Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

6 cara BETULKAN cara anak pegang PENSIL

$
0
0

Assalamualaikum warah matullah


Bagi parents yang ada nak berusia setahun ke atas, salah satu perkara yang kita ajar adalah cara memegang pensil. Tapi biasa tak walaupun kita dah banyak kali ajar, anak masih memegang pensil dengan cara yang salah?



Perkara ini berkait rapat dengan kemahiran motor sebenarnya

Saya jumpa info ini dari wall FB seorang rakan.
Menarik dan sangat membantu!

Jadi saya terjemahkan ikut gaya saya (hehehe) dan ada tambah sikit. Artikel asal dari bersumber dari web ini:



6 cara untuk betulkan cara anak pegang PENSIL



Cara 1: Aktiviti melibatkan kemahiran motor

Bermainlah dengan aktiviti yg melibatkan kemahiran motor. Sejak dari usia bayi lagi kita boleh dedahkan dengan aktiviti seperti mengambil snek yang terjatuh atau mengutip cebisan roti, mencubit nasi, mengasingkan manik mengikut warna dan sebagainya. Aktiviti ni akan membantu mereka mengawal pergerakan motor.

Cara 2: Gunakan bahan yang lebih kecil

Anda boleh cuba sesuatu yang kecil utk anak menulis. Contohnya krayon yang telah pecah atau pensil yang telah pendek atau 'crayon rocks' seperti gambar di bawah ini. Saiz yang kecil akan mendorong anak untuk membetulkan cara pegangan kerana ruang yang lebih terhad.

Cara 3: Guna stokin

Ambil satu stokin lama yang tidak digunakan. Tebuk dua lubang. kemudian masukkan ibu jari dan jari telunjuk ke dua lubang tersebut dan mula menulis. jari yang lain simpan kemas dalam stokin. Hehehe. 

Cara 4: Pom pom


Sewaktu ingin mengajar menulis, letakkan satu pom pom kecil di atas tapak tangan di antara jari kelingking dan jari manis. Katupkan kedua jari tersebut dan suruh anak anda pegang pensil! ;)

Cara 5:  “OK” 

Minta anak mambuat tanda ok dengan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian letakkan pensil perlahan lahan di antara ruang jari dan minta anak genggam jari yang lain.

Cara 6: Picit

Minta anak picit atau cubit pensil di bahagian hujung. Kemudian pusingkan pensil tersebut ke atas. Siap!


Kesemua cara ini boleh di praktikkan. Ingat, anak kita perlukan latihan dan juga ingatan yang kerap pada permulaan supaya mereka dapat membiasakan diri. 

Jangan cepat putus asa, teruskan mencuba!

Antara aktiviti yang telah saya lakukan bersama anak-anak dan boleh anda lakukan untuk menajamkan kemahiran motor anak anda adalah :

Kenal bentuk cara seronok
Fire crackers!
Ice-cream colour sorting

Selamat mencuba!

Salam sayang,

Salwa



Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles