Quantcast
Channel: salwasaleh.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Pejam mata, ingatlah DETIK TERINDAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ini genap sebulan abah meninggalkan kami. Saya fikir semua orang akan ada keadaan di mana rasa 'down', sedih, demotivated, blues atau apa-apalah yang seerti dengannya.

Dan memikirkan moment indah ini mungkin sounds cliché but it helps!



Mari saya ceritakan sesuatu...

Bulan Ramadhan tahun 2008 adalah istimewa kerana saya baru beberapa minggu berkahwin dan saya dapat bonus pertama! Waaaaaaa. Bukanlah banyak sangat pun tapi teruja la pertama kali dalam hidup dapat bonus dari company, kan
Saya memang niatkan beberapa perkara penting antaranya adalah untuk emak dan abah. Maka projek 'suprise' pun di atur.

Beberapa hari sebelum hari suprise tiba, saya call emak dan minta emak abah beli tiket bas untuk mereka berdua datang KL pada hari Sabtu. Bila ditanya kenapa,

"Ala...datang je la..."

Hari Sabtu itu saya dan suami menyambut emak abah di Hentian bas jalan Duta. Mereka masih 'blur' tapi nampak seronok.

Destinasi pertama adalah Mid Valley. Saya bawa emak ke satu butik antara jenama favourite emak. Sampai di sana saya katakan;

"Pilih je nk kasut dgn beg mana"

Emak terkejut dan menolak tapi saya katakan memang itu tujuan suruh datang ke KL. Setelah beberapa ketika, Emak keluar bawa dua beg berisi beg tangan dan kasut raya dengan muka senyum hingga ke telinga.

Kebetulan kasut yang Emak tengah pakai tu sedikit rosak jadi kami singgah kedai kasut dan beli 2 pasang kasut. Emak nak bayar tapi saya kata biarlah saya bayar. Maka dapat lah emak 3 pasang kasut waktu tu. Memang sengih betul.

Abah pula sangat susah untuk dipujuk. Tunjuk itu tak nak, tunjuk ini tak nak. Semua ditolak. Katanya tak mahu. Sampailah akhirnya dipaksa, baru abah memilih sehelai seluar dan baju.

Kemudian kami singgah di satu butik dan belikan wallet. Bila suruh pilih abah tak mahu dan keluar dari kedai. Jadi saya belikan 1 utj abah dan 1 utk suami. Abah punya yang warna coklat.

"Laaa kamu beli juga ke. Kalau tahu abah suka yang warna hitam"

Hahahahhahaha. Saya gelak besar. Sapa suruh malu-malu kucing. Bila suruh pilih tak mahu tapi rupanya ada yang berkenan di hati. Saya nk tukar tapi abah kata tak payah la. Kamu yg pilih, cantik juga katanya.

Selepas tu kami solat di masjid negara. Oleh kerana bulan puasa, waktu makan tengahari saya ganti dengan bawak emak abah dan suami naik ke jambatan udara (sky bridge) di KLCC. Tiket memang dah ambil awal pagi sebelum saya jemput mereka dari Duta tadi.

Mujur takde sorang pun yang gayat. Jadi dapatlah bergambar dan merasa tengok KL almost 360 degree.

Kemudian kami sambung Shopping di Suria KLCC. Emak abah ingat dh habis dah rupanya ada lagi. Saya suka brooch Pearl di situ. Saya beli 3. Satu utk emak, satu utk ibu dan satu utk saya. Abah pula dapat tali pinggang baru. Suruh beli kasut mmg dia tak mahu lansung cuba.Oh, ada juga beli sehelai dress untuk anak saudara. Sebenarnya macam ada beli beberapa items lagi tapi saya dh tak ingat.

Kami berbuka puasa di tingkat 4, restoran Sunda. Saya memilih beberapa menu istimewa antaranya 'the famous' ikan terbelah. Ikan ni ikan kerapu tak silap yang di goreng garing tapi dibukak di bahagian atasnya dan dihidangkan dengan cara ikan tu 'meniarap'.

Memang agak banyak hidangan sampai susah nk habiskan semua. Bila saya minta bil dan bayar, abah insist nak tengok jumlah bil walaupun saya tak bagi. Akhirnya abah amik juga resit dan terkejut besar dia tengok total amount. Resit tu abah amik. Rupanya kata adik di kampung, lepas tu resit tu memang jadi bahan sembang la. Abah tunjuk kat jiran-jiran.

"Mahal makan kt sana. Air barli pun RM12.50!" 

Sungguh-sungguh abah cerita. Hehehe. Berbalik pula ke cerita tadi. Selesai makan semua, kami solat di level bawah.

Kemudian saya bawa ke iSetan. Dapatlah emak abah satu set cadar dengan comforter baru. Jam 8.30 kami bergerak ke Hentian duta untuk hantar emak abah balik.

Saya masih ingat lagi senyuman kedua-dua mereka sewaktu naik tangga bas. Manis dengan tangan sarat beg-beg hasil 'tangkapan' seharian di KL. Jam 1 pagi saya dimaklumkan mereka sudah selamat sampai dirumah.

Moment ini saya sudah ulang berkali-kali di dalam kepala saya. Walaupun sudah berlalu lebih 8 tahun lalu, saya akan cuba ingat kembali senyuman itu untuk menenangkan hati saya.

Setiap kali mengingatinya buatkan saya tersenyum dan bersyukur
Buatkan dada saya sebak dan terharu

Mungkin saya bukanlah anak yang terbaik tapi selagi saya masih hidup, akan saya cuba lakukan yang terbaik

Ianya detik detik indah
Moga kita bertemu lagi di syurga, abah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 277

Trending Articles