Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

4 sebab kenapa saya akan terus menonton Gema Gegar Vaganza.

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Malam tadi, sekali lagi saya menonton GGV secara lansung. Kali ini menerusi YouTube channel Astro Gempak. Terima kasih Astro Gempak kerana memberi peluang peminat nasyid tegar tapi tak pasang TV di rumah macam saya untuk mengikuti GGV.


Seperti orang lain saya excited dengan kemunculan GGV kerana ini pertama kali nasyid di pertandingan dengan format seperti ini (baca: seperti GV) tapi saya juga skeptikal dengan cara penganjuran kerana pada minggu pertama seolah-olah macam nak menghiasi rancangan hiburan dengan litupan ala islamik sahaja kononnya. Namun semua mula berubah malam tadi, dan saya akan kekal menonton GGV dengan 5 sebab ini: 1 - Penghayatan lagu Jika pada tahun 80-an hingga 90-an kita sangat familiar dengan lagu nasyid berunsur ketuhanan yang meruntun hati dan membawa kita kepada muhasabah diri. Sekitar tahun 2000 pula muncul revolusi nasyid yang membawa konsep lebih segar dan rancak seiring dengan peredaran zaman tapi masih dalam konteks yang sama, membawa kesedaran kepada masyarakat. Dan ini yang saya dapati pada beberapa buah lagu yang didendangkan dalam GGV (walaupun bukan kesemuanya) yang bila didengar bukan sahaja mengimbau kenangan membesar dengan nasyid seperti ini malah mengheret sama jiwa untuk kembali merenung hakikat hidup yang kita lalui. Dalam keadaan melihat secara lansung tersebut, hati kita bagai diketuk dengan peringatan demi peringatan. Membuatkan kita berfikir,

Apakah sumbangan kita pada islam? Apakah kita terus mahu jadi pendosa tanpa taubat nasuha? Siapa kita dibandingkan dengan pejuang agama yang berkorban nyawa? Saya kira ramai penonton yang secara lansung atau tidak lansung terkesan dengan tazkirah '5 minit ' nyanyian ini ditambah pula dengan komen padu para juri. 2 - Penerbit mengambil kira pendapat umum GGV minggu pertama dikecam teruk dari pelbagai sudut. Hingga seolah tiada lansung kebaikan daripadanya. Saya tidak memilih untuk komen di minggu pertama kerana sedar ini percubaan pertama. Cuma kurang berkesempatan pula menulis cadangan kepada astro. Maka saya hargai beberapa post viral yang memberi cadangan menambah baik yang kemudian diraikan pula oleh astro. Antara perubahan ketara adalah pakaian peserta wanita yang kali ini semuanya sopan. Mereka juga berbaris dalam kumpulan berlainan sewaktu keputusan diumumkan. Pemilihan lagu untuk minggu ketiga yang menyelitkan lagu-lagu 'legend' nasyid seperti Raihan dan Rabbani seperti yang diminta penonton. Pengacara yang sedikit tone down walaupun saya lebih mengharapkan lawak tidak perlu dikurangkan seminimal mungkin.

Syabas kepada krew penerbitan dan semua peserta GGV kerana bukan sahaja majoriti persembahan sangat baik malam tadi dan betul-betul memaknakan tema dalam lagu ada makna malah ada penambah baikan dibuat setelah mengambil kira teguran dan pandangan penonton minggu lepas.
3 - Dakwah kepada anak muda Saya kira memang Astro sudah banyak memperkenalkan rancangan dakwah untuk anak muda terutamanya program seperti Imam Muda dan Pencetus Ummah. Namun dalam sudut hiburan masih belum ada yang seperti ini. Malam tadi sewaktu menonton di YouTube, mata saya sesekali melirik komen chat secara live di sana. Kebanyakan nya komen positif dan betapa mereka tidak menyangka lagu Rock dan Jiwanya juga jika di bawakan dengan cara baik, menjadi satu petunjuk dan peringatan sangat mendalam. Mereka ini orang muda. Orang umur 40an keatas bukan kebiasaan untuk live chat di YouTube, malah lebih senang di sofa menonton dari tv sahaja. Contoh lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal kumpulan Bloodshed yang dibawakan hijjaz berubah total bila didedikasikan untuk wanita dan anak-anak mangsa peperangan di Syria. Mirwana tampil lebih berani dengan konsep sufi pada lagu Satu yang sangat menjadi dan menusuk hati. Unic seperti membawa lagu Hijau Bumi Tuhan seperti itu lagu mereka sendiri dengan santai bersahaja. Azmi CB? Tak perlu lansung ulasan, berdirinya di atas pentas dengan lagu Redha sudah buat satu stadium banjir air mata! 4 - Jika bukan kita yang sokong, siapa lagi?

Saya ini kategori bukan alim atau tinggi ilmu agamanya. Malah mungkin tidak layak juga untuk berkata lebih tentang banyak perkara. Saya tahu GGV tidak sempurna dan masih boleh banyak diperbaiki contohnya pengasingan tempat penonton wanita dan lelaki, kurangkan lawak humor tidak sesuai atau jeritan ketika memperkenalkan peserta, selitan tazkirah di selingan antara persembahan, atau mungkin juri jemputan dari kalangan para penasyid 'otai' yang faham selok belok nasyid, malah dijemput pula buat persembahan sementara menunggu markah dikira untuk mengembalikan nostalgia nasyid berbisa dahulu kala.

Memang banyak harapan saya, namun saya sedar, mereka ada usaha sekurangnya untuk cuba memberi ruang dan peluang untuk orang luar sana kenal nasyid. Mereka juga cuba mendekati pemuda pemudi. Mereka cuba. Jika usaha begini terus dimatikan dengan kutukan tanpa henti dan tidak pula ada cadangan membina, jangan harap pula ada lagi rancangan seperti ini. Dan kita pula tidak boleh mengomel asyik dihidangkan hiburan dunia. Kerana bila ada, tangan kita yang laju betul menghentam seolah kita hebat segalanya


Apapun,

Saya bukan sesiapa
Saya hanya peminat nasyid puluhan tahun lamanya
Saya meraikan dan mengharap adanya kebaikan

Seeru a'la barakatillah

Salwa,
yang tidak sabar menunggu Padamu Aku bersujud minggu hadapan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles