Assalamualaikum wbt
Mesti orang akan kata saya tak boleh move on.
Heheheheh
Orang lain semua dah berhenti cakap pasal ni, saya baru la nak menaip satu persatu. Bukan sebab saya ketinggalan keretapi atau ETS atau apa juga kenderaan pantas lain, tapi sebab saya tidak berkesempatan untuk menulis lebih tentang ini.
Hanya sempat ucap tahniah tapi saya memang vote dia tau! Video dia bagi ucapan tu pun saya ulang berkali-kali. Rasa nak terkucil sama perasaannya seolah-olah saya pula dalam dewan besar tu, ditonton satu dunia!
Kata dia, tak pernah bermimpi akan dapat berkongsi pentas dengan semua lagenda bola. Tak pernah mimpi pun kadang tuhan akan bagi. Sama ada selepas usaha atau tidak. Ini dipanggil rezeki dan kadangkala orang kata MIRACLE. Erti kata lain, keajaiban. Untuk dapat keajaiban sudah tentu kita ni mesti jadi insan pilihan.
Seperti Faiz, mungkin momen dia membuat sepakan percuma seperti itu tidak berulang, tapi tidak ada sesiapa pun dapat nafikan, SATU MOMEN itu adalah ajaib yang memang layak digelar TERBAIK!
Jadi, bagaimana pula kalau kita yang orang biasa tapi nak capai sesuatu luar biasa? Adakah kena ada keajaiban selalu?
Tidak.
Allah dah janji. Siapa usaha dia dapat hasilnya. Boleh jadi hasil yang dia minta atau hasil tu dari sudut lain yang dia tak jangka. Nasib sesuatu kaum itu ditentukan atas (usaha) kaum itu sendiri.
Berangan juga ada ilmunya. Bukan berangan membuta, bangun pagi kesat air liur, bukak mata kemudian buat kerja macam biasa. Banyak konsep yang diguna pakai dari orang barat yang panggil Visualisation, hingga wujud Visualisation Board (VB) atau konsep yang di kemas kini seperti LOA menjadi LUA.
Keberkesanannya bergantung pada sejauh mana kita yakini konsep rezeki Allah. Kerana ianya akhirnya berbalik kepada itu juga. Biasanya orang yg berjaya ini dia meletakkan 100% komitmen dia utk pastikan apa yang di angankan tu, dia akan dapat.
Banyak kisah peribadi saya sendiri yang saya boleh berikan contoh. Antaranya kisah gila saya meletakkan target 10,000 unit beg untuk projek beg sekolah musim kedua. Walaupun laporan akhir masih belum keluar, tapi data rasmi dari laporan 4 sudah cukup sebagai bukti, sasaran itu dapat dicapai 2 minggu sebelum projek tamat tempohari. Dan tentunya bukan datang semudah bola bergolek.
Arwah abah sendiri pernah tegur VB saya buat pada tahun 2015. Katanya, satu persatu yang saya tampal itu akhirnya saya dapat. Saya tersenyum kerana diam-diam abah baca semua details dalam VB saya yang ada di bilik kerja.
Berminat tak nak tahu cerita lanjutannya?
Apa yang akhirnya saya berjaya capai?