Orang yang paling tidak melakukan kesalahan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa tindakan. Bukan bermakna dia hebat kerana tidak pernah salah, tetapi tidak salah kerana tidak pernah pun mencuba
Setiap kali saya menimbulkan idea baru, musuh paling utama adalah bisik-bisik hati sendiri.
"Boleh ke kau buat ni?"
"Apa yang akan jadi kalau tak berhasil?"
"Kalau orang ketawakan macam mana? Tak malu ke?"
Itu baru bisik hati sendiri. Belum dikira lagi cakap-cakap meruntuhkan semangat dari orang sekeliling. Ada yang mempersoalkan mekanisma dan gerak kerja kita. Ada juga mengatakan idea kita ni terlalu asing dan belum pernah ada yang mencuba.
Itu baru nak mula tu. Belum mula pun lagi dah banyak halangan.
Orang biasa dan paling biasa akan 'quit' pada saat ini. Maka terkuburlah semua hasrat, impian dan cita-cita kerana terlalu mengiyakan kata-kata orang
Kan?
Kemudian ketika melaksanakan, tak kurang juga memberi cabaran. Luar dan dalam. Masalah kewangan, masalah keluarga, emosi, kesihatan dan macam-macam lagi gunung ganang nak didaki waktu membuat kerja.
Ada juga yang beriya berkata, telah dinasihatkan jangan buat, tapi degil nak buat juga. Kenapa pulak kita turut sama dengar cakap-cakap negatif orang begini?
Paling tak tahan, kalau dah berjaya pun ade juga lagi yang mengata. Konon nak publisiti. Mencari glamer utk diri sendiri. Sedangkan jerih perih kita minta simpati takde sape nk peduli.
SO,
Bayangkan kalau kita terlalu amik kira cakap orang, ape akan jadi? Tak terjadi la apa pun sebab kita dah give up.
Makanya kawan,
Kita tak perlu ambil pusing tentang banyak perkara sampai kita tak lakukan apa-apa.
At the end of the day, kalau beras rumah kita habis, atau kita nak beli buku sekolah anak atau kereta kita rosak, orang-orang tu ke yang akan hulur duit kepada kita?
#FikirlahSendiri
#JustDoIt