Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Liwat 600 kali - Meruang - Menjaja agama

$
0
0
Assalamualaikum wbt 

Saya cuba menulis selembutnya. Bukan nature saya memaki orang atau tulis perkataan lucah/biadap dalam mana-mana post. Maka saya harap jika anda ingin komen, berbudi bahasalah. Kita boleh sahaja berbeza pendapat dalam banyak perkara, yang menjadi kayu ukur adalah taqwa, dan bahasa yang kita guna.

Saya cuba tahan mulut dan hati dari menyumpah seranah orang ini. Sudahlah sejak beberapa hari yang lepas tak henti kisah rogol, liwat, perkosa semuanya kes haruan makan anak, ini paling tak boleh diterima. Saya rasa mentalnya sudah rosak teruk. Hanya penagih seks sahaja akan buat begini, apatah lagi pada anak sendiri. Sukar betul nak dibayangkan trauma dan nasib anaknya. Perit dan pedih.

Tapi lebih pedih bila saya lihat orang memaki hamun perbuatan ini namun tidak pula segan silu forward gambar-gambar seksi/prono/unsur seksual dalam group whatsapp. Sebab perkara kecil seumpama inilah mengembangkan ramai pesalah seksual dan pedofilia.



Pedih lagi bila bapa yang ada anak-anak dara tidak memantau gerak laku anaknya. Boleh keluar malam dan percaya pula. Susah sangatkah suruh uninstall WeChat? Saya tak nampak faedah jelas, bahayanya pula tak perlu dibincang dah. Kawal anak-anak kita, ramai yang bertopeng dirumah, diluar jadi jaguh segala.

Berhentilah sembang lucah. Atau cakap-cakap tak sudah tentang poligami dan keperluan hakiki nafsu lelaki . Seimbangkan nafsu dengan beratnya tanggungjawab. Jangan gadai agama dengan perkara sunah, yang wajib habis semua ke laut dalam perginya.

Cukuplah isu pertama tu. Kalau dapat bertindak, mula kan sekarang. Jangan tangguh.

Masalah kedua pula isu meruang yang saya rasa hendak tak hendak perlu juga saya tulis. Kerana ianya dah melangkaui viral isu semasa kerana agama pula diheret sama.

Point pertama saya, mengatakan mandi wajib seseorang tidak sah kerana tidak meruang adalah satu tuduhan amat berat. Tidak pula disertakan dengan nas dan dalil. Berlegar-legar di whatsapp dan FB, kononnya perbualan seorang isteri dan suami tentang meruang.

Kata suami, ada disebut dalam kitab feqah, malah kesemua kitab feqah. Saya minta hanya namakan beberapa kitab tersebut boleh? Ulama' bila membuat keputusan, berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis. Bukan karang kitab macam kita buat post FB. Atau baru 7 hari jual produk sudah berani keluar fatwa bukan-bukan.

Amboiii

Ada beza pula tu darah haidh wanita berkahwin dengan bujang. Yang bujang tak perlu la meruang. Habis, mandi wajib nya sah pula? Bila diminta datangkan dalil, dikata pula wahabi dan Salafi. Tahukah asal usul wahabi?

Bahkan ditanya kepada ahlinya, mereka juga garu kepala. Sejak bila ada isitlah meruang? Boleh jadi saya silap kerana belum cukup ilmu, tapi datangkanlah bukti dalil yang sahih. Macam mana pula kitab fiqh tapi tak bersandarkan hadis?

Kitab pondok ka, kitab kuning ka, boleh jadi tersilap apatah lagi ditulis kadang bukan ulama yang kita kenal. Ustaz juga boleh silap, malah imam besar 4 yang terutama juga mengaku mereka tidak semestinya benar. Sebab kita manusia biasa. Tapi hadis yang tarafnya sahih tidak silap kerana itu dari Rasulullah.

Saya membuka kembali sumber rujukan yang ada dirumah. Kitab Sahih Bukhari versi ringkasan yang dikompilasikan oleh Imam Zain Ad-Din Ahmad bin Abdul Lateef Az-Zubaidi. Diterjemah pula oleh Dr Muhammad Muhsin Khan dan dikeluarkan oleh Maktab Dar-us Salam.

Dalam Bab Haidh, ini hadis yang jelas.

Narrated 'Aisha r.a: A woman asked the Prophet s.a.w about the bath which is taken after finishing from the menses. The Prophet s.a.w told her what to do and said, "Purify yourself with a piece of cloth scented with musk. "The woman asked,"How shall I purify myself with it?" He said, "Subhanallah purify yourself (wih it)." I pulled her to myself and said, "Rub the place soiled with blood with it."

Hadis ini diriwayatkan Aisha r.a., dihimpunkan dalam Sahih Bukhari sebagai hadih ke 311 dalam Volume pertama, dalam bahagian Haidh.

"Rub" diterjemah ke bahasa Melayu, seringkas sapu atau colet. Tidak lansung ada menyebut tentang korek apatah lagi sebut tentang penggunaan jari.

Saya sertakan terjemahan yang saya ambil dari internet ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan:

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa seorang wanita bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang mandi dari haid. Maka beliau memerintahkannya tata cara bersuci, beliau bersabda:

تَأْخُذُ فِرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهُّرُ بِهَا قَالَتْ كَيْفَ أَتَطَهُّرُ بِهَاقَالَ تَطَهَّرِي بِهَاسُبْحَانَ اللهِ.قَالَتْ عَائِشَةُ وَاجْتَذَبْتُهَا إِلَيَّ فَقُلْتُ تَتَبْعِي بِهَاأَثَرَا لدَّمِ

“Hendaklah dia mengambil sepotong kapas atau kain yang diberi minyak wangi kemudian bersucilah dengannya. Wanita itu berkata: “Bagaimana caranya aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah bersucilah!” Maka ‘Aisyah menarik wanita itu kemudian berkata: “Ikutilah (usaplah) olehmu bekas darah itu dengannya(potongan kain/kapas).”

Inilah yang kami pelajari sejak dari kecil dan sampai la besar. Dalam subjek pendidikan Islam, Syariah Islamiah, Quran as-sunnah tidak ada pernah jumpa istilah korek ketika mandi wajib atau mandi janabah. Apatah lagi siap dengan 1 ruas, 2 ruas, 3 ruas jari.

Point kedua saya, sepanjang saya hidup dimuka bumi ini belum pernah saya jumpa satu pun suruhan Islam bercanggah dengan ilmu perubatan. Memang tidak menghairankan kerana Allah yang telah cipta kita. Bersugi, berkhatan, larangan cukur kening, berpuasa (sekadar menamakan beberapa) semuanya selari dengan ilmu perubatan dan kesihatan.

Lain pula halnya dengan meruang ini. Saya baca beberapa page perubatan dan doktor dalam bidang ini menulis keburukan meruang. Saya letakkan disini salah seorang darinya, Dr Afida Sohana, 15 tahun pengalaman dalam bidang O&G (Hi Kakok! Senior di NZ dahulu) yang menulis keburukan meruang. 

Wanita yang meruang berisiko faraj dijangkiti kuman dan kehamilan luar rahim. Rujuk di sini:https://www.facebook.com/afidasohana/posts/10154540604906370?pnref=story dan disini: https://m.facebook.com/story.php… .

Amatlah pelik bila ada pula meruang dengan 1, 2 atau 3 ruas jari. Dan boleh pula dengan memasukkan sesuatu produk. Part ini saya susah nak hadam kerana jika ada nas dan dalil sahih, kenapa pula bercanggahan dengan ilmu perubatan?

Point ketiga saya paling jelas. Mari kita semak apa kata Dewan Bahasa dan Pustaka tentang definisi meruang.

Meruang: Definisi : mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Saya nak gelak besar tapi menyalahi etika penulisan serius pula nanti. Memang benar, siapa yang selalu mandikan jenazah tahu perkara ini. Ini kerana secara lumrahnya jenazah tidak lagi befungsi sistem badannya. Perlu dibantu ketika mandi jenazah dengan mengeluarkan kotoran. Dibuat dengan lembut dan berpada-pada. Dah habis tu, kalau memang buat dekat mayat, yang hidup ni nak buat juga dah kenapa?

Beginilah
Kalau yang kata dia nak meruang sebab dia suka, sebab dah terbiasa, sebab memang rasa nak buat atau sebab jual produk, saya terima. Itu urusan dan pilihan peribadi.

Yang membuatkan saya menulis panjang lebar, rasa terkilan dan pelik amat, kerana perbuatan mengheret agama dan masukkan ke dalam skrip anda untuk meruang, itu perbuatan tidak benar dan berat. Apatah lagi hingga jatuhkan hukum.

Jangan begitu

Beza pendapat tidak salah, yang salah bila menjaja agama sebagaimana menjaja hasil jualan.

Mohon perbetulkan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles