Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

5 tips layan anak SEPERTI KAWAN

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Beberapa ketika dulu saya pernah kongsikan sedikit nasihat, supaya kita menjadikan anak sebagai kawan, bukan TUAN. Boleh baca di sini:  Jadikan anak RAKAN, bukan tuan

Hari ni saya kongsikan tips dari kisah peribadi saya ber body guardkan 3 orang hero Malaya yang saya buat seperti kawan belaka. Moga ada yang boleh di ambil pengajaran dan dijadikan manfaat


TIPS 1: RAIKAN PERTANYAAN 
"Jangan banyak tanya lah!"

Jika anda selalu gunakan perkataan dan ayat ini, minta untuk dihentikan segera. Kanak-kanak di awal usia ni sifat ingin tahu dia membuak-buak. Sangat banyak dan curious dengan pelbagai perkara. Di mata dia semuanya unik dan perlukan jawapan. Pernah tak kawan kita tanya kita, kita herdik semula? Tak pernah dan tak patut kan?

Sama juga anak kita. Saya kadangkala dapat berpuluh soalan dalam masa 2-3 minit. Tak sempat pause pun kadang tu. Tapi raikan.  Jawap semampu dan sejujur mungkin

TIPS 2: SEBUT 'TOLONG'

Kita kalau nk mintak tolong kawan, kemain lagi berbudi bahasa, melapikkkan kata-kata manis supaya dia dapat tapaukan lunch ke, atau dapat belikan air untuk kita ke, tapi kenapa dengan anak susah nak sebut baik-baik?

"Tolong Emak siramkan pokok tu"
"Amikkan air utk Israa', please"

Bila kita ajar, boleh jadi dia macam susah nak ikut atau selalu lupa, tapi kita dah ajar mereka untuk berbudi bahasa. Tak kasar, minta dengan baik dan lembut dan ini yang anak kita akan tengok dan pegang sampai mereka besar nanti. Proses ini ambil masa, sabarlah ye

TIPS 3: JELASKAN

Kalau perkara tu tak baik, katakan tak baik. Kalau perkara tu baik, katakan juga perkara tu baik. Contohnya, kenapa tak boleh makan makanan ringan? Beritahu ianya tidak baik kerana banyak perasa dan pewarna dan boleh merosakkan kesihatan.

Kenapa tak boleh mandi hujan lebat? Khuatir akan terkena kilat di tanah lapang sebab kilat boleh menyambar kita. 

Kenapa tak boleh kawen dengan Emak? Kerana Emak adalah mahram, dan haram untuk nikah. Kalau nak kawen, dah besar nanti cari wanita yang solehah dan ajaklah kawen

Semua penjelasan buat dengan baik dan level yang mereka boleh terima. Tak semestinya kene guna perkataan yang biasa, saya sendiri terangkan tentang klorofil, proses fotosintesis, electromegnetic field dan segala mak nek jargon asalkan maksudnya sampai

TIPS 4: JANGAN TIPU

Ini big NO!

Apa pun yang cuba kita sembunyikan, jangan tipu anak. Anggap dan layan mereka seperti orang yang perlu dihormati dan di berikan haknya. Penipuan tidak baik dari segenap sudut

SALAH: Mak nak keluar kejap. Jumpa kawan ramai-ramai. Nanti Emak balik
BETUL: Mak perlu pergi mengajar di bengkel kerana kita perlu lebih sumber pendapatan. Mengajar orang juga baik dan bagus kerana beri ilmu

SALAH: Tak boleh pergi berenang situ. Ada buaya!
BETUL: Imran tak boleh berenang seorang diri sebab Imran masih kecik. Sangat bahaya dan mungkin boleh lemas, nanti siapa yang yang nak tolong?

SALAH: Coklat takde. Dah habis
BETUL: I'jaaz makan coklat banyak sangat. Nanti boleh rosakkan gigi. Kalau gigi rosak, maca mana nak makan lagi? Cukup makan sikit sahaja


Tips 5: TUNJUKKAN KASIH KITA

Susah sangat nak peluk anak? Buatlah sesuatu. Dan ubah. Anak-anak ni waktu ni lah yang nak peluknya, dah besar sok, kita susah nak peluk.

Beritahu mereka, kita sayangkan mereka.
Biar mereka tahu kita pentingkan keselematan dan keselesaan mereka.
Akhirnya mereka juga akan pandai luahkan kasih sayang kepada kita.

Percayalah!

Saya harap tips ni membantu anda.
Selamat mencuba!

Love,

Emak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles