Assalamualaikum wbt
Banyak juga ibubapa yang saya jumpa memang sorok password hp mereka. Punca utama sebab tak mahu anak main game, tengok Youtube, main internet dan sebagainya.
Saya pula sedikit berbeza. iPad memang saya letakkan password yang saya dan suami sahaja tahu. Jadi bila anak-anak minta iPad di luar 'waktu iPad', kebarangkalian nak dapat tu adalah tipis. Tapi tidak dengan hp
Sejak usia mereka linkungan 3 tahun, saya sudah ajar cara buat panggilan kepada orang-orang penting seperti ayah, opah, atok, neni. Setelah beberapa kali latihan, mereka lulus.
Dan apa yang saya khuatirkan akhirnya berlaku juga
Beberapa minggu lepas, saya mengalami keracunan makanan yang agak teruk. Selepas makan tenghari, saya muntah tak berhenti. Sehingga kemuncaknya ketika solat Zuhur, saya tiba-tiba muntah lagi dengan banyak.
Imran yang ada di sisi saya ketika itu sedikit risau dan berkata kepada saya;
"Emak sakit ni. Emak kene pergi hospital!"
Saya diam dan minta Imran hubungi ayahnya kerana kebiasaanya petang nanti saya akan menjemput suami saya dari tempat kerja. Dalam keadaan begini, bangun pun tak larat..
Imran keluar dari bilik, ambil hp yang sedang di charge, unplug charger dan kembali ke bilik. Imran menghubungi suami saya.
"Ayah, emak sakit. Emak tak larat. Kene bawak pegi hospital ni"
Suami saya mulanya tidak percaya tapi setelah di ulang dan Imran letakkan hp di tepi saya, barulah suami saya tahu panggilan Imran memang urgent.
Suami saya pulang dengan menumpang kawannya. Dan kemudian menguruskan hal saya dan rumah.
Perkara seperti ini boleh sahaja berlaku pada sesiapapun. Lebih merumitkan jika berlaku lebih teruk seperti pengsan, sawan atau sebagainya. Na'uzubillahi min dzalik. Memang kita tak minta, tapi berjaga-jaga lebih penting.
Jadi, hp saya dan suami memang tidak rahsia passwordnya di kalangan kami anak beranak. Kadangkala memang terjadi kes 'hijack' di whatsapp atau di youtube,namun saya akan teruskan memberi pesanan kepada anak-anak untuk minta izin sebelum menggunakan hp saya.
:)
Love,
Salwa