Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

UPSR - Strawberi - Survival

$
0
0

Assalamualaikum wbt

Minggu ini sana sini status dan gambar anak-anak mula sekolah. Minggu lepas pula sana sini viral tentang keputusan penempatan SBP bagi murid yang ambil UPSR tempohari. Saya hanya nak tanya 1 soalan,

Hantar anak ke sekolah sebab apa?

Mungkin ramai akan jawab, laaa nak suruh belajar la. Itu pun nak tanya. Sekali lagi;
Hantar anak ke sekolah sebab apa?

Kali ini saya mohon duduk diam berfikir, 2 3 hari pun tak apa. Fikir dalam-dalam semasaknya kenapa kita hantar anak ke sekolah. Justeru mungkin jawapan seikhlas hati itu membuatkan kita jadi lebih sedar diri.
Kalau tuan puan hantar sebab nak anak cemerlang dalam istilah akademik, itu yang jadi kecewa ya amat bila anak dapat 6 atau 5A dalam UPSR tetapi tak layak masuk asrama penuh. Kenapa? Sebab kriteria pemilihan telah jadi lebih holistik. Bukan akademik sahaja jadi ukuran.
Kalau saya katakan setuju, ramai lagi parents yang setuju tapi ramai lagi pula yang masih letak result sebagai takah semata-mata.

Anak yang hebat bersukan sampai keperingkat kebangsaan tidak diraikan sebagaimana anak yang berderet A keputusan.
Anak yang berpimpinan dan pandai urus masa, organisasi dan pandai pula team work tetap di pandang sepi sebab keputusan suam sahaja.

Salah siapa bila multiple intelligence dan perbezaan skil ini tidak diraikan?

Tepuk dada tanyalah diri sendiri
Siapa yang anda banggakan sangat?


Kerana itu bila lahir generasi strawberi (ini istilah yang digunapakai di china merujuk kepada golongab yang lahir 80-an ke atas yang lembik, tidak tahan tekanan dan manja seperti strawberry) di atas kertas cukup baik keputusan tapi tidak boleh bawa diri di alam pekerjaan.
Suruh berucap tak mampu. Suruh berfikir buat keputusan tak mampu. Malah terima arahan dan perubahan drastik juga tak tahan! Berbondonglah yang resign dan majikan pula makin pening kepala melayan.

Hantar anak ke sekolah supaya dia belajar, supaya dia beradab, pandai berkawan, hormat guru dan kakitangan, pandai membeli, boleh berkomunikasi, pandai bersukan, pandai seni, bijak mengira dan boleh berpersatuan.
Kalau dapat semua ini, anda paling bertuah. Holistik dan boleh survive. Namun, jika dapat salah satu pun, raikan dan asah yang itu dengan sebaiknya. Seni, sukan, komunikasi semua itu juga adalah skil yang boleh membawa kejayaan.

Ingat satu perkara

Kalau kita pandai serba serbi, dan hebat sampai guru semua tak kena, kenapa tak buat sekolah sendiri?

Yang mengingatkan,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles