Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Percutian yang best di Jonker Street, Melaka

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Best tak cuti sekolah minggu lepas? Korang berjalan ke mana? Penuh saya tengok sana sini gambar orang pergi bercuti. Memang la, seronok kan dapat bercuti tapi tak semua juga yang senang nak bercuti sebab susah nak dapat cuti, susah nk angkut ramai-ramai anak dan sebagainya.

Tapi, saya rasa la, di Malaysia sendiri pun banyak je lokasi menarik yang boleh kita pergi dan sometimes pergi secara unplanned tapi pengalaman dia masih ohsem sangat. (Nampak beno selalu buat hahahaha)

Salah satu lokasi tu adalah Melaka!

Yeah. Senang dan mudah nak pergi. Naik highway PLUS, tup-tup dah sampai Melaka. Saya sendiri pun dah beberapa kali la pergi Melaka tapi harini nak cerita pasal Jonker Street kat Melaka.

Pernah dengar?

Ya. Famous sangat. Kalau ikut nama betul nya Jalan Hang Jebat tapi nama hispser nya (ye ke hispter hahaha) orang selalu panggil Jonker Street. Glamour sangat terutama pasal Jonker Walk dia tu la.
  
Gambar di ambil dari  laman malacca.ws

Apa nak buat di Jonker Street?

Kalau nak tahu, Jonker Street ni kalau dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong merupakan jalan yang paling sibuk di Melaka. Sebabnya pelancong pun berpusu-pusu ke sini sebab banyak sangat lokasi menarik yang boleh dilawati disini. Korang boleh rasa  kepelbagaian juadah hidangan tradisi masyarakat Melaka, boleh jenguk butik pakaian , kedai cenderahati hinggalah  berkunjung ke award-winning museum yang terletak di sekitar Jonker Street ini. Kalau dekat Kuala Lumpur, Jonker Street ni kiranya macam Pasar Seni la.

Sorry la gambar amik dekat Jonker itu hari semua telah habis musnah kerana masalah hp sob sob sob. (Sape suruh tak back up) so saya kene la pakai gambar orang-orang lain. Anyways, korang nak cari apa je cenderehati kat sini yang berkaitan Melaka, semua ada. Terompah? Kebaya Nyonya? Keychain dengan yang biasa-biasa tu usah cakap la. Saya pun sama la jugak pi sana nak cari suoveniers. Memang heaven!!!

Gambar di ambil dari  laman themalaysianlife.blogspot.com

 Hotel-hotel di sekitar Jonker Street Melaka

Kemuncaknya adalah waktu malam hujung minggu, bermula hari jumaat pada jam 6 petang, jalan ini akan ditutup untuk trafik kerana akan didirikan gerai-gerai untuk night market di jalan ini. Jonker Street ni memang crowded lebih-lebih lagi kalau korang pergi time public holidays atau cuti sekolah. Therefore, plan masa anda wisely jika ingin ke sini.So, kalau dah ke sini, mesti korang tercari-cari hotel yang berhampiran kan? Jangan risau!

Saya ada solution paling mantap punya untuk korang. Korang just pi je dekat  Traveloka.com, korang boleh dapatkan list of Melaka hotels near Jonker Street. Here are some suggestion of the hotels yang boleh korang pilih di sekitar Jonker Street ni.


RC Hotel Melaka

Hotel ni terletak di tepi sungai di Jalan Kampong Pantai, kiranya hotel ni memang berada tak jau la dari Jonker Street. Hotel yang menawan mata memandang ini cheeewah, dia pakai konsep art deco melalui seni bina dan hiasan yang ditonjolkannya. Bestnya sebab ade sebanyak 31 buah bilik yang korang boleh pilih dari executive deluxe, family deluxe dan deluxe twin. Harga je la beza kan.

Gambar di ambil dari  laman rchotelmelaka.com
Satu lagi, hotel ni menawarkan pemandangan yang indah. Why? sebab korang boleh terus tengok keindahan Sungai Melaka serta Bukit St Paul. Bilik pun agak luas dan sesuai bagi korang yang ingin merasa suasana bilik gaya inggeris. Fefeeling kt Eropah gituh. Selain itu, kalau tengok review memang ramai la tourist yang rate bagus hotel ni sebab layanan yang diberikan oleh staf hotel ini superb. Diorang mesra dan sedia menjawab sebarang kemusykilan korang ok?

Gambar di ambil dari  laman priceline.com

Hotel ni ade wifi so jangan risau, korang boleh update sebanyak mana gambar kt FB and IG korang hehehehe. Pastu banyak la lagi kelengkapan lain dan dan dan paling utama, jarak dengan Jonker Sreet ni kira-kira 400 meter atau 5 minit perjalanan aje ye! So, RC Hotel ini sememangnya pilihan yang tepat untuk korang.

Jonker Boutique Hotel

Ni satu lagi la option. Sesuai dengan namanya, hotel ni dah memang ada dalam kawasan Jonker Street tu sendiri. So, kalau korang ni memang tak berapa nak rajin nak pi jalan, hotel ini adalah pilihan yang sesuai bagi korang. Keluar je dari hotel ini, dah boleh rasa dan tengok sendiri kesibukan sebenar Jonker Street ni.

Gambar di ambil dari  laman tripadvisor.com.sg

Hotel ni dah mula beroperasi dari tahun 2010 dan menerima ribuan pengunjung pada setiap tahun sebab lokasinya yang amat strategic. Kalau korang tengok dari luar hotel memang senibina gaya lama, tapi korang pasti tak percaya bila masuk dalam. Kenapa? Sebab hiasan dan binaan dalamannya amatlah moden dan kontemporari macam dok berada di hotel-hotel ternama gituh. Korang boleh buat beberapa pilihan bilik untuk  pada harga yang amat berpatutan. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan pilih bilik yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan korang ye.

Gambar di ambil dari mana tak ingat. Ampun je la ye owner gambar

Korang mestilah takmo overbudget semasa bercuti ni kan? So jangan risau sebab bilik-bilik disini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set pembancuh kopi dan tea, hair dryer, aircond dan banyak lagi. Apa yang lagi best, parking di hotel ini juga adalah free dan dibawah pengawasan. Jadi korang takyah risau lagi.
  
Oooooo, kalau korang Non-Muslim dan  ke hotel ini, jangan lupa singgah di Jonker Café yang disediakan. Café ini kan tarikan utama dia adalah jeng jeng jeng, CENDOL! Mula bukak jam 7 pagi lagi. Tetapi harus diingatkan sekali lagi ianya adalah untuk non-muslim sahaja. Bagi yang muslim, jangan risau sebab korang boleh berjalan di sekitar Jonker Street dan cari kedai yang halal ye. Boleh tanya jika tak pasti.

Jadi, tunggu apa lagi, berkunjunglah ke Jonker Street hari ini dan buatlah tempahan awal di Traveloka.com sekarang!

Highly recommended!

Sekian.
Emak yang ohsem,

Salwa



Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles