Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, kami diterima menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan PBS secara lansung di ranacangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. Terima kasih TVAH!
Semuanyas selesai walaupun di belakang pentas cerita nya huru hara bersama sorang lagi wakil AJK PBS iaitu Puan Idayu Sunhaji Idayu Sunhaji . Mana taknya, waktu tu kami pun lupa ada demo BERSIH di sekitar KL. Maka banyak jalan ditutup dan macam-macam drama la nak sampai ke TVAH. Heheheh
Oh ye, memula pelik juga kenapa la nampak sangat ketara lipstik. Dan saya dapat banyak mesej kata saya make up harini. Huaaaa..lipstik yang MUA TVAH pakaikan tu warna nude pink ye. Tak tahu lah mcm mana jd merah menyala waktu on air. Terkejut sangat tengok video. Hihihi. Tapi saya syak sebab diorang shoot pakai HD camera so sebab tu nampak jadi gituh. Ni teori sendiri la ye. Hehehehhehe
Selepas siaran tu, kami memang dapat banyak mesej untuk menjadi Focal person tapi maaf, seperti yang di war-warkan tadi, pendaftaran telah ditutup dan kami sudah masuk ke fasa seterusnya.Fasa sumbangan dan penyerahan beg hingga 30 dec ini. Kami sangat mengharapkan sokongan anda untuk bantu kami jayakan projek ini.
Love,
Salwa