Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

8 Panduan ASAS untuk anak masuk darjah 1

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Saya telah beberapa kali di tanyakan soalan tentang perkara ini, jadi saya rasa lebih baik jika dikongsikan di blog. Lebih ramai dapat manfaat harapnya.

Apa yang saya tuliskan ini adalah berdasarkan persekolahan bagi murid tahun 1 di sekolah kerajaan. Jika anda berminat dengan sekolah swasta dan sekolah lain, perbelanjaan dan persiapan adalah berlainan.


Semoga bermanfaat!

Gambar hiasan: Imran di tahun 1 dan I'jaaz di taska 5 tahun

1: PENDAFTARAN

Bergantung kepada negeri, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (online) atau offline. Bagi negeri Selangor dan WP Putrajaya/Kuala Lumpur, pendaftaran dilakukan secara online. Contohnya untuk sesi 2017 dan 2018, telah dibuka Mac lalu. 

Ibubapa perlu lebih peka dan sentiasa ikut perkembangan tarikh di laman KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Bagi Sesi 2017, keputusan telah pun keluar sejak 15 Julai lalu. Bagi yang nak mendaftar sesi 2018, boleh berbuat demikian sekarang.

Untuk selangor, daftar DARJAH 1 DISINI --> https://esppsel.moe.gov.my/


Jika anda telah terlepas atau mempunyai masalah, boleh hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my

Ujian bertulis bagi sesetengah sekolah akan dilakukan bagi mengenal pasti keupayaan pelajar dan tujuan pengasingan untuk LINUS dan sebagainya.

Waktu saya mendaftar Imran tahun lepas, semua adalah percuma. Selepas saya dapat pengesahan tempat, saya diminta untuk ke sekolah dan mengisi borang. Kemudian diminta membayar duit untuk tanda nama (name tag) sebanyak RM5.

Jumlah kos: RM5

2 : Yuran

Kebiasannya mengikut sekolah. Ada yuran PIBG, Yuran rumah sukan, yuran pelbagai dan macam-macam lagi. Bagi sekolah Imran, kami perlu bayar RM50 utk yuran PIBG setahun dan RM5 untuk SMS Blast. 

Yuran lain tidak ada. Bagi ibubapa yang perlu kenderaan seperti van dan bas sekolah, yuran tambahan perlu dimasukkan juga. Dan ada juga pusat transit yang menyediakan pakej. Untuk kami, saya menghantar dan menjemput Imran jadi tidak ada tambahan kos disitu.

Jumlah kos: RM55

3: Buku

Seingat saya, kesemua sekolah kerajaan menyediakan buku teks dan buku aktiviti dengan percuma. Betulkan saya jika ada kesilapan. Namun, ibubapa perlu sediakan buku-buku latihan dan nota serta buku lain seperti buku Nilam, Panduan KAFA dan sebagainya.

Biasanya kedai buku sekolah dibuka seawal cuti persekolahan bermula. Boleh la mula membeli waktu itu kerana kalau lewat, banyak buku yang kehabisan stok.

Kami membayar kira-kira RM80 untuk keperluan ini

Jumlah kos: RM80

4: Alat Tulis

Saya sarankan usahlah beli yang mahal kerana resam murid-murid baru masuk sekolah, sehari boleh hilang separuh atau semua alat tulis. 

Kami hanya berbelanja sederhana di kedai ECO. Dan sentiasa pula perlu 'top-up' stok 

Jumlah kos: RM10

5: Baju dan kelengkapan

Ini paling asas yang saya cadangkan. Boleh jadi berbeza mengikut keperluan. Baju dua pasang kami beli yang murah sahaja . Baju kameja saya dapat RM12 sehelai, seluar RM18 sehelai. Dua pasang RM60. 

Kasut kami beli yang sederhana juga. RM12 sepasang. Jadi 2 pasang kosnya RM24. Tali leher dibeli di sekolah. Dua tali leher untuk RM20. Seluar track dan baju sukan kami beli dua pasang dengan kos RM50.

Beg sekolah bersaiz sederhana RM28. Singlet dan tali pinggang RM20.

Jumlah kos: RM202

6: BERDIKARI

Ini sangat penting. Ajarkan anak-anak cara membuang air sendiri dan uruskan diri di tandas. Kebiasaanya untuk yang telah ke pra-sekolah/taska, masalah ini kurang timbul. Ibubapa hanya perlu tunjuk tandas sekolah dan pastikan mereka tahu lokasi.

Jual beli di kantin juga penting. Ajar mereka yang asas seperti beli makanan dan minuman dengan beratur. Makan dengan tertib tapi masih mengikut masa yang tepat.

Jangan risau, biasanya memang kita yang takut tapi mereka ni boleh sahaja sesuaikan diri.

7: KAWAN

Sebelum mula sekolah, survey dahulu jika ada kawan-kawan dari taska yang sama sekolah. Ini penting diminggu pertama dan minggu orientasi supaya anak kita tak rasa canggung. Boleh rehat bersama-sama dan bermain bersama.

Dalam masa yang sama, galakkan anak untuk berkawan dengan kenalan baru supaya rasa seronok ke sekolah dan lebih bersemangat.

Imran mulanya nampak macam pemalu dihari pertama, kemudian selepas tu boleh berkawan dengan orang lain. Just give them sometimes..they will adapt in sya Allah

8: MOTIVASI

Ibubapa penting sangat untuk galakkan anak kesekolah. Sebulan sebelum masuk sekolah, cerita yang indah-indah dan baik-baik sahaja.

Beritahu kenapa perlu kesekolah, kenapa belajar di sekolah dan apa sahaja perkara yang ditanya anak. In sya Allah nanti anak tak mudah putus asa dan rasa takut ke sekolah


Saya harap, ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Moga urusan dipermudahkan!

Love,

Salwa



Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles