Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Review buku: Autism - Pelik atau Unik?

Assalamualaikum wbt

Untuk memahami apa Itu Autism, saya fikir buku ini sesuai untuk dibaca kerana penerangan secara asas tentang Autism, sedikit tips untuk cuba menyelami mereka yang mempunyai autism dan apa yang boleh dilakukan, ada diceritakan di dalam buku ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
buku autism, buku panduan autism, autism book, buku tentang autism, autism, autism di malaysia, ciri-ciri autism, tips anak autism, anak ada autism, anak autism, tanda anak ada autism, autism spectrum disorder


Misalnya, salah faham yang paling kerap berlaku seperti menganggap autism sebagai satu penyakit dan ada ubat. Atau dengan menganggap autism disebabkan penggunaan gajet yang berlebihan.

Virtual autisme diketengahkan oleh Dr Marius, dan bukanlah sejenis autism. Istilah ini diperkenalkan untuk anak yang disyaki menghidap autism tetapi sebenarnya tidak dan hanya mempunyai simptom sementara sahaja.

Contohnya, kekurangan penggunaan anggota melibatkan skil motor halus yang tidak mencapai perkembangan sepatutnya kerana banyak menggunakan hp, bukanlah autism. Anak ini dapat dipulihkan dengan terapi cara kerja dan akhirnya dapat pulih.

Adapun autism yang sebenar bukanlah boleh diubat dengan supplement atau makanan atau ubat segera. Itu semua membantu dari sudut mengurangkan simptom dan mengawal tingkahlaku. Dan jenis autism juga berbeza, ada tahap nya dan setiap individu autism berbeza antara satu sama lain.

Satu lagi yang paling berbeza adalah antara tantrum dan meltdown. Tantrum kerana inginkan kawalan terhadap sesuatu misalnya ingin makanan, ingin mainan dan seterusnya. Meltdown pula adalah hilang nya kawalan diri kerana ransangan yang overloaded. Yang ini saya rasa nak huraikan di masa lain in sya Allah.

Apapun,
Saya berpendapat, buku ini dapat diperbaiki dengan menambah lebih banyak isi kandungan dan tips yang boleh diaplikasikan oleh ibubapa dan guru khas terutamanya.

Seperti yang saya katakan, ianya memadai sebagai introduction dan awareness kepada autism sedangkan potensinya adalah lebih besar dengan mengambil kira latarbelakang penulis.


Penggunaan font yang besar dan margin yang begitu luas menyebabkan banyak ruang terbazir dan memberi ilusi yang mengaburkan dari sudut halaman buku yang sudah sememangnya nipis. Mungkin untuk lebih berbaloi dengan harganya, penerbit boleh menambah isi kandungan.

Wallahu'alam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles