Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Jadikan anak RAKAN, bukan TUAN!

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya biasa mendapat pertanyaan dan kadangkala keluhan dari ibubapa tentang permasalahan sekitar hal keibubapaan. Saya kurang pasti kenapa tapi saya hargai pertanyaan mereka. Saya pula seronok berkongsi pengalaman sedikit sebanyak yang mana saya tahu.

Antaranya isu anak ketagihan gadget, anak sukar tidur awal, anak tidak mahu berhenti menyusu, anak gemar makanan ringan dan sebagainya.

Saya puji sikap mereka yang berusaha menyelesaikan masalah ini dengan meminta bantuan dan mendapatkan nasihat. Namun terdapat satu lagi halangan besar yang sering juga saya dengar dan mengakibatkan masalah ini akhirnya berlarutan.

"Anak saya tak boleh buat begitu, nanti dia menangis"
"Saya dah cuba tapi dia mengamuk, jadi saya bagi je tengok hp"
"Saya dah larang, dia nak juga makan keropok. Saya tak sampai hati"

Biasa dengar ayat sebegini?

Ibubapa sekalian, fahamilah peranan sebagai ibubapa. Kita mencorak, bukan dicorak dengan perangai anak-anak! Kenapa mereka yang mengarah sedangkan kita tidak berusaha memberi tunjuk ajar?


Ingatlah ketika salah satu tanda kiamat pernah disampaikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Malaikat Jibril yang datang dalam wujud laki-laki tampan.

أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا
“Jika budak wanita telah melahirkan tuannya” (HR. Muslim)

Sebahagian ulama mentafsir hadis ini sebagai kiasan ketika anak-anak tidak lagi menghormati dan memuliakan ibunya. Syaikh Musthafa Dieb Al Bugha dan Syaikh Muhyidin Mistu dalam Al Wafi menjelaskan makna ini,

“Banyak anak yang durhaka pada orangtuanya, mereka memperlakukan orangtuanya seperti perlakuan tuan terhadap budaknya.”

Bagaimana kita dapat betulkan keadaan ini?

1. Biasakan KOMUNIKASI yang baik dengan anak-anak. Mereka faham tetapi kita yang menyebabkan mereka tidak faham. Bercakaplah dengan anak secara lansung. Bukan menegah mereka ketika tangan kita juga sibuk memegang telefon. Bercakap dengan baik membuatkan mereka rasa dihargai.

2. Fahamilah mereka juga cukup besar untuk BERBINCANG. Kita perlu terangkan kesan baik dan buruk setiap perbuatan. Contoh, makan makanan segera menyebabkan penyakit dan kesihatan terganggu. Terangkan berulang kali. Mungkin akan mengambil masa. Teruskan. Jangan mengalah.

3. Kita meletakkan PERATURAN dan tanda aras. Beritahu yang mana yang boleh dan yang tidak boleh. Makanan, rancangan, game atau apa sahaja. Jangan lakukan secara diktator tapi secara diplomasi. Contoh saya katakan nugget segera tidak boleh dimakan dan saya larang mereka dari beli. Tapi saya sediakan pilihan nugget homemade yang saya buat sendiri. Saya larang mereka lihat ultraman tapi saya beri lihat Upin Ipin. Ini selalu berlaku dengan perbincangan dan mereka akhirnya faham. Anak-anak saya akhirnya sukarela bertanya adakah makanan ini elok atau tidak, adakah cerita rancangan ini elok atau tidak.

4. Mereka adalah kanak-kanak. Harus PERINGATAN diberi berulang kali, beratus kali malah, dan bertahun-tahun kerana mereka masih dalam proses memerlukan bimbingan. Saya mengambil masa bertahun-tahun mengingatkan tentang pakaian kotor harus diletak di dalam mesin basuh, pun masih tidak berlaku sempurna setiap kali. Tapi itulah hakikatnya. Jangan terus mengalah.

Saya mengaku. Bukan juga mudah tapi untuk berubah kita kena berkorban. Abaikan tangisan jerit pukul tarik mereka selama dua minggu kerana tidak diberi apa yang diinginkan. Biar sengsara sekarang dari merosakkan masa depan.

Saya juga bukan sempurna mana. Masih ada jeritan dan cubitan dan itu saya kira proses membesarkan anak-anak. Saya belajar dan belajar lagi bagaimana cara mendidik mereka dan saya harap mereka juga dapat belajar sesuatu dari saya

Salwa
27 Januari 2016


Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles