Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan dan ruang dari Allah untuk melancarkan satu lagi projek yang dinamakan:
Projek Kit Jiwa Ramadan (KJR)
Kelainannya pada apa yang ada didalam kit ini. Saya lebih mensasarkan bantuan dari sudut peralatan asas ibadah yang mana masih ramai belum cukup mungkin atau tidak mengejutkan jika memang masih belum ada.
Setiap sukarelawan yang akan mengagihkan KJR akan berkongsi sedikit maklumat berkaitan ibadah asas yang wajib bagi setiap muslim selain memberi galakan serta motivasi bagi memperoleh hidup yang lebih berkah dan bahagia.
Dengan sedikit rezeki dan ilmu yang ada, kita gembeleng tenaga, bantu golongan ini seadanya. Biar mereka juga dapat belajar beribadah. Dapat tahu rasanya sujud di atas sejadah. Dapat sama-sama kenal Allah. Dan ramadan adalah semulia-mulia bulan, dan dengan keberkatannya diharap hati-hati mereka dapat di lembutkan agar kembali kenal tuhan.
Mari saya berterus terang. Tempoh masa untuk saya kumpul 1000 KJR ini pendek. Kurang dua minggu dan saya sendiri tidak yakin. Selepas survey dan perbincangan, nilainya sekitar RM40/kit berserta sebuah non woven bag. Mampu atau tidak saya capai target tersebut? Wallahu'alam tapi anda boleh bantu saya, kan?
Saya akan update kutipan setiap hari di sini sehingga 15 Mei. Setelah 15 Mei nanti, keseluruhan jumlah wang kami akan belikan seberapa banyak KJR yang dapat. Jika ada lebihan, wang itu akan kami berikan sebagai duit raya pada anak-anak yang ada di dalam keluarga (bergantung kepada jumlah baki)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 158060573304 (Salwa Mohd Saleh) dengan reference KJR.
Oh ya, ini kerja individual. Tidak ada resit cukai atau zakat. Beri jika hanya percaya saya. Adakah mesti RM40? Tidak. Seikhlas hati.
Saya doakan anda diberkati
Love,
Salwa
UPDATE KUTIPAN SUMBANGAN KJR