Assalamualaikum wbt
Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm
"pkl 1 petang karang kita jumpe tau"
atau
"laaa, kenapa datang pkl 7 petang ni"
Tahukah anda itu salah sebenarnya???
Jom tengok yang betul:
SISTEM PEMENGGALAN WAKTU
(Sumber DBP)1 Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
2 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59
3 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
4 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
5 Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.
'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'
Terima kasih.
ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP
Munsyi DBP