Assalamualaikum wbt
Teruja ketika membuat liputan di Sidang Media Filem Ip Man 4 di St Regis pun tak habis lagi. Kemudian dapat pulak tengok filem Ip Man 4 semalam!! Dengan pas media, saya dan rakan-rakan media lain berpeluang duduk betul-betul di hadapan pentas utama. Mengujakan!
![]() |
Bertugas sebagai media untuk gala premier filem Ip Man 4 |
Ribuan peminat membanjiri The Starling Mall malam tadi untuk bertemu sendiri dengan Ip Man, dan tentulah mereja juga tak sabar nak tengok filem terakhir lakonan Donnie Yen ini yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Disember nanti.
![]() |
Saya dengan tiket gala premier dihadapan pentas utama |
Seperti yang dijanjikan, selepas Malam Gala Premier Ip Man 4 di Starling Mall malam tadi (12/12/19), saya akan bagi review untuk filem ni.
Dan seperti biasa, jangan risau. No spoiler at all!!
Ada dua review. Satu yg ringkas dalam YouTube utk yang tak Rajin membaca hahhaha
Dan satu lg yg bertulis dan lebih details, baca terus sampai bawah OK?
Version video, click sini:
1. Plot filem Ip Man 4
Smooth, tak susah nak faham. Penceritaan tentang Ip Man yang dah tua dan menghadapi masalah kesihatan dan merisaukan anak nya Ip Jin yang tidak minat nak belajar. So Ip Man mencari peluang untuk hantar anak nya ke USA.
Di situlah perkembangan cerita berlaku bila Ip Man menghadapi masalah demi masalah. Cerita masih berkisar ketidakadilan layanan dan sebagainya.
Pada permulaannya saya merasakan ianya agak slow kerana ternanti-nanti babak perlawanan namun selepas setengah jam pertama, semuanya jadi lebih baik dan pace makin menarik.
2. Aksi dan lakonan
Sudah tentulah kita ingin melihat bagaimana mahaguru Wing Cun beraksi dalam setiap filem Ip Man bukan? Bagi saya, ianya di chareography kan dengan baik, setiap babak perlawanan ada perbezaan jurus-jurus dan teknik yang digunakan.
Pun begitu, trademark utama dalam perlawanan adalah tumbukan bertubi-tubi Ip man dengan pantas dan laju yang sering menjadikan kita terbukak mulut nganga. So puas hati la ada dua tiga babak perkara tu berlaku dan siap satu babak tu, penonton dalam pawagam tepuk tangan sebab rasa puas hati gila! Hahahahahaha
Watak-watak utama dibawakan dengan baik sekali. Tiada yang overshadow atau over. Just nice. Walaupun watak antagonist dan protagonist nampak macam sedikit terlebih side dia, tapi masih boleh diterima.
Kredit kepada kawan Ip man, Bob dan anakya Ip Jin kerana walaupun sedikit sahaja wataknya, ianya membawa makna dalam jalan cerita. Nak tahu, kena tengok la kan baru faham
We love you too Ip Man! |
3. Sinematography
Ok, ni filem aksi kan. So takde la nk expect gambar pemandangan lawa-lawa plak kan. But angle kamera semua ok, not bad. Waktu babak aksi pun, boleh rasa la puas hati tu
4. Keunikan?
Bagi saya secara generally nya ada dua. Yang pertama kemunculan istimewa Bruce Lee yg dibawakan oleh Danny. Dia tak over shadow, tapi jadi penghubung kepada jalan cerita. Seperti yg kita maklum, Bruce Lee memang anak murid kepada Ip Man dan lagenda dalam dunia seni bela diri.
Danny lakonkan dengan baik watak Bruce dari segi mimik muka, pergerakan, kelajuan, kungfu, cara sebut perkataan; eh semua sama lah! Memang terer la dia. Dan jangan risau, ada jugak disajikan satu babak Bruce berlawan. Puas hati weih!!
![]() |
Muka pun dah nak dekat dekat dah |
Keunikan kedua adalah sebab sentimen perhubungan anak-bapa diketengahkan. Bukan setakat anak yang belajar, tetapi bapa nya juga dapat belajar sesuatu. Yang ini ada satu scene, ramai penonton mengesat air mata, saya bergenang la menahan sebak juga kan. Datuk Yusof Haslam juga, waktu sembang-sembang dengan dia mengakui dia menitiskan air mata pada babak tersebut sebab touching.
5. Rumusan
Ok, sesiapa peminat Ip man, wajib tengok!
Sesiapa yang tak pernah tengok, boleh je paham, no problem.
Tapi kan, hujung hujung tu, bila dia imbau kembali perjalanan Ip man dari mula filem satu sampai filem last, memang sebak habis. Dan sebagai die hard fan dan tau ini finale, memang tatau nk kata macam mana perasaannya. Dia macam mixed emotion tau tak? Fuhhhh, sebab kita tau lepas ni tak ada dah Ip man lagi.
Dan Donnie Yen pun ada bagitahu, ni filem Kungfu dia yang terakhir. Dia pun dah 56 tahun (sumpah tak nampak 56 u ols, tegang gila muka dia).
Btw, Ip Man meninggal sama sebab macam isteri dia, akibat kanser. Dia dapat kanser leher dan tekak. Meninggal ketika usia 79 tahun.
Tak lupa, thanks to Lotus Stars, Skop Production dan Empire Filem Solutions sebab jemput i ols as media.
So guys, jangan lupa, terjah pawagam 20 December ni!!
Sekian,
IP Emak
![]() |
Dapat selfie dengan isteri Donnie, Cissy Wang |
![]() |
Saya dan rakan blogger bergambar kenangan |
![]() |
Ditemubual oleh Skop Production |
![]() |
Bersama peminat yang setia menunggu |
![]() |
Bersama rakan-rakan blogger yang lain |