan mujur tak ada perkara besar yang terjadi. Otherwise i might not able to forgive myself.
See, when we take things for granted, even the simplest matter could cost you a life.
It's an eye opening for me
And i feel sorry
And i feel sorry