Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Fakta yang jarang orang tahu tentang Firaun Ramesses II di Kaherah

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Ini cerita waktu kami melawat salah satu tempat yang sangat terkenal di Kaherah, Mesir. Tak lengkap kunjungan anda di Mesir kalau tidak ke Muzium Kaherah yang terletak di berhampiran Dataran Tahrir, bandar Kaherah.

Mulanya dalam rombongan kecil seramai 9 orang tersebut ingin meninjau sahaja di seluruh Muzium dengan bayaran LE60 (~RM40), namun salah seorang seorang ahli rombongan mencadangkan kami mengupah Tourist Guide supaya perjalanan lebih teratur dan kami tahu kisah-kisah disebalik bahan yang ada di ruang pameran.

Kami melihat ribuan artifak dan bahan sambil mendengar kisah-kisah Firaun, melihat makam Tutankhamun, firaun terlengkap yang pernah ditemui, beserta topeng Emasnya yang sangat terkenal, barang-barang Cleopatra dan sebagainya.

Kemuncak lawatan adalah Makam Mumia Diraja yang terletak di aras atas muzium.

Suami dan saya saling berpandangan. Kami tersepit antara dua pilihan. 
Untuk masuk ke Makam Mumia Diraja ini sahaja kami perlu membeli tiket tambahan sebanyak LE100 seorang. Sudah tentu diluar bajet yang kami sediakan.

Ahli rombongan lain sudah mula beratur membeli tiket kerana tidak mahu melepaskan peluang. Beberapa mumia terkenal dijaga rapi dan di kawal ketat di dalam Makam ini.
Termasuklah mumia Ramsis II yang di ceritakan adalah mumia yang disebut dalam Al-Quran sezaman dengan Nabi Musa!

Setelah beberapa ketika, saya memutuskan kita bayar sahaja harga tiketnya. Pertama, kerana peluang seperti ini mungkin tidak akan datang lagi. Kami tidak tahu sama ada muncul lagi rezeki untuk ke tanah Anbiya' ini. Kedua, saya khuatir tidak dapat tidur lena memikirkan kekesalan sedang hati membuak-buak ingin melihat dengan mata sendiri.

Melangkah masuk ke ruang makam, tersusun rapi bekas-bekas kaca yang menempatkan Firaun dari serata Mesir dan sekitarnya. Tumpuan paling utama dan paling hadapan tentunya Ramsis II.



Hati saya berdegup kencang. Peluh dapat dirasa walaupun bilik sejuk dengan penghawa dingin yang sentiasa di kawal rapi. Saya gugup memikirkan, akhirnya dapat bertentang mata dengan manusia yang di laknat Allah kerana kejam dan siksaannya dan berani pula mengaku sebagai Tuhan.

Ketika saya menjenguk, mahu tidak mahu muncul pula rasa kasihan kerana ianya tidak lebih daripada jasad mumia tidak berdaya tapi telah Allah janjikan neraka.

Segera saya usir rasa simpati dan terus memerhati. 

Menariknya, kata ustaz yang membawa rombongan kami sebelum kami memasuki Mesir lagi, ada beberapa keunikan yang ramai tidak orang tahu.

Ramsis II saya bayangkan tinggi lampai gagah perkasa. Namun tingginya hanya 173cm sahaja! Cuma, mungkin dia merasakan dia berkelebihan kerana saiz kebanyakan Firaun-Firaun yang dipamerkan hanya tidak lebih dalam lingkungan 150 hingga 160cm sahaja. Oh, pendek-pendek rupanya.

Kemudian warna kulit mereka kebanyakkan gelap. Ketika ditanya adakah kerana proses awet? Tidak juga. Kebanyakan mereka mempunyai susur galur dengan keturunan di Sudan. Tidak hairanlah juga kerana terdapat piramid-piramid yang dilaporkan lebih tua usia dari Piramid Giza berada di Sudan!

Ramses II pula lebih cerah daripada yang lainnya. Kenapa? Kerana Allah telah janjikan jasadnya akan 'sempurna' sebagai tanda peringatan dan pengajaran. Dan Ramsis II juga diawetkan Allah secara terus dari lautan. Bukan seperti mumia lain.


"Maka pada hari ini, Kami biarkan Engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang Yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). dan (ingatlah) Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".  Surah Yunus Ayat 92

Kami meninggalkan makam Mumia Diraja dengan seribu satu perasaan. Sukar nak digambarkan namun yang pastinya, saya memang bersyukur kerana membuat pilihan yang tepat untuk melaburkan wang membeli tiket menjenguk ke dalam sana!

Gambar suami didepan Muzium Kaherah. Saya pun ada ambil gambar tapi tak sanggup nak upload sebab waktu ni saya sangat berisi!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles