Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, Projek Beg Sekolah telah di undang sebagai tetamu rancangan Bismillah Ad-duha semalam (22 Disember 2017).Sejak bersiaran lansung pagi tadi, alhamdulillah beberapa mesej peribadi saya terima. Menyatakan telah beri sumbangan.
Terima kasih!
Nampak hanya 10 minit sahaja siaran lansung, tapi impaknya besar. Begitulah di mana-mana sekalipun, media amat diperlukan untuk hebahan. Terima kasih pada Puan Wani Koh dan tuan NH Manzek yg membuka ruang utk kami hingga dpt slot pagi tadi.
Bak kata suami saya, rasa sekejap sahaja. Walhal persiapan nak muncul 10 minit tu, berhari-hari dibuat.
Asalnya selepas dapat tawaran, saya memang ingin beri pada ajk lain untuk bersiaran tapi rasa serba salah juga. Sebab inilah satu-satunya peluang yang kami dapat buat masa ini dan saya selaku pengasas rasa perlu pergi untuj menghargai walaupun badan masih gemuk lepas bersalin tempohari hehehe.
Mujur suami dapat cuti.
Kemudian cabaran lain seperti plan perjalanan dan perlu drop 3 org anak ke rumah abang pula malam tadi. Sampai di pagar Astro baru tahu kanak-kanak tak boleh masuk. Drama pula sebab Iyaad menyusu badan. Mujur krew membantu dan dapat juga bawa masuk. Silap saya juga tak beritahu lebih awal nak bawa baby!
Banyak lagi nak cerita tapi tak tercerita.
Itulah yang sering berlaku
Kita nampak smooth perjalanan sesuatu walhal di belakang tabir ada saja drama yang ada.
Itulah yang sering berlaku
Kita nampak smooth perjalanan sesuatu walhal di belakang tabir ada saja drama yang ada.
Apapun terima kasih kepada semua. Suami dan keluarga, Bellina Rosli selaku bendahari yang turun padang masuk tv, barisan ajk yg selalu super komited, semua fp pbs musim ketiga dan anda, yang membaca menyumbang dan selalu menyokong!!
Jom. Ada 3928 beg lagi perlu kita cari!!!