Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Ziarah ke Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Mula dari 30 September sampai la 2 Oktober suami saya ada conference di Prai, Pulau Pinang. Pada hari pertama tu dia ada presentation paper dia. Memang sejak mula saya sebenarnya malas nk ikut sebab banyak kerja nak di buat. Tambahan pula takut nanti anak-anak boring plak di hotel.



Kami bertolak ke Ipoh dulu malam Isnin tu. Sebabnya nk pegi direct ke Penang dengan 3 orang hero yang ohsem belaka ni adalah sangat memerlukan kesabaran. Kesian kt depa (see dah cakap penang dah). So sampai umah abg dan akak ipar pukul 11 lebih. Makan sikit borak borak then tido.


Esok paginya tu lepas sarapan kitorang pun keluar la. Awal lagi. Baru pukul 8 waktu masuk tol Ipoh Utara. Selepas bukit bukau tu tetiba dapat idea nak singgah Kuala Kangsar. Hubby pun ade kenalan kt sana. Jadi dengan tidak dirancang, kami pun singgah di Kuala Kangsar.


Lepas keluar tol boleh nampak signboard ni dah
Saya dok tanya-tanya la kawan-kawan Taayah kat dalam whatsapp group, apa tempat yang boleh dilawati. Kata mereka


  • Bukit Chandan
  • Laksa tepi Sungai
  • Tempat buat labu sayong


So tanpa  buang masa kitorang terus ke Bukit Chandan dulu. Alhamdulillah sampai ke Masjid Ubudiah. Ni kali kedua la saya datang sini. Kali pertama taun 1995 rombongan sekolah tapi tengok kt luar aje la time tu. Kali ni dapat masuk dan solat dhuha di sini.






Bergambar kenangan selfie di depan masjid
Ok, serba sedikit info tentang Masjid Ubudiah ni. Masjid ni juga di gelar Masjid Diraja yang sebenarnya dalah masjid dari nazar Sultan Idris yang membayar nazar jika baginda pulih dari sakit.


Pembangunan Masjid Ubudiah ni bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 dan kemudiannya tergendala kerana masalah dengan batu-batu marmar yang di beli dari Itali yag dipijak dua ekor gajah baginda.

Untuk memendekkan cerita, eehehhe, akhirnya siap juga lah dengan perbelanjaan pembinaan masjid ini kira-kira $22,000. (Anggaran kalau wang sekarang menurut laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar RM200,00 gitu) 

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.
Tempat wudhu orang lelaki

Ruang koridor sekeliling masjid
Berehat sekejap. Lantai marmar nya mmg sejuk aje
Pintu Masuk Ruang Solat Wanita
Pandangan dari ruang solat Wanita
Bertentangan dengan Masjid Ubudiah adalah Sekolah Agama Idrisiah yang sangat terkenal melahirkan ramai ulama. Sebelahnya pula ada makam diraja.

Oh ye, ini adalah waktu melawat Masjid Ubudiah kalau ada kawan-kawan non-Muslim nak masuk ke.


Selepas tu kami turun dari bukit Chandan dan sempat singgah bergambar di tepi replika Labu Sayong. Nak pi kilang dia tak sempat. Lagipun takut budak-budak ni tak tahan habuk.

Destinasi seterusnya kami ke SMK Temenggong yang terletak di Kati. Dalam 15 hingga 20 minit dari Kuala Kangsar. Kenalan hubby saya sebetulnya adalah seorang cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris tetapi sangat aktif dengan sastera dan kebudayaan Melayu. Cikgu Suhaimi namanya. Kerap betul buat program di sekolahnya dan jemput orang-orang sastera dan artis. Hebat!



Bergambar kenangan dengan Cikgu Suhaimi
Antara koleksi yang dipamerkan di Galeri Seni
Kami sampai aje terus di sambut untuk makan dalam Galeri Seni. Impressive! Sambil makan mee kari yang sedap dan kuih muih, mereka bertukar cerita dan khabar.Sempat juga jenguk tempat mereka pentaskan teater. Imran dan I'jaaz siap try drum dan gitar (dan kemudian mintak dibelikan! huhuhu)




Jam 11 pagi kami bertolak pula ke Lenggong. Pun tanpa dirancang.
Nantikan entri tentang lawatan kami ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ye


Love,

Salwa



Viewing all articles
Browse latest Browse all 277