Assalamualaikum wbt
Sebenarnya trip ke Planetarium Negara ni tak termasuk dalam senarai projek pun. Terdetik nak hantar ke kem atau program tapi tak ada yang match antara kesesuaian dan masa. Ditakdirkan Allah classmate dulu ada mesej di group whatsapp tanya siapa nak temankan anaknya. So secara impromptu nya Emak offer dan terus mendaftar.
Hari kejadian Emak tolong bake cookies je buat bekal. Aunty Wani yang datang dan ambil kat rumah untuk ke kem Angkasawan Cilik ni. Emak hanya memerhati melalui page organizer iaitu Apa Di Langit untuk tengok perkembangan mereka.
Menarik juga. Ada sesi penerangan, kemudian dapat tengok pakai teleskop. Untung sesi mereka haritu sebab dapat tengok dengan baik Corona (Sun Atmosphere) guna Hydrogen Alpha Telescope!
Imran meneropong sepenuh hati |
Beratur ikut group masing-masing |
I'jaaz pun teropong jugak. Penuh bergaya nampaknya |
Tunggu giliran guna telescope |
Ape tu? Emak sampai Google okeh. Ye lah, Emak pun tak pernah dapat tengok apa-apa pakai teropong tau. Setakat sampai teropong hati Ayah dan anak-anak aje la. 😅
Then ada sesi buat matahari, buat roket. Lukis-lukis. Ada kuiz juga katanya. I'jaaz bersedih hati sebab tak dapat jawap dengan betul dan dapat 0 markah. Begitulah hidup nak, bukan semuanya indah dan pelangi tak sampai ke petang.
Di sebelah kapal angkasa. Abes hatinya |
Dalam auditorium |
Sesi kuiz. Berebut nak jawab! |
Sijil penyertaan selaku angkasawan cilik |
Ingat senang balik Emak dapat 2 matahari, 2 bulan dan 2 bumi?? Hahaha |
Apapun they had a very enjoyable moment i guess.
Balik bercerita macam-macam. Dan bawa buah tangan roket dan matahari bumi bulan semua ada! Hehehehe
Yuran pun sangat berpatutan. Hanya RM60 termasuk sijil, makan tengahari dan bahan-bahan.
Jika berminat boleh lah tengok page Apa Di Langit dan mendaftar bersama mereka untuk next program ya!
Thanks aunty Wani yang sudi bawak dan berkawanlah mereka dengan Iman dan setiap hari tanya bila nak pi mandi umah Iman. Hahahahha
Esok kita tunggu apa nak jadi ya..
Jeng jeng jenggggg
Jeng jeng jenggggg