Sekeping kad dengan pelbagai cerita
Hari ini dan esok, 4000 peserta yang terpilih daripada 25000 orang yang menghadiri bengkel eUsahawan pada tahun 2017 berkampung di PWTC untuk kemuncak program, DAYA EUSAHAWAN. Dan mereka ini sebilangan kecilnya akan menerima penghargaan atas peningkatan dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan sepanjang tahun.
Peserta saya ada juga yang mendapat hot seats (hanya 50 orang daripada 25000) dan 2 orang telah terpilih dengan tag PLATINUM -TN50, bermaksud akan duduk di atas pentas Bersama Perdana Menteri.
Bukan 2 orang ini sahaja menjadi kebanggaan saya.
Kesemua lebih 500 peserta eusahawan tahun ini yang belajar dari saya adalah kebanggaan saya. Mereka berusaha hadir ke bengkel, cuba membaiki diri dan belajar pemasaran secara digital untuk memajukan perniaggaan.
Inilah #WiraDigital yang diraikan!
Dan saya, pengajar mereka, salah seorang daripada CERTIFIED MASTER TRAINER EUSAHAWAN hanya melihat dan mendengar cerita-cerita dari DAYA kerana saya belum sembuh sepenuhnya untuk turut sama merasa kemeriahan mereka.
Sekeping kad ini cukuplah sebagai bukti pelbagai ranjau yang ditempuh sebelum bergelar master trainer. Meninggalkan anak-anak (dan suami). Lebih mencabar sepanjang tempoh perjalanan, saya mengandungkan Iyaad tanpa orang tahu. Kesana kemari pusing satu Malaysia mengajar peserta. Hadir pelbagai kursus dan ujian-ujian. Diduga dengan jangkitan paru-paru yang ambil masa sebulan lamanya untuk sembuh tapi tetap mahu teruskan langkah.
Sebenarnya banyak nak cerita, tapi cukuplah setakat ini. Saya rasa sangat seronok berjumpa ramai sifu-sifu dan trainers yang otai belaka. Bersama mereka dalam perjalanan ini umpama satu lembaran baru dalam salah satu bab kehidupan saya. Mereka tidak pernah lokek ilmu, sentiasa bersama saat suka duka, membantu dari plebagai sudut dan sentiasa setiakawan.
Tahun 2017 saya memang lebih bermakna dengan adanya eusahawan dan saya berharap tahun 2018 nanti, keterujaan ini makin bertambah dan makin ramai yang akan memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu.
Jika anda ingin jadi salah seorang peserta eUsahawan pada tahun 2018 nanti, sila klik link berikut dan tinggalkan butiran seperti nama, hp dan email di ruangan komen. Kami akan hubungi anda apabila kelas 2018 berlansung, dan pasti, ianya PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang ya. Klik link di atas, dan tinggalkan butiran peribadi anda di ruangan komen
Love,
Salwa